Jamal Abdillah Mahu Bantu Zamani Rawat Ketagihan Dadah
ISU & KONTROVERSI
Sebaik dibebaskan dari tahanan reman pada hari Sabtu lepas, Zamani kelihatan sangat bersyukur dan nekad untuk membersihkan diri dari najis dadah. Walaupun pernah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK pada 2010 dan 2012, namun Zamani gagal untuk pulih sepenuhnya. Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini. β mStar
Jamal Abdillah tahu lokasi rawatan tertutup
Bagaimanapun sebagai seseorang yang pernah mempunyai pengalaman sama seperti Zamani, Datuk Jamal Abdillah dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu rakan seperjuangannya itu. Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan ramai untuk pemulihan (ketagihan dadah). Saya ada kenal beberapa pihak yang menawarkan rawatan ketagihan dadah dan ia semuanya dibuat di lokasi agak tertutup dan saya sanggup bantu Zamani. β Harian Metro
Baguslah begitu. Selain daripada keluarga, kami pasti Zamani juga perlukan sokongan yang padu daripada sahabat rapat dan para peminatnya. Kami doakan agar Zamani boleh mengatasi ketagihannya selepas ini. Sumber dari : OhBulan
|