|
apsal TBH punya smashes tak macam biase...longlai je..mana pegi 421kmh tuu
boyak Post at 21-3-2010 23:48
421kmh tu dibuat bukan waktu main .... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baiklah malaysia still ade dlm SS..... tp nape Hong Kong dlm watch list hah??..... kan best aje HK SS tahun2 lepas..... :re:
wawaKKK Post at 23-3-2010 10:47
HK ok tapi HK kan part of china ... so maknanye china ada 3 SS ..tak aci la kot ... elok bagi peluang kat india lak ... |
|
|
|
|
|
|
|
okay aku nak tanya pendapat korang semua ttg bergu kita kkk/tbh final ngan korea tu..
patut tak kita merasa kechewa dengan kekalahan ittew...apa pandangan korang..
TOPSPIN Post at 23-3-2010 14:58
kechewa?? dah immune dah .... biasalah dorang tu .... |
|
|
|
|
|
|
|
janganlah kecewa, pemain2 negara akan cuba bangkit untuk thomas cup nanti, doa-doakan la ye...Insya Allah kita akan cuba mara ke final at least |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua. Morningx3. So apa khabar sihat? |
|
|
|
|
|
|
|
janganlah kecewa, pemain2 negara akan cuba bangkit untuk thomas cup nanti, doa-doakan la ye...Insya Allah kita akan cuba mara ke final at least
zakry Post at 23-3-2010 22:56
Amin insyallah kalau ade rezeki x kemana hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Jaguh lahirkan pemain badminton
PROGRAM realiti televisyen (TV) tidak hanya tertumpu kepadabidang-bidang seni seperti nyanyian, tarian dan lakonan semata-mata.Sebaliknya, ia juga mencakupi bidang-bidang lain seperti sukan yangturut diminati ramai.
Malah, program realiti TV yang berteraskan bidang sukan bukan sahajasebagai suatu bahan hiburan, sebaliknya ia juga boleh dijadikanplatform untuk melahirkan jaguh pelapis dalam sesuatu bidang sukan padamasa depan.
Bekas pemain badminton perseorangan negara, Kwan Yoke Mengmerupakan antara ahli sukan yang menyokong dan menaruh kepercayaanprogram realiti TV berkonsepkan sukan mampu mencapai objektif tersebut.
Justeru, tidak hairanlah pemain badminton berusia 44 tahun itu telahdiberi kepercayaan oleh TV9 sebagai Ketua Jurulatih dalam programrealiti TV terbaru stesen itu berjudul Jaguh yang disiarkan setiap Jumaat pukul 9 malam mulai 26 Mac ini.
Menurut Yoke Meng, keyakinannya itu timbul berdasarkan sambutanmasyarakat terhadap sukan badminton yang merupakan antara sukan populardi negara ini selepas bola sepak, sewaktu uji bakat program itudiadakan baru-baru ini.
"Semasa mula-mula saya hadir untuk menerima tawaran sebagai KetuaJurulatih dalam program ini saya fikir 50 - 50. Ini kerana, sebelum inibelum pernah ada program realiti TV yang menjadikan sukan badmintonsebagai modul rancangan.
"Bagaimanapun, sewaktu uji bakat program ini diadakan di KompleksSukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu hampir 300peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawahmenyertainya.
"Ada yang datang dari jauh iaitu Sabah semata-mata untuk menyertaiprogram ini. Walaupun masih muda tetapi mereka amat berbakat," katanyaketika ditemui pada pelancaran Jaguh di Ampang, Selangor baru-baru ini.
Sebagai salah seorang pemain perseorangan yang pernah membantu pasukan negara merampas Piala Thomas pada 1992, bapa kepada Callum, 13, dan Carolynn, 16 ini akan mencurahkan pengalamannya untuk Jaguh.
Yoke Meng yang bersara dari arena badminton pada tahun 1993 yakinmampu melatih lapan peserta yang akan bersaing menerusi program realitiTV itu yang menyediakan hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi untukjuaranya.
