5,496 'hotspot' banjir seluruh Malaysia
Suzalina Halid - Oktober 3, 2022 @ 2:46pm
[email protected]
KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,496 kawasan di seluruh negara disenaraikan sebagai lokasi panas atau 'hotspot' banjir, tertinggi adalah di Sarawak dengan 1,034 kawasan.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan, kawasan panas bencana itu di Sarawak membabitkan 12 daerah, iaitu Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Kuching, Bintulu, Serian, Limbang, Miri, Kapit, Sri Aman dan Samarahan.
Ia diikuti Pahang (763), membabitkan daerah Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Lipis, Bera, Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran, manakala Kelantan (595) membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Gua Musang, Bachok, Tanah Merah, Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Kerai.
Di Sabah, KASA mengenal pasti 520 lokasi membabitkan 17 daerah, iaitu Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Membakut, Sipitang, Kota Belud, Beaufort, Tenom, Tawau, Semporna, Kinabatangan, Sandakan, Pitas, Kudat dan Kota Marudu.
Johor pula dengan 432 kawasan di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru, 373 di Kedah membabitkan daerah Langkawi, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim Bandar Baharu, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena Sik dan Baling.
"Di Negeri Sembilan, 369 kawasan dikenal pasti, iaitu Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Rembau," menurut kenyataan berkenaan.
Selangor pula mempunyai 339 'hotspot' membabitkan sembilan daerah, iaitu Petaling, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.
Antara lokasi di Selangor, Sungai Buloh, Paya Jaras, IOI Puchong, Desa Petaling, Kampung Kubu Gajah, Pekan Sungai Buloh, Persiaran Surian, Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 4, Taman Megah, Putra Height Seksyen 13, Batu Tiga, Seri Kembangan, Giant Seksyen 13 Shah Alam, Taman Mutiara Subang, Pekan Serdang.
Terengganu dengan 300 kawasan membabitkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
"Sebanyak 265 lokasi panas banjir dikenal pasti di Perak, membabitkan 12 daerah iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Hilir Perak, Bagan Datuk, Muallim, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang," menurut KASA.
Sementara itu, 229 kawasan dikenal pasti di Pulau Pinang membabitkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, manakala Melaka dengan 157 kawasan di ketiga-tiga daerah, Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.
KASA juga mengenal pasti 54 kawasan panas banjir di Perlis membabitkan daerah Kangar, Arau dan Padang Besar, Kuala Lumpur dengan 48 kawasan dan Labuan pula dengan 18 kawasan.
Lokasi 'hotspot' banjir di Kuala Lumpur adalah Pusat Dagangan Dunia (WTC), Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh, Kampung Kassipilay, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak (Wisma BERNAMA), Jalan Pekeliling, Kampung Puah dan Jalan Kolam Air.
Selain itu, Bulatan Dato Onn, Bulatan Pahang, Kampung Chubadak, Pekan Salak Selatan, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Pahang, Jalan Segambut, Segambut Bahagia, Jalan Pudu, Jalan Ampang, Jalan Raja Chulan.
Turut berisiko, Jalan Tun Perak, Jalan Cheras, Razak Mansion, Jalan Pudu, Universiti Malaya (UM), Masjid Jamek, Jalan Duta, Pantai Dalam, Jalan Dang Wangi, LRT Sungai Besi, Tol Kesas, Jalan Maarof, Jalan Kia Peng, LRT Bangsar, Jalan Travers dan Kepong Baru.
Selangor pula mempunyai sebanyak 339 lokasi hotspot membabitkan sembilan daerah iaitu Petaling, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.
Lokasi hotspot di Selangor antaranya di Sungai Buloh, Paya Jaras, IOI Puchong, Desa Petaling, Kampung Kubu Gajah, Pekan Sungai Buloh, Persiaran Surian, Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 4, Taman Megah, Putra Height Seksyen 13, Batu Tiga, Seri Kembangan, Giant Seksyen 13 Shah Alam, Taman Mutiara Subang, Pekan Serdang.
https://www.bharian.com.my/berit ... ir-seluruh-malaysia |