|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS ♥ Raw Preview Lagu Terbaru Mila (Page 99)
[Copy link]
|
|
Kau Dan Aku
Episod 22: Mila Dihubungi Lelaki Misteri
Noni menolak cinta Farish secara baik. Farish kecewa namun dia tahu yang dia tidak boleh memaksa Noni mencintainya. Farish bertanya adakah ini disebabkan Noni masih mencintai Akim? Noni mengakuinya walaupun dia tahu yang Akim kini bersama dengan Mila namun dia redha sekiranya itu yang membuatkan Akim bahagia (Noni berbohong).
Hari demi hari berlalu, Noni dan Mila berlatih untuk konsert solo Noni serta dibantu Puan Norah yang menjaga mereka dari segi vokal.
Di kolej pula, hadir seorang tukang cuci baru bernama Malik, seorang pemuda dari Indonesia yang datang ke Malaysia untuk bekerja. Usia Malik cukup muda, hanya berbeza beberapa tahun dari usia Akim. Malik dan Akim kemudian menjalin persahabatan baru kerana kebetulan mereka sama-sama mempunyai bakat dalam bidang seni. Sering dia diperhatikan Akim, Mila, Wenny atau pun Nadia menari ketika menyapu atau membersihkan halaman kolej. Walaupun begitu, Malik tidak terlalu bergaul dengan pelajar kolej sebaliknya dia hanya memerhati situasi dan keadaan yang berlaku di kalangan pelajar. Terutama Asraf yang sering kelihatan marah-marah dan tidak selesa.
Perubahan sikap Asraf turut disedari Farish, Aril dan Anita. Asraf mula datang lewat ke kolej, dan sering keletihan apabila hadir berlatih futsal. Farish cuba bertanyakan hal ini kepada Aril berkenaan kawan baiknya itu namun Aril menegaskan yang dia dan Asraf kini tidak lagi berkawan. Keadaan semakin rumit apabila Asraf mula mendekati Fitri untuk mengetahui lebih rapat tentang Mila.
Suatu hari, Akim mengalami kesakitan perut yang luar biasa. Dia pada mulanya menyangka itu kesakitan biasa namun sewaktu makan dia kafe, Akim pengsan. Rizal yang ketika itu ada bersama Akim mula cemas dan segera menghubungi Farish. Mereka berdua kemudian bergegas membawa Akim ke hospital.
Mereka kemudian terserempak dengan Fitri, Wenny dan Nadia di koridor. Melihat keadaan ini, Fitri segera menelefon Mila untuk memberitahu perihal Akim. Mila yang sedang berada di bilik latihan bersama Noni terkejut dan kemudian memberitahu Noni tentang berita yang baru diterimanya. Noni yang turut terkejut dengan berita ini, lantas berlari meninggalkan Mila untuk segera menuju ke hospital. Mila terpinga-pinga melihat reaksi Noni yang kelihatan begitu cemas mendengar berita Akim. Mila sedar, yang Noni masih menyayangi Akim.
Tengah malam, Mila baru pulang dari hospital. Dia segera menemui Fitri di bilik dan menyampaikan berita keadaan Akim sekarang. Akim mengalami pendarahan usus dan perlu segera menjalani pembedahan. Mila sangat risau dan resah memikirkan keadaan Akim serta reaksi Noni siang tadi. Tiba-tiba telefon bimbit Mila berdering dan Mila segera menjawabnya, kedengaran lagu Kau & Aku di hujung talian. Kemudian terdengar suara seorang lelaki menyatakan bahawa lagu yang berkumandang tadi adalah lagu kegemaran Mila, dan lagu itu akan menemani tidur Mila malam ini. Talian kemudian terputus, Mila bingung. Siapakah yang menelefonnya sebentar tadi? Fitri dan Mila mula risau sekiranya ada orang yang cuba menganggu hidup mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
... tq tq tq... besstnyeee.. Iwan pun minat Mila... next year.. astro wat pasgan Mila-Iwan lak... selapas Mila-Akim.. dan sebelumnye... Mila-Ebi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi..
Hai serai  |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat pagi kak tores.... |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaa..baru nak chat ngan akak dah ada hal pulak
Kita out dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by taurus-71 at 23-3-2010 10:04
Silaplah serai bukan 1997 tapi 2007...Tahun 1997 AF belum ada lagi... Sejarah tercipta Juara Wanita Pertama AF 19 Mei 2007 dan berulang pada 19 Mei 2008 Juara Lagu Pop International di Burgaria...Lagu Ilham Di matamu  |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaa..baru nak chat ngan akak dah ada hal pulak
Kita out dulu...
seraiwangi Post at 23-3-2010 09:50 
Ok serai... |
|
|
|
|
|
|
| |
|