SALIK This user has been deleted
|
Originally posted by Gravedigger at 3-5-2005 05:16 PM:
Waalaikumsalam,
Waduh...waduh...bila masa pula saya maki ulama? Bisa bapak tunjukkan tulisan mana yang saya ada maki ulama?
Bukan maki Pak tapi cuma kritik....takkan itu ...
ha...macam mana tuan bilang kritik tetapi isinya penuh dengan sindiran kasar
itu tidak baik, apalagi untuk saudara yang seiman.? apakah tuan mempunyai iman dan islam??
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmat...bagaimana rasulullah da'wah dikota thaif dan dilempari batu apakah beliau membalas dengan bentuk yang kejam???
perbedaan pandangan dalam Islam adalah wajar itu tandanya islam kaya, agama islam kaya akan segala ilmu untuk bisa dikaji yang penting rukun Islam dan Imannya tidak dirobah,yang pokok sudah ditetapkan, nabi sudah memberi contoh, tetapi ijtihad dlm masalah khilafiyah janganlah membuat hal yang pokok menjadi terganggu, sebab mazhab arba'ah juga berdiri atas sendi sendi yang benar dalam ukuwah mereka sepakat bahwa ummat Islam adalah bersaudara, bercerai berai adalah sifat yang mereka tentang
Adakah kita bisa mencontoh tauladan nabi melalui hijrahnya berkekalan antara kaum anshar dan muhajirin menandakan bahwa islam adalah bersaudara
bukankah nabi pernah berkata "Innama bu'istu Li uTammimma makarimal akhlak" tunjukkanlah sikap bahwa rasulullah tidak sia sia dalam usahanya memberi teladan pada kita dengan menghiasi akhlak kita dengan akhlak nabi
bagaimana kita menghormati orang tua,saudara,guru guru,ulama ulama adalah sendi sendi utama dlm akhlak yang dicontohkan nabi Muhammad saw
"Shallu ala Nabiyy"
Salik |
|
|
|
|
|
|
gabanzack This user has been deleted
|
Aku cadangkan korang bijak pandai ni luang2kan lah masa untuk baca e-book yg bagus ni >>>> PEDOMAN BERMAZHAB DALAM ISLAM (sorang forumner dah bagi link di awal2 thread ini, tq)
Buku ini address pelbagai isu berkaitan mazhab dan banyak soalan2 yg ditimbulkan oleh korang kat sini:
Sejarah Kemunculan Mazhab.
Berkenalan Dengan Para Imam Mazhab.
Pegangan Dan Prinsip Para Imam Mazhab
Sebab-Sebab Wujudnya Perbezaan Pendapat Antara Para Imam Mazhab
Teladan Para Imam Mazhab Dalam Menghadapi Perbezaan Pendapat
Beberapa Contoh Sikap Taksub Mazhab.
Perintah Allah Mentaati al-Qur抋n dan Rasul-Nya.
Kepentingan Mazhab Kepada Umat Islam
Wasiat Para Imam Mazhab Kepada Umat Islam
Adakah Seruan 揔embali kepada al-Qur抋n dan al-Sunnah擝ererti Meninggalkan
Ajaran Para Imam Mazhab ?
Memilih-milih Antara Mazhab.
Berusaha Menjauhkan Taqlid
Cuba la baca sampai habis.... sangat ilmiah tapi tetap mudah difahami.
Bacalah....luangkan masa... Berbaloi. |
|
|
|
|
|
|
gabanzack This user has been deleted
|
Korang dok sibuk 'bertegang leher' kat sini kata anti mazhab la, anti hadis la, anti wahabi la, anti syiah la, anti arqam la....
last last mazhab ISLAM HADHARI jugak la yg korang undi!!!!!
POOODDAAAHHH!!!
LAST2 SEMUA MASUK NERAKA KERANA MEMBANTU MENEGAKKAN KERAJAAN YG ZALIM!!! :siok: |
|
|
|
|
|
|
|
Anda sendiri bagaimana, telah membaca hingga habis perbincangan di sini? |
|
|
|
|
|
|
gabanzack This user has been deleted
|
Originally posted by billionaire at 9-5-2005 06:05 PM:
Anda sendiri bagaimana, telah membaca hingga habis perbincangan di sini?
Saya? Alhamdulillah saya sedar diri saya belum sampai tahap mujtahid untuk independently extract hukum2 agama melalui Al-Quran atau Sunnah.
