CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: *Orseas_Urusha

Anuar Zain FC

[Copy link]
Post time 13-12-2009 06:43 PM | Show all posts
1739# chicsee

camno nak cakap yek...

nie aku bagi gambaran jap:-

XXXXXXX            (backdrop)
(stage)
                                                     (main entrance)


______________________(ramp)
x     x      (pillar)    19     x        


mcm gitew ler lebey kurang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2009 06:47 PM | Show all posts
Oh ok....kalau pandang stage, table 19 sebelah kanan....kita sebelah pillar gak....pat tengah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 06:51 PM | Show all posts
1742# chicsee

eeeeee.... rupa nye kita "berjiran" jek...

ha ah! true... we could hv met...

no worries... kalo ada lagi concert/showcase AZ in da future .... kita colling2 dulu .... bole jumpa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 06:57 PM | Show all posts
1742# chicsee  

eeeeee.... rupa nye kita "berjiran" jek...

ha ah! true... we could hv met...

no worries... kalo ada lagi concert/showcase AZ in da future .... kita colling2 dulu .... :lovel ...
damia76 Post at 13-12-2009 18:51


Kannnn....uuuuwwwwaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 08:14 PM | Show all posts
Mazzzzzz... wish u were there too...

mlm tu tercarik2 gak aku kat ko ...
damia76 Post at 13-12-2009 18:18


sedih
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 08:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by damia76 at 16-12-2009 20:17

credit: to Metro Online
‘Saya sentiasa mahu bekerjasama’
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
[email protected]

Rap
KELUNAKAN suara Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini memang tiada tandingan. Apatah lagi apabila berkongsi pentas bersama dua penyanyi bersuara lantang, Adibah Noor dan Anuar Zain :pompom:  sempena persembahan amal Datuk Sharifah Aini & Friends yang berlangsung di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.  
Kolaborasi mereka ternyata mempunyai tarikan tersendiri dan menghiburkan kira-kira 400 penonton. Penonton buat julung kali menyaksikan persembahan duet Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra disapa Kak Pah bersama Anuar Zain menerusi lagu Keabadian Cinta dan Getaran Jiwa.

Begitu juga persembahan trio di hujung konsert dengan lagu medley popular sekitar 1970-an termasuk lagu Tiada Maaf Bagimu dan beberapa lagu Inggeris.

Kak Pah ketika ditemui selepas berakhirnya persembahan memaklumkan betapa gembira dapat melihat sambutan penonton yang hadir termasuk sokongan daripada rakan dan media.

“Kami tahu persembahan seperti ini dapat menarik lebih ramai penonton. Begitupun, kehadiran penonton di sini sudah cukup memadai memandangkan tempat ini tidak begitu sesuai untuk menampung jumlah penonton yang ramai.

“Atas sambutan yang menggalakkan ini, saya mungkin mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan Anuar dan Adibah di pentas yang lebih besar pada masa hadapan. Di samping beberapa siri konsert amal selain bekerjasama dengan beberapa artis terkenal tanah air seperti Anita Sarawak, Jamal Abdillah dan Datuk Sheila Majid.

“Saya bersyukur kerana mempunyai peminat setia di kalangan warga korporat. Justeru saya percaya persembahan seperti ini akan mendapat sokongan.

“Untuk konsert amal ini saya harap dapat mengumpul dana sekitar RM10,000 ke atas untuk diagihkan kepada rumah amal, Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Huffaz, Batu 13 Puchong, Selangor dan beberapa sekolah serta rumah kebajikan yang akan dikenal pasti nanti,” katanya.

Dalam kerancakan merancang mengadakan konsert disamping beramal, Kak Pah juga meluahkan kekecewaan disebabkan kesukaran mendapatkan sokongan penajaan. Sehinggakan pelbagai usaha dilakukan demi memastikan perancangan mengadakan konsert di samping aktiviti amal dapat dilaksanakan.

Malah Kak Pah turut menolak dakwaan segelintir individu yang menganggap dia tidak boleh bekerjasama atau berkongsi pentas dengan mana-mana artis tempatan.


“Saya memang sentiasa mahu bekerjasama dengan nama-nama artis yang saya sebutkan. Tidak timbul soal saya tidak mahu bekerjasama dengan artis lain.


“Saya memang mempunyai perancangan bekerjasama dengan Sheila Majid dan Jamal Abdillah pada masa akan datang,” katanya.

Selepas persembahan itu, Kak Pah dijangka bergabung bersama penyanyi terkenal, Anita Sarawak untuk satu lagi persembahan amal yang dijadualkan berlangsung pada Mac tahun depan di lokasi sama.

Anuar Zain yang turut dilabelkan antara artis tempatan sukar untuk berkongsi pentas dengan artis lain juga mengakui keinginan tinggi untuk bersama Datuk Sharifah Aini memang sentiasa dinantikannya.

