|
Akasyah gagal menjawab soalan Noni
Originally posted by Mawar Merah at 7-3-2007 05:04 PM
Sy harap awk rujuk balik pada page 2 topik ni...iaitu rujuk kesimpulan2 yg dh diberikan oleh sdr Akasyah....di mana persoalan2 takdir ini sebnrnya dh selesai. Insya Allah awk akan dpt jwban ...
Soalan yang ditanya oleh Noni belum lagi dijawab oleh saudara Akasyah. Setelah Mawar Merah mengatakan bahawa segala persoalan2 takdir telah selesai diterangkan oleh saudara Akasyah,Amir mengambil kesempatan untuk membaca kesemua postings dari Akasyah.
Yang peliknya,postings menjela-jela,soalan Noni yang straight forward itu tidak dijawab dengan betul. Mana punya buku yang dia baca lalu postkan ke dalam forum ini. Sudah tentu buku Al Abuya dia yang menjadi guru mursyid dia tu.
Sekiranya dia faham dan Allah telah memberi faham pada dia,kenapa persoalan Noni tidak dijawab secara jelas.
Sekiranya dia faham perlu jelaskan.Jangan kata orang tak faham postings dia tu yang panjang lebar tapi hapak pun ta dak.
Saya baru saja lusa masuk disini pada topik ini dan diharapkan Noni sudi muncul balik dan kemukakan soalan itu semula dan mari kita sama-sama cari jawapannya.
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 8-3-2007 02:36 PM
Soalan yang ditanya oleh Noni belum lagi dijawab oleh saudara Akasyah. Setelah Mawar Merah mengatakan bahawa segala persoalan2 takdir telah selesai diterangkan oleh saudara Akasyah,Amir mengambil kesempatan untuk membaca kesemua postings dari Akasyah.
Yang peliknya,postings menjela-jela,soalan Noni yang straight forward itu tidak dijawab dengan betul. Mana punya buku yang dia baca lalu postkan ke dalam forum ini. Sudah tentu buku Al Abuya dia yang menjadi guru mursyid dia tu.
Sekiranya dia faham dan Allah telah memberi faham pada dia,kenapa persoalan Noni tidak dijawab secara jelas.
Sekiranya dia faham perlu jelaskan.Jangan kata orang tak faham postings dia tu yang panjang lebar tapi hapak pun ta dak.
Saya baru saja lusa masuk disini pada topik ini dan diharapkan Noni sudi muncul balik dan kemukakan soalan itu semula dan mari kita sama-sama cari jawapannya.
Ko ni ape kenanya? Mentang2 aku jwb post ko kat topik satu lg...he he
Kalu ye pun nk hentam org2 rufaqa spt akasyah dan mawar merah....cerdik skit no....
Pd aku, ko tu yg lembab nak faham persoalan basic nih sedangkan si noni sendiri dh ucap terimakasih kerana akasyah telah selesaikan persoalan dia. Ko tak nampak ke jwban noni slps tu?
Bila ko kata mana buku yg akasyah baca lalu post kat forum nih...aku tak caya ko baca betul2 posting akasyah tu...tk pun ko hanya baca utk cari kesalahan.
Terang2 akasyah bagi tau buku apa dia rujuk. Yang ko kaitkan dgn buku abuya kenapa? Ko ni betul la jahil...persoalan takdir ni persoalan basic, tk perlu guna buku2 abuya pun, berlambak lagi buku2 kat luar sana mengupas soal2 takdir ni. Kalau abuya ada pun kupas pasal takdir, tak kan lari dr apa yg telah dikupas dan disimpulkan oleh ulama2 ASWJ di luar sana.
Keh keh..bila ko kata hapak pun tadak...aku tak tau la tahap pemahaman ko dlm menda2 basic nih...setau aku salah satu rujukan akasyah ialah buku soaljwb Ustaz Ismail Kamus sbb aku perasan bila akasyah bagi contoh utk tindakan sengaja dan tak sengaja oleh manusia ternyata akasyah petik dr buku ustaz Ismail tu.
Lain kali jgn gopoh bila baca posting org yg berbentuk ilmu yg memerlukan penelitian, lbh2 lg dgn niat hanya nak mencari kesalahan, sudahnya menampakkan kejahilan ko aje....kalu menda2 basic ni pun, ko tak dpt pick up...baik ko mohon taufik hidayah Allah byk2 agar Allah bagi ko faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noni at 29-7-2004 10:13 PM
Ish, nak cakap serba salah, taknak cakap rasa camnak cakap. Camna nak mula,karang silap silap sampai esok tak abih. Naik penin ni. Apapun terima kasih atas penerangan abg abg terutamanya ustaz Ak ...
Kau baca baik-baik,takkan lah bahasa kiasan pun kau tak tahu, ------l!
Itulah takdir yang kau dapat setelah engkau provoke aku. Apakah ------- itu layak buat kau? Ataupun kau nak lagi satu takdir?
Baca ni baik-baik,aku pastekan untuk engkau sekali lagi supaya engkau dapat baca.
