|
Motip Pm tonz tak muncul dah braper hari.?.kalo nak ikutkan sibuk..Pm malaysia pun sibuk tapi ada masa nak amik tahu hal rakyat jelata..![](static/image/smiley/default/victory.gif) ![](static/image/smiley/default/handshake.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe selalu lepas maghrib sampai kul 1 pagi..kalo lapar makan aja x kira kul braper..hehehe tadik kul 4 ptg dah makan kat cafeteria..2 yg kenyang sampai skrg..slik Hout dulu.. gi mamam... bye elie![](static/image/smiley/default/bye.gif) ![](static/image/smiley/default/bye.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
~HOUT~ bye elie![](static/image/smiley/default/bye.gif) ![](static/image/smiley/default/bye.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://1.bp.blogspot.com/_tPIcRgh2FzQ/S0KetqNGxYI/AAAAAAAAAOI/icSh2EZw1hY/2.jpeg)
kredit to joe klubbkidd |
|
|
|
|
|
|
|
HIBURAN
Jadi bunga atau peluruOleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT dan HARYATI KARIM
[email protected]
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0106/Kosmo/Hiburan/hi_01.1.jpg)
ANUGERAH Juara Lagu ke-24 (AJL 24) bakal memecahkan ruyungnya menjelang hujung minggu nanti. Tidak terkongkong dek sebarang genre irama, AJL 24 juga menyaksikan taring dan tanduk baru yang mungkin bisa menundukkan lawan dan kawan.
Itu bagusnya AJL edisi terkini yang menyenaraikan 14 buahlagu sebagai calon lagu terbaik. Di kalangan penyumbang vokal laguterbaik sepanjang 2009 itu, hanya empat lagu diwakili penyanyi wanita.Selebihnya milik penyanyi lelaki mahupun band yang tentunya hadir dalampakej penuh rasa.
Di tengah kuasa lelaki, Estranged, Bunkface, Hujan, Tomok, Aizat,Hafiz, Faizal Tahir, Tomok dan Black, terhimpitkah empat penyanyi solowanita untuk muncul sebagai juara di AJL kelak?
Sebelum jam pertarungan mula berdetik, kepantasan adrenalin pembawa amanat lagu Cinta Adam dan Hawa, Dan Sebenarnya, Pakai Buang dan Tak Mungkin Kerana Sayang cuba diselidik oleh Kosmo!. Adakah di AJL nantimereka sekadar bunga atau peluru yang sedang membidik juri. Terpecahkahtradisi dua musim lalu di tangan mereka tahun ini? Nantikan Ahad ini!
Misha Omar
Misha Omar
Lagu: Cinta Adam dan Hawa
Komposer: Azmeer
Lirik: Loloq
KATA penyanyi yang berpengalaman lima kali di pentas AJL ini,barangkali pengalaman menjadi bonus buatnya. Setiap gerak dan rentaksudah boleh diramal namun dada tetap deras beralun kerana nada AJL kaliini lain benar intonasinya.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0106/Kosmo/Hiburan/hi_01.2.jpg)
| ADAKAH Misha mampu mengulangi kejayaan Bunga-bunga Cinta?
| “Walauapapun ukuran di AJL adalah lagu, bukan siapapenyanyinya. Jadi, tidak timbul soal penyanyinya harus wanita ataulelaki kerana yang penting kreativiti dan kredibiliti lagu berkenaanyang dinilai.
“Saya harus akur, AJL24 sebuah pertandingan tanpa sempadan keranatidak terikat dengan kategori lagu. Inilah rasa dan warna baru muzikMalaysia. Ia lebih sengit dan banyak bagusnya,” kata Misha optimis.
Penuh persediaan termasuklah menggunakan khidmat Hamzah Tahirsebagai penasihat persembahan, busana daripada Saiful Baharin dan tatarias oleh Chomel, Misha tetap memberi perincian terhadap semua aspekagar kemunculannya masih memberi impak. Pada firasatnya, AJL bukansahaja mengangkat lagu terbaik bahkan pengukur hayat seseorang penyanyidalam industri.
“Sebagai penyanyi, AJL medan buat saya untuk membuktikan jejaksaya masih bertapak dalam industri. Semestinya, elemen persembahanmenjadi faktor penting bagi penyanyi wanita yang muncul solo.
“Aspek persembahan akan menjadi tarikan untuk malam kemuncaknanti. Itu kelebihan penyanyi wanita berbanding band atau penyanyilelaki. Jadi saya kena bekerja lebih kuat. Itulah cabaran AJL kaliini,” jelasnya yang turut menceritakan resipi baru ke atas susunanmuzik dan komposisi Cinta Adam dan Hawa.
Stacy
Stacy
Lagu: Pakai Buang
Komposer/Lirik: Edry KRU
TAHUN kedua melangkah ke AJL, penyanyi kelahiran AkademiFantasia, Stacy tidak mudah mengalah walaupun tidak meraih sebaranganugerah di pentas yang sama pada edisi lalu.
