|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V146'
[Copy link]
|
|
Gambar yang menunjukkan lukisan penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511 yang dikatakan terdapat di sebuah dinding di dalam bangunan Parlimen Portugal hasil karya Sousa Lopes.
Lakaran di penjuru kiri atas gambar (tebing selatan sungai / muara Sungai Melaka) kelihatan lebih jelas.
Wujud lakaran bangunan dari batu berwarna putih beratapkan genting dan tembok kota di belakangnya yang seperti dibina dari batu.
Di sebalik tembok batu itu pula, terdapat lagi bangunan lain yang diperbuat dari batu berwarna putih.
Ada pula menara tinjau di hujung tembok itu.
Di sebelah kanan lukisan pula, ada tembok batu dan menara tinjau di tebing utara sungai/muara Sungai Melaka.
Ini ialah sebuah lukisan yang didakwa berada di sebuah dinding di dalam bangunan Parlimen Portugal.
Jika fakta itu benar, mustahil ia dilukis secara sambil lewa tanpa fakta peristiwanya disemak terlebih dahulu.
Apakah ini membuktikan wujud kemungkinan sumber sejarah bertulis Portugal yang mencatatkan kewujudan Kota Melaka di zaman Kesultanan (pra 1511) yang dibina dari batu?
Apakah mungkin jika sumber itu wujud, ia disembunyikan dari pengetahuan umum?
Kredit Posting Page : The Interesting Hisorical Facts Of Malaysia |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ghalibboy replied at 4-6-2022 06:03 PM
Gambar yang menunjukkan lukisan penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511 yang dikatakan terdapat di ...
Menarik article ini |
|
|
|
|
|
|
|
Kehebatan Dol Said Menewaskan Kuasa Tentera Dunia
Pada tahun 1831, Gabenor R. Ibbetson mengambil keputusan menghantar pasukan tentera menyerang Naning. Satu pasukan terdiri daripada 150 orang di bawah Kapten Wyllie diarahkan untuk bersiap sedia untuk menyerang Naning. Kapten Wyllie dibantu oleh Leftenan Milnes, Leftenan Begbie dan Doktor Smith. Pasukan ini diarahkan menawan Tabuh, kediaman dan pusat pemerintahan Dol Said serta memberi amaran dan mengancam pembesar yang enggan mematuhi arahan British di Melaka.
Sementara itu, Dol Said pula menghubungi negeri jiran, seperti Seri Menanti, Rembau, dan Sungai Ujong, untuk mendapatkan bantuan ketenteraan. Hal ini, Dol Said telah berjaya mengumpulkan kekuatan panglima seramai 4000 orang. Dalam usaha mendapatkan bantuan Rembau, Dol Said mengingatkan Yamtuan Ali supaya menghantar bantuan panglima mempertahankan Naning daripada serangan British. Sekiranya Naning diduduki oleh British, Rembau juga akan menerima nasib yang sama.
Atas bimbingan inilah, Yamtuan Ali menghantar seramai 500 orang di bawah menantunya, Syed Saban. Selain itu, Yamtuan Ali menghantar Penghulu Remai dan Recat untuk mengetuai angkatan tentera Rembau bagi membantu Dol Said. Di samping itu, Dato’ Kelana Sungai Ujong, Penghulu Gemenceh, Penghulu Linggi, dan Pembesar Seri Menanti turut membantu Dol Said. Bantuan ini jelas menunjukkan semangat setia bangsa di kalangan orang Melayu untuk mempertahankan tanah air daripada pencerobohan bangsa asing.
Dalam usaha mengatasi kemaraan pasukan British, Dol Said mengarahkan panglimanya bersiap sedia menunggu di jalan-jalan yang mungkin akan dilalui oleh pasukan British dengan senjata. Mereka diarahkan untuk melancarkan serangan sebaik sahaja angkatan British melintasi kawasan kawalan masing-masing.
Pasukan British berlepas dari Melaka menuju ke Sungai Petai pada pukul 4.00 pagi, Sabtu, 6 Ogos 1831. Sungai Petai menjadi pilihan kerana kedudukannya yang strategi berhampiran dengan Naning dan mudah berhubung serta mudah untuk menghantar bekalan. Dalam gerakan menghalang kemaraan pasukan British, pengikut Dol Said telah menggunakan serangan hendap; serta melarikan diri setelah serangan dilancarkan.
Selain itu jalan yang mungkin dilalui oleh pasukan British dihalang dengan menumbangkan pokok kayu bagi menghalang jalan tersebut. Malah pengikut Dol Said juga turut menanam ranjau di sepanjang jalan yang mungkin dilalui oleh angkatan tentera British. Pasukan British terpaksa membersihkan jalan terlebih dahulu sebelum pasukan dan kereta lembu yang membawa meriam meneruskan gerakan mereka. Sementara mereka sibuk membersihkan jalan itu, Dol Said melancarkan serangan ke atas pasukan British.
Walaupun mendapat tentangan dari Dol Said dan pengikutnya, angkatan British berjaya sampai di Melekek, kira-kira 8 kilometer dari Tabuh. Namun begitu, oleh kerana serangan yang berterusan dari orang-orang Dol Said, ditambah pula dengan bekalan dari Singapura masih belum tiba di Sungai Petai, angkatan British di bawah Kapten Wyllie berundur ke Melaka. Angkatan British yang mara ke Naning pada 6 Ogos 1831 itu berakhir dengan kekalahan dan berundur ke Melaka pada 24 Ogos 1831.
