|
RIANZ PARADISE VOL. 61 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
ok ni dia sambungan
"Abang, Ijah nak cakap sikit boleh tak?"
"Cakaplah, pasal apa? "matanya terbuka memandang ke wajahku.
"Pasal anak" kataku, wajahnya sedikit berubah mula tersenyum.
"Kenapa? "Tanya Azam. Aku terdiam mencari sedikit kekuatan dan semangat.
"Dulu waktu koma, Ijah dah jumpa anak kita, tiga kali" entah mengapa airmata bagai tak dapat ku tahan bila perkara itu tergambar semula seakan di depan mata.
"Cukuplah, jgn cakap lagi" Azam mula bangun dan duduk,menarikku ke dalam pelukannya yg erat.
"Tak boleh, Ijah kena bagitau abang. Masa kali pertama dan kedua Ijah tak tau pun anak sapa, bebalut putih, comel tp kecik sangat. Arwah mak Ijah yg bawa dgn arwah ayah kandung Ijah, rupanya ayah dah meninggal masa Ijah kecil2 dulu, sapa pun tak tahu. Mmg muka kami sama" aku terdiam sebentar. Azam menarik nafas yg panjang.
"Kali kedua sewaktu arwah ayah datang nak bawa Ijah pergi, Ijah terdengar suara abang yg menangis panggil Ijah, Ijah patah balik nak cari abang. Kali terakhir itu selepas therapy yg sakit tu, malam tu abg dah redha kalau Ijah tinggalkan abang. Mak bawa anak kita suruh jumpa Ijah sbb Ijah takkan jumpa dia lagi, Ijah kena balik pada abang. Masa itu baru Ijah tau anak kita dah ada, dah lama tak ada" esakku kian kuat, tgn Azam mengurut belakangku perlahan-lahan.
"Ijah rasa tak nak balik, Ijah nak jaga anak kita di sana, Ijah sayang anak kita, comel sangat tp dia tak bergerak mcm tidur aja, Ijah dokong dia, cium dia beberapa kali, sempat juga minta ampun dan maaf sebab Ijah tak sempat nak jaga dia. Masa mak ambik balik Ijah dengar suara abang menangis lagi, kuat sgt, bila Ijah patah balik cari abang semua dah hilang. Masa itulah abg dengar suara Ijah yg kuat tu, Ijah menangis sbb Ijah sedih sangat kena tinggalkan anak kita di sana. Sampai hari ni bila ingat lagi waktu itu Ijah akan menangis mcm sekarang" Azam memelukku kian erat memujuk sambil melurut rambutku perlahan-lahan. Terdengar juga suaranya yg makin serak.
"Kenapa sayang simpan perkara ni sorang-sorang? abang kan ada, itu anak kita." Katanya lembut.
"Ijah takut abang tak boleh terima, abg nampak mcm rasa bersalah pasal abang tak ada masa Ijah tgh tenat"
"Sampai sekarang ini pun abg tak akan maafkan diri abang, atas semua yg berlaku. Abang dah selamatkan entah beribu nyawa tp isteri sendiri abg tak mampu. Itulah yg membezakan ilmu sains dan kuasa Allah. Berlajarlah tinggi manapun, bila sampai ajalnya doktor yg setinggi manapun ilmunya tak dpt melawan kuasa Allah" katanya penuh dgn emosi.
"Sbb tu abg tak nak lepaskan Ijah?"
"Jgn cakap mcm tu, kalau Allah nak ambil Ijah samalah mcm Allah nak ambil nyawa abang. Semangat abang pada Ijah, abang terlalu sayang kat Ijah, dari dulu sampai bila-bilapun. Allah masih sayangkan kita, masih nak bagi peluang untuk kita buat apa yg kita perlu buat. Tgklah sedar tak sedar Ijah dah grad, ingat senang ke tu, dah kahwin, suami jauh dapat juga habiskan" terang Azam bagai mengingatkan aku ttg hikmah yg kami perolehi dari dugaan masa lalu.
"Sebab itulah Ijah balik semula untuk abang, Ijah sayang kat abang. Ijah dengar suara Noraisyah yg datang melawat Ijah. Kali ke dua dia datang seorang, dia minta Ijah redha dan lepas kan abang utk dia. Dia kata Ijah dah tak boleh bertahan lagi, dia kata abg dah lama menderita, dia kata tak sangka abang pilih Ijah jd isteri abg, tp dia kata juga mungkin Ijah ada sesuatu yg abg cari yg dia tak ada" kataku kpdnya, dia melihat ke mataku yg basah. Tgnnya mengurai-ngurai rambutku yg mula menutup muka |
|
|
|
|
|
|
| |
|