Ish, nak cakap serba salah, taknak cakap rasa camnak cakap. Camna nak mula,karang silap silap sampai esok tak abih. Naik penin ni. Apapun terima kasih atas penerangan abg abg terutamanya ustaz Akayshah noni ni. Panjang lebar dan amat sesuai untuk org org biasa seperti saya ni. Noni sokong sgt kalau kenkawan merujuk tulisan bang ustaz kita nih. Nonipun samalah..
Bang Ustaz ni memang berilmu. Hensom! Kata abah noni, kalu blh jgn berhenti kat situ. Jgn matikan ilmu dgn guru, jgn kurung ilmu dgn amal. Dan yang lebih penting jgn takliq pada ilmu itu sendiri. Teruskan dan teruskan. Jgn lekas gigit dan merasa sudah cukup. Semakin digali semakin kita dekat dgn kebenaran. Pun begitu kebenaran tak dpt di peluk kerana sifatnya mutlak. Bak kata org tua, semakin byk ilmu semakin kita tahu bahawa lebih byk lagi perkara yg kita tidak tahu. Semakin kita menyelam semakin luas medannya.
Pernah dengar pepatah kata: "Ilmuku larut dalam ilmumu, ilmumu larut dlmku"? Ini ada kait 'Dalam IlmuNya'. Menyata yg ghaib. Mana letaknya syurga atau neraka. Yang mana syaitan, yg mana malaikat dan sbgnya..
Kena tahu bab Qudrat Iradat kemudian baru tahu takdir berubah ke tidak. kalau berubah yg mana, kalau tidak yg mana. Kalaulah satu zarah berubah, hancur alam ini. Sekurang kurang kena re-schedule blk. Jika tidak berubah, haq mana kita dan haq mana Allah taala.
Apa apapun kita teruskan mencari. Lelebih yg cetek cam nonini. Ni kata org tua kat sebelah noni nilah. Dia ajak org islam berani dan melompat jauh lagi. Dengan apa? Tentu ada kaedahnya. Noni pun tak tahu. Hiks!
Oklah tak mau pjg pjg. Rasanya nak tamatkan forum takdir ni kat sini. Kira posting akhirlah ni kot. Penin dah ni. Assalamualaikum wbth...
Cukup ke takdir yang kau telah dapat?
[ Last edited by ibnur at 8-3-2007 09:55 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 8-3-2007 05:47 PM
Apapun terima kasih atas penerangan abg abg terutamanya ustaz Akayshah noni ni. Panjang lebar dan amat sesuai untuk org org biasa seperti saya ni. Noni sokong sgt kalau kenkawan merujuk tulisan bang ustaz kita nih. Nonipun samalah..
Masalah takdir tak seberat mana amir, kenapa sampai jadi confuse sebegini. Posting noni tu dah lama. Dah selesai dah pun, cuba awk baca balik quote noni di atas yg sy gariskan itu.
Kalau noni sendiri dah kata amat sesuai utk org biasa spt dia. Itu tandanya dia faham. Harap amir baca juga respon2 yg baik dr lain2 forumner berkenaan penerangan akasyah. Oleh kerana persoalan takdir ni sesuatu yg asas tp penting jd mod berbesar hati letak dlm indeks senang utk jd rujukan. Kalaulah jawaban akasyah tak betul dan mengelirukan, dah lama mod delete atau tak diletak dlm indeks utk dijadikan rujukan sesiapa sj.
Kenapa dlm soal takdir ini pun amir cuba provoke? Apakah kerana semata2 penerangan takdir ini dtg dari org rufaqa?
Teliti baik2 segala ilmu yg dipost oleh akasyah dgn berlapang dada. Tak baik berburuk sangka dgn sengaja mencari kesalahan org yg dtg dari jemaah yg awk tidak senangi padahal ilmu yg cuba dikongsi bersama di sini adalah ilmu yg haq dan umum milik semua org Islam tidak kira ia dtg dari jemaah mana sekalipun. Persoalan takdir persoalan milik bersama org2 Islam tidak ada kena mengena dgn keterbabitan seseorg itu dgn jemaah pilihannya.
Utk mendapat byk ilmu yg haq, kita kena buang prejudis, jika tidak kita sendiri yg rugi kerana mengusutkan persoalan asas spt ini.
Kalau awk msh tak faham jwban akasyah pada persoalan noni, bahagian mana yg awk tak faham...silalah qoute semula di sini, itukan cara terbaik...drpd awk terus bergaduh dgn Guys, insya Allah sy cuba bantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noni at 28-7-2004 01:21 PM
Bang Ustaz, penerangan panjang ustaz yg ada tidak membantu. Dalam erti kata lain tidak dapat menceraikan dari sketsa tersebut yang mana Qada Mubram dan yg mana Takdir mu'alaq.
Saya mudahkan sk ...
Ini Mawar! Jawab yang Noni punya pertanyaan. Aku pastekan dibawah ini.
Kedua:
Noni ditinggalkan kekasih, kecewa, pergi bagunan KLCC, terjun, meninggal dunia.
Yang mana Mubram dan yang mana Mu'alaq. Apakah petunjuk dan alasan alasannya(dalil).