Ketokohan Dol Said sebagai komander tentera, ahli diplomasi dan perancang strategi peperangan terserlah dalam Perang Naning Pertama ini. British, sebagai adikuasa dunia ketika itu telah mendapat malu yang amat besar kerana tewas dengan sebuah wilayah kecil yang tidak dikenali di sebelah timur jauh.
Pihak British sedar bahawa kekuatan Naning dan Rembau tidak mudah dikalahkan. Dengan itu dari bulan September 1831 hingga Januari 1832, pihak kolonial British telah mengadakan beberapa siri rundingan di antara Rembau dengan pihak kerajaan British di Melaka. Berikutan dengan perundingan yang diadakan, satu perjanjian telah dipersetujui dan ditandatangani pada pada 28hb Januari 1832. Mengikut perjanjian tersebut, kedua-dua pihak bersetuju tidak akan menyerang antara satu sama lain dan Rembau diiktiraf sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran kerajaannya.
Sebagai ganjaran, Yamtuan Ali menarik balik pasukannya dari Naning dan mengurangkan kekuatannya kepada kira-kira 600 orang dan beberapa bulan kemudian bergabung dengan pasukan British.
Dengan strategi memecahbelahkan pasukan Melayu dan melemahkan kekuatan pasukan Dol Said begini, British menjadi bertambah yakin untuk melancarkan serangan kedua. Satu angkatan yang lengkap disediakan dan kemudiannya bertolak ke Naning pada Januari 1832.
Pada 17 Februari 1832, angkatan British yang terdiri daripada 1200 hingga 1400 orang angkatan tentera di bawah Leftenan Kolonel Herbert bergerak ke Naning. Pada bulan April 1832 pasukan Rembau yang diketuai oleh Syed Shaaban bergabung dengan askar-askar British yang diketuai oleh Kolonel Herbert itu dan mereka mara untuk menyerang Naning bagi kali yang kedua.
Sumber:
Sejarah Ringkas Naning (Abdullah Zakaria bin Ghazali), Arkib Negara, Malacca in Fact
Srikandi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
THE MALAY PEOPLE SEEN BY A FRENCH GENTLEMAN IN THE SEVENTEENTH CENTURY
‘The Malays, the most civilized nation in all of Asia, are friendly, affable, good, courteous, and civil people… They are dressed more lightly than the other nations, in much the same way, having their hair cut short and a scarf round their forehead which they wrap around it three times, the richest have a few diamonds on it. They wear sarasse [songket] of gold and silver, gold chains around their neck, and by their side krises, which are like our daggers but curved like sabres. Made of pure gold or silver, copper or some fine wood, the sheath is damascened, with some pearls and precious stones on it. They go barefoot, someone carrying parasols on their heads. They are medium sized but vigorous and strong. These are people you can trust. They are the pearl of the East Indies. Their language is the most refined, smooth and most romantic, and it surpasses the Italian.’ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hikayat merong maha wangsa, penduduk asal kedah adalah kaum gergasi... Bkn gergasi dongeng tp nama kaum tu gergasi.. Itulah org asal , melayu asal |
|
|
|
|
|
|
|
ghalibboy replied at 4-6-2022 06:10 PM
Dalam hikayat merong maha wangsa, penduduk asal kedah adalah kaum gergasi... Bkn gergasi dongeng tp ...
Nama kaum: Gergasi |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baiklah tak ke mana2... |
|
|
|
|
|
|
|
tengok kt fb sana sini jam teruk |
|
|
|
|
|
|
|
Pengenalan
Pokok kuku garuda juga dikenali dengan nama pokok siku keluang ini dipercayai berasal dari Indonesia. Nama saintufiknya ialah Polyscias filicifolia / fruticosa (L.) Harms. dari famili Araliaceae.
Pokok renek ini mempunyai banyak variasi yang boleh dibezakan dengan bentuk daun. Daun pokok kuku garuda ini mepunyai bentuk tajam dan bergerigi di bahagian tepi daun. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan. Ia boleh dibiak melalui keratan batang.
Kegunaan
Selain dari dijadikan hiasan, pucuk dan daun muda pokok kuku garuda ini sedap dibuat ulam; malah dikatakan lebih sedap dari ulam raja di mana rasanya lemak dan tidak pahit. Sebenarnya ramai yangb tidak mengetahui bahawa pucuknya boleh dimakan sebagai ulaman dan dijadikan bahan masakan.
Kegunaan lain
Akar atau daun pokok ini yang direbus dan diminum boleh digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil serta merawat penyakit batu karang. Daun kuku garuda yang dilumatkan dan ditampal pada tempat berkenaan dikatakan dapat merawat sakit saraf dan reumatik. Ia juga boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan yang disebabkan oleh luka kecil.
Sumber : adrydaud.blogspot.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aah nmpk mcm daun ulam raja
|
|
|
|
|
|
|
|
klcc dlm itinerary sbb anak nk bnd alah ni
kat pg x de
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
owh anna.. kawen dgn org mana
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|