|
fahmein posted on 2-3-2014 01:15 AM
statement liyana
lawa apa..wife mr r ni... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungannya
|
|
|
|
|
|
|
|
hanis..keluar la statement lgik..ioll tak sabar keluar pic yg lgik hebat itu..pd2 waktu mcm ni la weol rindu encik zubir!!boleh layan popcorn.. |
|
|
|
|
|
|
|
baik liyana tinggalkan jer lelaki macam tu...kalau bersama balik pun buat sakit hati jer...cara balas dendam terbaik ialah bila kita boleh move on dan happy kan diri...satu hari nanti suami liyana tu pasti akan menyesal...we're in the same boat... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga jantan xguna dan homewrecker mendpt kecelakaan. |
|
|
|
|
|
|
|
dah agak da mmg laki orang...dari muke die yan gmaca mbanggang jawab soalan reporter melodi tu da boley agak die mmg bcinta dgn laki orang and she knew it from the very beginning! xyah la ko nak berpure2 dan berkure2 seperti xtau laki tu masih beristeri yang SAH!
belom jadi binik dah over! kalau ko jadi kawen dgn laki ni berribu2 orang menyumpah2 ko nanti dan mendoakan "KEBAHAGIAAN" ko...baik la mengundurkan diri cik adik oi! |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk tv1 skrg hanez suraya blum alter ... hmmm ...cite thn ble tah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
erk walaupun tak sokong hanez, tapi tak nafikan yg istri lelaki tu kurang cantik. lesson for us, maintainlah kecantikan tambah2 bila suami banyak duit, sah sah la akan terpikat pade yg cun kalau istri dah tak cun |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaya rupanya wifey dengan hanez ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
berita tu cam susah nak baca. kecik sangat. sebut pasal nafkah. isteri terpaksa bekerja utk tampung nafkah anak? tak teranglah. |
|
|
|
|
|
|
|
limesherbet posted on 2-3-2014 02:58 AM
erk walaupun tak sokong hanez, tapi tak nafikan yg istri lelaki tu kurang cantik. lesson for us, mai ...
Maybe isteri kurang cantik banding dengan hanis...Tapi at the first place pasti ada kecantikannya yg tersendiri yg sampai buat romi terpikat dan kawin dengan dia...
Lagipun gambar tu nampak dia sedih tercebik macam tu.. Mestilah nampak kurang cantik... Kalau dia happy takde masalah nak pikir pasal suami yg gatal mesti air mukanya nampak happy... Kan kecantikan tu sebenarnya dari dalam hati yg boleh terpancar di air muka... Ke nak suruh wife buat nose job, cucuk gluta bagai? Cantik tak natural la jawabnya....
|
|
|
|
|
|
|
|
still tak cerai dah tak bagi nafkah anak. teruk lelaki mcm ni cerai esok taktaulah camane. curang, hina isteri, suami derhaka, zina, bapak tak bertanggungjawab. eloklah wife dia nak cerai...tapi pastikan fight for harta sepencarian tu Last edited by limesherbet on 2-3-2014 03:27 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Hanez tidak sanggup muka diconteng arang
HANEZ merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama individu yang didakwa sebagai duda anak dua pada tahun ini
TAHUN lalu, selepas ikatan kasih yang cuba disemai bersama penyanyi Awi Rafael tidak kesampaian, pelakon Hanez Suraya dilihat lebih selesa untuk berkongsi cerita kerjaya.
Biarpun sebelum ini, dia pernah meminta supaya dirinya diberi ruang untuk tidak ditanya perihal cinta, dalam diam ruang hati pelakon Love You Mr. Arrogant itu rupanya sudah terisi.
Segala-galanya tersebar apabila sebuah laman portal hiburan memuat naik beberapa keping foto dia bersama seorang lelaki yang dipercayai merupakan ahli perniagaan.
Namun, ketika itu Hanez mendakwa jejaka tersebut hanya sekadar kawan. Itu kenyataan yang diberikannya pada September lalu.
Reda seketika gosip tersebut, Hanez memberikan kenyataan mengejut, bahawa dia sudah bersedia untuk mengakhiri zaman bujang pada tahun ini.
Saat dirinya membuka mulut untuk berkongsi kepada umum mengenai hasrat sucinya, timbul pula cerita liar yang mendakwa lelaki yang ingin dikahwininya itu sebagai suami orang.
Macam-macam spekulasi yang timbul. Ketika diasak persoalan mengenai status teman lelakinya itu, pada mulanya, Hanez mengambil jalan selamat. Dia memilih untuk tidak mengiya atau menidakkan.
Namun, tidak lama kemudian, dia berubah fikiran. Mungkin dek 'serangan' pertanyaan bertubi-tubi daripada media, Hanez akhirnya mengaku teman lelakinya itu merupakan seorang duda anak dua. Tidak puas hati dengan cerita Hanez, muncul juga cakap-cakap belakang yang mengatakan Hanez sekadar berhelah. Dia didakwa sebagai perampas suami orang.
