|
SHAHIR Lambert FC/konpem FINAL-ANTI/most marketable-klubkidd
[Copy link]
|
|
Shahir, ibarat penawar. Itu yang buatkan ramai silent supporters mulai tonjolkan diri memasing. Nampaknya harapan untuk melihat artis muda yang lengkap package dengan ilmu keagamaan, bakat serta baik budi pekerti bagaikan terbantut. Terkilan sungguh rasanya......
Shahir, semoga anda dirahmati Allah SWT dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini......Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Shahir, ibarat penawar. Itu yang buatkan ramai silent supporters mulai tonjolkan diri memasing. Namp ...
S3Myx Post at 3-5-2010 13:54 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
mmg kan...harapan kita nak sgt anak muda cam dia ni boleh mengekalkan imej yg sedia ada dlm diri dia.... aku rasa klu dia terkeluar pun tak kisah sgt.....ada hikmah nyer tu... mmg terkejut gak...tapi bila tgk muka shahir yg tenang dan senyum...cam lega je hati ni..hihihi doakan dia berjaya dan terus berjaya...meneruskan cita2 dan impian dia nak bukak gelanggang futsal dan berjaya dalam bidang seni ni... jgn lupa pada yg Esa.. amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1662# molley444
I'm still SaaadddddddDDDDD. :-(
Buat kerja pon tak leh pokus...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply molley444
I'm still SaaadddddddDDDDD. :-(
Buat kerja pon tak leh pokus......
S3Myx Post at 3-5-2010 14:01 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
tah le ..aku pun sama...asyik tingat shahir..huhhuhuuh..ngape le...nak memujuk ati ni...tak pe la..tak de rezeki.. tapi tingat2 gak.. ahhaha..hadui parah2.....menda yg aku nak tgk pasni... trek selebriti shahir.. ngan VC lagu baru shahir. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1660# mizsela
meleleh2 air mata bila tgk video tu.....:cry: :cry:
tak perasan plak dia ada sebut nme adira semlm....tp
air muka shahir nmpk tenang je masa diumumkn tersingkir.. |
|
|
|
|
|
|
|
awat syahir keluar ni.adehlah...tlg la keluarkan si Daus and Farina tue..aku x paham motip Adlin bg lampu hijau kat Daus..suara sumbang cmtu pon bagi....
igtkan shahir boleh la dapat TOP 2 sekali ngan Adira |
|
|
|
|
|
|
|
Reply mizsela
meleleh2 air mata bila tgk video tu.....
tak perasan plak dia ada ...
airoda Post at 3-5-2010 14:07 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
a'a..dia sebut adira.. hhhihihi.baru dgr betul2 tadi guna headphone.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1664# molley444
Ntahle, rasa lain macam je bila Shahir tersingkir. Pilu sangat. He's just like our own family....... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn risau,maybe ada afmasuk,korang baca kat mstar online |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun rasa tak yah afmasuk..cam tak sesuai jer... kang tak juara kena kutuk... juara pun kena kutuk..cukup2 la dia di seksa kat af tu..huuh/hhu |
|
|
|
|
|
|
|
BERIKUTAN tersingkirnya peserta pilihan Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir semalam, AFundi Masuk dilihat sebagai satu-satunya saluran yang mampu 'menyelamatkan' Shahir.
Mungkinkah pihak Astro mempertimbangkan AFundi Masuk?
Penerbit Eksekutif AF8, Norazian Mohd. Zahir yang diajukan soalan tersebut bagaimanapun tidak mengiakan mahupun menafikan penggunaan AFundi Masuk.
"Setakat ini, seperti yang anda tahu, terdapat kejutan Akademi Fantasia pada setiap minggu. Kita nantikan apa sahaja yang akan berlaku pada minggu seterusnya.
"Kita hanya ada tiga minggu sebelum sampai ke final-kan? Apa sahaja boleh terjadi," katanya pada sidang akhbar semalam.
Jawapan Norazian kepada soalan wartawan itu jelas menimbulkan spekulasi bahawa AFundi Masuk mungkin digunakan oleh pihak penganjur.
Lagipun Pengetua AF8, Norman terang-terang menyatakan dia terkilan dan kecewa dengan keputusan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebut.
Shahir mendapat undian terendah SMS iaitu 13.89 peratus dan diikuti oleh Farina (13.90), Maulana (13.94), Ain (14.07), Iwan (14.36), Daus (14.39) dan Adira (15.46).
Dari kaca mata Norman, Shahir memang layak ke peringkat akhir berdasarkan kemampuannya.
Ditanya tentang peserta menduduki tangga tercorot yang patut tersingkir pada minggu lalu, Norman berkata: "Berdasarkan persembahan semalam, memang Daus membuat persembahan yang baik. Bagaimanapun dari sudut vokal, saya rasa dia yang paling lemah semalam.
