CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♥ HoMe oF MiLaNiaNS ♥ Raw Preview Lagu Terbaru Mila (Page 99)

[Copy link]
Post time 14-3-2010 10:46 PM | Show all posts
Ada kesilapan teknikal sikit masa uploading tadi, so minta maaf bebanyak ye
Kalo nak upload semula.....  kena tunggu laen kali lorr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2010 01:00 AM | Show all posts
1588# seraiwangi makin bulat akimm..huhu
motip komen retis lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 06:55 PM | Show all posts
Hai semua...salam petang
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 06:56 PM | Show all posts
Wah lama nya gito tak masuk unmah ni, almaklum org sibuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 06:58 PM | Show all posts
Kredits:www.murai.com.my

Mila Semakin Manja Dengan Akim?



JUDUL: Jumbo Gajah Biru II
PENGARAH: Taweelarp Sriwootiwongse
ALIH SUARA: Akim (Jumbo) dan Mila (Luna)
DURASI: 92 minit
GENRE: Animasi, Hiburan keluarga, Pengembaraan


Sekali Imbas

Sejakkebelakangan ini, Thailand memang cukup gah dengan filem-filem yangbergenre seram dan kebanyakan filem-filem seram yang dihasilkan inipula pasti membuatkan penonton berasa seram sejuk.

Namun,kehadiran  filem animasi Jumbo Gajah Biru II mampu mengubah persepsitersebut kerana ia bukan saja menghiburkan malah meninggalkan kesanyang cukup mendalam dari sudut mesejnya terutama dalam soal menghormatihubungan kekeluargaan. Lebih menarik, penonton dapat melihat bagaimanakeserasian suara Akim dan Mila yang menjadi pasangan suami isteri dalamfilem ini.


Ulasan Penuh

JGBmengisahkan seekor gajah biru bernama Jumbo (Akim) yang menjadi ketuaangkatan perang Ayutthaya dan mempunyai isteri Luna-Gajah Merah Jambu(Mila).

Akibat terlalu komited terhadap kerjaya sebagai kaptenperang, Jumbo mengguris hari Luna yang merajuk disebabkan Jumbo berubahperilaku serta tidak mengetahui Luna sudah mengandung.

WalaupunJumbo dan berjanji tapi janji tersebut lenyap selepas dia dalam situasibekerja. Oleh itu, Luna membawa diri ke Ban Hin Kao dan bertekadmeninggalkan Jumbo kerana mahu melahirkan anaknya itu.

Perginya Luna ditemani seekor burung yang kecoh (Chiku) dan ibu Jumbo yang menjadi teman Luna.

WalaupunJumbo dan Luna sudah berpisah selama 2 tahun, Jumbo tetap mengetahuibahawa dia mempunyai sepasang anak kembar (Barron dan Leah) melaluiperutusan lukisan yang dihantar Chiku. Malah, Jumbo begitu terujasetiap kali mendengar berita dari Chiku.

Satu hari, Ban Hin Kao diserang pengganas dan telah meragut nyawa ibu Jumbo dan menculik Luna dan anaknya.

Beritasedih itu membuatkan Jumbo mengamuk dan terpaksa melepaskan tugasnyayang boleh mengakibatkan Jumbo dihukum mati. Jumbo tambah berangselepas mendengar Barron dan Leah bakal dijadikan korban musuhAyutthaya.

Oleh itu, Jumbo berjanji tidak mahu melalaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

Padababak inilah muncul klimaks yang mana penonton dapat melihat perjuanganJumbo yang cuba menyelamatkan anak-anaknya yang mempunyai karaktersemirip Upin dan Ipin.

Lebih menyedihkan, Barron dan Leah tidak mahu mengaku Jumbo adalah bapa kandungnya.  

Berbalikpada pemilihan suara, penulis agak sangsi mengapa Akim dipilih keranasuara Akim kurang sesuai dengan watak ini kerana suara Jumbo sepatutnyamatang dan menunjukkan seorang yang perkasa serta berjiwa bapa.

