|
|
Berita baik!!! berita baik!!! 
MADRID - Xabi Alonso menikmati kegemilangan sepanjang kariernya bersama Liverpool dari tahun 2004 hingga 2009 dan kepulangannya ke pangkuan Reds dilihat sebagai satu keputusan paling tepat sebelum bersara.
Menurut The Daily Mail, Alonso dijangka menolak sambungan kontrak selama dua tahun di Real Madrid setelah dikatakan berhasrat untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas ini. Laporan tersebut turut menjelaskan mengenai destinasi yang bakal dituju pemain tersebut.
Liverpool sudah tentu berminat membawa pulang bekas perancang Real Sociedad itu kembali ke Anfield, sementara Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Arsenal mungkin turut tertarik untuk menawarkan tempat kepada pemain itu.
Menamatkan karier di Anfield sememangnya tidak mustahil bagi Alonso. Bukan sekadar beraksi cemerlang bersama kelab itu, dia juga meledakkan 19 gol dalam lebih 200 penampilan bersama Reds.
Malah, penyokong kelab itu amat menyayangi Alonso. Dia sudah tentu diterima dengan tangan terbuka, terutamanya jika harga yang ditawarkan tidak keterlaluan.
Dari sudut pandangan permainan, Alonso pasti tidak akan mengecewakan pasukan yang menamatkan saingan di tangga kelapan dalam Liga Perdana Inggeris, musim lalu.
Urusniaga itu masih ada setahun lagi, tetapi Reds tidak pula mensasarkan untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas liga musim ini. Menyaksikan Alonso bermain di samping pemain perancang dinamik, Steven Gerrard, ia sudah tentu menjadi perlawanan yang harus ditonton di kaca televisyen.
Dua bakat tersebut cukup serasi digandingkan bersama ketika tahun pertama Alonso di Anfield dan tiada alasan untuk mereka mengulanginya sekali lagi. Tidak lupa, Liverpool juga kini memiliki Joe Allen.
Allen yang bermain dalam 130 perlawanan bersama Swansea City sejak 2007, meledakkan tujuh gol. Pada usia 22 tahun, dia mempamerkan peningkatan yang cukup positif.
Pemain tersebut telah mengikat kontrak jangka panjang dengan Liverpool, tetapi ia tidak bermakna Alonso tidak mempunyai peranan untuk kelab itu.
Alonso merupakan pemain veteran dan dia juga seorang yang bijak. Dia mampu menjadi mentor yang baik untuk Allen yang masih dalam proses meningkatkan permainannya. Tugas itu pastinya tidak menjadi masalah bagi Alonso. Situasinya cukup sempurna.
Memang sukar untuk mengulas mengenai perkara ini jika soal kewangan yang menjadi isu utama apabila tiba masanya nanti, tetapi ia adalah impian semua orang untuk melihat penyatuan itu benar-benar terjadi. - Agensi |
|