“Tahun lepas lebih banyak persediaan berbanding tahun ini.Alasannya tahun ini saya lebih sibuk, tapi itu bukan bermakna sudahawal-awal saya menyerah kalah.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0106/Kosmo/Hiburan/hi_01.3.jpg)
| REZEKI juara Akademi Fantasia keenam, Stacy di pentas AJL terus murah.
| “Tidak seperti tahun lepas, tahun ini cabarannya lebih kuatbukan sahaja kerana lebih ramai penyanyi lelaki tetapi kami semua akanbertanding atas satu tiket, tiada kategori pop rock, balada atau etnikkreatif. Semuanya sama.
“Tapi saya yakin, Pakai Buang ada banyak keistimewaan dari segilagu dan lirik. Bukan itu sahaja, ada kelainan dan ‘letupan’ baru dalampersembahan dan tarian saya nanti. Tak boleh cerita sekarang, nanti takada kejutan pula,” ujar Stacy yang berkolaborasi dengan abangkandungnya, Chaq untuk memantapkan persembahannya kelak.
Mengelak daripada membuat andaian atau memilih lagu dan penyanyimana sebagai saingan terdekat, fokus Stacy hanya kepada persembahannya.
“Saya hanya mahu buat persembahan. Sampai saat ini, saya sudahtidak sabar untuk nyanyi. Saya mahu semua penonton terhibur,” katanya.
Alyah
Alyah
Lagu: Tak Mungkin Kerana Sayang
Komposer: Ajai
Lirik: Habsah Hassan
PERTAMA kali menjejak kaki ke AJL bagaikan satu mimpi buat Alyahkerana selama 10 tahun dia mencuba nasib dalam dunia seni inilah kalipertama dia menyanyikan lagu di atas pentas yang penuh prestij.
“Ini satu penghormatan, selama ini saya hanya bawakan lagu orang.Jadi AJL kali ini amat bererti buat saya kerana setelah 10 tahunberhempas pulas baru kini saya rasa dihargai,” ujarnya.
Tambah Alyah, meskipun terpaksa bersaing dengan 13 lagi penyanyihebat tempatan, sasaran menjadi juara tidak pernah terlintas dalamfikirannya.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0106/Kosmo/Hiburan/hi_01.4.jpg)
| KEMUNCULAN di AJL 24 adalah pengiktrafan untuk Alyah selepas 10 tahun berjuang dalam bidang seni.
| Baginya cukuplah jika orang mengenali siapa Alyah dan menghargai lagu yang dibawanya.
“Saya tidak terlalu memikirkan AJL sebuah pertandingan keranabimbang akan memberi tekanan pada diri. Apa yang pasti saya akan berikejutan kepada penonton pada malam AJL nanti.
“Selain itu saya mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkandiri, kerana masih ramai yang hanya mengenali lagu tetapi tidakmengenali saya. Bagi saya AJL platform yang baik untuk orang baruseperti saya,” tuturnya merendah diri.
Mengenai persoalan ramai peserta lelaki yang mendominasi AJL kaliini Alyah mengatakan egonya langsung tidak tercabar langsung dengansituasi itu kerana menganggap semua yang berjaya ke peringkat akhirmempunyai keistimewaan yang tersendiri.
“Ini pertandingan dan yang menilainya adalah pihak juri. Semua dinilai dengan adil. Menang, kalah memang adat pertandingan.
“Saya berbangga dapat melangkah ke peringkat akhir kerana AJLmemang ditunggu orang ramai setiap tahun. Penyanyi yang terlibat semuadikenali ramai, jadi saya harus buktikan yang saya juga layak untukdiiktiraf sebagai penyanyi yang berkebolehan,” bicaranya.
Yuna
Yuna
Lagu: Dan Sebenarnya
Komposer/Lirik: Yuna
BUAT gadis berusia 23 tahun ini, perasaan gementar
menyelubungi diri sementelah dia antara penyanyi baru yang buatpertama kali berdiri di pentas AJL. Malahan, dia langsung tidakmenyangka lagu yang dicipta secara suka-suka terpilih sehingga finalAJL 24 yang dianggap cukup tinggi nilainya.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0106/Kosmo/Hiburan/hi_01.5.jpg)
| YUNA mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri.
| “Memang saya tidak sangka langsung lagu ciptaan saya akan
masuk sehingga ke tahap ini. Dapat masuk ke final saya berjanji akan buat yang terbaik untuk memuaskan hati penonton
yang menonton AJL,” ujarnya.
Berbicara tentang perbezaan ketara jumlah peserta lelaki
dan wanita dalam AJL kali ini, Yuna tidak menggangap
ia satu beban ataupun halangan untuknya.
“Semua orang ada kelebihan masing-masing, saya berharap orangtidak lihat kami berempat sebagai wanita di atas pentas sebaliknyamelihat bagaimana kami menyampaikan muzik masing-masing,” tuturnyasambil berkata lagu Bencinta dendangan Faizal Tahir berkemungkinanbesar menjadi juara AJL kali ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|