Soalan Hari Rabu
Arahan:-
Sila jawab dengan teliti dan berhati-hati. Tiada sebarang jawapan spesifik yang diperlukan, ianya bergantung kepada pendapat dan pengalaman pelajar sendiri.
Kesemua jawapan mestilah dihantar selewat-lewatnya pada hari Khamis 5hb April 2012, Jam 11.00 pagi
Soalannya:
Apakah yang akan anda lakukan sekiranya berdepan dengan situasi berikut:-
1.Terperangkap dalam lif dengan orang yang tidak dikenali dan berlawanan jantina. Sebab dah tak de ape yang boleh dibuat, borak-borak je la dengan budak yang sama-sama terperangkap. 2.Kehilangan tiket bas di saat-saat akhir untuk menaiki bas untuk pulang beraya. Tetap akan naik bas tu, bila ada yang datang check tiket buat-buat cari tiket sampai dia bosan menunggu. 3.Terlupa bawa kad pelajar sewaktu hendak mendudukipeperiksaan akhir di tahun akhir pengajian. Terus jadi panik, sebab dah terang-terang peraturan mengatakan wajib bawa kad pelajar. Tapi sebab TB budak baik dan baik dengan pensyarah, so rasanya dapat kot kelonggaran sket. 4.Gas habis sewaktu sedang menyediakan makanan untukbersahur dan waktu imsak sudah semakin hampir Alhamdulillah, setakat ni hanya bersahur dengan 'sky juice' je. Jadi kao gas habis memang tak de masalah melainkan kalo kat kampung memang akan histeria sebab ayah TB memang tak leh kalo tak makan nasi masa sahur. 5.Tersilap masuk kereta orang lain sewaktu hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Selepas mintak maaf sebab tersalah masuk kereta, terus bagi tau kat dia yang TB nak tumpang kereta dia sampai hujan reda. Mintak-mintak dia tak kisah. 6.Bekalan elektrik terputus ketika sedang menonton episodakhir/ perlawanan akhir sukan kegemaran anda. Pasrah dan redha je la tapi esoknya akan berusaha untuk tengok kat youtube @ tonton.com.my 7.Majlis perkahwinan dibatalkan sehari sebelum tarikh langsung melalui sms. Majlis akan diteruskan tapi bukan majlis kahwin la kan. Pastu akan saman dia dan tuntut ganti rugi. 8.Kenderaan anda rosak sewaktu berada di dalam kesesakan jalan raya. Belum ada kereta lagi tapi kalau berlaku di kemudian hari tetap pasrah je la dan usaha cari mekanik untuk repair. 9.Pasangan anda curang dengan kawan baik anda Putus sahabat dan putuslah hubungan yang terjalin. Merawat hari sambil nyanyi lagu LARA HATI. 10.Tak cukup wang untuk membayar harga barangan yang dibelidan kad kredit tidak boleh digunakan. Tabiat TB akan pastikan duit dalam beg lebih dari apa yang TB hendak beli untuk elakkan perkara ni berlaku. Tapi kalau berlaku jugak, TB akan kansel mana-mana barang tak tak penting. ** markah bergantung kepada sifu yang bertugas. |