|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'
[Copy link]
|
|
Aib famili bukan konten
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/gajet12.jpeg)
Nak berkongsi, biarlah ada batasnya. GAMBAR HIASAN
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
14 Januari 2023, 10:00 am
“Mula-mula memanglah orang suka dan simpati, tapi lama-lama muak juga. Kenapa nak dedah aib sendiri di media sosial, silap hari bulan, apa pun tak dapat. Wanita ini ibarat buah mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa,”.
Perbualan rakan sepejabat saya dan barangkali juga rakan sepejabat anda berhubung pendedahan mengenai kisah rumahtangga di media sosial hari ini, bukan lagi isu terpencil.
Pendedahan mengenai kisah keluarga yang dipaparkan tanpa kita sebagai pengguna media sosial, memintanya. Kadangkala terfikir juga entah betul entahkan tidak, entah-entah sekadar konten?
Seperti biasa, dalam setiap kisah pengakuan, empunya diri memiliki alasan yang mereka rasakan betul, sehingga berani berkongsi.
Saya ingat lagi suatu waktu dahulu, akbar akan kaburkan wajah individu yang mengaku berdepan masalah keluarga kerana ia membabitkan maruah diri dan kaum keluarga.
Hanya ‘kisah’ mereka yang akan media kongsi sebagai pengajaran kepada pembaca, bukannya individu yang bercerita.
Gara-gara media sosial, ‘blurkan’ wajah bagaikan sudah ‘laku’ lagi kini. Begitulah kuatnya kuasa media sosial yang sering dianggap sebagai senjata fitnah akhir zaman.
Sesiapa sahaja boleh mendengar, memberikan komen dan berkata semahunya. Betul atau sebaliknya, bukan soalnya, yang penting ‘donesokong’.
Menjaja kisah rumahtangga disifatkan sebagai penyakit dan pesakit perlu diberikan rawatan. Perundangan Syariah sebenarnya sudah sempurna, hanya keegoaan individu menjadikan sesuatu kes itu berlarutan. Tetapi saya pasti ada jalan penyelesaiannya.
Kalaulah netizen boleh bertindak bagaikan hakim, apalah fungsinya perundangan dan badan kehakiman?
Pendedahan demi pendedahan di media sosial dibimbangi memberikan persepsi buruk masyarakat dan orang bukan Islam terhadap keharmonian dan kerukunan sebuah perkahwinan dalam agama kita yang suci.
Nak berkongsi, biarlah ada batasnya. Lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita yang bergelar ibu. Mereka seharusnya menjadi idola kepada ahli keluarga. Silap hari bulan mereka pula dianggap berlebih-lebihan dan keterlaluan.
Sebagai ingatan kepada diri sendiri, kita pun ada anak-anak yang akan melalui proses dewasa.
Banggakah kalau mereka melihat ‘drama’ orang tua mereka di media sosial?
Jadilah wanita yang berjuang untuk keluarga di jalan yang betul, bukannya di ruangan yang hanya akan menambah kusut, sesak dan persepsi bukan-bukan.
Kalau sedang marah atau tidak berfikiran waras, elakkanlah diri daripada menatap media sosial. Tak manis ya, nanti dituduh meroyan, bila ‘sikit-sikit nak up’ atau ‘sikit-sikit dan create issue’ atau ‘nak cari likes lah tu’.
Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Rencana, Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/seri/p ... amili-bukan-konten/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jangan asyik nak cari konten, hal2 dalaman keluarga pun org luar tahu |
|
|
|
|
|
|
|
jangan aib kan diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
simpan rapi rahsia2 keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
arini plan nk masak gulai ikan aya |
|
|
|
|
|
|
|
org tak pandai masak kena lah tengok kt utube![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
utube tu la cikgu yg terbaik. |
|
|
|
|
|
|
|
sb klu salah bahan pun tak kena marah |
|
|
|
|
|
|
|
klu derhaka pada resepi pun tak kena marah |
|
|
|
|
|
|
|
tp sendiri tanggunglah klu tak sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/01/menara-di-kuala-lumpur-2048x1534.jpg?v=1673600828)
Pemandangan bandar raya Kuala Lumpur dan bangunan pencakar langit.
Bangunan ‘near to langit’, tapi jalan macam lepas dibom
Ketika anda memandu memasuki Kuala Lumpur sama ada melalui Plaza Tol Sungai Besi, Jalan Selayang, Plaza Tol Gombak atau Plaza Tol Jalan Duta, terdapat kegirangan memasuki ibu kota terbesar di negara ini.
Apa yang menarik perhatian bangunan-bangunan pencakar langit atau ‘near to langit’. Sejak kecil, itu ingatan yang kekal terpahat di fikiran apabila memasuki Kuala Lumpur. Keseronokan seorang anak kecil memasuki bandar besar. Hari ini, perasaan sama tetap dirasai walaupun bagi mereka yang setiap hari memasuki sempadan Kuala Lumpur.
Ibu negara masih memegang takhta ada menara berkembar tertinggi di dunia. Merdeka 118 pula bangunan kedua tertinggi di dunia mengatasi Shanghai Tower. Kita juga ada Menara TRX dan banyak pencakar langit lain.
