betul2..aku setuju...hati aku dari semalam cam terdetik camtu....harapan kita agar dia tak ...
molley444 Post at 2-5-2010 22:27
yup....kiter amik yg positif jer lah....mmg ler kelibat dalam next diary dah takder lagi tapi....diary yang dedulu bleh flashback haper....kiter tgk af nie pun sebab hiburan semata-mata....aku cuma harap shahir boleh tetapkan genre yang sesuai ngan diri dier.....jgn terikut sgt cintan cintun......lg pun dier dah bina penyokong sendiri.....dan aku raser ramai nak tgk dier bawak genre ala-ala puisi + ketuhanan gitu....market music macam nie tetap ada.......
tercengang aku time sarimah umumkan shahir terkeluar,ingatkan dia tipu,rupanye btul2...waaaaaaaaa xpe...at least shahir terhindar dr perbuatan dosa menyentuh n memeluk pelajar bkn muhrim yg semakin berleluasa sejak 2 menjak ni...siap menari2 bagai...
ape2 pn AKU TTP SOKONG SHAHIR...so,selamat tinggal af....buang masa je aku tgk af sbb lps shahir dh xde kt dlm tu...aku harap ain/adira/iwan/daus jd juara...yg lain pi mampos la...
p/s:kt fb ade group yg nk shahir diafmasuk...sesape yg ade account fb,pegi la join...
khas buat peminat shahir...harap happy membacanya k...
Tiada Lagi Ustaz Shahir Dalam AF8
Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 2 MEI 2010: Sungguh pun Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir,21, dipilih pengkritik tetap Akademi Fantasia 8 (AF8), Aznil Hj Nawawi sebagai pelajar yang memenuhi piawaian AF8 setakat ini, tetapi nasib tidak menyebelahi pemuda ini apabila mendapat undian paling bawah pada siaran langsung Debaran minggu ke-7 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi.
Keputusan yang diumumkan hos Debaran, Sarimah Ibrahim mengejutkan ramai pihak kerana Shahir sebelum ini tidak pernah berada di zon bahaya. Apatah lagi, peratus yang diperoleh Shahir sebanyak 13.89% hanya berbeza 0.01% saja dibelakang Farina yang mendapat peratusan sebanyak 13.90%.
Bagaimanapun, Shahir yang mendendangkan lagu Tiara pada konsert ke 7 malam semalam bukanlah pilihan pengetua AF8, Norman Abd Halim sebagai pelajar terbawah carta fakulti. Malah, Norman mengakui terkilan dengan keputusan ini dan menyifatkan Shahir sebagai pelajar kegemarannya serta layak ke peringkat akhir AF8.
"Saya redha dengan keputusan ini. Namun, untuk pengetahuan semua, Shahir sudah pun dihadiahkan sebuah lagu single dari KRU Studio bertajuk Kebahagian Dalam Perpisahan hasil ciptaan adik saya Edry Abd Halim.
"Secara kebetulan juga, Shahir baru saja selesai rakaman video muzik single ini yang dibuat siang tadi. Ini merupakan peluang kedua Shahir untuk bergelar penyanyi," ujar Norman.
Mengulas keputusan penyingkiran malam ini, Shahir yang ditemui pada sidang media penyingkiran pelajar menganggap ini bukanlah kegagalan buat dirinya.
"Shahir tak rasa gagal pun. Bagi Shahir, semuanya akan bermula di luar. Shahir terima dengan apa yang sudah tertulis untuk Shahir. Malah, Shahir berterima kasih kepada semua pihak kerana nak mencapai sampai ke tahap minggu ke-7 bukanlah satu yang mudah," kata Shahir.
Dengan penyingkiran Shahir, maka tinggal 6 orang saja lagi pelajar AF8 iaitu Maulana, Adira, Daus, Iwan, Ain dan Farina untuk merebut gelaran juara AF8.
Teruskan mengundi pelajar kegemaran anda dengan menaip AFUNDI <3/5/10> NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999.
Berikut adalah keputusan penuh undian minggu ke-7:
tak apa la...da rezeki dia utk ke final tak ada...Allah maha mengetahui
may b byk hikmah yg tersembunyi...
hopefully dia akan berjaya dgn single pertama dia...
tak sabar nk dgr ni...
ataupun biarlah tiada penyingkiran.........atau astro memang tak mau shahir dah.........atau astro nak untung melalui AF MASUK dan sah2 shahir yang masuk semula......
erm..kesah awokkk berulang lg.. tp x pe lah..
disebabkan aku x pernah vote..cume aku sokong shahir je..
aku rase diari x akan BEST LAGi dgn ketiadaan SHAHIR..oke la..mak dia dtg last week..
tgk, Norman pun dah bg single tuk shahir walopun x abis AF8 lg..maknanya Norman sendiri dh nampak shahir ada potensi..untuk pergi lebey jauh dan jauh
shahir......xsabar plak nak tgk trek selebriti nanti ngan shahir...hope dia berjaya kat luar....vokal laki af8 aku rasa shahir...dia ngam bwk lagu pop rock.......hope shahir berjaya kat luar....
hurmmm harap sgttt shahir pg final ngan adira..tu jeww harapan aku...terkilan tgk shahir tersingkir...xpela shahir...permulaan buat shahir...semoga shahir berjaya di luar sana...gagal sekali xbermakna gagal buat selamanya...Good Luck 4 u Shahir...harapan hanya pada adira jeww skrg...huhu