Noni keliru ni. Bang ustaz..
Tolong terangkan yang mana Qada' Mubram dan yang mana Takdir Mu'alaq?
Ha..jawab yang ini wakil bagi Akasyah.. Terangkan saja dan jangan bagi keterangan yang menjela-jela jugak jangan kata yang perkara ini telah diterangkan dan kau suruh aku pi tengok kat postings Akasyah tu...
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 9-3-2007 03:45 PM
Ini Mawar! Jawab yang Noni punya pertanyaan. Aku pastekan dibawah ini.
Tolong terangkan yang mana Qada' Mubram dan yang mana Takdir Mu'alaq?
Ha..jawab yang i ...
Rupa2nya ini yg menimbulkan kekeliruan awk?
Punya pjg lebar akasyah terang..he he he
Oleh kerana akasyah dh terang pjg lebar dan awk pula tak mau pjg lebar sy petik sikit sj semula jwban akasyah yg merupakan clue atau intipati pd jwban noni spt di bawah ini...
Untuk menetapkan sesuatu itu adakah ianya Qada' Mubram atau Takdir Mu'alaq tidak pernah dan tidak ada dibahaskan oleh mana2 ulama tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah . Mana mungkin sesuatu yg menjadi rahsia-Nya boleh dibahaskan oleh makhluk tanpa keizinan dari-Nya. Saya ulangi sekali lagi bahwa segala takdir atau pun apa yg akan berlaku tetap menjadi rahsia di sisi-Nya. Kita hanya tahu bila takdir itu sudah berlaku.
Ini pula ringkasan dr saya....
Qada' Mubram atau Takdir Mu'alaq hanya dibahagikan kepada dua dr sudut perbahasan ilmu semata2 utk mengelakkan kekeliruan ttp utk menentukan sesuatu kejadian yg dh berlaku samada adakah kejadian tersebut merupakan Qada' Mubram atau ianya Takdir Mu'alaq...tidak akan mampu kita tentukan kerana baik Qada' Mubram mahupun Takdir Mu'alaq, kedua-duanya merupakan rahsia Tuhan di sisinya.
Mungkin ianya sudah diletakkan ke dlm Qada' Mubram (ketentuan sejak azali/master plan Tuhan semenjak Dia mahu mencipta dunia ini dgn isi2nya sekali) atau ianya mungkin hanya takdir Mu'alaq ( kejadian yg berubah kerana doa dan usaha). Kedudukan sesuatu takdir yg sudah berlaku hanya Allah shj yg mengetahui. Baik Qada' Mubram atau Takdir Mu'alag ianya tetap merupakan suatu kedudukan yg menjadi rahsia di sisiNya.
[ Last edited by Mawar Merah at 9-3-2007 05:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mawar Merah at 9-3-2007 05:21 PM
Rupa2nya ini yg menimbulkan kekeliruan awk?
Punya pjg lebar akasyah terang..he he he
Oleh kerana akasyah dh terang pjg lebar dan awk pula tak mau pjg lebar sy petik sikit sj semula jwba ...
At last,mengikut postings Akasyah jawapan kepada persoalan Noni ialah ulama tauhid ASWJ tidak membahaskan.
Kedua,mengikut pendapat kamu pulak,mungkin Qada' Mubram dan mungkin Takdir Mu'alaq. Habis macam mana,kata perkara asas.Sepatutnya setelah mengharungi ilmu Qada dan Qadar,tentu sekali kamu dapat membuat kesimpulan diatas keyakinan kamu terhadap perkara itu.
Duduk perkara permasalahan Noni itu ialah telah meninggal dunia.Yang tidak ketentuan,apa sebab? Kematian dia itu belum muktamad ke? Oh, mungkin dia hidup balik! Kerana belum sampai Qada' Mubram.
Kamu confused,kerana perkara itu ialah bunuh diri, sangkaan kamu Qada' Mubram itu mungkin belum sampai lagi, pada saat dia mati. Seolah-olah ketidakyakinan kamu itu bahawa saat kematian itu tidak pada apa yang telah ditentukan oleh Allah iaitu Qada' Mubram( yang tidak berubah itu).
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 9-3-2007 06:00 PM
At last,mengikut postings Akasyah jawapan kepada persoalan Noni ialah ulama tauhid ASWJ tidak membahaskan.
Kedua,mengikut pendapat kamu pulak,mungkin Qada' Mubram dan mungkin ...
Aku rasa aku tak der masalah nk faham penerangan Akasyah tuh...apasal kau nih susah sgt nak faham??
Ketentuan takdir : Maka telah berlaku, Noni meninggal dunia.
Untuk menetapkan sesuatu itu adakah ianya Qada' Mubram atau Takdir Mu'alaq tidak pernah dan tidak ada dibahaskan oleh mana2 ulama tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah . Mana mungkin sesuatu yg menjadi rahsia-Nya boleh dibahaskan oleh makhluk tanpa keizinan dari-Nya. Saya ulangi sekali lagi bahwa segala takdir atau pun apa yg akan berlaku tetap menjadi rahsia di sisi-Nya. Kita hanya tahu bila takdir itu sudah berlaku.
