|
adeiii. dh byk tinggal nie.... hari2 ade.. hari2 mau.. |
|
|
|
|
|
|
|
adeiii. dh byk tinggal nie.... hari2 ade.. hari2 mau..
Yen_Aireena Post at 8-8-2010 20:35
hari2 mau....aummmm.....
camtu cepatlah abisnye ek.... |
|
|
|
|
|
|
|
tgh mmbuter lgik..camne nak tgk....
xpelah....yg t'tinggal tu kire halal je ...
adifrs Post at 8-8-2010 21:43
aku pun membuta lagi.. halal je eh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1687# irsuzie
membuta jugak eh? |
|
|
|
|
|
|
|
uols bp lme nk mmbute nih? senyap jek |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berpuasa... kawan2 semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berpuasa... kawan2 semua...
sudoku Post at 10-8-2010 12:07
Selamat berpuasa sudoku..................... |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Berpuasa Ramadhan Al-Mubarak
jgn lupe bgun sahur tgk NK..hihik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1692# irsuzie
hmmmmm kali ke 2 ek..bangun sahur di temani dram NurKasih..
selamat berpuasa smua..huhu...rajin2 laaa bangun sahur...Adam & Nur ada tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
.....SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.....
MOGE RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DRPD THN YG SEBELUMYA...AMINN ....... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Ramadhan buat semua !!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berpuasa pd rakan2 di sini.. semoga kita dpt menjalani ibadah di bulan ramadhan ini dgn sebaiknya. |
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!..
marilah kita terus berkasih sayang di rumah ni....jgn lupa sahur dgn 'adam' dan 'nur' yerrr... |
|
|
|
|
|
|
|
'Bila pula saya ke Jakarta?'
Oleh Zaidi Mohamad
2010/08/11
PERBUALAN dengan Remy Ishak kali ini sedikit mengundang emosi dan keluh kesah berpanjangan. Nafasnya ditarik panjang dan Remy kelihatan sedikit terkilan. Getar suaranya berbeza saat diaju mengenai kesahihan cerita yang disiarkan dalam kolum Teropong, B*Pop Ahad lalu.
Menurut artikel itu, kononnya pelakon drama Nur Kasih itu berada di Jakarta bersama wanita yang digosipkan dengannya sejak kebelakangan ini, Maya Karin, awal Ogos lalu. Secara kebetulan penulis kolum terbabit, Zubir Mohd Yunus, juga bercuti di negara itu. Cerita itu dikatakan diperoleh penulis kolum daripada kenalannya yang turut berada di sebuah pusat membeli belah di sana. Sumber itu mendakwa terserempak dengan Remy dan Maya yang sedang bersiar-siar di pusat membeli belah terbabit. Bagaimanapun Remy menafikan perkara itu dan menjelaskan yang dia belum pernah menjejakkan kaki ke negara jiran yang dimaksudkan. Malah Remy memberitahu, sejak 28 Julai hingga 6 Ogos lalu, dia sibuk melunaskan baki penggambaran telefilem Airmata Nursalina arahan Erma Fatima.
“Bila masa pula saya pergi ke Jakarta? Pasport milik saya pun belum pernah mempunyai cop ke sana. Bayangkan jadual penggambaran saya juga tak pernah kosong, sejak berlakon filem Cun, drama Arjuna, filem Nur Kasih hinggalah ke telefilem Airmata Nursalina.
“Demi Allah saya memang tak ke sana. Maya pun sibuk berlakon filem Ombak Rindu. Jadi memang mustahil kalau timbul cerita kononnya kami bercuti di Jakarta. Tengok, kulit saya ini pun sudah hitam legam gara-gara banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran,” tegas Remy yang seakan kesal apabila cerita tidak sahih itu boleh timbul begitu saja.
