|
HANG TUAH (merged:orcish,tyrone,senyum_77,TimahMulia,redsinner,aji & botet)
[Copy link]
|
|
macam mana dorang boleh kata Hang Tuah ghaib sedangkan MAKAMnya sendiri WUJUD di MELAKA .
Hikayat Hang Tuah bukan satu CATATAN SEJARAH .
yg merupakan kitab CATATAN SEJARAH yg sahih ialah kitab SEJARAH MELAYU . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by my_3A at 27-3-2005 01:07 AM:
yg kata HANG TUAH & HANG JEBAT tu ghaib adalah SATU TOKOK TAMBAH shj . ! :kunyah:
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
liyana306 This user has been deleted
|
Hang Tuah mempunyai ciri2 melayu:
1. bermain keris
2. pakaian stail melayu
3. bermain kapak semasa menewaskan orang yang mengamuk (kapak adalah senjata yang amat popular di Kelantan)
4. bersilat
5. tubuhnya digambarkan tegap, kulit gelap.
6. makanan pun stail melayu.
Sama ada wujud atau tidak, susah nak confirm.gaduh sampai esok pun tak selesai.
1. I kenal someone yang rapat dengan kerabat Perlis. Kononnya mereka menyimpan keris tamingsari.
2. Sultan perak pun ada keris Tamingsari jugak kan?
3. Dato Mahaguru Meor Abd. Rahman (Pengasas Gayong Malaysia) sendiri mendakwa pernah berjumpa Hang Tuah.
Semasa bertarung dengan Hang Jebat, Hang Tuah diceritakan menggunakan jurus KIPAS NANDUNG. Orang Silat Gayong sendiri pun ramai tak tau apa benda jurus kipas nandung niii. tetapi kalau nak tau, BRUCE LEE telah tewas di tangan Dato Meor Abd. Rahman setelah diserang balas dengan buah pukulan Kipas Nandung. Pertarungan ini berlaku di sebuah bilik VIP di Hong Kong airport. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Tiada sesiapa pun yang tahu siapakah sebenarnya Hang Tuah. Dia dan sahabat2nya pun dah lama tiada di muka bumi.
Tiada seorang pun di antara manusia hari ini ataupun manusia 200++ tahun yg lepas pernah melihat dia dengan mata sendiri.
Semuanya adlah andaian dan tak lebih dari his-story (certa 'dia'). Makam2 yg ada disekitar Melaka itu pun, tidak dapat dipastikan kesahihan penghuninya.
Yg penting ialah, mana2 yg baik berkaitan al-kisah 5 bersaudara ini kita jadikan tauladan, mana2 yg buruk, kita jadikan sempadan.
Itulah yng penting.
Yang dapat kita gunakan untuk menyatukan Umat Islam yg berlainan bangsa dan budaya.
Islam secara Global. Itulah yang paling penting. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi tu betul2 berbangsa Cina, apa salahnya, bangsa Cina pun tidak kurang baiknya sifat2 mereka. Yang penting mereka ialah rakyat Melaka, pahlawan Melaka, taat kepada Sultan Melaka, malahan beragama Islam. Yang penting mereka pahlawan silam negara kita yang gagah berani yang kita sanjungi, sama ada Cina ke Melayu.
Saya rasa kita semua tetap mengiktiraf HangTuah & rakan2 itu pahlawan silam negara kita Malaysia yang gagah berani yang kita sanjungi, dan merupakan rakyat Melaka, hulubalang Melaka, pahlawan Melaka, yg taat setia kpd Sultan Melaka, malahan beragama Islam, berbudaya Melayu dan bermain silat dan keris; melayakkan mereka hero2 Melayu Melaka, hero2 kita. Ini adalah fakta yg sukar dipertikaikan.
Bagi fakta asal usul darah keturunan mereka, saya rasa hanya mereka sendiri yg dpt menjawabnya, melainkan ada bukti2 yg kukuh. Namun hujah2 yg mereka berketurunan Cina adalah berkemungkinan dan amat menarik perhatian, terutama org Malaysia khususnya Melayu.
Seperti yg saya katakan dlm pendapat saya di atas, kalaulah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi tu betul2 berbangsa Cina, apa salahnya, sebab bangsa Cina pun tidak kurang baiknya sifat2 mereka.
Samalah seperti sekiranya timbul hujah dan kemungkinan baru yg mereka berketurunan Arab atau Jawa atau Pattani atau Palembang atau Aryan, mereka tetap pahlawan2 Melayu Melaka, pahlawan silam Malaysia.
Samalah juga seperti asal-usul dan akar-umbi keturunan kebanyakan kita semua. Tetapi kita semua skrg berbangsa ........
Yg aku tak faham kenapa ada org yg tak dpt menerima kemungkinan (belum lagi hakikat) Hang Tuah berbangsa Cina. Apa kata kalau kemungkinan mereka berbangsa Arab/Turki/Jawa/Pattani/Palembang/ Aryan? Malahan yg Sultan Melaka pun berketurunan Palembang. Kita terima.