Jadi atas kapasiti tersebut, saya bersangka baik dengan keilmuan dan keikhlasan semua imam-imam mazhab (RadhiaAllahu Anhum...). Sesuai dgn waqi' yg ada dgn kehidupan saya di tengah2 masyarakat di mana 'aliran' Syafie lebih dominan berbanding mazhab2 lain, maka saya pun turut mengamalkan mazhab Syafie. Bukan kerana 'herd mentality' tapi kerana bagi saya adalah lebih hikmah untuk orang seperti saya memilih jalan yg paling banyak sign board supaya lebih teratur sampai kepada matlamat (keredhaan Allah). Maksud saya, di negara kita ini rujukan (sign board) kepada mazhab Syafie adalah lebih banyak dan mudah didapati berbanding mazhab2 lain.
Tapi tidaklah sampai saya beriIMAN kepada mazhab syafie, kerana pada saya mazhab cumalah sekadar reference yg berkredibiliti sahaja (alat, bukan matlamat). Saya masih open kepada pandangan2 daripada mazhab2 lain.
Lebih kurang gitulah....
errr... menjawab soalan ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
alhamdulillah, bahasa anda yang baik dan lunak dalam posting terakhir menunjukkan fikiran yang bebas dari ketaksuban. Insya Allah, sekiranya anda seorang yang berfikiran terbuka kajilah mazhab2 dalam Islam dan ambillah yang terbaik di antaranya - bukan berdasarkan atas pendapat sendiri tetapi atas pendapat al-Quran dan hadis. semoga Allah merahmati anda.
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SALIK at 6-5-2005 11:13 AM:
ha...macam mana tuan bilang kritik tetapi isinya penuh dengan sindiran kasar
itu tidak baik, apalagi untuk saudara yang seiman.? apakah tuan mempunyai iman dan islam??
Islam adalah agama ya ...
Bapak perlu faham bahawa ini ruangan forum dan bukannya bertukar-tukar surat cinta. Dalam berforum saya berpendapat semua orang mempunyai hak untuk mengeluarkan pandangannya sama ada melalui kritikan atau sindiran atau apa saja teknik yang dikirakan relevan untuk sesuatu tajuk itu.
Anggap saja ini juga satu latihan mental bagaimana menghadapi musuh-musuh Islam yang datang menyerang dengan berbagai cara...halus dan kasar.
Kalau penerimaannya keras mengapa perlu gusar hati dan menarik diri? Itu pengecut namanya. Lihat saja saudara Syiah kita yang sanggup berhujjah mematahkan setiap kali serangan yang diajukan pada mereka. Demikianlah terserlahnya sikap intelektuil mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpang senyum |
|
|
|
|
|
|
SALIK This user has been deleted
|
Originally posted by Gravedigger at 12-5-2005 12:48 PM:
Bapak perlu faham bahawa ini ruangan forum dan bukannya bertukar-tukar surat cinta. Dalam berforum saya berpendapat semua orang mempunyai hak untuk mengeluarkan pandangannya sa ...
aduhai Tuan ....orang bercintapun masih ada yang pakai bahasa kasar pabila mereka sudah saling tak cinta ???
sedangkan kita masih satu Ummat yaitu pengikut Muhammad saw, kenapa harus saling memaki atau menyindir dengan kata kasar demi untuk hal khilafiyah ini??
adapun untuk menghadapi hujatan pemeluk agama islam lain....
itupun sudah ada bimbingannya dari qur'an dan hadits,kita harus tegas
untuk agama lainpun kita dilarang menghina sesembahan mereka,krn merekapun akan memaki sesembahan kita pula
Nahhh, Tuan singkatnya silahkan antum mulai dengan yang baik bagi sesama muslim baru enak didengarnya bagi yang lain OK |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SALIK at 14-5-2005 06:10 PM:
aduhai Tuan ....orang bercintapun masih ada yang pakai bahasa kasar pabila mereka sudah saling tak cinta ???
Yah....terpulang pada Bapak. Kalau dirasakan dengan bercinta perlu berbahasa pujuk rayu gurau senda....silahkan.
