CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Pelajar cemerlang UPSR tolak tawaran belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) keran

[Copy link]
Post time 8-1-2020 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju batik sbp pun cecah $400 sepasang. Sbp area aku ni dipenuhi pljr2 dari bandar. Ada kuota utk local tp mmg tk mampu.
SMK biasa pun boleh berjaya.. asalkan ada kemahuan.
Tp tk dinafikan kalau ada alumni skolah yg bagus senang nk lulus dlm interview. Panel pun sejenis bangga bila jumpa ex student skolah dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2020 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ank yg baik.. Beruntung mak paknya, kecik2 dh pikir kebajikan org tuanya. Moga murah rezeki ank ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
vender replied at 8-1-2020 05:45 AM
Eloklah tu dik. Takyah masuk tkc pun boleh berjaya. Bg aku kalau dtg dari family yg kurang berada ta ...

Akhirnya, aiol harus bersetuju
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah dia tolak sebab family tak mampu. Kalau dia masuk atas bantuan itu ini tetap jugak rasa rendah diri bila tengok kawan2 mewah. Mak pak kaya. Sian pulak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 09:00 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 7-1-2020 06:24 PM
Pernah baca komen poromer bilang SBP elit mane ntah, baju batik asrama jah pon dah 400 hengget. Ta ...

baju batik tu pon bukannya guna selalu pon. Seingat aku dulu pakai baju batik tuu untuk high table & outing & kalau pergi lawatan. Padahal outing hujung minggu boleh jahh pakai uniform sekolah biasa. High table masa zaman aku dulu setahun 2 kali jahh, ke setahun sekali...lupa dah.



fungsi high table kat sekolah asrama pon macam tak berfungsi sgt. Kenkonon nak mengajar tentang proper table etiquette lah. tapi takde pon... guna sudu garfu pon macam makan kat kedai mamak jer jahh. dah warden pon makan macam tuu


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 09:43 AM | Show all posts
Edited by brego at 8-1-2020 09:51 AM

budak ni kalau masuk TKC, konfem kena buli.

elok jadi big fish in a small pond.
masuk sekolah SBP mana2, yang ramai student sekufu.
yang penting environment bagus utk dia terus perform.
cikgu konfem akan bagi special attention utk best student camnih.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-1-2020 09:56 AM | Show all posts
Isteri MB lawat Noor Areesya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lawat-noor-areesya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 January 2020 @ 7:35 PM

Mohd Amin Jalil
[email protected]



"SAYA sendiri belum dapat buat keputusan muktamad kerana anak (Noor Areesya Redza, 13), masih berbelah bahagi untuk belajar di sekolah berasrama penuh (SBP)," kata Redzuan Mansor.

Beliau mengulas isu membabitkan anaknya, Noor Areesya Redza, 13, yang menolak tawaran belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) tahun ini kerana tidak mahu membebankan kedua ibu bapanya.

Berikutan itu, remaja itu kini menuntut di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi Senawang, Negeri Sembilan.

Anak bongsu daripada empat beradik itu sebelum ini mendapat keputusan cemerlang 6A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.

Redzuan yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan berkata, dia cuba memujuk anaknya namun keputusan terletak sepenuhnya pada Aressya.

Katanya, ramai pihak termasuk isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof, hadir ke rumahnya di Taman Desa Exora Senawang, hari ini, bagi memberikan sokongan terhadap anaknya itu.

"Malah, beberapa guru anaknya ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan Senawang 3, turut hadir dan menghubungi saya bertanyakan perkembangan Noor Areesya.

"Mereka tampil memberikan nasihat dan sokongan kepada anak saya termasuk sokongan untuk melanjutkan pelajaran di SBP.

"Saya amat hargai atas sokongan dan keprihatinan mereka terhadap kepentingan dan masa depan anak saya itu," katanya.

Redzuan berkata, dia tidak dapat membuat keputusan mengenai hasrat untuk menghantar anaknya itu meneruskan pelajaran di SBP kerana ia terpulang pada pendirian anaknya sendiri.

Menurutnya, ketika ini Noor Areesya dilihat selesa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi Senawang.

