|
RIANZ PARADISE VOL. 61 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
k.bling)))))))))))))))))nk lagi!!!!!!!!!!!!!!!!  |
|
|
|
|
|
|
|
sabar...kita ceria-ceriakan sikit>>>
"Sayang, you are much, much better than her or any other woman. Sedetikpun tak pernah abg menyesal kahwin dgn Ijah. I love so much, dia tak dapatpun perasaan abg yg ada untuk Ijah ni, w/pun abang kenal dia dulu. Dari mula abang jumpa Ijah, abang dah dapat rasa yg abang dah mula sayang kat Ijah, kalau tidak macam mana abang boleh kahwin Ijah. Kalau abang tak sayang macam mana abg nak sentuh Ijah. Sekarang dah tak ada masalah lagikan? Bila lagi nak bagi abang anak ni?"
"Kan tadi abg kata suruh duduk rumah, ok lah kerja juga tu, kerja jaga anak pun susah tau, dapat pahala lag" kataku tergelak. Dia menarik jari-jariku mengucup lama.
"Sebab tu mak abg pilih Ijah" wajahnya terukir senyuman paling indah pernah ku lihat."
"Esok balik Penang kirim salam kat mak, minta mak tgkkan rumah yg kat kg tu, hari tu mak kata nak buat lain, sbb dah tak ada org tinggal" kataku teringat kata-katanya siang tadi
"Esok ikut abang baliklah mcm tu, nanti abg balik sorang banyak kena soal siasat pulak, menantu kesayanganlah katakan." Rupanya mmg benar ada hal keluarga bukan benda yg ku gusarkan siang tadi. Sangkaku dia dah berjanji dgn perempuan tu nak jumpa kt K.L. Takkan Azam nak menipu, senang aja aku boleh tanya mak dia. Ringan sikit bebanan perasaan yg ku tanggung siang tadi.
"Dua bulan lepas masa mak datang mak kata ada developer nak beli tanah kampung tu, nak buat kondo katanya. Dia nak bagi setengah juta, banyak tu, mak ada bagitau abang?" tanyaku teringat pula ttg hal tanah tu.
"Ada, jgn juallah tanah tu, sayang. Bukan senang orang Melayu nak ada tanah kat Penang, banyak yg dah jual. Lagi 5 tahun silap2 dah jadi 5 juta. Manalah tahu kalau2 dah pencen nanti nak tukar angin nak tinggal kat kampung, abang suka nak buat rumah kampung, macam resort style tp modenlah sikit kat dalam, rumah tu banyak kenangan kan, untuk Ijah"
"Ijah besar di situ, dulu tgn Ijah selalu kematu pasal kerap tolong mak buat kerja kebun, kami ada banyak ayam itik sebab tanah tu luas, rumah yg lagi tiga buah tu pun tanah mak juga tp mmg dr dulu dah ada. Bukan dulu tanah tu keluarga ayah abang yg punya?" tanyaku bila teringat cerita arwah emak dulu.
"Agaknya mak Ijah banyak tolong mak abang jaga abang dan keluarga dulu, lgpun tanah dulu-dulu murah. Bagi aja buat hadiah, dah duit tak ada" kata Azam seperti dia juga ingat ttg emakku yg pernah bekerja di rumah keluarga sebelah ayahnya. Begitu bermurah hati rupanya kaum keluarga suamiku, tak hairanlah kalau sifat mulia itu kini ada di dalam jiwa lelaki yg ku kasihi itu.
"Mesti banyak lagikan tanah2 arwah keluarga di Penang?" tiba2 aku ingin pula mengetahui sedikit sebanyak ttg harta-hartanya.
"Hmmmmph, balik ni pun pasal itulah, kena kuat kuasa, dah lama tertangguh, ada juga yg dah jual pasal government nak buat project, duit pampasan tu yg beli rumah kat Pg dan K.L, bakinya simpanlah untuk anak-anak kita"
"Mak kata ada rumah2 sewa yg mak dapat sepuluh ribu sebulan, yang itu ka?"
"Bukan, yg itu abang suruh mak abg ambil, rumah2 dan kedai pusaka dr arwah tok abang, biasalah, mak mana yg tak sayang anak, suka-suka transfer ja duit, dia dah tak tau nak buat lah tu, dah habih pusing satu dunia, la ni siang malam dia tunggu cucu dia aja" otakku mula berfikir, patutlah tak pernah berkira duitnya berpuluh ribu setakat barang2 kemas hadiah utkku. Banyaknya duit suami aku rupanya. Entah2 sbb itu Noraisyah masih mengejar-ngejar, tentunya Faris tahu ttg status kewangan Azam, kalau tidak takkan dia bukan main cemburu lagi, menyindir lagi. Tp aku tak kisahpun, itu harta dia, hak dia, hidup aku bahagia dgn apa yg ku ada. Hidup kami sederhana seperti mana pegawai-pegawai tinggi lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 4-2-2009 11:08 PM 
pls smbg kak bling2
sorry HD...yg lepas ni dah tak nangis dah |
|
|
|
|
|
|
| |
|