B010
1. Bukan bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari. – kebenaran yangboleh dilihat semua orang
Ayat – Kes ditangkap khalwat itu bukan bersuluh batangpisang, bersuluh bulan matahari keran terang-terang memang pasangan tersebut melakukannya
2. Bagai jelongak kerbau rampung. – orang bodoh sombong yang tidak sedardirinya diperbodohkan
Ayat – Pak Pandir masih tekun berlaga ayam jantannya danbersorak bagai jelongak kerbau rampung sedangkan ayam tersebut telah dijualkepada orang lain.
3. Cacing menjadi ular naga – orang hina berlaku kelakuan orang yang mulia
Ayat – Semua orang kenal siapa Ah Meng samseng kampong Dusunkelakuannya seperti cacing menjadi ular naga menghulurkan bantuan kepadaSamsiah memang diragui oleh semua orang
4. Cencang dua segeragai – dua kerja dibuat serentak
Ayat – Tindakan Am mengurat Zaza dan Cici pada masa yangsama ibarat cencang dia segeragai…malangnyer..dedua terlepas .
5. Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga. –Kasih anak kandung tidaksama dengan kasih anak saudara
Ayat – Hubungan mereka rapat tapi daun dapat dilayangkan,getah jatuh ke perdu juga kerana Makcik Limah lebih melimpahkan kasih sayangnyakepada Aminah yang merupakan anak kandungnya
6. Bukannya diretak panas. – Kejadian yang berlaku akibat terlalu banyakdiperkatakan orang
Ayat – Aaron Aziz terpaksa membuat sidang akhbar berkenaanterbongkarnya kisah nama sebenar beliau kerana ianya bukannya diretak panas
7. Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak. – Kepandaian bukandimiliki oleh orang tua sahaja
Ayat – Mulut petah Adik Maisara dalam berhujah dan dapatmengalahkan pihak-pihak lawan yang lebih dewasa darinya dikagumi kerana besartak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak.
B011
- jual anak
- fikiran tajam
- dada terbuka
- cukup hari
- dabik dada
- cium tanah
- cekik darah
|