Jadi, sama ada ia qada mubram atau takdir mu alaq, itu rahsia Tuhan.
apasal lak kau melalut sampai kata, mana tahu Noni boleh hidup balik lak ?.....takdir dah berlaku, maka habislah cerita...rahsianya apakah bentuk takdir tersebut, Tuhan sahajalah tahu.
Aku rasa kau yg confius nih.....![](static/image/smiley/default/smile.gif)
[ Last edited by rainbows at 9-3-2007 06:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
As'salamualaikum..para forumer sekalian..
saya ada cerita dan beberapa soalan nak di ajulkan..biarlah saya bermula dengan cerita dahulu..saya bukanlah terlalu jahil tentang agama..tetapi kadang2 kesusahan membuatkan saya lupa tentang kebesaran Allah..di pendekkan cerita..pernah satu ketika saya bermimpi..didalam mimpi tersebut saya telah memenangi duit hasil dari nombor ekor..memang jelas tertera nombor yg saya menangi dan jumlah pertaruhan rm 10 didalam tiket(TOTO 4D) pertaruhan tersebut di dalam mimpi itu..nombornya tak lain..nombor kereta saya sendiri..mimpi tersebut hari selasa..mulai hari rabu saya telah membeli nombor tersebut persis mengikut seperti di dalam mimpi..begitulah setrusnya..pada hari ahad..saya masih membeli nombor tersebut..TETAPI..tidak pada TOTO..saya beli di MAGNUM..langsung tak terdetik di hati saya untuk membeli di TOTO..alangkah terkejutnya saya..keesokan harinya nombor tersebut naik first prize di TOTO..tapi..saya tidak kecewa..malah saya berfikir..mungkin Allah tidak mengizinkan saya dari menjamah duit hasil haram sebegitu..biarpun saya amat memerlukan wang ketika itu..ada kala saya terfikir..mengapa takdir saya sedemikian?untuk pengetahuan saudara2 sekalian..saya bukanlah dari golongan pemalas..boleh dikatakan masa saya lebih byk di habiskan ubtuk mencari rezki demi keluarga..tetapi saya belum pernah berpuas hati..saya masih dalam kategori cukup2 makan..sedangkan ada sorg sahabat saya kerjanya cume berjudi..boleh menghasilkan rm1-3k setiap hari..tetapi mengapa Allah permudah jalan baginya memperoleh wang?sedangkan saya?Mohon maaf saudara1 sekalian..saya bukan mempertikaikan ketentuan Allah..Saya terima..tetapi hati saya penuh tanda tanya..saya merasa hiba melihat penderitaan org lain yg jauh lebih payah dari saya..ingin saya bantu dari wang ringgit..saya pun agak kesmpitan..seandainya saya kaya..mmg akan saya ushakan untuk mereka..biarlah kekayaan yg diberiakan Allah ini di kongsi bersama..persoalan yg saya tidak mampu untuk menjawabnya..tolongglah para sahabat beri pendapat..cuma saya ubati hati inii dengan kata.."Allah takkan menduga hambanya yang tidak mampu"..Memang Allah itu maha adil dan penyayang..biarpun dari sudut rezeki kewangan saya gak sukar..tetapi kesihatan saya tidak pernah terganggu..biarpun berujan..kerja berpanas..beum pernah saya jatuh sakit..
saya ingin bertanya..
1-Adakah doa2 yg boleh digunakan bagi memohon kemurahan rezeki pada Allah?
2-Berdosakah kita jikalau mendermakan duit hasil judi kepada fakir miskin atau masjid dan sebagainya..
3-petrbuatan meminta nombor menggunakan kuasa ghaib adalah syirik(BAGAIMANA DENGAN SEORANG BOMOH NOMBOR YG BERGELAR HAJI,MALAH MENDAPAT KEPANDAIAN TERSEBUT DI TANAH SUCI)apakah pandangan sebenar mengenainya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #200 skapula1303's post
saudara, walaupun dunia ini adalah sepertimana yg kita lihat...
malangnya, sebenarnya, dunia ini bukanlah seperti apa yg kita lihat....
sy rasa saudara perlu cari erti kebahagiaan sebenar....
secara normal kaya dinilai sebagai kebahagiaan, malangnya ia adalah tipu daya semata2...
kekayaan akan menjadi tipu daya bila kita sanggup guna cara haram untuk mendapatkannya....
syukurlah jika saudara tidak pernah menjamah duit haram, kerana daging dari duit yg haram takkan terlepas dari api neraka...walaupun bertaubat...
sy tidak tahu saudara bagaimana tp sanggupkah saudara dibakar, sy tidak....
bagaimana saudara boleh kata Tuhan memudahkan jalan kawan2 saudara yg dapat wang secara berjudi?.....itu adalah salah....
sebenarnya mereka hanyalah org yg memperbodohkan diri sendiri...
jikalau itulah caranya mencari wang maka baik jadi miskin atau golongan sederhana saja asalkan cari duit secara halal,
kerana itu beribu juta batu lebih baik dari org yg kaya dengan wang haram.......
secara tidak sedar, Tuhan telah pelihara saudara dengan sesuatu yg saudara anggap ia buruk buat saudara, padahal ia sangat2 baik untuk saudara....![](static/image/smiley/default/smile.gif)
saudara sabarlah,teruskan cari duit halal biarpun sepuluh sen...
sebab itu jauh lebih baik jika saudara mengetahui...