Bagi saya enggak bisa begitu kerna mencurahkan kasih sayang perlu disertakan dengan pukulan yang menyedarkan agar rasa sakit mendatangkan rindu dendam yang berpanjangan. |
|
|
|
|
|
|
gabanzack This user has been deleted
|
sudah la..sudah la tuuu.... masing2 jgn nak tegakkan benang basah... kalau salah, akui aje salah... berjiwa besar = berlapang dada menerima teguran. Ketepikan ego.
Umat Islam ni lemah sbb gemar berbalah perkara2 remeh. Ingatlah, perjuangan kita masih jauh dan panjang. |
|
|
|
|
|
|
SALIK This user has been deleted
|
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (ulama terdahulu).
H.R Termizi
Nahh ... Bukankah sudah jelas hadits ini, bagaimana masa kini banyak orang orang yang berfatwa sendiri, menyalahkan ulama ulama terdahulu,padahal beliau sudah wafat, janganlah kita termasuk golongan orang orang yang dikatagorikan dalam
hadits tsb. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SALIK at 17-5-2005 06:15 PM:
Nahh ... Bukankah sudah jelas hadits ini, bagaimana masa kini banyak orang orang yang berfatwa sendiri, menyalahkan ulama ulama terdahulu,padahal beliau sudah wafat, janganlah kita termasuk golongan orang orang yang dikatagorikan dalam
hadits tsb.
Iya...memang benar tapi mengapa pula dilencongkan ke situ. Bukankah apa yang ana bincangkan adalah orang yang mengaku ulama masa kini, yang masih hidup dan segar bugar (sekali sekala mungkin juga sakit keluar air liur) yang ada katanya ribuan juta pengikutnya.
Gini Pak....jika ada kenyataan yang tidak benar mengapa ngak disanggah saja oleh Pencinta-pencinta ulama sebegini. Kan ini ilmiah namanya dan tidak bersangkut dengan orang-orang yang sudah mati. |
|
|
|
|
|
|
SALIK This user has been deleted
|
Originally posted by Gravedigger at 24-5-2005 10:43 AM:
Iya...memang benar tapi mengapa pula dilencongkan ke situ. Bukankah apa yang ana bincangkan adalah orang yang mengaku ulama masa kini, yang masih hidup dan segar bugar (sekali s ...
Nahhh macam mana tuan bilang tidak mencaci atau menghina
sampai sampai air liur pun tuan jadikan alasan untuk menjelekkan para ulama
ha..... jauh panggang daripada api itulah sifat tuan, kalau tidak bisa menghormati para ulama, cobalah untuk tidak memaki atau menghinanya
kerana Iblis pun benci dengan para ulama hendaknya jangan pula kita mempunyai sifat sama dengan Iblis
wassalam |
|
|
|
|
|
|
ajay67 This user has been deleted
|
wow!! i just became a member today & just finished reading this fascinating thread! you all really are good!! just agree to disagree then...
salam |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Saya sudah membaca keseluruhan posting di dalam thread ini sekadar melihat apa persoalan yang dikemukakan dan diperbincangkan. Sehingga habis di baca, saya dapati tidak ada yang mengutarakan persoalan di bawah. (maaf sekiranya saya terkhilaf pandangan卥alau sudah ada..anggap sahajalah ia sebagai tambahan kepada persoalan yg sudah diperbincangkan)..
Ilmu yang hendak kita bincangkan kali ini ialah mengenai persoalan
MENGAPA BOLEH TIMBUL MAZHAB DALAM ISLAM?
Sama ada mazhab yang hak mahupun yang batil. Mazhab yang hak (ASWJ) hanya ada 11 mazhab,tapi yang terkenal hanya ada 4 sebab kitabnya masih ada hingga kini. Fahaman yang sesat ada 72. Mazhab Auzai, Hasan Basri dan lain lain tidak diamalkan lagi sebab ilmunya sudah habis, mungkin ilmunya telah dibakar sewaktu orang Monggol melanggar Kota Baghdad. Mazhab yang hak saja yang dibincangkan dan diceritakan dalam kuliah ini.
Mengapa timbul mazhab dalam Islam, padahal Islam itu satu sahaja daripada Allah dan disampaikan kepada Rasulullah dengan melalui Quran dan Hadis.
Kenapa timbul? Sedangkan semuanya dari sumber rujukan yang satu, iaitu Al Quran dan Hadis. Semuanya rujuk kepada Rasul, jadi sepatutnya tak timbul mazhab.
Pada zaman sahabat r.a. tidak ada mazhab, mengapa?
