Bila tengok Hafiz perform malam tadi, teringat sewaktu dia perform I believe I can Fly...mempunyai persamaan disegi emosi....bagus..bagus...tu yang ditunggu2 oleh fans
ha'ah .. suka sgt atmosphere masa Hafiz bawak lagu tu ...
itu yg sengaja ...
damia76 Post at 30-1-2012 12:50
Oooo bestnya...boleh tido bila ngantuk. Ada porumer kata dia nangis bila tengok Hafiz perform sebab terlalu menghayati lagu.......Teh ni walaupun tengok AJL kat rumah, ngantuk ni. Xleh cuti sebab kena chair meeting petang ni...
sakit pala......hi teh, damia and delima.....
Along_XX Post at 30-1-2012 12:57
He...he...tak ambik cuti,ke? Hafiz nampak ok je masa dalam conti hot.fm tadi. Dia tak bersama u all ke lepas AJL? T-shirt biru dia penuh dengan ttangan sapa eh?
KUALA LUMPUR – Komposer Datuk M. Nasir menganggap lagu ciptaannya berjudul Awan Nano yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) hanya bernasib kerana terpaksa bersaing dengan ramai komposer muda pada final pertandingan itu semalam.
“Semua ini (kemenangan) nasib. Semua budak-budak muda (komposer baru) yang bertanding malam ini dahsyat-dahsyat belaka,” komennya sejurus diumumkan lagu dengan lirik tulisan Budi Hekayat itu juara AJL26 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.
Pada sidang akhbar selepas anugerah itu, Nasir dan Budi yang merangkul hadiah wang tunai RM35,000 serta trofi itu, dia memang mencipta lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz (Akademi Fantasia 7) itu dengan melodi yang dirasakannya mampu menarik perhatian para pendengar.
“Saya memang mengharapkan kemenangan lagu itu. Ini kerana, apabila buat lagu saya akan pastikan melodinya sedap. Ia juga kena lebih sedap daripada biasa dan boleh pergi lebih jauh. Saya tidak tahu apa kesukaan orang. Malam ini saya memang mahukan pengiktirafan,” ujarnya.
Naib juara AJL26 dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah gubahan Kevin Chin dan Tinta, manakala tempat ketiga pula diraih lagu Karma nyanyian Faizal Tahir hasil ciptaan Audi Mok serta Faizal Tahir.
Naib juara mendapat hadiah wang tunai RM15,000 dan tempat ketiga menggondol RM12,000, manakala Alyah merangkul RM10,000 dengan anugerah Persembahan Terbaik melalui lagu Kisah Hati dan anugerah Vokal Terbaik dengan hadiah RM10,000 pula menjadi milik Hafiz. - mynewshub.my
He...he...tak ambik cuti,ke? Hafiz nampak ok je masa dalam conti hot.fm tadi. Dia tak be ...
Teh_90 Post at 30-1-2012 13:08
lepas PC dia kuar jumpa weol.....tapi dah tukar baju T-Shirt Awan Nano yg weol buat tu.....tatau apa jadi dgn baju biru tu sampai la tgk kat gambar Hotfm tu....hehehe.....mungkin baju tu org2 dlm dressing room dia tu yg sign kot....hehehe