|
[Tempatan]
PM dijangka umum pakej rangsangan ekonomi jam 3 petang ini
[Copy link]
|
|
lonely_surina replied at 27-3-2020 04:04 PM
nama famous thn neh adalah kiah..
blh laa pakat2 plan nama neh untuk bakal2 anak uolss bln 12 nan ...
Blh bagi tak nur kiah covid19? Tanpa covid 19 mana nak datang kiah tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
maklumla duk bawah president bangang.
berjangkit la bangang tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
cap_ayam replied at 27-3-2020 03:40 PM
Alhamdulillah syukur .. bagi yang dapat tu.. gunalah dengan sebaiknya.
Ada yg tcicir ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
pm tepi update twitter jalankan tugas ketua keluarga beli brg dapur, huhuh
seminit dua lepas ucapam pm tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya gomen kena pinjam dari EPF or keluarkan bond untuk tampung rangsangan ekonomi ni. Kalau EPF, pulangan balik pada pencarum melalui interest. |
|
|
|
|
|
|
|
freesia71 replied at 27-3-2020 04:04 PM
Tapi i a bit disagree part dia bagi rm500 utk penjawat awam.
Sebabnya, correct me if i am wrong, ...
Gaji penjawat awam tak terjejas juga berbanding nasib pekerja swasta rata2 dihujung tanduk huhu
Dengan penangguhan hutang bank tu siap leh simpan duit kecemasan lagi laa nampaknya.Simpan bukan berjoli katak tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm mane process utk dpt semue2 ni, kne mohon online ke beratur kat pjbt2 kjaan mane2 ke, ade borang ke nak isi, kne mintak cop tok ketua kampong ke,kalu masuk lmn2 web mesti jem |
|
|
|
|
|
|
|
freesia71 replied at 27-3-2020 03:45 PM
Byknya duit peruntukan sampai 250 billion. Mana malaysia dpat duit tu.?
Atok kan kata ada 2trillion sebenar
Ayam2 panggang hangit je kata nak bankrap |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 27-3-2020 04:14 PM
diharap makcik kiah dan kak kiah board gosip tempatan tak gelabah tetek lagi
Kiah ronggeng dgn kiah alaaa lupa plak. Ker ada lagi kiah lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Covid19 replied at 27-3-2020 03:55 PM
Sedih pula part akhir TSMY cakap tu..I'm not the PM you voted for..huhu
Rasa bersalah nk rply.post ko sebb Nick tu.mengundang sgt..haha
Tp..mmg deep.ayat dia..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
haznor replied at 27-3-2020 04:16 PM
"We are a nation at war with invisible forces. The situation we are
now facing is unprecedented in ...
Teks ucapan yang telus, humble, direct ke hati semua rakyat tak kira dari pahaman politik yang mana.
Memang PM untuk semua la
|
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 27-3-2020 04:07 PM
mana yang masih berkemampuan
marilah kita membantu yang kurang mampu
mana yang tidak terjejas pen ...
Ye betul..ini lah yg sepatutnya..bukannya masih menyalahkan kerajaan ini tak dapat itu tak dapat..bagilah bantuan kpd golongan yg kurang berkemampuan tu dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 27-3-2020 04:30 PM
Aku ckp pasal tunai jer sbb ramai kata M40 pun ada laba, aku plak tak nmpk apa pun selain bonus rm ...
Isi rumah gaji 8k ke bawah dpt rm1k |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf T20 dpt potongan api internet free dan penangguhan loan so far...dah kaya x payah merungut sgt..M40 lain la miskin bdr |
|
|
|
|
|
|
|
int1705 replied at 27-3-2020 04:24 PM
Bukan ke below 2000 dpt 800 dan 2000- 4000 dapat 500?
Yg ni bujang kelana...andartu |
|
|
|
|
|
|
|
mis_j_alexanda replied at 27-3-2020 04:10 PM
Dulu2 kalau umum bajet ke pakej rangsangan ke mmg golongan m40 x merasa apa2. Tengok je la org kiri ...
Kan golongan paling tertekan bygkan semua rebat bil api ke air ke tak layak dapat
Rumah ppr apatah lagi.
Rumah prima plak harga mahal nak mampus rm300k utk apartmen biasa.
Ditekan sana sini.Padahal M40 golongan terbesar menjana ekonomi dan pembayar cukai terbesar juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
1. Itu bukan idea najib itu idea team penasihat dia
2. PH govt jimat cermat sebab itu negara ada duit.
3. Jangan happy sangat tunggu 6 bulan akan datang
4. So adakah awak dpt extra money dari govt? kalau dpt taniah jangan lupa bersyukur kpd Yang Esa.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan chuolsss... siap bagi contoh Mak Cik Kiah tu... Allah... mmg dia nk terangkan dan bg rakyat faham. xde lah guna bahasa elit ke apa kan... pastu cara bercakap mcm cungap tu aku rasa cm kesian tau. mst penat fikir psl ni semua....moga diberi kesihatan yg baik pada semua PM, menteri2, frontliner yg lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rangsangan ekonomi maksudnya nak rakyat berbelanja baru meet the purpose...tu yg gomen dpt bonus 500 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-3-2020 04:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dana tambahan RM4.5 bilion untuk PKS
KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyediakan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion dengan lima inisiatif.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, inisiatif pertama membabitkan tambahan dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion.
Selain itu, katanya kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75 peratus kepada 3.5 peratus.
Inisiatif kedua, kata Perdana Menteri adalah peningkatan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.
Muhyiddin berkata, inisiatif ketiga adalah penyediaan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah.
“Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menawarkan kadar faedah dua peratus sahaja tanpa cagaran. Syarat kelayakan pinjaman juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi.
“Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan. Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.
Perdana Menteri berkata, inisiatif keempat pula menyaksikan PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada empat tahun boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
Inisiatif kelima, katanya Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70 peratus kepada 80 peratus bagi PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.
“Menerusi inisiatif-inisiatif ini, saya percaya institusi kewangan akan terus memberikan sokongan padu kepada PKS yang berdaya maju, lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran ekonomi yang agak muram pada masa ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|