Kedah kian digeruni, dihormati lawan
Oleh Nazri Abu Bakar
GELOMBANG kebangkitan bola sepak Kedah terus mewarnai kancah bola sepak negara selain kembali meletakkan pasukan terbabit digeruni, dikagumi dan dihormati lawan, peminat mahupun pengikut setia bola sepak negara seperti era 80-an dan 90-an.
Ia diakui pengurus pasukan Kedah Datuk Othman Aziz yang melihat kepada gabungan serius semua aspek membolehkan Hijau Kuning terus mewarnai kecemerlangan bola sepak negeri itu walaupun kebanyakan pasukan atau negeri lain memperlihatkan sokongan peminat yang amat dingin dan mengecewakan.
Namun berbeza dengan skuad dari utara itu apabila gelanggangnya mencatat penjualan tiket tertinggi dan bilangan penonton teramai serta jaringan terbesar yang secara langsung membuktikan bola sepak Kedah berjaya menarik semula penyokong ke stadium menerusi resipi tersendiri.
Ketika setiap pasukan berusaha meraih sokongan berikutan sambutan dingin peminat kepada bola sepak dengan fokus mereka lebih kepada sukan futsal dan Liga Perdana Inggeris (EPL), skuad Hijau Kuning seperti tidak mendapat kesan daripada gangguan terbabit,
Menurutnya, antara resipi kejayaan pasukan berkenaan berikutan keadaan harmoni yang disenangi selain minat Tuanku Sultan Kedah yang tidak pernah pudar buat negeri yang terkenal dengan jelapang padi itu.
Malah pengorbanan besar Sultan sehingga sanggup berjalan kaki untuk untuk menyaksikan final Piala FA membuktikan segala-galanya sehingga dikagumi rakyat jelata dan sentuhan Sultan yang tiada nilainya kepada pembangunan bola sepak negeri.
Menurut Othman, sokongan istimewa Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang juga Menteri Besar Datuk Mahdzir Khalid, serta kredibiliti dan kerjasama positif pengurusan pasukan, jurulatih Mohd Azrai Khor Abdullah dan pembantu jurulatih yang juga bekas pemain
Kedah dan negara Radhi Md Din serta Ahmad Sobri adalah intipati menarik gelombang baru skuad Hijau Kuning.
Katanya, kepimpinan berkenaan yang menggabungkan kewibawaan Kedah sehingga berjaya melahirkan ramai muka baru selain sumbangan menarik pemain senior serta sumbangan import (Marlon Alex James dan Cornelius Hugging ) yang kena pada masa dan ketikanya.
揥alaupun ramalan mara ke final masih berliku berdepan Terengganu tetapi ketika ini kami melihat satu revolusi baru sukan bola sepak di negeri kami terus berkembang sihat untuk melahirkan sokongan yang padu.
揑a amat membanggakan berikutan sokongan itu membentuk kekuatan pasukan sehingga Kedah berjaya meraih dua gelaran termasuk Liga Super dan Piala FA sambil berhasrat mencipta kejayaan ketiga meraih Piala Malaysia,攌atanya.