Malah apabila dimaklumkan pengurusnya untuk projek berkenaan dia rasa cukup teruja memandangkan sejak kanak-kanak dia mengagumi bakat seni Sharifah Aini selain meminati lagu seperti Mak Dara dan Tiada Maaf Bagimu.

“Saya tidak pernah terfikir berpeluang untuk berduet dengan Kak Pah. Apabila dimaklumkan pengurus, saya tidak berfikir panjang dan terus memaklumkan ‘ya’. Memang sukar melepaskan peluang menyanyi dan berkongsi pentas disamping Sharifah Aini.

“Saya bangga jadi sebahagian daripada mereka yang menjayakan persembahan ini,” katanya.

Sementara itu, Adibah Noor pula mengimbau detik pertemuan bersama Kak Pah ketika dia memenangi pertandingan menyanyi sekitar 1994 apabila Sharifah Aini memaklumkan perasaan kagum terhadap bakat seninya.

“Ketika bertemu, Kak Pah memaklumkan kepada saya rasa kagumnya terhadap bakat saya dan merancang bekerjasama. Hanya selepas 15 tahun baru kami berkesempatan bekerjasama.

“Memang saya cukup gembira dapat bekerjasama dengan Biduanita Negara yang cukup saya kagumi,” katanya.

Adibah yang memulakan persembahan jam 9.10 malam itu menyampaikan beberapa lagu medley koleksi Sharifah Aini dan lagu popular Anuar Zain sebagai 'pemanas badan' di samping beramah mesra dengan peminat. Adibah turut menyampaikan lagu romantik seperti Rindu Bayangan, Belaian Jiwa dan Kenangan Lalu.

Persembahan pentas yang diambil alih penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini selepas sejam berlalu. Walaupun diganggu dengan masalah bunyi:@  yang kurang memuaskan peminat setia Anuar tetap teruja menantikan persembahan jejaka kacak itu. Anuar tampil menyanyikan lagu medley Mimpi Sedih dan Widuri. Selain lagu Try Me To The Moon (AZ nyanyi x schedap tau...... , mati ler haku...) dan lagu hitsnya, Lelaki Ini.

Kak Pah yang mengambil alih persembahan pentas selepas jam 11 malam menyampaikan himpunan lagu terbaiknya seperti Jatuh Cinta, Inikah Balasannya, Di Malam Persandingan, Bunga Tanjung, Tunggu Sekejap, Sabar Menanti dan beberapa lagu Inggeris seperti Autumn Leaves.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2009 08:53 AM | Show all posts
1746# damia76



Lagu apakah Try To The Moon itu ? kalau Anuar suka kena dengar la jugak ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 03:15 PM | Show all posts
1746# damia76



Lagu apakah Try To The Moon itu ? kalau Anuar suka kena dengar la jugak ni

cmf_houdini Post at 17-12-2009 08:53


fly me to the moon,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2009 03:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by mzr at 17-12-2009 15:23

Post Last Edit by mzr at 17-12-2009 15:22



jom layan, original singer
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 03:58 PM | Show all posts
fly me to the moon,
mzr Post at 17-12-2009 15:15


Ingatkan lagu apa la Try me to the moon
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 07:02 PM | Show all posts
Ingatkan lagu apa la Try me to the moon

cmf_houdini Post at 17-12-2009 15:58


lagu baru ciptaan dini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 09:50 PM | Show all posts
salam AZ fans .. lama tak jgk umah ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 10:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 17-12-2009 22:13

mangga Disember 2009

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 10:14 PM | Show all posts
salam AZ fans .. lama tak jgk umah ni ..
shasha67 Post at 17-12-2009 21:50


wsalam shaaaaaaaaaaaaaaaaa :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 04:38 PM | Show all posts
[quote]

fly me to the moon,
mzr Post at 17-12-2009 15:15 [/quote

hampeh!!!

tak perasan lak aku  - reputzzz  nie pon.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 04:41 PM | Show all posts
to all AZ fans

Salam Maal Hijrah 1431.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2009 07:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by damia76 at 28-12-2009 19:36

adduuusss....

kesiyan nye kat umah nie..... tinggal jejak jap...

(sesambil tu.... kemas2 apa yg patut - dah bersawang dah umah nieh... )
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 07:34 PM | Show all posts
countdown to NEW YEAR 2010!!:pompom::pompom:

4 DAYS to go....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 07:35 PM | Show all posts
utk kengkawan ya maseh menantikan gambo2 yg aku amik masa Charity Dinner ari tuh..

bawak2 ler bersabo yek.... aku nie bz lagik... tak sempat nak upload mengupload - line aku kat opiz aku nieh lembab, seiiii......
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 01:22 AM | Show all posts
to all AZ fans

Salam Maal Hijrah 1431.......
damia76 Post at 18-12-2009 16:41


Sama2 Damia!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.060452 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list