Tahukah saudara,sebenarnya dalam keadaan susah pun kita boleh bahagia...
oleh itu carilah erti kebahagiaan sebenar...
sekian...semoga saudara berjaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by skapula1303 at 6-6-2007 03:09 AM
As'salamualaikum..para forumer sekalian..
saya ada cerita dan beberapa soalan nak di ajulkan..biarlah saya bermula dengan cerita dahulu..saya bukanlah terlalu jahil tentang agama..tetapi kadang2 ...
Saya harap sdr skapula baca dan fahami artikel di bawah...juga dipersilakan sdr ke website http://www.rufaqadaily.com utk mendapat lebih byk panduan hidup yg berguna di situ...
UJIAN HIDUP : ADA POSITIF, ADA NEGATIF
06/06/2007
Manusia hidup di dunia tetapi tidak mahu diuji, itu tidak kenalah. Sebab itu sudah dasar Allah. Manusia kena akur dengan Allah. Setelah manusia diuji, Allah hendak tengok siapa di antara manusia yang biasa, siapa yang jahat. Yang baik ke Syurga yang jahat ke Neraka.
Kalau mengikut pandangan kita, ujian itu benda yang negatif, ujian itu ada dua bentuk:
1.Ujian yang menyukakan,menggembirakan, atau menyenangkan (positif)
Contoh: Menjadi raja, Perdana Menteri, pegawai tinggi, dapat kekayaan, harta banyak, ilmu banyak dan sebagainya. Itu di antara contoh besar.
2.Ujian yang tidak menyukakan,mendukacitakan atau menyusahkan (negatif)
Contoh lumpuh,sakit kronik, sakit yang teruk, tidak boleh jalan, itu paling azab.Ujian lain sudah ringan, contohnya orang mengata kita, isteri tidak sayang, suami benci. Luka atau kudis lagi ringanlah.
Di antara dua ujian ini yang lebih mudah merosakkan manusia adalah ujian senang. Sebab itu Tuhan sebut yang banyak masuk Neraka adalah orang kaya, high class tetapi yang banyak masuk Syurga adalah orang miskin.
Padahal lojiknya kalau orang kaya atau high class tentu boleh buat baik, ada kuasa tolong orang, bantu orang, hiburkan orang. Tapi yang berlaku tidak begitu. Bila jadi kaya raya, jadi megah, sombong, ada kuasa, zalim. Bila ada yang mencabar, dia akan mencari jalan supaya orang tersebut dipersalahkan untuk ditangkap. Jadi lojik tidak boleh pakai.
Sebelum dapat, lojik berfikir: "Kalau aku kaya, aku akan tolong orang, bantu orang, untuk dapat pahala besar |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualakum,
Dalam membicarakan berkenaan dengan TAKDIR ini, sememangnya tidak banyak yang dapat kita fikirkan. Biasanya pemikiran akan terus jadi buntu bila kita cuba2 fikirkan dengan sedalam2nya. Pelbagai persoalan akan timbul satu persatu tanpa dapat kita menjawabnya..
Di dalam kitab Kitab al-Jami' al-Shaghir ada menyebutkan beberapa hadis nabi seperti berikut;
"Sesungguhnya bilamana Allah SWT menghendaki terIaksananya sesuatu, diperintahkan-Nya agar akal orang-orang yang bersangkutan dicabut sampai terIaksananya hal tersebut. Setelah hal itu selesai terIaksana, dikembalikanlah akal mereka dan timbulIah penyesaIan."
Imam Ali Ridha as berkata: "Bilamana Allah SWT menghendaki sesuatu, dicabut-Nya akal para hamba-Nya sampai terIaksananya kehendak-Nya itu; setelah itu dikembalikan-Nya semua akal kepada pemiliknya yang segera akan bertanya-tanya: "Bagaimana hal ini terjadi? Dari manakah ini?".
Imam Ali turut berkata; "bila datangnya qadha, mata tertutup, bila segalanya telah berlalu, sesalpun datang walau tak berguna. Tiada jelas lagi kawan ataupun lawan, tabib yang mahir di dalam kebingungan, ubat yang mujarab kehilangan kemujarabannya.."
Ingatlah kembali apa yang telah terjadi ketika Perang Badar dahulu, bagaimana takdir bisa mengatasi segalanya. Allah SWT telah berfirman di dalam Al Qr'an;
"IngatIah, ketika kamu bertemu dengan musuhmu, Dia memperlihatkan mereka kepadamu sedikit jumIahnya di matamu, dan Ia mengecilkan jumIahmu di mata mereka, supaya Allah meIaksanakan keputusan yang harus dijalankan; dan kepada Allah dikembalikan segala urusan." (QS 8 : 44)
Begitulah apabila Allah SWT telah menetapkan kemenangan di pihak Islam dan sebaliknya menetapkan pula sebuah kekalahan di pihak Musuh... sekalipun mereka itu memiliki segala kelengkapan perang yang jauh lebih hebat dari lawan mereka!