"Situasi itu membuatkan saya tidak boleh membuat keputusan mengenainya pada masa ini walaupun hasrat menghantar anak ke SBP itu sentiasa ada.

"Namun, saya perlu ambil kira keputusan yang dibuat Noor Areesya sendiri sama ada dia sedia berpindah ke SBP atau sebaliknya," katanya.

Berhubung kesediaan pihak yang menzahirkan hasrat membantu anaknya itu dari segi kewangan, beliau amat menghargai keprihatinan pihak terbabit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 8-1-2020 09:56 AM
Isteri MB lawat Noor Areesya

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/533008/isteri-mb-lawat-no ...

Bagusnya bapa dia ni, bagi anak dia pilih jalan sendiri.

Patutlah anak dia pun sangat considerate dengan ibubapa dia walau kecil lagi.

Very good parenting.

Rasa nak interview dan belajar parenting skills dengan bapa pelajar ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
At least dpt jugak tawaran.
Dpd budak2 6A lain.
Pendidikan utk b40 kan..
Only in Malaysia young people classified by their household income


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 11:58 AM | Show all posts
tapi aku saspek..saspek speku je ya
sebenarnya budak tu dah tau soksek dalam sbp tu bkan indah belaka..baru-baru aku sembang dengan tokey butik kat nogori..(butik dalam kedai biasa je).dia citer la pasal anak dia tak dapat masa interview..lagipun kat situ dengan kos tinggi..dengan persaingan utk jawatan sapa terbaik sapa terhebat..penat weh katanya. biarlah anak say sekola biasa..lgipun anak ni kat negeri sembilan jugakkan..mesti dia tau pasal tu.

mana yang masuk..takleh patah balik dah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian jugak..kdg sekolah asrama mg penuh anak org kaya yg cerdik..yg kurang mampu akn jd insecure..

Even sekolah menengah biasa..kelas top kedepan pon penuh dgn anak org kaya..yg miskin pon bole stress....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 12:41 PM | Show all posts
baik msk sekolah biasa n cemerlang dr SBP mengadap peel anak org kayo kayo yg suka
lahar bdk miskin ...

smg berjaya dik.

Jk Nur Amalina dulu 17 A hrp dik nanti 22 A
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 03:19 PM | Show all posts
ohnoLia replied at 7-1-2020 09:38 PM
Pulak. Napa sis ? Ai thot kalau dah kat situ , is like heaven now and in future.. alumni sure ba ...

akedemi memang cemerlang..tapi infrastruktur agar kebelakang sbb amik alih bangunan lama SDAR dulu..Sdar dah move ke Sg gadut cantik dan besar sebab luar bandar tempatnya..Saser ni tempat  kecik, maklumlah tengah2 bandaraya seremban, tanah terhad..anak iols nak tempat luas, seluas mata memandang..dapat offer MRSM..x mau sbb kakak dia ada situ,,dia x mo dibayangi kakak..tapi iols buat pekak jer x mo layan..sbb sayang sekolah tu terbaik dalam Mesia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 03:28 PM | Show all posts
vender replied at 8-1-2020 05:45 AM
Eloklah tu dik. Takyah masuk tkc pun boleh berjaya. Bg aku kalau dtg dari family yg kurang berada ta ...

betui..i kenal satu kakak ibu tunggal ni ajar tusyen anak iols..anak dapat biasiswa Amanah masuk Yayasan Saad, sedih dengar citer dia.Anak dia,masa form 1 masuk.. dia anta naik kancil..padahal anak org lain naik lamborghini pun ada.Masa dalam bilek dia kena ejek kawan2 sbb barang2 beli pasar malam..low class.tapi budak ni sangat kental semangat..dia belajar sangat rajin, top in class, cocurriculum dia sapu..main tenis, catur, berenang robotic,bahas..banyak kali g obersea,,wakil kolej..sekarang dah form 5..kawan2 x pelekeh dah..dia sentiasa jadi rujukan..dalam pelajaran dan kegiatan sekolah..thumb up to him..dan budaknya hensem lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 8-1-2020 06:04 AM
Baju batik sbp pun cecah $400 sepasang. Sbp area aku ni dipenuhi pljr2 dari bandar. Ada kuota utk lo ...

