Malaysia melangkah ke final
Oleh Hamdan Saaid dan Mohd Fadzrie Hazis
[size=-2]
MALAM GEMILANG: Penyokong Malaysia menyerbu masuk padang
memeluk Khyril Muhymeen sebaik tamat perlawanan separuh
akhir Pestabola Merdeka di Stadium MBPJ, malam tadi. Singkirkan musuh tradisi Singapura 3-1 berentap Myanmar tentukan juara
HUJAN lebat awal saingan bagaikan rahmat mengiringi perjalanan skuad Bawah 23 Tahun negara ke final Pestabola Merdeka Ke-39 selepas menyingkirkan musuh tradisi Singapura 3-1 pada separuh akhir yang sengit di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Dua jaringan pantas dalam tempoh lima minit babak pertama sumbangan pemain sayap Khyril Muhymeen Zambri dan penyerang Safee Sali, yang menambah gol kedua peribadi lewat babak kedua, sudah cukup buat skuad bimbingan B Sathianathan, yang mempersiapkan diri menghadapi temasya Sukan Sea, mara ke final kejohanan lapan negara itu.
Kejayaan itu adalah yang kedua dalam tempoh tujuh tahun dengan kali terakhir Malaysia muncul naib juara pada 2000, tumpas kepada New Zealand pada saingan akhir. Kali terakhir Malaysia menjadi juara adalah 14 tahun lalu sesudah menundukkan Korea Selatan 2-1 pada final.
Malaysia akan berdepan skuad senior Myanmar, yang juga juara bertahan, pada saingan final di Stadium Shah Alam malam esok. Terdahulu, Myanmar menempah tiket selepas mengetepikan Zimbabwe, juga dengan keputusan 3-1.
揔ami tidak pernah tergugat selepas dua gol itu namun saya ingatkan pemain bahawa Singapura memang bahaya dengan set-piece yang menghasilkan gol tunggal mereka. Pujian seharusnya diberikan buat pemain yang mempamerkan kematangan untuk membawa kita layak ke final kali ini,
sori la abg hang......
tersilap 4 ogos plak......
patut la dok ghase muda lagi.....
4 september la abg hang......
saya setuju....
jgn bg FAM campuq tangan....
raja zainudin