CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kekekek

Aduh Saleha - Sambung penggambaran[pg.87]

[Copy link]
 Author| Post time 1-8-2007 06:59 PM | Show all posts
Rasanya dua tiga hari ni, Mawi mandi tak basah, tidur tak lena, makan pun tak kenyang.



[ Last edited by  kekekek at 1-8-2007 07:01 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 06:59 PM | Show all posts

Reply #1696 kazz's post

aah mmg nmpk ngam..hehe
isk tak sabar seh nk tgk cite aduh saliha nih
come je tgk depa berdua

besnye kalo bleh pi tgk depa shooting kan

tak tahan mawi tak kisah digusip tu..
ye la minah lawa...suke la tu mawi tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 07:52 PM | Show all posts
aku suker! aku suker! Masih sayang kat marsya tapi lambat nar...dapat budak sarah ni pun molek jugak (cam desperado pun ada sebab takot kak ikin ngap dulu ;) )
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 1-8-2007 11:40 AM
http://img505.imageshack.us/img505/8317/mawisarahrc3.jpg



aku paling suka gambar ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 09:13 PM | Show all posts
ramai betul wartawan gossip kat sini...

mawi, mawi nasib ko la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 09:57 PM | Show all posts

Reply #1701 kekekek's post

ala omak kawin kan aku.....cewah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2007 11:01 PM | Show all posts

Reply #1705 ra^meir's post

ala tak kisah le gossip kita ni suka2 je....
selagi ada board Mawi jum kita meraikan dgn kemeriahan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 1-8-2007 06:56 PM
Yg ni pun nampak sesuai sangat.

http://img177.imageshack.us/img177/342/mawisarahic8.jpg



sukanya gambar ni....macam serasi je dgn Saliha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 11:16 PM | Show all posts
dlm Harian Metro/Kosmo Sarah cakap dia pun minat Mawi.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 11:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 12:27 AM | Show all posts

Reply #1710 kazz's post

tige2 gambo seme laen2
make up mmg bleh merubah wajah seseorg

tp mmg pandai le juru mekap kali nih
mmg nmpk mcm saliha gadis kampung yg ayu   
pandai bang nasir plih
tak sesia tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 05:16 AM | Show all posts

Reply #1693 kekekek's post

TQ...COMEEYYY SESGT...SUKE. HARAP FILEM NI SUCCESS!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 05:45 AM | Show all posts
yg sebelah kanan tu nampak seri lebih sebab bergambar dgn si Mawi kaedahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 08:00 AM | Show all posts
makin lama tengok muka sarah makin comei pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 09:22 AM | Show all posts

berita harian

semalam BH dah siar stori ni
hari ni ada lagi ... ada stori lebih sikit lah
gambo hero heroin lagi beso
dannnnnnnnnnnn.... tajuk dia lagi mengancam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2007 09:29 AM | Show all posts
Buah hati Mawi

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff


Pencarian setahun gadis sesuai pegang watak Saliha temui nokhtah

AKHIR Jun lalu, beban yang digalas M Nasir berakhir setelah gadis cantik yang dicari-carinya hampir setahun lamanya berjaya juga ditemui. Jika sejak tahun lalu, persoalan di manakah Saliha sering kali disuap ke telinganya, kini pengarah ini tidak perlu risau lagi.

Sekarang Nasir mampu tersenyum lega. Dan, dia sememangnya nampak ceria tatkala hadir pada majlis memperkenalkan Saliha yang diadakan di Restoran Andalusia, 31 Julai lalu. Dia bukan setakat lega, malah memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana pencarian selama ini membuahkan hasil.

Sutradara yang bakal mengarahkan Aduh Saliha ini juga mengaku menaruh harapan yang tinggi kepada bakat baru yang berjaya memenangi mata dan hatinya, Mawi serta pihak produksi The CameraCrew Productions Sdn Bhd.

Puteri Sarah Liyana Kamarruddin atau lebih mesra disapa Sarah, cukup bertuah apabila namanya menjadi pilihan daripada 300 calon yang menghadiri uji bakat untuk watak yang didamba ramai pelakon.

Hakikatnya, keinginan Nasir untuk mencari wajah yang belum terdedah dengan meluas di media tercapai. Dengan hanya kemunculan dalam beberapa episod siri televisyen seperti Dunia Anita, Kawan dan Puteri serta beberapa iklan komersial, Sarah bukanlah rupa yang begitu dikenali setakat ini.

Bagi Nasir, bakat Sarah yang baru saja hendak bercambah memberikan gadis itu kelebihan untuk dipilih menjayakan watak Saliha. Dia akan membentuk gaya lakonan Sarah menerusi latihan yang bakal disediakan.

"Saya bersedia menerima apa saja kemungkinan sekiranya Sarah gagal menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepadanya menerusi filem ini," ujar Nasir yang turut meminta gadis cantik ini memasuki kelas vokal, selain menjalani sesi latihan selama dua minggu, sebelum turun ke lokasi pada penghujung Ogos nanti.

Kata Nasir, Sarah kemungkinan besar akan menyanyikan sendiri lagu yang dimuatkan dalam filem terbabit. Begitupun, sedikit waktu perlu diberikan kepada gadis berusia 22 tahun ini bagi menguasai teknik nyanyian. Namun, kehendak Nasir yang mahukan Sarah menyanyi cukup dialu-alukan kerana Aduh Saliha sebuah filem bercorak fantasi separa muzikal.

