|
Originally posted by britney_sapiah at 19-6-2009 08:16 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
Mantera temukan Tomok, Lisa
Oleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected]
http://www.utusan.com.my/pix/2009/0619/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.1.jpg
TOMOK (kiri) dan Lisa Surihani di sampin ...
semat toms naik moto tu.. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tadi ade toms kat konsert inspirasi..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
best tomok nyanyi lagu alleycats tadik...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Slamat tido KAWAN-kawan ![](static/image/smiley/default/sleepy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
1683# esprito193
tapi dier tak dpt nyanyi lagu Rindu Terhenti..![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Toms nyanyi lagu aper lagi ek....I sempat tgk medley alleycats tu jerr....
apapun, wajah baru Cari ne membuatkan I blur memanjang....font besar sgt....eeeeeee.... |
|
|
|
|
|
|
|
hampeh tul smlm....jenuh nu nggu toms nyanyi RT....rupanya tak ada...
lagu alleycat jer{:2_74:} |
|
|
|
|
|
|
|
penganjur kate takyah nyanyi lagu tu dah,sebab time jomheboh dah nyanyi...
tak aci kan camtu??
artis lain dpt nyanyi banyak lagu,masa pon lame..toms sorang je nyanyi yg medley,tu pon sekejap..br ...
ain_lazerella Post at 21-6-2009 17:35 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
ler buleh pulak cenggitu.. tomtom dah dengar berjuta2 kali neh xde pun buhsan..
x adil pulak.. sian toms.. org yang pi tgk jomeheboh bukan same pon ngan org pi konsert tu.. aiya.. {:3_81:} |
|
|
|
|
|
|
|
1688# ain_lazerella
owhs....mcm tu lah plak....biar jerr lah dier nyanyi, bukan boring pon.... |
|
|
|
|
|
|
|
1691# defeduck
ain rase masa tak cukup..tu pasal toms dpt nyanyi cket jer..
sebab nak bg artis lain nyanyi byk2 lagu kot..![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ain_lazerella at 22-6-2009 10:05
Tomok, Monkeybone berkrisis?
Oleh JESSABELL SOO
[email protected]
![](http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0622/Kosmo/Hiburan/hi_02.1.jpg)
| TOMOK dan Isma kini merupakan produk realiti TV yang mengharungi realiti dunia muzik tempatan masa kini.
|
TAHUN 2009 merupakan tahun yang amat bermakna bagi adik-beradik Tomok dan Ismaliza Ismail (Isma). Tomok yang sebelum ini kurang dikenali semasa bersama kumpulan New Boyz kini popular selepas diangkat sebagai juara One In A Million musim ketiga (OIAM 3).
Kakaknya, Isma pula yang merupakan isteri kepada komposer dan penyanyi, Zul 2By2 menjadi peserta wanita tunggal yang berjaya melangkahkan kaki ke pentas akhir program realiti paling popular negara, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).
Kedua-dua program realiti itu telah mengubah nasib mereka berdua.Memang diakui Tomok dan Isma banyak berusaha dalam mencapai kejayaan hari ini. Namun, sokongan daripada peminat juga penting dalam membantu mereka berada di tahap setinggi ini.
Maka, bagi menghargai sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan peminat, Tomok dan Isma telah menganjurkan satu majlis kesyukuran dikediaman mereka yang terletak di Alam Damai, Sabtu lalu.
"Sebenarnya, ibu dan ayah kami yang merancang untuk majlis inikerana mahu berterima kasih terhadap peminat dan keluarga serta rakan yang telah banyak menyokong kami. Tanpa mereka, kami tidak akan sampai ke tahap ini. Majlis ini hanya dilakukan hari ini kerana mahu menunggu Isma habis peringkat akhir AF7," kata Tomok.
![](http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0622/Kosmo/Hiburan/hi_02.2.jpg)
| TOMOK meriba anak bongsu Isma yang baru berusia setahun, Seri Adriane Marcella.
|
Bermula dari pukul 11 pagi hingga 6 petang, majlis itu dihadiri lebih 1,000 tetamu. Sibuk melayan tetamu, ibu bapa mereka, Ismail Salim dan Siti Fatimah Harun juga tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan majlis.
Tomok dan Isma yang ditemui ketika itu sempat bercerita sedikit mengenai perancangan mereka selepas keluar daripada program realiti yang disertai masing-masing. Isma yang kini berada di bawah pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd., (AESB), sedang sibuk mengikuti aktivitipromosi bersama radio Era.
