|
jap
berita penting
  
Ekin Dilayan Seperti Puteri Raja Sejak Diketahui Hamil
KUALA LUMPUR, 30 SEPT 2011: Selepas mengalami keguguran sebanyak dua kali berturut-turut, Ekin atau Norashikin Rahmat yang juga isteri kepada penyanyi terkenal, Mawi akui kali ini dia mendapat penuh perhatian dari semua ahli keluarganya selepas hamil buat kali ketiga.
Malah, dia memberitahu telah menerima layanan yang istimewa daripada ibunya sepanjang tiga bulan berada di kampugnya yang terletak di Johor Bahru, Johor, biarpun kandungannya sudah masuk bulan ke lima.
"Alhamdulilah kandungan saya dah masuk 4 bulan 2 minggu setakat ini dan harap ianya berada dalam kedaaan baik dan sihat sehingga saya dapat melahirkannya nanti.
"Berbeza ketika hamil sebelum ini, kami termasuk seluruh ahli keluarga memberi lebih penjagaan kepada kandungan saya kali ini. Yelah saya sendiri pun paranoid juga bila dah banyak kali gugurkan.
"Jadi pada awal tiga bulan kehamilan saya telah mengambil suntikan bagi menguatkan rahim serta mengambil makanan tambahan untuk penjagaan yang lebih kali ini.
"Selain itu, saya dinasihatkan oleh doctor untuk tidak dibenarkan untuk berjalan jauh dan makan benda-benda yang panas. Oleh itu, ibu saya mengambil keputusan untuk menjaga saya di kampung selama 3 bulan pertama.
"Ketika tiga bulan pertama hamil di rumah emak saya, saya tidak dibenarkan untuk buat apa-apa. Malah saya hanya perlu berehat dan makan minum sahaja. Saya juga tidak dibenarkan bergerak dengan banyak," katanya yang hadir bersama Mawi ketika rakaman Gempak Astro, malam semalam.
Biarpun kini Ekin sudah pulang ke rumahnya, namun ibu dan ahli keluarganya masih mahu bersama dan menjaganya lalu mengambil keputusan untuk duduk bersama Ekin dan Mawi di Kuala Lumpur.
"Saya seronok bila dilayan begini. Tambahan pula saya tidak mengalami apa-apa alahan begitu juga Mawi. Saya juga tidak terlalu mengidam makanan-makanan yang pelik. Saya makan seperti biasa sahaja.
"Cuma kalau saya mengidam makanan masakan emak saya. Mak saya akan cepat masakkan. Lagipun kini Mak saya sudah tinggal bersama saya dan Insy aAllah dia akan menjaga saya sehingga saya bersalin.
"Mawi pulaseroang yang sangat caring sering mengingatkan saya supaya berhati-hati ketika berjalan dan meniki tangga rumah. Mala,h dia akan segera bawa saya ke tempat makanan kegemaran saya sebaik sahaja saya luahkan kehendak hati saya," ceritanya yang kini tidak lagi mengikuti Mawi ke tempat urusan kerja seperti sebelum ini.
Sejak hamil, Ekin memberitahu dia menjadi seorang yang kuat makan dan disebabkan itu berat badannya kini naik sehingga 6 kilogram. Dia yang masih mengetahui jantina anaknya itu bakal melahirkan bayi pertamanya itu di Johor.
"Saya dan Mawi tak kisah kami dapat anak lelaki atau perempuan, yang penting bayi dan saya selamat ketika melahirkan. InsyaAllah saya akan bersalin di Johor. Sebabnya, saya mahu dekat dengan ibu saya,"
-murai- |
|