Sambung Nasir, sebuah album runut bunyi mungkin akan diterbitkan sebaik saja filem itu selesai dirakam.

Sarah pula tidak pernah bermimpi dialah gadis idaman pengarah berkenaan, yang selama ini dicari-cari sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi berhubung kegagalan pengarah itu serta pihak Cameracrew menemui pelakon sesuai.

Semuanya bermula apabila Nasir menonton kemunculannya dalam siri Dunia Anita. Sebelah malamnya, dia dihubungi untuk hadir uji bakat filem terbabit. Diberikan sedikit dialog, dia harus melontarkan suaranya dengan nada sedih. Selepas itu, semuanya tinggal sejarah.

"Saya menerima berita kejayaan saya pada uji bakat itu ketika kami sekeluarga bercuti di Bandung, Indonesia. Pada mulanya, mereka tidak memberitahu watak apa yang saya bakal terima. Mereka hanya meminta saya datang ke ofis (Cameracrew). Abang Jamal Maarif (produser) juga berpesan kepada saya supaya kuatkan semangat dan fizikal. Rupa-rupanya, Saliha yang menanti," kata Sarah.

Sebelum itu, Nasir juga pernah berpesan kepadanya supaya tidak menerima apa-apa tawaran dalam masa dua minggu akan datang. Kiranya, semua petanda itu diterjemahkan sebagai rezeki tidak terhingga buat gadis yang sememangnya meminati dunia lakonan. Dek keazamannya untuk maju dalam dunia seni itu jugalah, dia tidak kisah seandainya kecaman daripada peminat Mawi mula kedengaran dengan pemilihannya untuk beraksi di samping jejaka paling masyhur di Malaysia itu.

Peminat juara Akademi Fantasia musim ketiga itu pula jangan risau kerana pelajar jurusan Pengurusan Hotel di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini mengaku dia sudah pun memiliki kekasih hati. Bahkan, si dia banyak memberikan sokongan kepadanya untuk berjaya dalam bidang seni.

"Dia jugalah yang sebenarnya menghantar saya ke lokasi uji bakat, Jun lalu. Dia tidak kisah saya berlakon dengan Mawi, kerana dia lelaki yang amat memahami," tutur Sarah mengenai jejaka berusia 26 tahun yang bekerja bersama syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), yang sudah tiga tahun dikenalinya itu.

Kerana kesungguhannya untuk menjayakan filem berkenaan serta peluang yang dianggapnya bukan selalu datang itu, Sarah sanggup mengambil cuti belajar selama satu semester. Biarpun itulah semester terakhir yang harus diikuti sebelum segulung diploma berjaya digenggam, dia tidak teragak-agak dengan keputusan berkenaan. Apatah lagi keluarga tidak menghalang, malah turut memberikan sokongan.

"Ibu bapa saya amat memahami minat anak mereka. Kedua-duanya menyokong karier lakonan yang saya ceburi dan mereka jugalah orang pertama yang saya maklumkan mengenai pemilihan saya sebagai Saliha," kata gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

Ditanya apakah dia tidak gentar bekerja di bawah Nasir, Sarah yang petah menjawab soalan berkata, dia berasa agak takut untuk berhadapan dengan artis serba boleh itu. Menurutnya, dia ada mendengar kata-kata yang membayangkan Nasir seorang lelaki yang tegas.

"Begitupun, saya beranikan juga menghadapinya kerana saya percaya dia bertegas untuk memastikan projek yang diletakkan di bahunya itu 100 peratus sempurna. Kini, kami selalu bertemu untuk berbincang mengenai skrip," ujar wanita muda yang meminati penyanyi Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah ini.

Mengenai kesediaannya berdepan pelbagai cabaran sebaik saja memilih dunia seni sebagai karier, Sarah berkata, dia akan sentiasa mengingati pesanan bapanya supaya sentiasa bersikap merendah diri dan tidak terlalu menunjukkan emosi - kesukaan mahupun kemarahan, apabila sesuatu terjadi. Dengan bersikap demikian, dia percaya, dia sedikit sebanyak berupaya untuk mengelakkan kontroversi.

Puteri Sarah Liyana Megat Kamarruddin

Usia: 22 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Tinggi: 5 kaki 4 inci
Berat: 45 kilogram
Adik-Beradik: Anak sulung daripada empat adik-beradik
Profesion: Pelakon, Pelajar
Drama: Kawan, Dunia Anita, Puteri, Pendekar Melayu (dalam pembikinan)
Iklan: Silky Girl, DiGi, F&N
Kegemaran: Melancong, Membeli-belah
Penyanyi Pujaan: Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah
Pelakon Pujaan: Nasha Aziz, Vanidah Imran, Erra Fazira, Julia Roberts, Lindsay Lohan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2007 09:56 AM | Show all posts
sepadan lah nak jadi saliha mawi..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2007 10:48 AM | Show all posts
Kosmo 2-8-2007

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 10:50 AM | Show all posts
x abis2 bite ni....cite nye lum tau best ke idak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2007 10:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.087659 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list