Gigih cari bahan nak share dalam ni. Cer tengok ciri2 isteri idaman dia.....kot ZM asyik meroyan jek lama2 kena dump jugak aaah.....
http://1punya.blogspot.my/2017/1 ... rnah-dikaitkan.html
Berikut adalah nama-nama yang pernah dikaitkan dengan Zul Ariffin. Yang perempuan semua tarik nafas dalam-dalam, ok! Rita Suraya Pada ketika Zul baru mua melibatkan diri dalam bidang lakonan sebagai ekstra itu juga, Zul masih belajar di kolej bermula dengan jurusan seni halus kemudian tidak sesuai bertukar kepada seni grafik. Bersama teman wanitanya waktu itu mereka berdua galak mendorong sesama sendiri. 2. Abby Abadi Zul Ariffin pernah dikaitkan sebagai unca kepada keruntuhan rumah tangga Abby Abadi dan Norman Hakin suatu ketika dahulu. Namun begitu, hubingan mereka terputus di tengah jalan selepas 3 tahun menjalin hubungan cinta. Sepanjang mereka bercinta, Abby mengakui bahawa Zul merupakan seorang pendengar yang setia. PUn begitu, punca perpisahan mereka tidak pula diceritakan. 3. Nasha Aziz “Saya dan Nasha menjalinkan hubungan cinta (ketawa)? Saya akui kami berdua digandingkan buat kali pertama dalam sebuah telemovie berjudul Kasih Bersulam Daun Palas. Memanglah kami telah menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua terjadi dalam telemovie yang kami lakonkan. Di luar lakonan, tak ada hubungan istimewa antara kami.” Zul menjelaskan bahawa dia tidak memounyai hubungan istimewa di luar pengambaran dengan Nasha Aziz melainkan cuma gosip yang direka semata-mata 4. Gayatri Su-Lin Pillai Gayatri merupakan seorang penerbit televisyen di Malaysia. Meskipun hubungan mereka terputus selepas 3 tahun menjalin cinta, namun mereka menegaskan bahawa mereka masih lagi berkawan baik. Baru-baru ini Zul Ariffin berlakon sebuah filem yang diterbitkan produksi Gayatri iaitu J Revolusi. Ada yang mengatakan bahawa cinta mereka kembali berputik. 5. Elfaeza Ul Haq Ketika masih menjalin hubungan dengan Gayatri, Zul dikatan menjalin hubungan ketiga bersama seorang pelaon dari Singapore iaitu Elfaeza Ul Haq. Tetapi, Zul Ariffin menafikan sekeras-kerasnya gossip mengatakan beliau mempunyai kekasih lain selain Gayatri Su-Lin Pillai. Ada sumber menyampaikan Zul Ariffin dan Elfaeza Ul Haq sering keluar makan bersama di Damansara Perdana sehingga lewat malam. 6. Ayda Jebat Pernah dilabel sebagai seorang yang gedik, Ayda Jebat kini sekali lagi dihimpit kontroversi apabila timbul dakwaan beliau sedang menjalinkan hubungan dengan Zul Ariffin kerana sering dilihat mesra bersama jejaka tersebut lebih-lebih lagi selepas mereka digandingkan dalam slot drama “RIndu Awak 200%”. Ayda juga pernah dikaitkan sebagai punca hubungan Zul dan Gayatri terputus di pertengahan jalan. 7. Zahirah Macwilson Perhubungan Zahirah dengan Zul mula-mula diperkatakan sekitar September 2015 apabila gambar mereka berpegangan tangan tersebar di alam maya. Namun begitu, ayah Zahirah tidak merestui hubungan mereka kerana mengatakan Zul tidak ikhlas berkawan dengan anaknya. Zahirah menegaskan, hubungannya dengan bintang tinggi lampai berkenaan masih berlangsung dengan baik. Cuma, masing-masing enggan terlalu terbuka untuk bercerita mengenai hal peribadi. Memang benar sejak awal sudah ditegaskan yang Zul tidak akan berkongsi sebarang kisah peribadinya terutama sekali soal cinta. Pendiriannya mudah, fokusnya lebih kepada kerjaya dan tidak mahu perkara lain yang mengganggu. Bercakap soal lain, Zul atau Zulkifli Ariffin tidak menolak soal perkahwinan memang sentiasa bermain difikirkannya. Bagaimanapun buat masa ini dia menyerahkan segala-galanya kepada aturan takdir. Katanya, ciri-ciri isteri yang dicari mudah – seseorang yang tidak memberi masalah kepadanya. “Saya seorang yang mudah, saya tidak kisah bekerja keras balik tengah malam dan sebagainya. Tetapi bila balik ke rumah seorang isteri itu sepatutnya tidak memberi tekanan. Saya cari ketenangan dalam rumah tangga. Seorang isteri bagi saya adalah seorang yang harus memberi sokongan kepada saya, itu yang perlu ada dalam wanita tersebut,” katanya panjang lebar. Semoga Zul Ariffin menemui jodohnya segera.
|