Org Malaysia skrg yg berbangsa bukan Melayu yg baru masuk Islam ataupun asal keturunannya bukan Melayu pun dah tau isi kat sebarang borang terutama yg utk memohon surat beranak anak, biasiswa, subsidi, pinjaman yg mengatakan mereka berbangsa Melayu. Ini pulak Hang Tuah ialah seorg rakyat Melaka, hulubalang Melaka, pahlawan Melaka, yg taat setia kpd Sultan Melaka, malahan beragama Islam, berbudaya Melayu dan bermain silat dan keris. Takkan dia tak tau nak meneriak 'Takkan Melayu Hilang di Dunia' kalaulah di seorg Cina-Melayu Melaka. Tu kan falsafah 'Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'
Kalau ada yg skrg mengatakan Hang Tuah tu berbangsa Yahudi/Serbia/US, aku fahamlah, aku pun tak leh menerima dan akan membantah. Sedangkan kitab mengajar kita mendapatkan ilmu hingga ke China, di mana tanah besar China pun ramai org Islam, ini pulak seorg pahlawan kita mungkin yg keturunannya berasal dr China. Ok lah kan? Sultan Melaka pun kahwin dgn Puteri(dayang?) Hang Li Poh. Ok kan? Org Cina tu kan ok...malahan tidak krg hebatnya.
Come on lah....itu cuma satu kemungkinan, satu hujah, satu thesis...kita dah gelabah dah. Jgn setakat tau nak mengagung2kan Hang Tuah, Melayu.. tetapi diri sendiri masih mundur, miskin, malas, degil..... yg penting majukan diri... majukan Melayu.... bukan HangTuah boleh tolong.... hanya dir kita sendiri yg dpt memajukan diri kita. |
|
|
|
|
|
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
tuan guru ali putera lagi rock
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
tuan guru ali putera tu asal keturunan bangsa apa hah?
tau pulak dia rock... |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju!!!
Originally posted by riccckyyy at 2005-4-25 10:33 PM:
Kalau Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi tu betul2 berbangsa Cina, apa salahnya, bangsa Cina pun tidak kurang baiknya sifat2 mereka. Yang penting mereka ialah rakyat Mel ...
:setuju::setuju::setuju::setuju::setuju:
Biorlah bangsa hapa pun, janji dier owang tu owang Islam!!! |
|
|
|
|
|
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
lu tak rock
pasal tu tak kenal tuan guru ali putera
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
tulah yg geram dah aku tak kenal dia, dia pulak tau rock tapi aku tak tau. siapa dia eh??:agr: |
|
|
|
|
|
|
|
GELABAH betul orang yg pi buat TEORI tu!
dia tak kaji sejarah dgn betul-betul .
apa nak jadi lah orang macam tu !
:solute: |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah pergi ketiga2 makam...
makam hang tuah, hang jebat dan hang kasturi...
so kat ner ya makan hang lekir dan hang lekiu..org melaka leh jawabkan??? |
|
|
|
|
|
|
|
hang tuah x wujud....yg wujud cuma hang buah jek... |
|
|
|
|
|
|
|
aku anak jati melaka, tapi aku sendiri xpercaya kubur yg dorang dok kate kubur hang tuah skrg ni kubur die sebenarnye.
dulu mase aku kecik2, dorg kate kalau timbul keris taming sari dkt Sg. Duyung (Duyung konon kampung asal Hang Tuah), maka Hang Tuah akan kembali. Karut Marut org melayu ni.
Aku dulu sekali aje penah pergi perigi hang tuah, byk duit woo dlm tu. teringin aku nak kutip. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Qamarun at 10-5-2005 13:56:
hang tuah x wujud....yg wujud cuma hang buah jek...
'hang buah' ke 'buah hang"!???:bgrin::bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by king_kenny at 12-5-2005 08:09 PM:
aku anak jati melaka, tapi aku sendiri xpercaya kubur yg dorang dok kate kubur hang tuah skrg ni kubur die sebenarnye.
dulu mase aku kecik2, dorg kate kalau timbul keris taming sari dkt Sg. Duyun ...
makam ngan kubur tak sama laa...
ejaan pun tak sama .... :lol
maksud aku...makam tak semestinya kubur..tapi kubur adalah makam.
mmg laa yg ada tu namanya makam hang tuah...tapi tak semestinya dia bersemadi di situ..makam di buat sebagai penghormatan.
kalau kita tengok jejak rasul...ada sesetengah nabi mempunyai makam yg lebih dari satu...di beberapa negara...
ini kerana mungkin tidak pasti dimana dia meninggal sebenarnya ataupun tpt dimana dia pernah menyebarkan islam itu...diletakkan sbg penghormatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NonaNaga at 16-5-2005 10:09 AM:
makam ngan kubur tak sama laa...
ejaan pun tak sama .... :lol
maksud aku...makam tak semestinya kubur..tapi kubur adalah makam.
mmg laa yg ada tu namanya makam hang tuah...tapi tak semestiny ...
SALAM....
NonaNaga, kubur2 tu atau makam2 tu bukan dibuat-buat.
Bukan sebagai tanda penghormatan seperti makam Mahsuri di Langkawi tu.
Kubur2 pahlawan Melaka tu semuanya betul.Kalau tak percaya yg kubur tu ada rangka manusia , cubalah korek kubur2 tu.
tentang kubur Hang Tuah ada direkodkan dalam kitab SEJARAH MELAYU .
Kitab SEJARAH MELAYU mengatakan bahawa Hang Tuah dikuburkan di Tanjung Keling di Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by senyum_77 at 20-5-2005 12:26 PM:
SALAM....
NonaNaga, kubur2 tu atau makam2 tu bukan dibuat-buat.
Bukan sebagai tanda penghormatan seperti makam Mahsuri di Langkawi tu.
Kubur2 pahlawan Melaka tu semuanya betul.K ...
nona tak kata pun kubur tu dibuat2 ker apa senyum...
frankly speaking nona pun tak pasti betul ker hang tuah dimakamkan kat situ..kalu ada rangka ker sahih ker itu kuburnya? Wallahualam.cuma nak jelaskan kat sahabat kita tu...ada beza maksud kubur dan makam. secara amnya....bukan laa refer kat kes hang tuah jer...or whoever. |
|
|
|
|
|
|
| |
|