"Saya yakin mampu untuk melatih para peserta program ini walaupunmereka masih muda. Latihan yang akan saya berikan sama seperti pemaindewasa. Saya tekankan soal skil sebanyak 70 peratus dan 30 peratus lagiaspek fizikal.
"Mereka akan berlatih empat jam sehari di USJ23 Subang Jaya,Selangor. Selepas dua bulan selepas uji bakat diadakan, saya akanmenilai prestasi lapan peserta yang berjaya menyertai program ini untuktujuan penyingkiran.
"Dengan dibantu oleh pembantu jurulatih lain aspek penyingkiranmengambil kira soal kalah menang perlawanan dan juga soal kecergasanfizikal, kemampuan, skil dan bakat yang mereka tunjukkan," ujarnya.
Beliau yang kini merupakan penasihat kepada Persatuan Badminton Melaka sejak tiga tahun lalu berkata, pada setiap episod Jaguh akan ada penyingkiran peserta berdasarkan kriteria-kriteria seperti yang telah dijelaskannya itu.
Namun, Yoke Meng yang juga seorang ahli perniagaan menaruh harapanyang tinggi kepada juara program ini untuk diangkat ke tahap yang lebihtinggi lagi.
"Juara pertandingan ini akan terus digilap dengan mewakili pulapasukan badminton di negeri asal masing-masing. Kalau prestasi bagus,selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah mereka boleh diserapkan diSekolah Sukan Bukit Jalil.
"Daripada situlah kita akan berusaha untuk terus menggilap bakatmereka ke tahap yang lebih jauh. Ini adalah suatu permulaan yang baikuntuk melahirkan pemain badminton pelapis pada masa depan," kata anakjati Kuala Lumpur ini.
Lapan peserta yang bersaing pada program yang akan diacarakan olehpenyampai radio Hot FM, Khairul Ikhwan Rosli itu kini tinggal di AsramaRakan Muda, Bukit Kiara. |
|
|
|
|
|
|
|
Badminton paling sesuai
Peserta yang bersaing pada program musim pertama itu ialah MuhammadUmar Al Qhatab Mohammed Shaffie, 12, Chia Wei Jie, 10, Muhammad AriffMohd. Asaari, 10 dan Muhammad Izzudin Shamsul Muzli, 12.
Tidak ketinggalan empat lagi pesertanya iaitu Muhammad Syafiq A.Sanusi, 10, Ahmad Shah Fuad Muhammad, 12, Goh Ting Yu, 11, dan RiyankaKesuma Suherman, 12 akan bersaing dalam program sebanyak lapan episoditu.
Sementara itu, Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidinturut menaruh keyakinan Jaguh bukan sahaja mampu menarik perhatian parapenonton tetapi juga menggalakkan pertumbuhan sukan tersebut.
Katanya, keyakinan itu berdasarkan kaji selidik yang telahdijalankan oleh TV9 terhadap 1,000 responden pada Jun 2009 mendapatikebanyakan daripada mereka lebih meminati sukan badminton berbandingbola sepak.
"Sewaktu kajian itu dilakukan di Semenanjung Malaysia oleh sebuahsyarikat ramai yang menyokong program realiti TV ini diadakan. Kamidapati badminton paling sesuai untuk tontonan dan permainan untuk seisikeluarga.
"Apatah lagi, sebelum ini sudah ada program realiti TV tentang bolasepak sedangkan badminton belum pernah diadakan. Kebetulan pula padaMei ini akan berlangsungnya kejohanan Piala Thomas," jelasnya.
Rozaina berharap, Jaguh bukan sahaja memaparkan realitikepayahan lapan pesertanya merebut gelaran juara, malah ia juga diharapdapat menaikan semangat serta mempopularkan lagi badminton di kalanganrakyat negara ini.
Jaguh menyediakan hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi untukjuaranya, tempat kedua menerima RM2,000, tempat ketiga (RM1,000),tempat keempat (RM500), tempat kelima hingga kelapan (RM300) dan PemainHarapan (RM1,000).