Tambahpelik, Akim yang mempunyai suara jantan sewaktu menyanyi berubah jadibapa yang kurang bermaya. Mungkin faktor usia memainkan peranan pentingdalam pemilihan watak.

Apa yang pasti, ada satu babak tidaklawak bertukar menjadi lawak selepas mendengar intonasi Akim yang cubamenjadi bapa. Terlalu dibuat-buat.

Bagaimanapun, Mila harus dipuji kerana pandai bermain emosi sehingga babak sedih Jumbo mati dirasai penonton.

Menyentuhmengenai animasi, JGBII belum sampai tahap animasi yang bolehdibanggakan seperti hasil karya dari Hollywood. Cubaan 3D yangditampilkan masih lagi amatur dan adakala menjadi 2d saja.

Pemilihandan darapan warna serta tekstur pada watak adakala tidak kenalebih-lebih pengcahayaan yang digunakan. Tekstur kulit gajah nampakmacam plastik saja.

Lebih menghairankan, ton warna gelapsering dipilih sehinggakan perbezaan masa sukar nak dikenal pasti.Malah, akibat terlalu fokus pada karakter binatang, pergerakan animasimanusia persis robot dan adakala dilihat seperti dibuat sebagi tangkapmuat atau lebih tepat sekadar ada saja. Macam baru belajar buatanimasi.

Bagaimanapun, setiap kecacatan tersebut ditutupidengan jalan cerita yang menyentuh seperti yang penulis katakan tadi.Apapun, penonton tergelak besar apabila babak cemas Jumbo yang mahumenyelamatkan Luna dari terjatuh dalam kawah turut diselitkan dengandialog 'Awak Dah Gemuk'.

Kenakalan suara Akim terselah begitujuga dengan kemanjaan suara Mila yang didengar seperti sah menjadiisteri Akim. Kekuatan animasi juga terletak pada pengguasaan suaraChiku dan watak-watak kanak-kanak yang comel dan melucukan.

Secarakesimpulan, cerita ini memang sesuai ditonton oleh semua lapisanmasyarakat. Jangan lepaskan peluang untuk merasai cinta Akim dan Milayang akhirnya menjadi pasangan suami isteri dalam animasi. Romantikhabis!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 07:03 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2010 09:01 PM | Show all posts
Kredits: youandme1810 @youtube

Kau dan Aku Episod 21












Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 10:15 PM | Show all posts


Mai pekena mi udang teluk kumbar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 09:26 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 10:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 16-3-2010 10:07

Jumbo Gajah Biru
by Miss Ayu | 16 Mar 2010Share  Buzz it  
   

Filem:
Jumbo Gajah Biru

Alih suara:
Mila & Akim

Genre:
Animasi

Ulasan:
Filem 'Jumbo Gajah Biru' merupakan sebuah filem animasi Thai yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu untuk pasaran negara ini. Filem yang asalnya bertajuk 'Khan Kluay II' ini telah meraih rekod kutipan box-office tertinggi di Thailand sebanyak 80 juta baht (RM8.1 juta).

'Jumbo Gajah Biru' menampilkan Akim dan Mila sebagai peminjam suara untuk dua watak utama. Akim sebagai Jumbo (gajah biru) dan Mila pula, Luna, isteri kepada Jumbo. Dua bintang Akademi Fantasia (AF) ini dipilih memandangkan mereka adalah produk yang dikeluarkan oleh pihak Astro Entertainment Sdn Bhd yang merupakan pemilik hak cipta pengedaran di Malaysia.

Selain itu, GUA melihat pemilihan Akim dan Mila adalah strategi pemasaran bagi memancing fanatik kedua-dua bintang ini ke pawagam. Bagaimanapun, GUA tidak bersetuju dengan pemilihan Akim. Sebabnya, tona suara penyanyi yang popular dengan lagu "Bengang" ini langsung tidak sesuai dengan watak Jumbo yang merupakan gajah hebat yang bergelar ‘Ketua Pemusnah Hongsawadi’. Suara Akim kedengaran lemah dan tidak bersemangat! Sesekali GUA rimas mendengar suara Akim yang tidak menjadi itu.

