|
Himpunan lama & baru
Oleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]
SELAIN memberi posisi istimewa kepada pemuzik-pemuzik indie di pentas Hot FM Big Jam, stesen radio nombor satu negara, Hot FM tetap tidak melupakan penglibatan artis-artis senior yang terlebih dahulu gah.
Kalau sebelum ini hanya satu atau dua kugiran lama mengambil bahagian pada acara tahunan Hot FM, kali ini tiga grup yang pernah menjadi kegilaan umum, Fotograf, Bumiputera Rockers (BPR) dan AXLs menghangatkan Hot FM Big Jam.
Bersaksikan Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 6 Mac lalu, pemilihan orang-orang lama dalam konsert itu sebagai memperlihat apresiasi kepada mereka yang terlebih dahulu mencipta kemasyhuran dalam gelanggang hiburan.
Menurut Pengurus Kanan Jenama dan Promosi Rangkaian Radio Media Prima selaku Pengurus Projek Hot FM Big Jam, Zurina Othman, pihaknya sengaja memilih tiga kumpulan popular dalam acara itu bagi menonjol kelainan.
Ini bukan kali pertama kami mengundang artis berkumpulan yang berpengalaman. Sebelum ini Wings, Jinbara dan beberapa nama lagi pernah terlibat dalam konsert Hot FM Big Jam.
揊otograf, BPR dan AXLs menjadi artis lagu paling kerap diputar di stesen radio kami. Ini menjadi faktor utama kami meletakkan ketiga-tiga grup ini dalam acara besar Hot FM.
揕agipun mereka masih bersama sebagai satu kumpulan. Tidak seperti grup lain yang sudah berpecah dan masing-masing bawa haluan sendiri maka membuatkan Hot FM senang bekerja sama dengan mereka,?katanya ketika ditemui pada konsert berkenaan.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul.
Selain Fotograf, BPR dan AXLs, artis-artis baru turut meraih penghargaan menunjukkan kebolehan tersendiri di pentas Hot FM Big Jam seperti Tilu, Hunny Madu, Anna Rafalli, Rock and Roll John, So Wincci dan The Curse Between Us.
Mengulas pembabitan muka-muka baru, Zurina memberitahu, ia memberi peluang kepada penyanyi dan pemuzik amatur melakukan persembahan sambil mendedahkan mereka dalam acara berskala besar.
揔ami ambil inisiatif membina komuniti muzik tempatan yang lebih baik. Mereka boleh berkarya dalam pelbagai platform disediakan untuk mempamerkan bakat masing-masing,?jelasnya yang berpendapat mereka juga memiliki kehebatan setaraf artis profesional sedia ada.
Tiada artis Indonesia
Berbanding tahun-tahun awal penganjuran, Hot FM Big Jam tidak menampilkan artis-artis seberang sejak tahun lalu termasuk baru-baru ini di Pulau Pinang.
Antara pemuzik luar yang pernah menyertai acara itu adalah Sheila On 7 dan Ungu dan Irwansyah.
揝ebelum ini penglibatan penyanyi atau artis berkumpulan Indonesia di Hot FM Big Jam hanya secara kebetulan. Pada waktu itu, mereka datang ke Malaysia menjayakan pelancaran album atau konsert mini.
揇isebabkan kali ini tiada sebarang penggiat seni negara seberang datang ke Malaysia maka kami meneruskan konsert tanpa melibatkan mereka seperti sebelum-sebelumnya.
揕agipun artis-artis tanah air yang ada cukup kuat menyerikan Hot FM Big Jam tanpa perlu mengundang orang luar. Penyanyi dan artis berkumpulan yang ada dilihat menjadi gabungan unik,?jelasnya yang mempertaruhkan 36 artis secara keseluruhan untuk Hot FM Big Jam edisi keempat itu.
Selain kemunculan artis senior dan baru, Hot FM Big Jam kali ini menunjukkan keunikan lain termasuk memanjangkan tempoh konsert itu. Ia juga menampilkan dua pentas berskala sederhana dan besar bagi memudahkan para artis dan penyampai menghiburkan penonton.
Mengulas relevan Pulau Mutiara dipilih sebagai lokasi Hot FM Big Jam, Zurina berkata, tujuannya adalah mendekatkan peminat Utara terutama Pulau Pinang dengan stesen radio itu sambil menikmati hiburan.
揝ebelum ini kami buat di Shah Alam, Petaling Jaya dan Johor Bahru. Kali ini tibalah masa Hot FM muncul di Pulau Pinang supaya pendengar kami dapat merasai kehangatan Hot FM Big Jam,?ulas Zurina.
Seperti biasa, penyampai-penyampai hangat Hot FM, Fara Fauzana, Faizal Ismail, Leya, Tini, Kieran, AG, Anne dan Ikhwan mengacarakan Hot FM Big Jam sebelum tampil di pentas utama dengan gimik berbeza.
Festival itu juga menampilkan Bunkface, Meet Uncle Hussain, Hujan, Modread, Sixth Sense, Stacy, Mila, Akim, Alyah, Diddy, Tomok, Shila, One Nation Emcee, Nubhan, Aril, Black, Bittersweet, Adam dan Imran Ajmain.
Pentas Hot FM Big Jam turut dihangatkan dengan persembahan mantap kehadiran kali pertama, M. Nasir. Selain itu, Anuar Zain, Misha Omar dan Faizal Tahir turut melapangkan kesudian menjayakan acara berskala besar itu.
Konsert yang dihadiri seramai 50,000 pengunjung bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam itu juga bersiaran secara langsung di www.hotfm.com.my selain dirakam untuk tayangan di skrin televisyen tidak lama lagi. |
|