CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Awie vs Rozana, #251 Awie Harap Dapat Hak Jaga Anak Sulung

[Copy link]
Post time 13-5-2016 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
biasa jah dlm kehidupan seharian kita kadang kadang terpaksa jumpa bomoh....dulu masa i sakit misteri dah habis duit berubat dr pakar ...dr decide i x da apa apa penyakit..tapi x leh berjalan....terpaksa ber 'bomohan' jua walaupun krik krik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2016 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 13-5-2016 08:15 AM
laki bini pung pegi jumpa bomoh.

Sawie dulu sbb kaki bengkak ke apa

Tp yg plg tak menahan...bebird gold pun ada..mengarut betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2016 08:37 AM | Show all posts
pinkzara replied at 13-5-2016 08:34 AM
Tp yg plg tak menahan...bebird gold pun ada..mengarut betul.

awie awie

korang sesama pegi.

alih-alih ko tuduh Rozana yang ber-Mak Esah


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:00 AM | Show all posts
ahlisihircute replied at 10-5-2016 10:13 AM
napa org lelaki nie suka rumitkan keadaan..
ac cam nie....aidil..la nie awie....
klu x nak bg x wi ...

Org lelaki mmg gitu semuanya
Bab nafkah mmg liat
Sama dgn abg ipar aku
Anak 3 org bagi RM1500 aje
Kadang2 culas
Bila ex wife mintak hutang, soh bayar balik bulan yg dia culas tu boleh ckp sekrg ni tak ada duit
Hey jantan! Tak ada duit pegi cari lah. Nasib ex wife ko keje...kalau tak keje ank2 ko nk mkn apa?
Yg buat aku marah sgt dia screenshot semua conversation dia dgn ex wife dia, post kat WA grup family
Tu dia ko...adik beradik termasuk biras perempuan yg tak sedor diri berjemaah mengutuk bekas kakak ipar tu
Aku mcm nk sound aje tapi malas ah nk masuk campur hal diorg
Aku sound husband aku dgn harapan dia nasihat abg dia, aku kena marah balik
Ye lah...adik beradik dia kan...aku ni org luar aje
Pasal Awie ni tang maid tu eventhough Rozana yg hire, heols kena bayar jugak
Tu kira kos jagaan anak2
Kalau Rozana keja, anak2 kena antar taska, kena bayar jugak kan?
Kalau Awie yg dpt hak penjagaan, dia keje, anta anak2 ke taska, pun tetap kena bayar jugak
So itu sebenarnya part & parcel of kos penjagaan
Tak payah berkira sgt lah Awie
Kenangkan mcm mana ex wife ko tu struggle lahir kan anak2
Plus skrg ex wife ko tu susah payah besarkan anak2...it's priceless!
Cuma hendaknya si Rozana ni jalan kan tggjawab sbg ibu dgn baik
Jgn ingat nk berjimba bermewah bershopping bagai aje
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:05 AM | Show all posts
Syd replied at 10-5-2016 04:55 PM
Sorg lagi si Merah, sawie x mo kasi.

Jenuh.

Si Ahmad Merrah ni first son dia
Tu yg syg sgt gamaknya
Nak train jadi mcm dia agaknya
Jadi ayahanda
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:10 AM | Show all posts
kontang replied at 10-5-2016 04:57 PM
Selak berita2 peceraian Awie Arni dulu ... rupa2nya Arni dulu hampir dituduh culik anak ....

"Malah, Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman berkata, berdasarkan pengalaman ketika masih suami isteri, dia mendapati Arni tiada ketegasan dalam penjagaan anak apabila memberi mereka aiskrim dan mi segera."


Adakah aku boleh dikategori kan sbg ibu tak bertanggungjawab sbb aku pun kdg2 bagi anak aku makan megi & ais krim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2016 09:21 AM | Show all posts
revoc replied at 11-5-2016 12:47 PM
sbb tu baek x yah kawen.............x pun castrated jek teros

Jgn tak kawin dek...
Rugi wooooo
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:34 AM | Show all posts
danieladam replied at 10-5-2016 11:04 AM
Meols rasa kan...ni la punca ramai laki jadi gay mcm khai bahar tu.hahaha.

