|
ISTANA GAFIM XXI - VIDEO CLIP 'INILAH CINTA' MELETUP!!!
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by sally_8176 at 7-6-2010 20:08
Akim membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 2009
di Stadium Putra, Bukit Jalil pada awal tahun ini. – Foto THE STAR
Oleh AZMAN GHANI
KETIKA orang sedang berteka-teki mengenai status hubungan Akim (Akademi Fantasia Ketujuh), penyanyi itu membuat pengakuan kekasihnya sebenar adalah seorang pelajar sebuah pusat pengajian tinggi swasta (IPTS).
Akim yang dihubungi mStar Online mendedahkan Stacy yang sebelum ini dikaitkan sebagai kekasihnya adalah satu gosip semata-mata.
Kata Akim, dia sekarang bahagia dengan pelajar IPTS tersebut yang mana hubungan mereka telah terjalin kira-kira setahun lalu.
“Saya sudah ada teman wanita tetapi dia bukanlah Stacy seperti yang digembar-gemburkan,” katanya. Ujar Akim, buat masa ini dia belum bersedia untuk mendedahkan identiti teman wanitanya itu kerana bimbang ia akan mengganggu pembelajaran gadis berkenaan.
Stacy Anam dilantik sebagai duta Clinelle yang pertama
di Malaysia baru-baru ini. Stacy ialah juara AF6. – Foto THE STAR
Oleh SHAARI CHEMAT
“Apa-apa pun yang boleh saya sahkan, diri saya tidak lagi “single” kerana saya sudah ada buah hati tetapi bukan di kalangan artis,” jelas Akim sambil menjelaskan perkenalan mereka sebenarnya adalah secara tidak sengaja.
Ditanya kenapa selama ini dia sering dikaitkan bercinta dengan Stacy, kata Akim hubungan mereka yang rapat membuatkan timbulnya gosip tersebut.
Malah katanya ketika bersahabat baik dengan Mila pun, timbul desas-desus kononnya mereka bercinta. “Mungkin saya terlalu rapat dengan Stacy. Jadi mereka kata saya bercinta dengan dia. Malah saya juga pernah digosipkan bercinta dengan Mila semasa berkawan rapat denganya.
“Bagaimanapun saya pula tidak digosipkan bercinta dengan Aril yang memang rapat dengan saya. Terus-terang saya katakan saya lebih fokus kepada kerjayanya sekarang,” katanya.
Mengulas tentang calon pilihan hatinya itu, Akim berkongsi pendapat bahawa gadis berkenaan tidaklah secantik bak bidadari.
“Ini kerana saya takut dia kena usik jika terlalu cantik.. Saya rasa tak selamat nanti. Cukuplah calon kekasih saya itu berbudi bahasa dan mempunyai perasaan cinta dan sayang kepada keluarga. Dia tidak semestinya artis,” katanya sambil berteka-teki tentang identiti gadis idamannya.
Mengenai lagu Janji ia dicipta dan lirik ditulis oleh Akim sendiri. Lagu berkenaan secara versi penuh bakal dilancarkan pada Julai nanti.
Para pemenang Akademi Fantasia 7 (dari kiri): Aril, Hafiz dan Akim
memegang trofi masing-masing selepas berakhirnya konsert di
Stadium Putra, Bukit Jalil pada tahun lalu. – Foto THE STAR
Oleh AHMAD IZZRAFIQ
Menurut Akim, respons peminatnya terhadap lagu itu selepas ia dimasukkan melalui laman sembang Facebook amat memberangsangkan.
Tambahnya, rakan-rakannya seperti Aril, Hafiz dan Stacy telah memberikan maklum balas dan menyifatkan lagu itu mempunyai kekuatan tersendiri.
Sementara itu, Akim meminta para peminat supaya menyokong lagunya diputarkan di corong radio pada Julai ini selepas dilancarkan.
Kredit: mStarOnline |
|
|
|
|
|
|
|
Akim membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 2009
di Stadium Putra, Bukit Jalil pada ...
sally_8176 Post at 7-6-2010 19:53 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Huhu terjwb sudah persoalan. X kisah la sapa pun gadis tu kan? Asalkan die sesuai dgn soltan & menghormati org tua Killa sokong je. Just harap Akim fokus more tu kerjaya dulu. Kalau jodoh x kemana kan wink2. Wah terharu baca ayat Akim gf die tu x la secantik bidadari sbb takut nanti diganggu org sbb kebanyakan laki tau cari yg cantik je. |
|
|
|
|
|
|
|
Akim membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 2009
di Stadium Putra, Bukit Jalil pada ...
sally_8176 Post at 7-6-2010 19:53 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Hmmm...pening dah kandew dgr cam2 citer pasal sape buah hati Dak Kentang ni...errr...tak kisah la...janji carrer jgn diabaikan...semoga bahagia ngan sape2 pun pilihan hati Soltan...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pic rambut soltan yg terbaru kt tweeter....wambut baru agik..
xtaw apa rupa rambut sbeno..gi ...
sally_8176 Post at 7-6-2010 18:47 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Pulun habis2an buat wambot sebelom takde wambot nanti....![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hello gafimmers!
lama tak masuk sini.
kelmarin tengok akim kat tv9, rancangan games ...
jal08 Post at 7-6-2010 14:38 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Wah missed the moment la....sbb layan mentor smlm....![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Warda
Akim mude lg kande.. masih byk kekurangan..
bile usia di ...
ilanda Post at 7-6-2010 23:50 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Hehe skod je x berani masuk campur :cf: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1695# Killa92
uh dinde killa..:@![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Killa92
uh dinde killa..
ilanda Post at 7-6-2010 23:59 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Dinde bdk2 lg so x berani masuk campur huhu ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bye out dulu nak edit gamba.Take Care All |
|
|
|
|
|
|
|
hello gafimmers!
lama tak masuk sini.
kelmarin tengok akim kat tv9, rancangan games ...
jal08 Post at 7-6-2010 14:38 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
alorh...x tgk...![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mak aii lily..pnjang lebar nye ulasan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|