Ini antara benefit masuk top school sekolah menengah  atau pun universiti. Alumni diorg biasanya kuat. Senang kemudian
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ladybugz at 8-1-2020 03:41 PM

Ok ni pendapat personal i dan jika ade yg x bersetuju jgn kecam i ok. Based on my own personal experience as an ex educator to one of the top school in malaysia, sbnrnya as parents kita kena kenal pasti our children strength and weakness kalu x byk pun biar yg basic pun jd la. Nak jd sbp students bukan shj kena jadi org yg ade otak yg pintar semulajadi atau kerja keras , tp perlu juga ada sense of self yg tinggi, semangat, mental, emosi yang kuat utk berada di skolah berasrama penuh seawal tingkatan 1. X semua pelajar yg cemerlang akademik sesuai/ mampu mengharungi cabaran berada di sbp seawal usia itu. Sometimes it could do more damage than nurturing. Ramai sgt mak ayah yg berlumba2 nk masukkan anak kat sbp ni semua tanpa mengetahui kesesuaian persekitaran skolah tersebut dgn kemampuan diri anak masing2. Ramai dah yg sy jumpa last2 keluar dr skolah sbp dan last2 masuk skolah harian biasa biasanya sbb x tahan dan asalnya dipaksa parents. Last2 anak menjadi mangsa kerana byk tertinggal syllabus dan terpaksa mencari skolah lain ditengah2 sesi persekolahan berlangsung. Ade juga yg dpt masuk ke sekolah2 cemerlang ni atas dasar kuota2 tertentu sama ada dari segi politik ataupun pengaruh tertentu ataupun kedaifan/ anak2 org susah sedangkan keputusan peperiksaan hanya sekadar cukup2 makan. Yg guna berbagai2 cable ni kene cukup berhati2 kerana jika keputusan hanyalah cukup makan tp masih hadap utk masuk ke sbp ni tolong la pastikan anak u betul2 bersedia utk usaha 100 kali ganda lebih byk berbanding mereka2 yg lain. Sbb cara pengajaran di sana berbeza dari skolah harian biasa sgt pantas dan sangat tinggi tahapnya. Chances utk anak u stress depress or burn out adalah sgt tinggi. So, ukur baju dibadan sendiri. Bersyukur dgn apa yang dianugerahkan dan cuba cungkil potensi anak dgn cara paling berkesan dan bukan ikut2 org ramai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2020 03:54 PM | Show all posts
jalfa replied at 7-1-2020 06:44 PM
Bagusla dik..belaja mana mana pon sama.yg penting rajin.

Anak buah den dr mrsm pasir salak pt3.na ...

anak kakak ..2 org product MRSM Penang and Kuantan,anak iols MRSM Alor Gajah..ramai anak2 elite org2 KL kat sini sbb hampir ngan KL kot, menurut anak I..banyak kes2 disiplin adalah dari MRSM KKB ..dihantar ke MRSM lain utk pemulihan. Majoriti MRSM KKB adalah anak2 polis, dan majoriti MRSM Terendak adalah anak2 askar.memang kat Alorgajah..anak2 orka..kalu amik anak masa nak tutup sekolah..berderet kereta mewah plet KL n JB,,boleh dibayangkan wsup grup nyer cemana kan?..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
SBP asalnya untuk orang susah , skg penuh dgn anak orang elit je lol. Sape makan cili.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 04:28 PM | Show all posts
SBP & MRSM sampai skrg pun masih penuh dgn anak golongan elit jugak
katanya nak tolong org2 susah, priority B40

tp baru2 ni aku tgk bekas pensyarah aku update anak dpt SBP, kwn pegawai tggi kerajaan anak lapor diri MRSM. Mmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 8-1-2020 03:19 PM
akedemi memang cemerlang..tapi infrastruktur agar kebelakang sbb amik alih bangunan lama SDAR dulu ...

Saser ni sekolah apa?
Zaman saya sekolah dulu, sdar, star, mckk yg popular. Maksud saya sekolah yg semua dak2 lelaki. Mcm tak pernah dengar pulak saser ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.067904 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list