"Aktiviti seni saya kini semuanya mengikuti perancangan AESB. Saya baru sahaja menghabiskan rakaman single Bisikan Godaan. Walaupun sudah mempunyai pengalaman, saya tetap berasa kekok untuk menjalankan rakaman di studio," kata Isma.
Mahu mempertaruhkan single itu sebelum membuat keputusan untuk merakamkan album, Isma akui kehidupannya lebih sibuk sekarang selepas menyertai AF7.
"Sebelum AF saya memang ada menyanyi. Cuma sekarang saya lebih sibuk sedikit tetapi saya masih mementingkan keluarga saya.
"Nasib baik suami dan anak-anak saya memahami kerjaya saya dan mereka tidak pernah merungut. Saya juga bertuah kerana mempunyai suami dan adik yang berpengalaman dalam industri yang boleh membantu saya,"jelas Isma yang mempunyai lima orang anak berusia antara 11 hingga 1tahun.
![](http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0622/Kosmo/Hiburan/hi_02.3.jpg)
MAJLIS tanda kesyukuran Tomok dan Isma yang kini semakin bersinar sebagai penyanyi di persada seni tanah air.
Tomok juga melalui perjalanan jadual yang ketat. Namun, dia menyukai kesibukan itu daripada 'membuang' masa dahulu tanpa berbuat apa. Sedang mengumpul material untuk album terbarunya, Tomok juga akan berlakon dalam filem Mantera pada Julai nanti.
"Lepas OIAM3, saya akui saya memang banyak rezeki berbanding dulu. Saya amat bersyukur kerana rezeki tidak pernah putus sejak itu.Album baru saya itu akan diterbitkan oleh Aubrey Suwito dan Audi Mok juga ada menyumbang.
"Saya sendiri juga ada menulis lagu dan masih mencari lagu daripada komposer lain. Kali ini, saya diberi kebebasan oleh syarikat pengurusan saya, Monkeybone untuk memberikan idea. Album itu adalah identiti siapa sebenarnya Tomok," katanya yang mahu menghasilkan album konsep pop rock.
Walaupun diberi kebebasan dari segi pemilihan lagu, bajet pembikinan album itu bagaimanapun dikawal sepenuhnya oleh pihak Monkeybone. Namun,ini tidak bermaksud Tomok tidak mengambil tahu langsung mengenai halatuju wang yang dimenanginya menerusi program OIAM3.
"Setakat ini saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Monkeybone. Lagipun mereka pernah menguruskan dua pemenang sebelum inidan saya akan ambil tahu status kewangan saya.
![](http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0622/Kosmo/Hiburan/hi_02.4.jpg)
SESEKALI berkumpul seluruh keluarga Tomok dan Isma, begitu terasa kemeriahannya.
"Bukannya saya lepas tangan begitu sahaja. Tapi setakat ini sayaberasa gembira dan akan bekerja lama dengan Monkeybone serta 8Unit,"tambah Tomok.
Mengecapi populariti sekelip mata, ada khabar angin yang menyatakan Tomok sudah berubah sehingga menyinggung perasaan banyak pihak. Tomokpula apabila ditanya mengenai perkara itu memberitahu bahawa dia bukannya manusia sempurna.
"Saya berjumpa dengan ramai orang setiap hari dan mungkin tidak perasaan jika telah melukakan hati mereka. Saya minta maaf kalau saya melakukan kesalahan dan akan jadikan teguran kali ini sebagai teladan.
"Mereka tegur kerana mereka sayang saya dan tidak mahu saya terus lakukan kesilapan. Tapi apa yang pasti adalah saya masih Tomok yangdikenali sebelum ini," jelas Tomok. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1693# ain_lazerella
aper kes kosmo neh tulis headline mcm tuh?
paper lain tulis headline senonoh jerr.... |
|
|
|
|
|
|
|
1694# defeduck
tu la pasal..sajer jer wat gempak ngan headline camtu..
terkejut ain time terbaca tajuk tu pagi tadi... |
|
|
|
|
|
|
|
reputz pondan mana la wat tajuk camtu...ntah apa2...
kalu dh isunya baik..tulis la tajuknya baik...
bodow sangat tulis tajuk gituh ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk artikel takde kaitan langsung dgn isinya..saja jer wartawan ni nk provoke...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal..tajuk lain,isinya lain..ngok ngek...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam KAWAN-kawan (^_^)V
morning.... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
aihe tajuk yg saje bikin kontroversi gitu ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|