CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
Post time 18-4-2013 09:12 PM | Show all posts
Goldkey posted on 18-4-2013 06:13 PM
jika ada FB cari group Tinta Hati Menitip Kata (THMK)...di sini ada pemuisi yang sedia membantu... ...

terima kasih atas makluman yang dikongsi. Saya sangat menghargainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2013 10:04 PM | Show all posts
oleh kerana

...oleh kerana puisi bisa menunggu aku di sini, maka aku mengikuti malam yang minta ditemankan sehingga ke garisan fajar...

CNM
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 10:09 PM | Show all posts
mana tahu

mana tahu suatu hari nanti
bahawa aku tiba-tiba sahaja
menidakkan kebenaran
enggan membetulkan kesilapan
membutakan segala pandangan
dan menafikan kenyataan

mana tahu suatu hari nanti
aku bertindak mengikut kemahuan
aku bergerak menongkah arus
aku rebah sebelum berjuang
aku tersenyum dalam tangisan
aku sendiri dalam keramaian

mana tahu suatu hari nanti
aku akan jadi begini

                     
                     ctjunndasuki
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 10:11 PM | Show all posts
kekalutan hati

tidak pernah aku terfikir
bahawa nantinya suatu hari
aku akan menjadi buta
aku akan menjadi tuli
aku akan menjadi enggan
untuk menerima
untuk mengakui
hakikat dan fitrah kehidupan
bahawa  segala yang indah
bahawa  segala yang cantik
bahawa  segala yang molek
belum tentu buah kebaikan
untukku

                    
                     ctjunndasuki
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 08:17 AM | Show all posts
sepi

sepi itu
adalah temanku
teman yang paling akrab
apabila aku merasa
betul-betul sendiri
betul-betul sunyi

sepi itu
adalah guruku
guru yang paling manis
mengajar erti rindu
mengajar erti pilu

sepi itu
adalah sahabatku
sahabat yang paling setia
pabila hadir sentiasa
memenuhi setiap pojok
meronai teratak hatiku

sepi itu
adalah teman
guru dan sahabat
yang paling akrab
yang paling manis
yang paling setia
warna yang merantai
jalan hidupku

         ctjunndasuki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 06:07 PM | Show all posts
Esok

hari penamaan
hari pencalonan
bagi yang nak masuk pertandingan
merebut kerusi dewan
parlimen mahu pun undangan...

kepada calon
jangan kelentong
isi borang dengan betul
bagi SPR terima borang tak masuk tong
mudahan ada untung...

CNM
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2013 07:04 PM | Show all posts
Puisiku

puisiku puisi pendek
bagai pokok-pokok renek
subur menghijau bertenggek
tegak berdiri jarang sengek
tersusun molek
mudahan tidak jelek...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2013 01:51 PM | Show all posts
Duhai Anak-anak

...dalam bicara orang tuamu
ada rasa pahit yang menghadang
telanlah dengan redha
kerana ia penawar mustajab
sepanjang perjalanan hidup...

...dalam peringatan gurumu
ada butir-butir yang menggigit
rasai dengan tabah
kerana ia suntikan mujarab
sepanjang pelayaran hidup...

duhai anak-anak mengertilah.

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2013 07:19 PM | Show all posts
menukang

menukang dari dalam
terkesan ke tulang hitam
membetulkan yang kelam
suci dari segala dendam
prasangka tenggelam
timbul bahagia diidam...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2013 08:21 PM | Show all posts
Terjah

...jangan suka terjah
nanti bawa padah
melayu kaya dengan adab yang tak goyah
adakah payah?
memberi salam bila nak masuk rumah
belajar berhemah
belajar erti ramah-tamah
tak pasal-pasal nanti kena tomah
nilai diri rendah
dek sendiri punya kerenah...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2013 10:10 PM | Show all posts
Semuanya Cemerlang

tiada walang
semuanya cemerlang
seratus peratus turun padang
demi cemerlang
anak didik dijulang...

terkadang
ada yang tak pandang
sebelum menuding bersulam serkap jarang
mari sama-sama turun padang
apa kelemahan jadi penghadang
capai kejayaan terbilang...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2013 10:47 PM | Show all posts
Kaji

...kaji
dari semua segi
apa kelonggaran yang boleh dibaiki
mantapkan strategi
perkasakan amali
pasti menjadi...