Umumnya orang sangat yakin dengan para sahabat, seolah-olah lihat Rasul.
Tapi zaman tabiin, atau tabiut tabiin, orang bergantung dengan ilmu sahaja sebab sahabat dah tak ada.Kalau ada masalah, lepas Al Quran dan Hadis, mereka ijtihad. Hanya bersandar kepada ilmu yang dalam Al Quran dan Hadis. Generasi ke 3 ke 4 baru ada mazhab.
Akan diterangkan secara ringkas, mengapa terjadi mazhab, bagaimana boleh terjadinya berlainan pendapat, sedangkan semua rujuk Al-Quran dan Hadis, yang tak ada hanya Rasulullah, sahabat dan tabiin. Jadi mereka hanya bersandar dengan ilmu, tanpa bersandar kepada peribadi Rasulullah SAW, sahabat dan tabiin. Jadi mereka di zaman itu terpaksalah berijtihad, dengan kaedah ilmu alat yang ada.
Apa maksud ilmu alat?
Ilmu untuk melahirkan ilmu, untuk memahami Al Quran dan Hadis. Contohnya ilmu nahu, saraf, bahasa Arab ,sastra Arab, ilmu mantik atau lojik, ilmu usul fiqah,usuluddin. Semuanya contoh-contoh itu adalah ilmu alat.
Cara berijtihad ialah dengan merujuk kepada Al-Quran sedangkan huraikan Al-Quran sudah tak sama berdasarkan ilmu alat tadi. Antara sebab yang menjadikan ulama waktu itu berbeza pendapat ialah:
1. Ada ayat yang di "nasih dan mansuh" yakni membatalkan hukum. Dalam hal ini ulama berbeza pendapat mengenainya
2. Ada ulama penerimaan ayat nasih mansuh tidak sama, jadi tentu dalam berijtihad akan berbeza hasilnya.
3. Terdapat cara memahami ayat al Quran secara lahir saja. Misalnya mazhab Daud Zohiri. Ada ulama mentafsir ayat Al Quran dengan maksud yang tersirat.
4. Memberi makna dan terjemahan ayat Quran berbeza antara ulama. Contoh: Imam syafie menerangkan maksud "sentuh kulit lelaki dan wanita ajnabi membatalkan wudhu." Tapi mazhab Hanafi, menyatakan "sentuh dengan bernafsu".
5. Kemampuan mentafsir antara ulama tak serupa. Contoh bagaimana umat Islam menjadi militan, misalnya berdasarkan hadis yang maksudnya "saya diperintahkan membunuh manusia kecuali yang sudah bersyahadat." Tapi terdapat ayat atau hadis yang memansuhkan hadis tersebut.
6. Kadang-kadang hadis memansuhkan ayat, atau ayat memansuhkan hadis. Jadi kena faham keseluruhan. Ini kesannya mazhab berbeza. Al Quran tempat rujukan utama, kemudian rujukan kedua kepada Hadis. Hadis dibukukan selepas 300 tahun. Tidak semua Hadis sampai kepada ulama-ulama tersebut, jadi sumbernya sudah berbeza. Kalau ulama tidak dapat Hadis mengenai sesuatu hukum, tentu ijtihadnya tanpa merujuk Hadis.
7. Penerimaan Hadis tak sama antara ulama, jadi ijtihad berbeza. Setengah ulama tak guna Hadis lemah, ada pula ulama yang guna Hadis lemah. Sebahagian ulama berfahaman bahawa Hadis ada yang bersifat nasih mansuh, sebahagiannya lain pula ada yang tidak terima Hadis nasih mansuh, jadi cara mengeluarkan hukum berbeza.
Hasilnya timbullah perbezaan pendapat dan bermazhab kesan daripada cara fahamkan Hadis berbeza, dan ini mempengaruhi fatwa mereka yang tentunya berbeza rumusan fatwanya.
8. Walau pun umumnya ulama bijak, tapi darjat kebijakkannya tak sama, jadi fatwanya pun turut tak sama.
Justeru untuk jangka panjang, hal ini ada kesan negatif kepada umat Islam. Oleh kerana umumnya manusia jahil, fanatik pula, kesannya ialah manusia sering bergaduh. Walaupun fatwa itu dibuat untuk menyelamatkan umat, tapi kerana umumnya manusia itu jahil dan fanatik, akibatnya umat Islam berpecah.
