|
ok akk sambung ni tp part after this 18XL as usually 5 minit...kejap yer
"Abang tak tahu samada Ijah boleh terima atau tidak. No one is supposed to know, including my mom" kata2nya menambahkan debar di dadaku tiba2.
"Lebih baik abg yg cerita dr mendengar dr mulut org lain" kataku perlahan. Azam memandangku dgn hairan. Aku masih ingat Fariz pernah cuba memberitahuku sesuatu. Aku mengangkat bahu.
"Mungkin dari Fariz ka" entah mengapa gatal mulutku menyebut nama itu menyebabkan aku yg tergamam melihat reaksi sebenar suamiku.
"I don't give a damp at him, he is a losser" kata Azam dgn garangnya, itulah pertama kali aku mendengar sesuatu yg kurang enak dr bibir suamiku. Sebelum ini bahasanya berlapik, tak pernah terlepas begitu, marah sungguh pada Fariz.
"If you are not ready to talk, it's fine, next time aja" aku mula mengendurkan ketegangan di antara kami, aku tahu dia tgh marah, walaupun mungkin kerana cemburunya atau kerana apa yg aku dengar dr perbualannya dgn Syafikah tadi. Lama berdiam dia menarik tgnku mengucup, lama.
Entah mengapa aku seakan tak dapat menghalang dr perasaan ingin tahu yg meluap2. Pelik, bagaimana dia tahu ttg Fariz mengejarku? Setahu aku Azam bukanlah dr jenis org yg akan mendengar dr mulut org lain. Aku tak dpt menghalang dari bertanya lagi, aku perlu tahu, aku tak suka dia tahu benda yg tdk benar.
"Selama ni, Fariz tak tahu ke Ijah isteri abang?" Tanyaku perlahan dgn nada yg amat halus.
"Entahlah, agaknya" jawab Azam acuh tak acuh.
"Abang kawan baik dgn dia dulu, sekarang ni dah jadi musuh pulak? "sengaja aku menduga.
"No, he is still my friend but not best friend, my best friend now is you" katanya sambil mengebamkan bibirnya. Aku suka melihat wajahnya yg begitu, w/pun tiada senyuman tp bersinar2. Syafikah kawan baiknya pun dapat melihat wajah bahagianya w/pun agak muram tadi.
"So Syafikah kawan baik abg tadi tu tinggal kat mana? "tanyaku
"Kat mana2 pun dia boleh tinggal, dia tu anak org kaya, parents dia kawan baik Datuk, dah mcm anak Datuk sendiri" terang Azam.
"Mestilah, namapun pernah menjd menantu Datuk" selamba sahaja aku menambah, tp rupanya seakan tdk selesa bagi Azam, dia seperti seba salah. Renungannya ke mataku tepat seakan minta difahami.
"I want to tell you all these but not now, I have to find the right time" kata2nya mengundang tanda tanya, ada rahsia besarkah hingga susah sgt utk dijelaskan? Aku mengangguk2, cuba melabuhkan kepala di bantal, mataku sudah tertutup tp otakku masih melayang-layang. Tgn kasar Azam di bawah selimut sudah menjamah ke perutku sambil bibirnya mengucup bahuku lembut. Menarik rambutku ke atas sambil melurut hujung lidahnya dr bahagian atas leher hingga ke bahuku. Lama aku memejamkan mata membiarkan dia di belakangku, terasa tgnnya menarik tubuhku kpdnya di dalam cahaya yg begitu suram itu. Bila aku hanya keras di situ dia mengangkat kepalanya mencari pipiku, bagai basah pipiku dikucup begitu. Sedikit tolehan ke arahnya bibirku pantas dikucup sedalam-dalamnya. Aku mula membalasnya tak mahu dia melepaskan bibirku. Lidah kami bertaut lama di dalam panasnya kucupan itu. Dia tdk membiarkan aku keresahan dgn apa saja persoalan yg melanda, dia hanya mahu aku bahagia menjadi wanita miliknya. Dia yg melukakan aku tapi dia juga yg sedang memujuk rayu, membisik kata2 sayang dan cintanya yg tak berbelah bagi. Sambil membelai tubuhku, bibirnya bersuara, seakan mengingatkan aku bertapa perasaannya utk ku, bagaikan takut benar aku meraguinya.
"Kalau abang berkasar tadi abang minta maaf, abang sayangkan Ijah, Ijah jgn ingat apa2 yg tak baik" katanya lembut memujuk.
"Ada banyak hati yg abg kena jaga, termasuk hati isteri abang, selagi abang hidup, tak ada sesiapa yg akan menyakitkan hati Ijah, abang sayang kat Ijah sgt-sgt, nanti bila keadaan dah makin tenang abang ceritakan sbb abg tak akan sembunyikan apa2 dr Ijah lagi" aku bagaikan terpujuk pula mendengar kata2nya. Biar berat manapun aku akan menunggu ceritanya, aku akan terima apa saja kemungkinan atau kenyataan yg pastinya pahit. Tapi itu cerita lama, ketika aku belum pernah hadir dlm hidupnya, tidak adil untuk aku menyalahkannya walau sebesar mana dosanya. Org sebaik Azam tentunya sudah bertaubat jika itu urusannya dgn Allah. Denganku sekalipun bibirnya sentiasa memohon maaf, inikan pula dgn Tuhan. |
|