...kaji
kenapa terjadi
lihat ke dalam diri
apakah sistem menepati
apakah dasar diperhalusi
jangan hanya duduk dikerusi
menunggu masuknya gaji...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2013 07:56 AM | Show all posts
Bagai Dedaun

...kita bagai dedaun
berpucuk bercambah menyeri
dek kerana embun dan mentari
subur menghijau melata di bumi Tuhan
meniti hari menempuh segala dugaan
angin ribut petir menyambar
tak goyah berpaut pada reranting tegar
tiba waktunya kering dan layu
gugur kembali ke perdu
seperti mana telah ditentukan-Nya.

CNM, 21/4/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2013 01:54 PM | Show all posts
Pakat atau Pahat

aku lihat
katanya berpakat
menumbangkan parti yang sedia diberi mandat
tapi macam tak sihat
lawan sesama sendiri di beberapa tempat
ini bukan pakat
ini saling memahat
macam mana nak kuat
awal-awal lagi dah tak sependapat
masing-masing nak tempat
sudahnya nanti terkulat-kulat.

ini kali aku kaji apa muslihat.

CNM

P166 LABUAN
1. Tan Sri Ibrahim Menudin - PKR
2. Hadnan Mohamad - PAS
3. Rozman Isli - BN

N2 - KOTA PUTERA
1. Adam Mat Said - PAS
2. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim - PKR
3. Mohd Mahdi Musa - BN

N11 - SEBERANG TAKIR
1. Ahmad Nazri Mohd Yusof - PKR
2. Zakarian Dagang - PAS
3. Ahmad Razif Abd Rahman - BN

N21 SUNGAI ACEH
1. Badul Hisham Shaharin - PKR
2. Mohd Yusni Mat Piah - PAS
3. Mahmud Zakaria - BN

N25 - BUKIT BESI
1. Roslan Ismail - PAS
2. Mohd Shamsul Mat Amin - PKR
3. Roslee Daud - BN

N34 - PANTI
1. Azlisham Azhar - PAS
2. Mohd Annuar Mohd Salleh - PKR
3. Datuk Baderi Dasuki - BN

N39 - KOTA DAMANSARA
1. Ridzuan Ismail - PAS
2. Mohd Nasir Hashim - PKR
3. Halimaton Sadiah Hashim - BN
dan 3 calon bebas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 07:23 AM | Show all posts
Salam Sejahtera

kukirimkan doa
agar sahabat semua
dalam limpahan rahmat dan nikmat-Nya
walau di mana pun berada
ucapkan syukur kepada Yang Esa
memberi satu lagi hari kepada kita
moga pagi ini hadir membawa ceria
moga sepanjang hari ini bertandang bahagia
moga kita melabuhkan tirai malam nanti amalan diredha
keuntungan kebaikan berlipat ganda menyucikan dosa
dan jadilah kita dalam kalangan orang-orang yang dimulia.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 09:57 PM | Show all posts
Aduh!

satu hari di padang
penat bukan kepalang
panas berbahang
muka dah tukar warna kacang
dua hari lagi mendatang
bertukar kulit berbelang-belang.

sedapnya kalau ada orang urut belakang
kendur segala urat yang tegang
boleh lena hati lapang
esok pagi-pagi nak berjuang
meneruskan tugas yang disandang
cukup bulan gaji masuk hati girang.

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2013 06:37 AM | Show all posts
andai kumampu

andai kumampu
ingin sekali aku memeluk kalian
biar terasa degup harapan
biar mengalir getaran persahabatan
dan rasa kasih membuak
mewangikan haruman persaudaraan
depangkan tangan kemesraan
rangkullah huluran salam
salam kerinduan buat kalian
semoga dalam keredhaan Tuhan.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 10:07 PM | Show all posts
aku penat

letih sangat-sangat
dia datang menyengat
kiri kanan atas bawah dipiat
aku mohon rehat
biar esok boleh melingat...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 06:37 AM | Show all posts
Pagi tersenyum

pagi datang dengan senyuman
mengucapkan salam sejahtera
dan membisik lunak
bahawa akan tibar sinar
menelan mendung di hati
yakinlah ada pelangi ceria
selepas hujan perih...

CNM
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 12:43 PM | Show all posts
dia

(puisi buat tetamu hati)

Dia yang tiba-tiba
entah dari mana
entah yang keberapa
hadir mengetuk jendela
diam tanpa sepatah kata

dia yang  tiba-tiba
berdiri di hadapan mata
dalam lemah kubuka jendela
dalam pandangan duka
sepi datang menyapa

dia yang tiba-tiba
begitu berani berbicara
setelah berdiri lama
katanya “datang untuk merawat hiba”
yang lama terkoyak luka

dia yang tiba-tiba
dalam sendu kusambut jua dengan mesra
walau  ada sekelumit rasa kurang percaya
adakah dia bukan pendusta
bukan jua peragut cinta

                                 ctjunndasuki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.761145 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list