Setiap plot tanah walaupun sekangkang kera menjadi bangunan kediaman tinggi. Lot perniagaan dan runcit memenuhi hampir setiap ruang. Tidak payah pergi jauh, jumlah kenderaan menggunakan Lebuh Raya Persekutuan sahaja lebih 1.6 juta sehari, sebahagian besar memasuki Kuala Lumpur. Itu belum lagi dari selatan dan timur.
Daripada bandar perlombongan kini menjadi metropolis dengan jutaan penduduk yang tinggal atau mencari rezeki. Semua rakyat berbangga dengan pencapaian ini. Negara berusia kurang 65 tahun, tetapi pencapaian cemerlang. Apa yang mencacatkan kemegahan struktur yang menggamit langit adalah kemudahan asas seperti jalan raya.
Cuba memandu di kawasan seperti Jalan Enggang di Keramat atau Jalan Ampang, Sungai Besi (bandar) dan beberapa jalan lain, ia tidak menggambarkan anda berada di sebuah ibu negara.
Jalan beralun, berlopak dan seperti tidak diuruskan. Jalan digali untuk ditanam kabel atau paip, tetapi selepas diturap rasanya mahu ‘absorber’ kereta koyak kalau setiap hari digunakan. Mungkin mereka yang bertanggungjawab menguruskan infrastruktur asas ini tidak tinggal di kawasan terbabit. Mereka tidak tahu keadaan sebenar jalan-jalan ini.
Infrastruktur asas lain juga tidak ada bezanya. Sistem saliran dan parit tersumbat sentiasa menjadi alasan apabila banjir kilat.Tetapi siapa yang meninjau setiap parit atau lubang saliran dari jalan-jalan yang memasuki sistem perparitan.
Kebanyakan lubang saliran jalan ke longkang sama ada dipenuhi sampah atau rumput atau tanah. Longkang menjadi cetek kerana tiada kerja pembersihan.
Perangai manusia membuang semua benda tidak membantu, tetapi pihak berkuasa tempatan yang mengaut ratusan juta ringgit daripada cukai pintu, iklan, lesen perniagaan harus melihat bahawa tugas utama bukan untuk meluluskan pembinaan bangunan.
Kepada mereka yang pernah ke negara barat akan melihat bagaimana ibu negara mereka dijaga dan ia bukan mengenai bangunan tinggi.
Tidak perlu pergi jauh, di negara jiran, Indonesia di beberapa bandar, di bawah jalan raya sudah terbina sistem terowong longkang bawah tanah setinggi dua meter yang memastikan pengaliran air.
Kita terlalu bermegah kononnya mempunyai struktur tertinggi, tetapi di bawah struktur berkenaan, tiada beza dengan negara kelas ketiga.
Ia kini seperti memakai baju Melayu lengkap bertanjak, butang baju berkilau dan bersamping sutera seperti untuk menikah, tetapi memakai seluar pendek yang koyak.
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... erti-selepas-dibom/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rasanya masih ok lagi jalan raya kat KL tu |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/01/LApangan-Terbang.jpeg)
MOTAC arah buka semua kaunter imigresen di lapangan terbang
PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mahu semua 40 kaunter imigresen di lapangan terbang antarabangsa dibuka bagi melancarkan aliran tinggi kemasukan pelancong ketika ini.
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pihaknya juga mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menambah laluan pemeriksaan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa itu.
Beliau berkata, bilangan laluan pemeriksaan imigresen di lapangan terbang antarabangsa perlu ditambah kepada enam berbanding empat ketika ini.
“Pada masa ini terdapat 40 kaunter imigresen tetapi hanya 20 kaunter yang dibuka. Jika ia dapat dibuka, ia pasti dapat memendekkan proses pemeriksaan imigresen untuk jumlah penumpang yang ramai.
“Berdasarkan tinjauan baru-baru ini, empat saluran sedia ada tidak mencukupi bagi melengkapkan prosedur pelepasan imigresen dengan kecekapan tinggi dan masa yang singkat,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.
Katanya, pihaknya menerima aduan daripada penumpang berhubung proses pelepasan imigresen yang mengambil masa lebih satu jam untuk diselesaikan.
King Sing berkata, beliau juga dimaklumkan, ada penumpang yang mengadu mereka terkandas di lapangan terbang selama tiga jam.
Menurutnya, antara punca utama isu itu adalah sistem sedia ada yang tidak dikemas kini dan ketinggalan zaman.
“Justeru ia perlu ditambah baik segera demi kelancaran di lapangan terbang antarabangsa dan saya menyeru kepada jabatan dan agensi berkaitan untuk mencari penyelesaian penambahbaikan dan berusaha memendekkan masa ketika proses pemeriksaan ini.
“Kita harus sedar sektor pelancongan adalah kunci kepada pemulihan ekonomi negara dan lapangan terbang adalah lokasi ‘first impression’ yang akan dilalui oleh pelancong apabila mereka tiba di negara ini,” katanya.
Selain itu, beliau difahamkan, Malaysia Airports Holdings Bhd (Malaysia Airports) telah bersetuju untuk menambah tiga bahasa lain pada sistem digital di lapangan terbang iaitu bahasa Cina, Melayu dan Inggeris.
Menurutnya, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal turut mempertimbang menambah terjemahan bahasa Arab dalam masa terdekat bagi memastikan maklumat disampaikan lebih tepat dan difahami pelancong asing. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... i-lapangan-terbang/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|