Nak kawen, antaran tin ...

Senang je chuols kalau tak nak pk pasal masalah & kewangan anak2 ni
Kot berkira sangat dgn amanah yg Allah dah bagi tu...kawen tapi JANGAN beranak
Ujung2 kalau cerai ko tak yah pk nk bagi nafkah kat anak bagai
Kalau sedara mara, adik beradik, mak pak, mak jemah sebelah rumah tanya knp ko tak ada anak
Ko jawab je tak nak bagi nafkah kalau dah cerai nanti

Err...baideway Khai Bahar tu gay ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2016 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB replied at 10-5-2016 09:51 AM
Dah tau gaji takat 800 yg menabur sakan tu kenapa?

    

ko ni. nanti kang group makcik2 anak ramai masuk abes ko kena sembur. kemurungan ko dibuatnya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
daiman replied at 13-5-2016 09:43 AM
ko ni. nanti kang group makcik2 anak ramai masuk abes ko kena sembur. kem ...

Sesungguhnya acik porum ni cerdik2 belaka. Jenis career woman anak takat sorang dua jah.takdenye terkesan ngan soalan noob aku tu.kihkihkih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2016 04:38 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 13-5-2016 09:05 AM
Si Ahmad Merrah ni first son dia
Tu yg syg sgt gamaknya
Nak train jadi mcm dia agaknya

khenz?

anak dia tu je sorang lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 04:51 PM | Show all posts
Syd replied at 13-5-2016 04:38 PM
khenz?

anak dia tu je sorang lelaki.

Mana lak sorang tu aje anak jantan dia Syd...
Ada sorang lagi Putera Ahmad Rezzki
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:53 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 13-5-2016 09:21 AM
Jgn tak kawin dek...
Rugi wooooo

apa yg rugi nyaaa

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:57 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 13-5-2016 09:00 AM
Org lelaki mmg gitu semuanya
Bab nafkah mmg liat
Sama dgn abg ipar aku

klau x kawin tuh............x yah bkerja dah

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah tu awie..oii..ank 3 kannnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2016 08:34 AM | Show all posts
Edited by Syd at 18-5-2016 08:35 AM

Awie Pujuk Anak Tinggal Bersama Bekas Isteri
Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 1:45 PM

Mohd Al Qayum Azizi Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]

Awie memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur anak lelakinya Putera Ahmad Merrah enggan tinggal bersama bekas isterinya, Rozana Misbun.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Awie memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa dia sudah memujuk anak lelakinya, Putera Ahmad Merrah untuk tinggal bersama bekas isterinya, Rozana Misbun namun kanak-kanak berusia 9 tahun itu enggan berbuat demikian.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, sebagai bapa dia tidak mahu memutuskan hubungan anaknya itu dengan dua lagi adiknya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6 yang kini dibawah jagaan Rozana.

"Sebagai seorang bapa yang prihatin saya ada memujuknya untuk tinggal bersama Rozana kerana hubungannya dengan adik-adiknya sangat rapat.

"Tetapi dia sendiri yang enggan untuk berbuat demikian walaupun telah dipujuk," katanya.

Vokalis kumpulan Wings itu berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peguam syarie yang mewakilinya iaitu Mohd Syafiq Norizan sama ada dia bersetuju sengaja melanggar perintah mahkamah berhubung hak penjagaan sementara anak-anak mereka yang dikeluarkan pada 27 Januari tahun lalu.

Putera Ahmad Merrah yang sepatutnya diserahkan kepada Rozana selaku plaintif kes berkenaan masih berada dibawah jagaan penyanyi itu.

Kes komital berhubung pelanggaran perintah itu bersama dua lagi kes mengenai pembayaran kos didengar dihadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mohd Zain.