Tidak sanggup berdiam diri, pelakon drama bersiri Autumn Di Hatiku itu merasakan dakwaan tersebut memberi satu tamparan hebat buat dirinya. Keadaan tersebut memaksa pelakon berumur 29 tahun untuk tampil membuat sidang media khas bagi menerangkan hal yang sebenar.
"Impak yang saya terima selepas isu itu tercetus sangat besar. Banyak perkara yang perlu diterangkan dan diperbetulkan.
"Takkanlah saya nak biarkan orang menconteng arang di muka sendiri. Sebab itu saya mahu perbetulkan.
"Tunggulah pada hari sidang media itu nanti, mungkin paling lewat pun Rabu depan, hari Isnin (esok) akan saya beritahu. Ketika ini peguam saya masih di Australia," luahnya yang terpaksa menangguhkan sidang media yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu.
Menurut Hanez, dia akui memegang status sebagai seorang selebriti, khalayak lebih cenderung untuk menyalahkan dirinya.
Katanya, tidak adil sekiranya dia hanya mengambil pendekatan berdiam diri tanpa menerangkan situasi yang sebenar.
"Saya tahu apabila jadi public figure, orang lebih cenderung untuk lihat yang negatif sahaja. Tak bolehlah macam itu. Janganlah yang buruk semuanya dihumbankan ke muka artis. Terpulang pada orang nak dengar atau tidak. Apa-apa pun semua akan diberitahu pada sidang media nanti," tutur si pemilik nama sebenar Hanez Suraya Abdul Aziz tegas.
Tambah Hanez, sehingga kini pihak yang melemparkan dakwaan tersebut juga tidak ada langsung menghubunginya untuk berbincang hal berkenaan secara bersemuka.
"Itu yang saya pelik. Saya pun tak ada terima panggilan daripada dia sendiri," katanya.
Biarpun begitu, menurut Hanez apa yang penting dia tahu di landasan mana dia sedang berdiri.
Sungguhpun banyak kata nista yang mungkin terpalit pada dirinya selepas tercetusnya kontroversi itu, apa yang lebih penting dia masih ada keluarga yang sentiasa meletakkan kepercayaan padanya.
"Keluarga memang rapat dengan saya. Mereka tahu saya macam mana. Saya tak kacau kalau tahu dia masih suami orang. Yang penting keluarga saya dan keluarga dia (teman lelaki) semua okey. Tak ada masalah," katanya lagi.
Sama ada berstatus suami orang atau duda, siapa sebenarnya bakal suami Hanez akan terungkai dalam satu sidang media yang dijadual berlangsung selewat-lewatnya Rabu depan.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... 3.htm#ixzz2uk0akA7Q
Hakcipta terpelihara |
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 2-3-2014 03:31 AM
Hanez tidak sanggup muka diconteng arang
Sudah terang lagi bersuluh..
Dasar perampas...prfff....!
Dunia sudah trbalik..si perampas nak bela diri & tegakkan benang yg basah...xtau malu langsung..mnbina bahagia atas derita & air mata sang isteri...
Si suami durjana..smoga bahagiamu cuma seketika cuma...
Si isteri yg ditinggal..fight for your right..hak2 & harta sepencarian..jgn dibazir air mata & keringat pd jantan curang itu.....
Si perampas..Doa2 org yg teraniya.. InsyaAllah..makbul.. |
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 2-3-2014 03:31 AM
Hanez tidak sanggup muka diconteng arang
Artikel ni sblm/slps wife Mr.R tu bg dedahkan hal sbnr kt bipop?
Waaahhh.... sesedap rs ko berkata2 eh hanez. Cara dia ni kluarkan statement tu mcm nk canangkan konon Mrs. L ni yg sebarkan semua cerita2 psl hanez ni. Mak ayah dia ngn family jantan ok,baik dua2 pihak? Patut ler ngko bermaharajalela!!! Cuba nya ngko yg duduk kt tmpt wife Mr R tu, rs2 family ngko nk dok diam2 mcm skg x?
Tak bleh blah aku ngn minah bimbo nih... |
|
|
|
|
|
|
|
syarida82 posted on 2-3-2014 12:04 AM
dulu dia pnah belakon satu manjalara x silap.. bekarat semacam.. sejak minom aurawhite ni la baru ...
Xde maknanya sejak minum haura white ... so obvious bukan sbb haura white ... |
|
|
|
|
|
|
|
fahmein posted on 2-3-2014 01:15 AM
statement liyana
Hanez ni ... sangatlah kuang ajaq ... |
|
|
|
|
|
|
|
fahmein posted on 2-3-2014 01:21 AM
sambungannya
Bagus tu ... sebarkan jer bukti2 yg ada ... hanez kata jangan main api kan? ... skrg ni ... sapa yg akan terbakar??? |
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 2-3-2014 03:31 AM
Hanez tidak sanggup muka diconteng arang
Adoi ... hazabnya .... |
|
|
|
|
|
|
| |
|