"Kalau ikutkan ranking saya, saya rasa Dauslah (yang patut tersingkir). Tapi rezeki menyebelahi dia, jadi kita terimanya," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
AF8: Norman Terkilan Shahir Tersingkir
KUALA LUMPUR: Perjuangan peserta Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir dalam Akademi Fantasia 8 (AF8) berakhir pada minggu ketujuh, malam tadi.
Dia mendapat undian terendah khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu 13.89 peratus. Ini diikuti oleh Farina (13.90), Maulana (13.94), Ain (14.07), Iwan (14.36), Daus (14.39) dan Adira 15.46.
Pengetua AF8, Norman KRU berasa kecewa dan terkilan dengan penyingkiran Shahir.
"Perbezaan peratusan undian SMS cuma 0.01 peratus. Secara peribadi mahupun fakulti juga, Shahir sekurang-kurangnya layak sehingga ke peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar sejurus Debaran AF8 minggu ketujuh berakhir.
Mengenai kelebihan Shahir, Norman berkata, peserta dari Ipoh itu mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang penyanyi.
"Seperti banyak kali Adlin (Aman Ramlie) cakap, dia ada suara jantan. Memang jarang suara lelaki adalah jelas, kuat dan lantang.
"Pada masa yang sama, Shahir ada rupa, handsome. Dia adalah pelajar yang paling kacak dalam AF8 ini. Dia juga mempunyai sifat dan keperibadian yang jarang diperolehi oleh generasi muda sekarang.
"Budi bahasa dan perwatakannya mudah diterima oleh masyarakat Melayu secara keseluruhannya," katanya.
Sambil berseloroh, Norman memberitahu, dia ingin menjadikan Shahir sebagai menantunya sekiranya dia mempunyai anak perempuan.
Redha dengan keputusan penonton AF8, katanya, pihaknya akan mengeluarkan single pertama Shahir iaitu Kebahagian Dalam Perpisahan.
Lagu tersebut dicipta oleh Edrie Hashim dan disesuaikan dengan genre muzik Shahir iaitu pop Melayu yang berelemenkan rock.
Tambahnya, klip video lagu itu turut dirakam dan akan keluarkannya tidak lama lagi.
"Saya berharap dengan adanya klip video dan lagu ini dapat memberikan peluang kedua kepada Shahir dalam industri hiburan kita," jelasnya.
Sementara itu, Shahir bersyukur dia berpeluang mendapat bantuan serta tunjuk ajar barisan pengajar sepanjang terlibat dalam AF8.
Dia tidak menganggap keputusan penyingkiran itu sebagai kegagalan atau penghujung bagi kariernya.
"Mungkin apa yang tertulis hari ini adalah rezeki saya... Apa yang penting ialah usaha peserta AF8 tidak disia-siakan. Setidak-tidaknya saya telah merakamkan single terbaru dan klip video," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah utk semua peminat² shahir dan pemosting kat kelab peminat dlm cari ni..
tekejut la dia kuar.. siyes.. aku rasa dia complete package la...
hampa gak la.. org yg aku target klu tak menang pun at least jadik finalis akhirnya berenti di pertengahan jln..
aku rasa juri2 ni nye komen n action sikit sebanyak effect gak kt undian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1658# PurpleAxe
aku sokong part yg sedap didengar tak sedap dipandang and sedap dipandang tak sedap didengar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak!serius ke ade af masuk???huk huk!!! |
|
|
|
|
|
|
|
huuhhuu ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
haluuu fan shahir,
serius sngt2 sdih shahir keluar![](static/image/smiley/default/sad.gif)
rse brslah smlm,sbb undi skit je utk shahir,huwaaaaaaaa,rase mnyesal gilaaaaaaaaaaa![](static/image/smiley/grapeman/20.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga Lampu Hijau
Sejak diperkenalkan, konsert minggu lalu menyaksikan buat pertama kalinya dua pelajar, Adira dan Iwan mendapat tiga (3) lampu hijau. Ini pastinya membanggakan Pengetua, Norman. Apakah perasaan dua pelajar ini dan paling penting, apakah ganjaran yang bakal mereka perolehi. Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia, 7.30 malam ini di Astro Ria (saluran 104)
Sebelum itu, kita akan mengetahui keadaan Iwan sebelum konsert minggu lalu. Iwan bukan sahaja berjuang dengan lagu tugasan, tapi dalam masa yang sama mempunyai masalah sakit tekak yang tak sembuh-sembuh. Apa kata doktor di Hospital Pakar Telinga dan Tekak Imran yang merawatnya? Mungkinkah ada nasihat doktor yang menyebabkan Iwan perlu berehat daripada menyanyi untuk konsert minggu ini?
Paling ditunggu-tunggu ucapan daripada Shahir untuk rakan-rakan yang masih ada di Akademi. Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia, 7.30 malam ini di Astro Ria (saluran 104). Selain itu, berita baik kepada peminat Shahir, anda berpeluang untuk bersembang dengan bekas pelajar ini di Karpet @15 (saluran 109), bermula 7.00 malam. Mungkin ada perkara yang ingin diluahkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|