Menurut Remy, dia tidak menyangka gosip mengaitkan dirinya dengan Maya terus berpanjangan. Belum reda kisah yang dulu kononnya dia dianggap sebagai punca perceraian Maya dengan bekas suami, Muhammad Ali Abdullah, timbul pula kisah yang mendakwa mereka keluar bersama di Jakarta.
“Dengan kesibukan saya di lokasi penggambaran, celah mana pula saya sempat memboloskan diri pergi bercuti ke negara orang. Nak balik kampung berjumpa mak dan keluarga di Melaka pun saya tak sempat, inikan pula nak ke Jakarta semata-mata untuk berdating,” katanya yang mengaku amat rindukan kampung halamannya dan mahu mengambil kesempatan untuk menyambut puasa bersama keluarga pada awal Ramadan.
Dalam hal membabitkan dirinya dengan Maya, Remy mengaku dia sudah mula jelak dengan gosip terbabit. Semakin dinafi, semakin menjadi-jadi pula rentetan cerita yang bukan-bukan. Katanya, perkara yang tak betul, diada-adakan. Katanya lagi, jika hal ini terus menjadi keterlaluan, dia mungkin akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Dalam hal ini, saya yakin setiap manusia termasuklah golongan artis tetap mempunyai batasan tertentu. Inilah kekecewaan saya yang ada kalanya sukar untuk diluahkan. Malah, jujur saya akui kadang-kadang terbit juga rasa malas untuk berjumpa media kerana soalan yang sama (berkaitan Maya) terus ditanya.
“Saya sedar sebagai artis, adalah lumrah jika gosip dan kontroversi terus datang menerjah. Tapi semuanya di luar kawalan diri. Ada kalanya apabila perasaan marah itu menguasai diri, kita boleh berada di luar kawalan. Terutamanya hal membabitkan gosip sebegini yang dikira agak melalut.
“Kalau ada bukti kami berada di Jakarta, sila tunjukkan. Jangan sekadar bercakap. Lebih baik cerita yang tidak sahih ini ditanya dulu kepada empunya badan. Seperti kata pepatah, kalau tak tahu bertanya, bimbang sesat jalan dan memakan diri,” katanya yang akhirnya memutuskan untuk tidak mengikat kontrak sebagai Wajah Eksklusif Astro atas sebab tertentu.
Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 itu bagaimanapun sedar, dia tidak boleh terus tewas dan melatah dengan apa yang menghimpitnya kini. Ia sebenarnya bayaran yang harus diterima Remy kerana memilih jalan untuk bergelar artis.
“Selesai satu masalah, datang lagi satu masalah lain. Seperti kita menerima rezeki daripada Tuhan, sesekali kita diuji dengan masalah yang mengharapkan kita akan terus kuat daripada hari sebelumnya. Insya-Allah, saya akan terus tegar melaluinya.
“Cuma yang saya bimbangkan ialah kesihatan mak. Dulu pun dia pernah jatuh sakit apabila mendengar cerita tak elok mengenai saya. Persekitaran di Kuala Lumpur dan di kampung saya berbeza. Mereka di sana lebih cepat membuat kesimpulan dan bercerita mengikut apa yang didengar tanpa mengetahui kebenarannya,” luah Remy penuh bimbang
hmm...sian pulak ngan si 'adam' kita nihh...x habis2 kena kontroversi....i think org dengki kot with his popularity...his bakat org pdg sipi-sipi jerrr....hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm....tu lah dier mulut org....
suker no buat citer yg x betul ...ntah pa pe ntah....
huhu...sib bek 'abg adam' x terima tawaran astro kan..'
klu x harus lah kat tb len muke dier xder....slmattttt |
|
|
|
|
|
|
|
Remy cerewet pilih isteri
Oleh Ramlah Zainal
2010/08/11 GOSIP cintanya dengan pelakon jelita, Maya Karin nampaknya belum reda dan masih heboh diperkatakan orang ketika ini.