Dalam pada itu, Awie berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan apabila gagal menyerahkan Putera Ahmad Merah kepada plaintif kerana telah memfailkan semakan bagi membantah keputusan hak pengajaan anak itu di Mahkamah Rayuan Syariah pada 21 April tahun lalu.

Katanya, dia masih lagi menunggu nota penghakiman berhubung permohonannya itu yang difailkan oleh peguam syarie yang mewakilinya sebelum ini,  Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

"Saya tidak bersetuju telah melanggar perintah yang dikeluarkan kerana telah memfailkan semakan berhubung keputusan itu dan masih menanti keputusan.

Sementara itu, Awie ketika pemeriksaan sama turut memberitahu mahkamah Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha menangis dan meronta-ronta apabila bekas isterinya itu membawa 'lari' kanak-kanak berkenaan dari sekolah mereka kerana tidak mahu mengikut plaintif.

Ditanya tentang gambaran anak-anaknya yang tidak rela mengikut Rozana, Awie berkata, guru di sekolah berkenaan yang memaklumkan kepadanya mengenai kejadian itu.

Pada prosiding berkenaan Rozana hadir bersama peguamnya, Nor Azmi Mohd Arif.

Dalam perkembangan sama, Awie tidak bersetuju apabila dia dikatakan sengaja melanggar perintah untuk membayar dua kos guaman masing-masing berjumlah RM900 dan RM5,000 kepada Rozana.

Kata Awie, dia telah memfailkan semakan tentang perintah itu di Mahkamah Rayuan Syariah dan masih menanti keputusan.

Mohd Amran menangguhkan kes berkenaan pada 21 Julai untuk sesi penghujahan dan keputusan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2016 08:57 AM | Show all posts
Awie tuntut hak penjagaan anak
Oleh ARINA AZLAN


Awie bersama dua daripada lima orang anaknya, Puteri Aleefa Antasha (kiri) dan Putera Ahmad Merrah.

Kemelut rumah tangga yang tidak berkesudahan antara vokalis kumpulan Wings, Awie dengan isterinya, Rozana Misbun sepertinya sedang menghampiri jalan penyelesaian.

Dalam perkembangan terbaharu, Awie atau Ahmad Azhar Othman, sudah pun membuat pengakuan bersalah atas tindakannya mencederakan Rozana seperti yang dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter Permodalan Nasional Berhad, Jalan Tun Razak pada 2 Jun 2014.

Sebagai hukuman, pelantun lagu Sejati itu didenda maksimum RM2,000 atau penjara setahun oleh mahkamah jika gagal membayar wang tersebut.

Tidak terhenti di situ, Awie sebenarnya berdepan banyak lagi tuntutan termasuk saman malu yang bakal difailkan Rozana. Sebagaimana Awie yang dikenali umum, lelaki berusia 48 tahun itu tidak akan berundur sebelum berjuang.

“Silakan, saya bersedia dan mahu melihat sejauh mana kes itu akan berterusan,” katanya sewaktu ditemui pada majlis pelepasan konvoi program Bikers Unite For Charity ke Pantai Timur, Khamis lalu.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Majistret Ampang melepaskan dan membebaskan Awie daripada pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang selepas pasangan itu bersetuju kes tersebut diselesaikan secara baik dengan membayar kompaun RM10,000 dan permohonan maaf secara terbuka daripada pihak Awie.

KOSMO!: Apakah yang membuat anda membuat pengakuan bersalah bagi pertuduhan mencederakan Rozana dua tahun lalu?

AWIE: Saya bukan seorang yang pengecut, sudah jelas terpampang di dalam rakaman CCTV menunjukkan saya menunjal kepalanya. Jadi, apa yang saya boleh saya lakukan ialah mengaku itu memang salah saya. Tindakan saya itu sebenarnya respons semula jadi kerana saya sedang marah apabila wang simpanan saya habis dibelanjakan oleh Rozana.

Bagaimana pula perasaan perbicaraan kes saman pukul tersebut telah selesai?