"... Barangsiapa tawakkal kepada Allah, cukupIah Ia baginya. Sungguh Allah meIaksanakan keputusan-Nya, dan bagi segala sesuatu, Allah telah menjadikan ketentuan." (QS 65 : 3)
Dalam ayat ini, jelas menyatakan bahawa sistem sebab - musabab masih harus terjadi sedangkan penentuan segala sesuatu adalah dalam hak Allah SWT. "barang siapa bertawakkal kepada Allah" adalah sistem sebab- musabab itu manakala "dan bagi segala sesuatu itu, Allah telah menjadikan ketentuan" inilah takdir..
"barang siapa bertawakkal kepada Allah" akan mendorong seseorang itu memantapkan keimanannya dan akan mencurahkan segala daya upayanya dan meyakini datangnya hasil yang dia harap2kan.
Seseorang yang percaya kepada takdir Ilahi tentu akan percaya juga kepada hikmah, rahmat, dan keadiIan Ilahi. Ia percaya pula bahwa seseorang yang berusaha mendapatkan ridha Allah, yaitu dengan bersungguh-sungguh mengikuti syari'at-Nya, maka akan selalu terpelihara dari penyimpangan. Kepercayaan kepada takdir dan tadbir Ilahi seperti ini akan membuahkan sikap bertawakal dan bersandar kepada Allah SWT, dan menghilangkan rasa takut akan kematian, kehancuran, kemiskinan dan keperluannya; serta menutup celah terbesar kelemahan pada diri manusia, yaitu ketakutan akan hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan...... |
|
|
|
|
|
|
|
Begini saudara2 sekalian..apa yg saya ceritakan tentang kisah saya bukanlah untuk membuka pekung didada atau menceritakan tabiat buruk saya..untuk pengetahuan saudara-saudari sekalian..itulah kali pertama saya melakukan perbuatan tersebut..memang benar kata saudar-saudari semua berkenaan ujian negatif atau positif tersebut..tetapi..maksud saya tentang permudah tersebut adalah..megapa saya tak di permudahkan mencari rezeki yg halal..mmemang pada dasar senang baginya..tapi susah di sana kelak..bagi mereka yang kaki judi ini..nasihat tidak berguna..malah mereka rasa itulah jalan yang di beri Allah..saya bukanlah seperti yang disangka..biarpun hidup serba sederhana..saya masih menjalankan tanggungjawab sekadar yg mampu..maksudnya bersedekah apa adanya..belum pernah saya tidak bersedekah biarpun pada saat itu saya memerlukan wang..tak dapat banyak..sedikit..setiap manusia sering melakukan kesalahan baik secara langsung atau tidak..itu semua mengajar kita erti kehidupan..tujuan saya menceritakan kisah tersebut adalah untuk memberikan gambaran tentang 'takdir' tersebut..ada ketika kita sebagai manusia lupa tentang kebesaran Allah SWT di sebabkan ujian yang diberi....saya memang tidak berpelajaran tinggi..tapi Allah menganugerahkan saya akal yg amat berguna..saya ada kepandaian yg mungkin tidak ada pada insan lain..saya masih mampu membantu sesetegah golongan insan yg memerlukan bantuan..saya sendiri di anugerahkan ilmu untuk memulihkan penyakit2 ghaib..contohnya SAKA,SANTAU,GUNA2 dan berbagai2 lagi..biar pun saya belum cukup arif untuk mengubati..tapi apa yang saya lakukan secara ikhlas..tanpa meminta bayaran sepeser pun..cuma kadang kala hati ini terdetik bila melihat kesengsaraan sesetengah insan yg amat memerlukan bantuan..sedangkan saya cume mampu berdoa ke atas insan tersebut..sebagai contoh..bapa saudara saya adalah seorag saudagar yg amat terkenal di negara jiran..beliau sangat kaya sehinggakan beliau sendiri tidak tahu berapa banyak harta yang beliau ada..mungkin ada yang tidak percaya..beliau mempunyai bank sendiri untuk menguruskan harta2 dan asetnya..saya ingin jadi seperti beliau..biarpun begitu kaya..beliau tidak lokek..didirikan masjid hasil dari kekayaan beliau..bersedekah semahu2nya..pokoknya..perkara wajib bg seorang muslim tidak dilupakannya..habis duitnya 100k untuk sedekah dan derma..ditambah Allah duitnya manjadi 200k..begitulah seterusnya sehingga sekarang..biarpun begitu kaya beliau tidak lupa diri..tetapi..berbalik kepada soal TAKDIR..beliau juga hidup susah seperti saya..siang malam berusaha..dan akhirnya...siapa tahu..beliau berjaya..setiap tahun..ada sahaja org2 dari kampung yang bapa saudara saya bawa mengerjakan haji tanpa org tersebut mengeluarkan biaya..semua beliau tanggung..janganlah saudara-saudari salah anggap pada saya..saya masih memerlukan pandangan dan pendapat saudara2 sekalian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by skapula1303 at 6-6-2007 03:09 AM
saya ingin bertanya..