Namun, jawapan pelakon kacak Remy Ishak, 28, tetap sama. Dia dan Maya, 31, sekadar rakan artis dan tidak lebih dari itu.
Katanya, sudah ratusan kali orang bertanya sejauh manakah hubungannya dengan Maya dan jawapan hero siri Arjuna itu tetap sama dari dulu sampai sekarang, mereka hanya berkawan baik.
"Saya bukan saja tidak ada masalah untuk bergandingan dengan Maya, tapi mana-mana pelakon wanita lain pun. Saya juga tiada masalah mencari keserasian dengan Maya dalam lakonan kerana sudah beberapa kali digandingkan dengannya dalam filem dan teater seperti Anak Halal, Cun dan pementasan teater Natrah musim pertama dulu," katanya ketika ditemui di majlis sidang media pementasan musim kedua Natrah, di Istana Budaya, kelmarin. Justeru, kata Remy yang digelar 'Jejaka Idaman Malaya' dan sering dilanda kontroversi itu, dia berasa sedikit kecewa apabila tersebar mengenai dirinya bercuti dengan Maya di Jakarta, Indonesia seperti dilaporkan akhbar mingguan, baru-baru ini. Tegas Remy yang sudah empat tahun berkecimpung dalam bidang lakonan, cerita itu tidak berasas sama sekali.
"Cerita itu satu pembohongan besar dan berbaur fitnah. Saya pun hairan bagaimana cerita seperti itu timbul. Selepas selesai penggambaran filem Nur Kasih, saya terbabit dengan penggambaran drama arahan Erma Fatima, Air Mata Nur Salina dari 28 Julai hingga 7 Ogos lalu di sekitar Cheras dan Kuala Lumpur.
"Saya juga berada di lokasi drama itu bersama Erma dan kru produksi berkenaan. Jika tidak percaya, anda boleh bertanyakan perkara itu sendiri kepada Erma," katanya.
Ditanya adakah ceritanya bercuti dengan Maya itu sebahagian dari agenda untuk menjatuhkan nama baiknya di persada seni tanah air ? "Saya tidak tahu apakah motif sumber yang menyebarkan cerita sedemikian. Pada mulanya, apabila ada orang beritahu mereka nampak saya dan Maya di Jakarta, saya berasa kelakar dan menganggap ia sekadar gurauan saja. Tapi bila dapat tahu cerita itu sudah disiarkan di akhbar mingguan, saya berasa ia sudah melampau. "Apapun, saya serahkan kepada pengurusan saya untuk mengambil tindakan selanjutnya kepada pihak yang tidak bertanggung-jawab itu," katanya. Kata Remy, apa yang paling membimbangkannya ialah penerimaan keluarga apabila dirinya dikaitkan dengan cerita sedemikian rupa.
"Saya tidak kisah jika ia hanya membabitkan saya seorang tapi saya bimbang jika cakap-cakap orang itu sampai ke pengetahuan keluarga dan saudara mara. "Emak mendidik saya supaya menjaga nama baik keluarga, sejak kecil dan bila gosip seperti itu sampai ke pengetahuan saudara-mara, nanti orang kata saya anak yang kurang ajar pula," katanya. Mengenai teman istimewa, kata Remy yang pernah putus cinta dengan pelakon Ummi Nazeera, sampai hari ini dia masih belum bertemu penggantinya lagi.
"Kisah cinta lama saya itu memang tragis. Selepas putus dengan Ummi, kami memang tidak pernah berhubung. Saya juga tidak serik untuk bercinta lagi termasuklah dengan rakan artis, cuma belum bertemu calon yang sesuai lagi. Kalau sudah jodoh saya dengan rakan artis, saya tetap akan terima juga. "Saya memang cerewet dalam soal memilih calon isteri kerana perkahwinan bukan untuk sehari dua tapi biarlah berkekalan. Kriteria wanita idaman saya mestilah mempunyai sifat keibuan. Saya mahu dia buat kopi untuk saya sebaik saja saya balik ke rumah. "Saya juga mensasarkan usia tidak lebih dari 35 tahun untuk menamatkan zaman bujang kelak. Saya juga akan berkahwin bila sudah sampai seru nanti," katanya.