Alhamdulillah, saya lega. Sekarang saya hanya mahu fokus kepada kes perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak-anak iaitu Putera Ahmad Merrah, 9, Putera Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qaseh Antasha, 6. Kes ini sendiri mengandungi enam saman berbeza daripada pihak Rozana. Jadi, saya sendiri tidak tahu bilakah ia akan selesai.

Tidakkah anda berasa penat turun naik mahkamah setelah hampir dua tahun kes anda dan Rozana dibicarakan?

Penat dan lelah itu memang tidak dapat dinafikan kerana jadual kerja saya terutama kalau berkaitan penggambaran, tidak mengira masa. Malah, sewaktu perbicaraan kes pukul baru-baru ini, saya beberapa kali terpaksa berulang alik dari Phuket, Thailand ke Kuala Lumpur kerana sedang menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2 di sana.

Apakah yang membuat anda terus menggagahkan diri meneruskan kes perbicaraan di mahkamah?

Pastinya demi perjuangan agar hak penjagaan anak-anak diberikan kepada saya. Saya hanya mahu anak-anak kembali ke dalam dakapan saya. Sekarang, hanya Merrah yang di bawah jagaan saya. Tahun ini (2016) menandakan sudah dua tahun saya tidak berjumpa Rezzki dan Qaseh dan cuma mampu sesekali mendengar suara mereka menerusi telefon.

Di sebalik kekalutan yang berlaku dalam hidup anda, apakah ada sebarang hikmah tersembunyi yang ditemui?

Ya, rezeki saya dalam dunia seni tidak putus-putus walaupun dalam keadaan kehidupan peribadi masih bergolak. Baru-baru ini, Wings berjaya merangkul Artis Duo/Berkumpulan Popular dalam Anugerah Bintang Popular (ABP 2015).

Bagi saya, itu satu kemenangan yang sudah lama tidak kami rasai. Saya berasa bangga kerana Wings masih mampu menarik minat anak-anak muda terutama selepas kejayaan Konsert Wings 30 Tahun, penghujung tahun lalu.

Pada pendapat anda, adakah populariti anda sebagai individu mempengaruhi kemenangan Wings?

Itu adalah kejayaan kami bersama. Wings dan Awie saling memerlukan. Jika benar anggapan peminat bahawa populariti saya menyumbang kepada populariti Wings, itu bukan satu masalah kerana pada akhirnya saya masih ahli Wings.

Bagaimana dengan perkembangan program Bikers Unite For Charity yang melibatkan komitmen anda selaku duta?

Semuanya lancar dan kami sedang dalam usaha mengumpul dana untuk mencapai sasaran RM200,000. Dua minggu lalu, kami mengadakan projek konvoi ke Pantai Timur sehingga menyeberangi Sungai Golok, Thailand. Secara kebetulan, Wings dijemput mengadakan persembahan di sana dan sambutan yang diterima amat mengalakkan.


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 09:14 AM | Show all posts
tp awie dengan anak2 mmg sayang and manja kan..
tapi tah la rezeki dia kawen tak lama
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 10:21 AM | Show all posts
Syd replied at 18-5-2016 08:34 AM
Awie Pujuk Anak Tinggal Bersama Bekas Isteri
Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 1:45 PM

Rozana dakwa Awie hantar surat pd pihak sekolah ...  larang Rozana jumpa anak ( http://greenboc.blogspot.my/2014 ... an-awie-halang.html ) .... awie juga pernah mengaku upah bodyguard utk jg merah (http://malaysiandigest.com/hibur ... ana-ambil-anak.html ) .... skrg dia cakap dia cuba pujuk merah utk tinggal dgn rozana ? ...  pening ...



Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kontang replied at 18-5-2016 10:21 AM
Rozana dakwa Awie hantar surat pd pihak sekolah ...  larang Rozana jumpa anak ( http://greenboc.bl ...

"skrg dia cakap dia cuba pujuk merah utk tinggal dgn rozana ?"

Kt mana dia tulis? Xde pn dlm artikel tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.323934 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list