1-Adakah doa2 yg boleh digunakan bagi memohon kemurahan rezeki pada Allah?
2-Berdosakah kita jikalau mendermakan duit hasil judi kepada fakir miskin atau masjid dan sebagainya..
3-petrbuatan meminta nombor menggunakan kuasa ghaib adalahsyirik(BAGAIMANA DENGAN SEORANG BOMOH NOMBOR YG BERGELAR HAJI,MALAHMENDAPAT KEPANDAIAN TERSEBUT DI TANAH SUCI)apakah pandangan sebenarmengenainya?
Salam skapula....
1- boleh berdoa kemurahan rezeki (yang halal): terbaik berdoa dalam bahasa yang kita faham
2- perlu penjelasan yang lebih untuk menjawab persoalan ni, secara mudah: jangan terjebak dengan perkara haram
kalau dah dapat duit tu, boleh digunakan untuk kebajikan umum seperti buat jalan raya, baiki jambatan, bersih kampung
elakkan menyalur duit haram kepada orang lain/masjid walaupun tujuan baik kerana ia mungkin menjadi sebab untuk
meneruskan perbuatan tersebut
3- ya, umumnya dikategorikan sebagai syirik - masih memerlukan penjelasan lanjut |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by skapula1303 at 7-6-2007 03:33 AM
maksud saya tentang permudah tersebut adalah..megapa saya tak dipermudahkan mencari rezeki yg halal..mmemang pada dasar senangbaginya..tapi susah di sana kelak.
Dalam Quran Allah menerangkan yang Allah menguji setiap hambanya: contoh ujian kesabaran
Rezeki telah ditetapkan Allah, kadang2 sebab anak Adam tak sabar maka dia memilih cara haram. Jika dia sabar, nescaya rezeki yang sama datang secara halal.
saya ada kepandaian yg mungkin tidak ada pada insan lain..saya masihmampu membantu sesetegah golongan insan yg memerlukan bantuan..sayasendiri di anugerahkan ilmu untuk memulihkan penyakit2 ghaib..contohnyaSAKA,SANTAU,GUNA2 dan berbagai2 lagi..
Jika anda mengubati dengan kaedah yang tidak bertentangan hukum syarak, usaha anda adalah usaha murni. Perlu diingat, sesiapa yang mengamalkan ilmu2 berkaitan Jin (contohnyasembuhkan gangguan SAKA,SANTAU,GUNA2) maka kehidupannya akan menjadi lebih sukar, walaupun niat baik. Ini telah dialami oleh ramai yang aktif dalam bidang ni.
Bersangka baik pada Allah
-Mafhum hadith: Allah melakukan sesuatu pada hambanya sepertimana yang disangka oleh hambanya
-kalau kita sangka Allah tak adil, maka kehidupan kita akan nampak seolah-olah Allah tak adil, (susah nak cari rezeki halal...)
Berserah pada Allah
-segala yang baik dan kesan yang buruk adalah dari Allah. Redha dengan ketentuan (taqdir) Allah. Adakalanya Allah uji kita di dunia ini dan kalau kita sabar, kita akan diberikan darjat istimewa di dunia ni, ataupun di akhirat nanti, ataupun kedua-duanya.
Bersyukur atas rezeki walaupun nampak kecil
-sesiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan nikmatnya, sesiapa yang kufur dengan nikmat Allah maka azab Allah amat pedih
-contoh kufur nikmat: berjudi, mohon nombor ekor (sebab perkara ini akan menyebabkan Iman lemah, kepercayaan duit yang dapat menyelesaikan masalah) |
|
|
|
|
|
|
|
in nk cerita sikit kisah seorg teman kakak ipar yg berkahwin atas dasar pilihan keluarga..
pada peringkat awal gurl (in namakan aja polanah) ni menolak... tp, desakan, nasihat akhirnya perkahwinan diteruskan dan polanah menerima
bakal suami seadanya...
sepanjang perkahwinan polanah, semua org nmpk elok2 aje perkahwinan tsebut... tiada pergaduhan yg besar dan mereka pn dh ada 3 org anak..
namun hati polanah siapalah yang tahu...
sehingga polanah meluahkan semua ini kpd kakak ipar in... hatinya sering menangis dan berkata2 kenapalah jodohnya dgn lelaki ini...? kenapalah
dia tdk dpt memilih sendiri jodohnya... kenapalah dia tdk dpt suami yg diimpikannya kalaupun itulah jodohnya yg keluarga tetapkan... dan byklah lg
kenapalah....
bila kakak ipar in katakan, itulah takdir dan berbaik sangkalah dgn takdir....
dan polanah berkata, kenapa takdir begitu kejam...?
buat pengetahuan pembaca, suami polanah bukanlah seorg pengamal dosa2 besar, cuma sedikit pembengis, kedekut dgn isteri, berat tulang dan
bkn seorg yg peramah... mungkin ada sikit2 lagi yg in tak tahu...
soalannya.. adakah keresahan jiwa polanah yg perolehinya suami yang tdk dicintai suatu takdir? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by indah1285 at 7-6-2007 09:29 AM
adakah keresahan jiwa polanah yg perolehinya suami yang tdk dicintai suatu takdir?