Sepatutnya pihak Astro menggunakan suara bintang AF yang lebih ‘macho’ supaya dapat mencerminkan Jumbo adalah pahlawan gajah perkasa. Adakah pemilihan Akim dibuat kerana ingin merancakkan gosip tentang percintaan Akim dan Mila?

Menyentuh tentang suara Mila pula, gadis genit ini berjaya menjiwai watak Luna yang kecewa kerana diabaikan oleh Jumbo. Pengalaman menyumbang suara untuk filem ‘High School Musical’ sebelum ini mungkin membantu Mila.

Secara keseluruhannya, GUA merasakan filem ini memang menghiburkan. Bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi orang dewasa juga boleh turut ketawa. Walaupun animasi ini  mengisahkan tentang peperangan, tetapi pengarah filem ini berjaya menyuntik elemen lucu dengan berkesan. Kehadiran sekumpulan anak gajah comel yang terdiri daripada Bon Bon, Dui Dui, Sonji , Mali dan Kopa memang mencuit hati. Pasangan kembar Barron dan Leah, anak kepada Jumbo dan Luna juga menambat hati peminat. Mereka cukup comel.

'Jumbo Gajah Biru' mengungkap kisah seekor gajah yang telah terpilih sebagai Gajah Diraja untuk Maharaja Naresuan setelah berjaya menewaskan pesaingnya dalam satu pertempuran gajah terhebat.

Namun begitu, Jumbo menghadapi dilema apabila kumpulan Hongsawadee menyerang kampung halaman yang didiami isterinya, Luna yang sarat mengandung dan seterusnya menawan semua penduduk kampung, termasuk Luna.

Jumbo terpaksa membuat pilihan sama ada berusaha menyelamatkan nyawa keluarganya atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarganya yang tersayang.

Info menarik:
Untuk rekaan set and kostum, pasukan produksi telah mengembara ke Myammar bagi mendapatkan inspirasi daripada istana-istana dahulu kala, barang-barang, pakaian serta perhiasan. Pereka  yang terlibat telah menggunakan imiginasi mereka untuk menghasilkan semula negara-negara dahulu kala yang gah di mana terkenal dengan kuasa ketenteraan di wilayah Suvarnabhumi. Separuh daripada rekaan adalah berdasarkan lokasi yang sebenar dan separuh lagi bergantung sepenuhnya kepada imiginasi pereka.


Sumber ;  Gua.Com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2010 10:21 AM | Show all posts
Morningggg
Thanks for all the sharing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2010 10:23 AM | Show all posts
Mila @ SuriaFM Rancak Tour, Kluang Mall, Johor

Jika Kau Ubah Fikiran


Aku Lebih Tahu

tomatomam2222 Post at 14-3-2010 18:13


Thank you for the vids tom2
Seronok dgr org kluang sing along ngan Mila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2010 10:26 AM | Show all posts
Scan from: Media Hiburan Bil.1295 Isu 13-19 Mac 2010



seraiwangi Post at 14-3-2010 22:30


Seraiii..thanks for the scanning
Dah lama xde poster besar Mila kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 11:00 AM | Show all posts
1593# tomatomam2222

nice pic... thank tomtom.. hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 11:01 AM | Show all posts
1594# tomatomam2222

... thanks tomtom... dapat gak tgk... hehehhe.. 2 lagu aje ke?.. ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 11:02 AM | Show all posts
1611# aFViRGo

morning avirgo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 11:03 AM | Show all posts
1608# seraiwangi

... teluk kumbar ada mee udang ek?..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 12:25 PM | Show all posts
Salam tgh hari semua....masih ramai yg bercuti kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 12:26 PM | Show all posts
1617# pu3asma On the way to rumah Mila tuuuu!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 12:28 PM | Show all posts
Lama ye Tira tak masuk sini...rindu kat avatar dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.089027 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list