Program realiti TV yang dirakamkan setiap episodnya lebih awalmendapat sokongan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) denganpenyingkiran dan pemenangnya ditentukan oleh Ketua Jurulatih dan parapembantunya. |
|
|
|
|
|
|
|
LAPAN peserta Jaguh(berdiri depan dari kiri) Chia Wei Jie, Muhammad Umar Al QhatabMohammed Shafie, Muhammad Ariff Mohd. Asaari, Goh Ting Yu, (berdiribelakang dari kiri) Ahmad Shah Fuad Muhammad, Muhammad Shafiq A.Sanusi, Riyanda Kesuma Suherman dan Muhammad Izzuddin Shamsul Muzli.
|
|
|
|
|
|
|
|
okay aku nak tanya pendapat korang semua ttg bergu kita kkk/tbh final ngan korea tu..
patut tak kita merasa kechewa dengan kekalahan ittew...apa pandangan korang..
TOPSPIN Post at 23-3-2010 14:58
tak kecewa pong, berjaya sampai ke final pun dah boleh kira satu kejayaan...bukan mudah nak sampai ke final..
lagipun kkk-tbh pernah menang swiss open sebelum ini...
lainlah kalau temasya sukan besar seperti olimpik atau piala thomas, ia akan melibatkan emosi jika kita menang atau kalah pada final...lebih2 lagi bila Chong Wei kata Emas Sukan Olimpik adalah sama penting seperti nyawa saya , aku rasa sangat emosi bila dia kalah dengan LD di olimpik 2008 |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap kita tak kechewa utk thomas cup nanti..
yg penting bergu no 2 adalah tetap zakri/fairuz...bergu ni kalau time form menjadi..bangga giler aku dgn mereka...
chong wei
chong hann
hafiz
boleh tak single ni bagi 2 mata utk malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kah tanggungjawab di luar gelanggang tu ekkkk?
A) menjaga ibu bapa yg tua & adik-beradik
B) menjaga tunang/gf dgn baik
C) mencari kedai makan sedap2 dan mencari menu masakan terbaru
D) k ...
kayla Post at 23-3-2010 21:06
yg B tu confirm betul |
|
|
|
|
|
|
|
janganlah kecewa, pemain2 negara akan cuba bangkit untuk thomas cup nanti, doa-doakan la ye...Insya Allah kita akan cuba mara ke final at least
zakry Post at 23-3-2010 22:56
ehhh ade zakry laa...... ni zakry latif betol2 ke ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
result terkini asian youth under 19 mixed team finals
XD
Liu Cheng [CHN] [CHN]
Bao Yixin [CHN] [CHN]
-
[MAS] [MAS] Ow Yao Han
[MAS] [MAS] Lai Pei Jing
21-16 21-17
MS
Huang Yuxiang [CHN] [CHN]
-
[MAS] [MAS] Zulkiffli Zulfadli
17-21 12-21
MD
Li Gen [CHN] [CHN]
Song Ziwei [CHN] [CHN]
-
[MAS] [MAS] Ow Yao Han
[MAS] [MAS] Yew Hong Kheng
8-21 11-21
WS
Suo Di [CHN] [CHN]
-
[MAS] [MAS] Cheah Sonia Su Ya
22-20 21-15
women doubles tgh main..... hrp2 msia boleh menang..... |
|
|
|
|
|
|
|
WD
Tang Jinhua [CHN] [CHN]
Xia Huan [CHN] [CHN] -
[MAS] [MAS] Lai Pei Jing
[MAS] [MAS] Lai Shevon Jemie
21-7 21-9
alamak kalah gak akhirnye...... :cry::cry:
takpe..... good fight...... cube lagi lain kali...... |
|
|
|
|
|
|
|
1618# wawaKKK
good fight..??? Macam ayam jek result tu...keh3
Btw: aku tak kecewa pun KKK-TBH kalah time swiss open tu. Dorang main dah o.k tapi Korean pair nyer body tap2...ha3.. |
|
|
|
|
|
|
|
1605# zakry
usihh...Zakry Latif ker ni??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|