Pada saya, taqdir adalah jodohnya. Belum tentu dia bahagia jika dia pilih jodoh sendiri. Lihatlah pada artis2 sekarang ni, pilihan sendiri semuanya, tapi lama mana bertahan....?
Keresahan jiwa itu boleh diubati jika dia lebih menghampirkan diri kepada Allah dan memohon Allah meletakkan kasih sayang terhadap suaminya, selalu pandang baik suaminya dan lain-lain ciri akhlak mulia.
Saya ada kenalan rapat yang berkahwin kerana pilihan keluarga, pada awalnya si isteri tidak menyukai suaminya (tapi bila bertunang tidak menyatakan tak suka). Namun selepas bertahun-tahun dan telah mempunyai beberapa cahaya mata, si isteri pula yang selalu lebih-lebihkan suaminya dalam banyak hal melibatkan keluarga. Kan dah terbalik tu....
Apapun, dalam hal perkahwinan, persetujuan perempuan perlu diambil kira walaupun keluarga yang mencari jodoh. Yang menjadi kesalahan ialah keluarga paksa kahwin tanpa persetujuan anak perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #208 indah1285's post
Kisah yang in tulis ini sebenarnya merujuk kepada seseorang yang tidak dapat menerima takdir yang berlaku atas dirinya. Atau dalam kata2 yang lebih kasar, seseorang yang ingin melawan takdir..
Manusia2 yang seumpama ini di dalam jiwanya telah terbit rasa kesal, kesedihan, kemarahan dan juga pemberontakan. Segala keadaan jiwa ini adalah petanda seseorang itu ingin mencuba menentang takdir yang telah berlaku atas dirinya. Penentangan ini lantas membuatkan jiwanya tidak tenang dan sentiasa bergelora. Keadaan seperti ini akan terus di alaminya selagi 'takdir' ini tidak pergi dari dirinya. Namun apakan daya, mereka ini tidak mampu untuk menghalau takdir ini keluar dari kehidupan mereka. Maka jadilah mereka itu berjiwa resah gelisah, gundah gulana sepanjang masa.........
Apabila mereka berdoa, hanya yang lahir dari lidah mereka kata2 seperti;
"Tuhanku, mengapa ini harus terjadi pada diriku? Apakah salah dan dosaku? Mengapa aku hidup melarat? Mengapa aku di takdirkan jadi begini? Di dalam situasi ini? Mengapa tidak Engkau bebaskan aku dari keadaan ini????" seterusnya dan seterusnya....
Sungguh menyedihkan apabila ini terjadi kepada aku dan engkau.. Sungguh menyayat hati... huhuhuu..
Sebagai seorang yang beriman, sebaiknya kita jangan jadi seperti itu. Jika kita percaya Allah SWT itu adalah Pemelihara kita, mengapa perlu bersedih hati? Mengapa mesti memberontak??
Siapakah kita yang hendak melawan takdir?
Siapakah kita yang berani2 hendak mengkritik ketentuan Allah SWT??
Jika kita Percaya Allah SWT Pemelihara kita, maka kita juga wajib percaya bahawa diri kita ini sentiasa di dalam pemeliharaanNya.
Allah SWT adalah Pemelihara dan Dia sentiasa memelihara kita semua.
Jadik, mengapa harus bersedih? Mengapa pula harus takut menghadapi suratan takdir hidup kita ini? Jika Allah itu adalah Pemelihara kita semua, sudah tentu diri kita akan terpelihara olehNya, bukan seketika, bukan setahun dua, tetapi untuk selamanya.....
Lagipun Dia juga adalah yang memiliki perancangan yang sempurna. Dan juga Dia adalah pemilik keputusan yang muktamad!
Maka kerana itulah kita kena terima saja apa2 yang ada... "hadapi dengan senyuman" dan "menyerahlah untuk menang" Jangan melawan kerana engkau tiada akan sanggup berlawan. Jangan merintih kerana ianya tidak bisa merubah apa2 pun...
Namun begitu, apa yang aku tuliskan kat atas tu bukan bererti kita hanya perlu duduk goyang2kan kaki menanti takdir kita datang dan pergi dan datang lagi dan pergi lagi dan lagi... Sila rujuk post aku yang lepas sebagai kesinambungan..... hehee..
Wassalam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 7-6-2007 07:38 AM
Salam skapula....
1- boleh berdoa kemurahan rezeki (yang halal): terbaik berdoa dalam bahasa yang kita faham
2- perlu penjelasan yang lebih untuk menjawab persoalan ni, secara mudah: jang ...
soal mendermakan duit haram tu bukan saya..sahabat yang saya ceritakan tu la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|