Itulah serba ringkas mengenai ilmu berkenaan mengapa terjadinya mazhab. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ramai orang mengatakan persoalan mengenai 'mengapa timbul mazhab selepas 4 Khalifah Islam', yakni selepas Siyidina Ali adalah kerana umat Islam rata-rata ketika itu ramai yang telah terpengaruh dengan dunia dan memilih mengikut Mu'awiyah.. terlalu ramai yang menolak seruan Khalifah Ali untuk membentuk angkatan kedua selepas dari Perang Siffin sehingga gagallah kempen Khalifah Ali bin Abi Talib. Manakala yang mengikut Khalifah Ali Karamallah Wajhah dipanggil Shia Ali( maknanya Shia = pengikut) atau Syiah.
Musykil sikit saya dengan artikel di atas. Mengapa ASWJ 4 Mazhab Besar itu dikira sebagai Mazhab yang hak? Adakah Saiyidina Ali tidak layak dijadikan Imam ikutan selepas Rasulullah s.a.w. wafat? Adakah ilmu Imam Shafie dll tu lebih besar dari ilmu Khalifah Ali dan Ahlul Bait Rasulullah s.a.w.? Cuba fikir dan kaji. Tidak salah untuk mencari ilmu. Kita semua umat Islam, sepatutnya tidak ada garis pemisah kerana kita diwajibkan kasih mengasihi. Jangan terpengaruh dengan sentimen anti sesuatu Mazhab. Saya sendiri tidak pro mana-mana.. cuma mencari jalan yang lurus. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Laxamana. at 21-6-2005 09:20 AM:
Ada ramai orang mengatakan persoalan mengenai 'mengapa timbul mazhab selepas 4 Khalifah Islam', yakni selepas Siyidina Ali adalah kerana umat Islam rata-rata ketika itu ramai yang telah terpengaru ...
Pemikiran bermazhab ini timbul akibat sikap fanatik dan taklid buta dikalangan pengikut satu-satu aliran pemikiran saja. Imam mazhab itu sendiri sebenarnya tidak pernah menyuruh mengikut mereka membutatuli saja sehingga menutup ruang menerima pandangan pemikiran yang lain. Imam Shafei misalnya pernah mengatakan bahawa jika ada hadis yang lebih sahih maka itulah mazhab ku.
Pertentangan pendapat ini sebenarnya sudah wujud lagi sebaik kewafatan Rasulullah dimana dikalangan sahabat-sahabat berkelahi merebut jawatan Khalifah.
Ahh...alangkah baiknya jika sahabat-sahabat menguruskan dulu jenazah suci itu sebelum menentukan siapakah yang layak.
Ahh..alangkah baiknya jika ahlul-bait Rasulullah juga turut mengiktiraf siapakah yang layak menjadi pentadbir dan imam selepas beliau sehinggakan Fatimah anak kesayangan baginda wafat dalam kedukaan.
Ahh... |
|
|
|
|
|
|
|
salam buat semua
numpang sekaki, bukan nak jawab tapi nak bincang aja....
selepas zaman sahabat, para alim ulamak masih takut utk menafsirkan AlQuran
sebab kalau bersamaan dgn AlQuran pun bagi mereka masih salah
hanya selepas mereka itu barulah ada manusia `berani' menafsirkannya
kalau saudara tanya apasal hanya 4 mazhab yg gah/besar
cuba saudara tengok dan kaji sendiri ditika ini, ulamak yg manakah yg
sentiasa dipandang dan diikuti tamai manusia
CUBA SAUDARA MENCARI TOK GURU PONDOK YG HANYA KAIS PAGI
MAKAN PAGI DAN TAK MENGHARAPKAN GAJI/IMBUHAN KERJANYA????
cuba cubalah memahaminya sendiri ya
nanti terjawab sendiri....JALAN YANG LURUS
saya minta maaf jika kalian ada memperkatakan para sahabat, walaupun ada
persengketaan mereka yg saya pun tak setuju tapi rata-rata diantara mereka
dah dijamin Nabi. jadi biarlah ianya menjadi iktibar dan pengajaran kpd kita
sedangkan nabi ada berpesan SEPENINGGALANNYA NANTI AKAN TIMBUL
PERSENGKETAAN SESAMA SENDIRI |
|
|
|
|
|
|
| |
|