|
KOLEKSI GAMBAR Lama Pasukan Kebangsaan/Negeri/Kelab
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by lala_cute at 19-8-2009 00:15
[quote]
Malaysia (1996)
kalau tak salah aku time ni malaysia masuk final tapi kalah 1-0 dengan thailand tiger cup kat singapore.....time ni kecoh satu malaysia harga azman adnan rm1 jUTA....
|
|
|
|
|
|
|
|
Otai nasihat pemain Kijang
DARI kanan, Nik Sazali Nik Jaafar, Nik Salleh Nik Man, Mahadi Yusof, Afendi Yusof, Wan Hasan Wan Ibrahim dan Husein Idris menunjukkan gambar skuad Kelantan pada 1970 di Kota Bharu semalam.
NOSTALGIA 1970 ketika sang Kijang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia kembali menggamit memori seluruh masyarakat di Kelantan.
Ketika skuad mereka kini sedang bersiap sedia untuk turun menentang Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini, ada pesanan penting daripada 'orang-orang lama'.
Bermain dengan penuh semangat, kawal emosi dan sempurnakan peluang yang ada.
Itu pesanan daripada Mahadi Yusof, 64, bekas pemain tengah Kelantan yang membarisi skuad gemilang Kelantan yang layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 1970 sebelum tewas kepada Perak 0-2.
Menurutnya, pasukan Kelantan kini memiliki segala kelebihan terutama dari segi sokongan peminat yang yang pastikan akan bersama-sama membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Kami pernah memiliki peluang untuk membawa pulang Piala Malaysia suatu ketika dulu namun, nasib tidak menyebelahi kami.
"Kali ini, harapan kami kembali mekar untuk melihat piala tersebut pulang ke Kota Bharu walaupun, tugasnya bukan lagi digalas di bahu kami," katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, ini adalah peluang terbaik Kelantan dengan dibarisi adunan bintang-bintang berpengalaman dan pemain muda yang semakin meningkat naik.
Jelasnya, kekuatan yang ada terutama barisan serangan yang pantas mungkin akan memberi kelebihan kepada Kelantan untuk dinobatkan juara Piala Malaysia musim 2009.
Sementara itu, bagi bekas penjaga gol skuad 1970, Nik Sazali Nik Jaafar, 60, kekecewaan ketika gagal merebut piala berprestij tanah air kira-kira 39 tahun yang lalu kembali terubat.
Katanya, beliau yakin pemain-pemain Kelantan yang ada kini mampu untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Kelantan yang terbuku sekian lama.
"Hampir 40 tahun kami menunggu detik ini dan syukur ian muncul sekali lagi. Kali ini dan buat pertama kalinya saya ingin melihat piala ini (Piala Malaysia) ke Kelantan.
"Kita tidak mahu pasukan Kelantan sekadar layak ke peringkat akhir tetapi, biar ia menjadi sejarah kepada Kelantan," jelasnya
Dalam pada itu, beliau menasihatkan penjaga gol Kelantan, Halim Napi supaya dapat mengawal emosi serta beraksi dengan baik.
"Halim seorang pemain yang bagus, dia punyai segala kriteria untuk menjadi penjaga gol yang terbaik pernah dimiliki Kelantan dan ini adalah saat untuk dia mencipta sejarah.
"Dia perlu lebih tenang dan jangan terikut-ikut rentak penyokong serta perlu lebih fokus untuk memastikan kejayaan pasukan," ujarnya.
- Kosmo -
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah tahun 1948 cetus semangat N. Sembilan
JADI KEBANGGAAN... Skuad Negeri Sembilan yang berjaya menjuarai Piala HMS Malaya pada tahun 1948.
PADA 1948, Negeri Sembilan telah mengukir sejarah dalam sukan bola sepak tanah air apabila berjaya menjuarai Piala HMS Malaya (kini dikenali Piala Malaysia).
Bagaimanapun, generasi muda di Negeri Sembilan tidak berkesempatan mengenali wira-wira mereka yang berjaya menjulang piala berprestij itu.
Mujur, Persatuan India Negeri Sembilan menyimpan khazanah gambar bersejarah skuad Negeri Sembilan ketika itu untuk menyingkap kembali sejarah kegemilangan bola sepak negeri ini.
Naib Presidennya, Satwant Singh berkata, beliau berbangga kerana gambar kenangan pasukan Negeri Sembilan tahun 1948 masih tersimpan baik untuk dijadikan tatapan gene- rasi muda.
"Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pada waktu itu, M. Muthucumaru adalah individu yang bertanggungjawab menyimpan gambar tersebut sebagai simpanan persatuan ini.
"Memang sukar untuk mencari semula gambar ini dan detik bersejarah yang dirakam pada tahun 1948 perlu dikongsi bersama khususnya generasi muda kerana mereka tidak mengenali legenda bola sepak terdahulu," kata Satwant.
Beliau berharap gambar tersebut bukan sahaja dapat mengimbau nostalgia lalu tetapi meniup semangat skuad dan penyokong Negeri Sembilan menjelang pertemuan akhir menen- tang Kelantan esok.
"Saya yakin penantian selama 61 tahun untuk menjulang semula piala berprestij itu dapat direalisasikan sekiranya pemain dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi," jelasnya.
- Kosmo -
|
|
|
|
|
|
|
|
lama aku tak update gambar |
|
|
|
|
|
|
|
Chaiyok la TT...teringat aku zaman azizol abu haniffah(perak), malik rahman(selangor)..player yg aku paling suka tue
keep it up.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|