Maya yang turut hadir dalam sidang media memperkenalkan barisan pelakon Natrah musim kedua itu mengakui selesa berkawan dengan Remy sampai hari ini.
Walaupun kini berstatus janda, akui Maya, mereka sekadar berkawan baik dan tidak lebih dari itu. Maya juga menyifatkan Remy kawan yang baik dan suka menolong orang lain.
"Saya juga percaya, kami memang tidak ada masalah untuk mencari keserasian bergandingan dalam Natrah musim kedua ini. Kami akan mendapat keserasian menerusi sesi latihan yang akan diadakan nanti," katanya. Maya juga menafikan cerita dia dan Remy dilihat bersiar-siar di pusat beli-belah terkemuka di Jakarta, Indonesia pada 1 Ogos lalu seperti dilaporkan.
Katanya, cerita yang disebarkan itu 100 peratus tidak betul kerana pada hari itu dia berada di lokasi filem Ombak Rindu di Langkawi. "Anda boleh bertanya pada Osman Ali untuk mendapat pengesahan bahawa saya memang berada di lokasi penggambaran pada ketika itu. Penggambaran filem itu sudah berlangsung sebulan lalu dan hanya tinggal seminggu lagi penggambaran akan selesai.
"Saya juga dalam perjalanan dari Langkawi ke Alor Star, Kedah pada 1 Ogos lalu. Menyusul selepas itu, saya menjayakan penggambaran di Danok, Thailand keesokan harinya (2 Ogos). Saya dan Remy juga berada di lokasi penggambaran masing-masing ketika itu dan fokus saya hanya pada kerja saja," katanya. Justeru, Maya juga mencabar supaya sumber yang menyebarkan cerita yang tidak berasas itu supaya tampil memberi penjelasan. "Sebelum ini saya pernah digosipkan dengan VVIP tapi tiada pun gambar kami berdua dan kini gosip saya dan Remy pula. Kalau saya fikir sangat gosip seperti ini, saya bimbang tidak boleh buat kerja pula nanti," katanya.
Mengulas lanjut mengenai Natrah, kata Maya, dia memang menunggu peluang untuk beraksi dalam pementasan musim kedua, sejak tahun lalu.
"Saya memang minat filem sejarah dan Natrah juga penting dalam sejarah kita. Cerita Natrah juga sudah seperti telenovela. Saya difahamkan, watak Natrah pada musim baru ini ada kelainan sebanyak 30 peratus dari sebelum ini. Apa yang menarik, saya akan menyanyi bersama Remy pada musim kedua ini," katanya. Kata Maya, selepas penggambaran Ombak Rindu selesai, dia akan ke lokasi penggambaran filem epik trilogi Empayar Dendam Taming Sari pula. Maya juga sibuk menjayakan kempen mendidik kanak-kanak mengurangkan penggunaan beg plastik di negara ini. Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani dan teraju utama teater ini, Umie Aida, Samantha Schubert, Sofia Jane dan Datuk Rahim Razali. Musim kedua Natrah akan dipentaskan di IB pada 25 November hingga 5 Disember ini.
Soalan cepu mas....siapakah yg bersifat keibuan dan pandai buat kopi?....hahaha...teka jgn x teka... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm....tu lah dier mulut org....
suker no buat citer yg x betul ...ntah pa pe ntah....
huhu...sib bek 'abg adam' x terima tawaran astro kan..'
klu x harus lah kat tb len muke dier xder....slmattttt
adifrs Post at 11-8-2010 09:24
sabo je la dgn gosip2 murahan ni.. kita pun jelak baca cite yg sama
yes! aku pun happy dia tak accept offer astro tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|