Beriman kepada hari kiamat merupakan salah satu daripada rukun iman. Justeru, wajib ke atas kita untuk beriman atau mempercayai mengenainya.
Akan tetapi, Allah menyembunyikan saat atau waktu akan berlakunya Kiamat sebagaimana yang disebutkan di dalam firmanNya di dalam Surah Taha ayat 15: Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang dia usahakan.
Baru-baru ini terdapat sebuah filem berjudul Puasa 18 di Kampong Pisang yang menyediakan skrip dengan aksi lakonan menggambarkan di dalam neraka. Tujuannya adalah untuk memberitahu bagaimana mereka diseksa kerana melanggar perintah Allah.
Akan tetapi, timbul satu persoalan mengenai hukum mewujudkan adegan tersebut.