|
RIANZ PARADISE VOL. 61 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
ni last sblm part adult matters>>>>
"Result dah dapat?" tanya Azam tiba2.
"Tak lama lagi tu, harap2 eloklah semua" kataku berharap.
"Mesti ok punya, penat abang dgn Daniel meneman kat rumah tu siang malam, punya nak bagi semangat" kata Azam dgn usikan nakal. Aku tergelak mengingatkan kedua-dua insan itu berhari-hari menemankan aku di rumah sewa mengulangkaji pelajaran. Sambil-sambil itu sempat juga dia nak menumpang bermanja dgn ku bila anak kecil itu sudah terkedang lena.
"Teman konon, teman ada makna, pantang budak tu tak ada, nak aja menggatal" kataku menyindirnya.
"Sapa tak sayang bini oi" katanya tergelak. Aku mencebik bibir, lelaki manapun sama saja.
Aku bangun menuju ke bilik air sebentar, dia masih mengamati tubuhku sambil sempat memberi komen
"I really like this night gown, very sexy!" matanya melirik ke gaun tidur hitam berlace jarang di bahagian atasnya yg di hadiahkan dua tahun yg lalu. Aku tersenyum mendengar.
"Gaun yg seksi ke atau orgnya yg seksi? Nasib baiklah kainnya jenis yg kuat, kalau tidak dah sama senasib dgn yg lain yg dah koyak rabak" kataku mengusiknya, sempat aku menjeling dan cepat2 melarikan diri dr pandangannya.
Sebelum masuk ke bilik tidur semula sengaja aku ke ruang depan, menonton TV sambil otakku masih belum dapat melupakan suara perempuan itu. Aku perlu bijak menangani perkara-perkara ini. Kata Syafikah, Noraisyah bukan calang-calang org, kalau kita berkeras, dia lagilah keras. Hatinya sekeras batu, pendiriannya sukar diubah. Aku pernah mendengar itu dr Azam juga. Dalam segala segi aku kalah padanya, aku cuma menang satu sahaja, Azam hak ku, hak mutlak. Matipun aku akan pertahankan hakku. Aku ada Azam, hati Azam milikku, jiwanya punyaanku, aku pasti itu, tiada dua di hatinya. Biar apa yg terjadi aku akan menang lagi kali ini.
Selepas memeriksa pintu dan tingkap memestikan semuanya berkunci aku berjalan kebilik dan sempat mengintai, rupanya Azam sudah tidur, kesian dia tentu penat lebih seminggu di luar daerah. Selepas mencium pipinya aku berbaring perlahan takut dia terbangun, mataku masih terkebil-kebil memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ku, masalah kami. Bila aku mengalihkan badan mengadapnya terkedu melihat senyuman meleretnya melihat wajahku.
"Pergi mana?" tanyanya.
"Saja, ambil angin"
"Sengaja, nak mendera suami sendiri, ye kan?"
"Mana ada, pergi periksa pintu dan tingkap takut belum berkunci, nanti terkejut pula org tgh2 malam ada suara perempuan menjerit ka............" belumpun sempat aku menyambung kata2ku bibirku segera dijengah bibirnya dgn pantas. Lama dan panas sentuhan kedua-dua deria rasa, menikmati sesama sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blingblings at 4-2-2009 11:26 PM 
ni last sblm part adult matters>>>>
"Result dah dapat?" tanya Azam tiba2.
"Tak lama lagi tu, harap2 eloklah semua" kataku berharap.
"Mesti ok punya, penat abang dgn Daniel meneman kat r ...
Azie..))))) gi tido.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|