CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 1-4-2008 07:38 AM | Show all posts
Originally posted by kitul at 28-3-2008 04:54 PM
Adalah menjadi kelaziman bagi jemaah haji; khususnya melalui pekej; di bawa menziarah/melancung dan bermalam di Jeddah.

Perlu diingatkan bahawa sungguhpun bandar Jeddah tidak melebihi jarak du ...


Nak tambah sikit, tawaf wada' tidak boleh dilakukan kecuali setelah menunaikan Tawaf Ifadah (tawaf rukun) bagi mereka yang melakukan haji dan umrah. Seseorang yang telah menunaikan Tawaf Wada' hendaklah bersegera meninggalkan Mekkah dan tidak melengah-lengahkannya kecuali kerana perkara2 yg berkaitan dgn perjalanan atau mendirikan solat dan seseorg yg kesuntukan masa, terhasil Tawaf Wada' dgn melakukan Tawaf Ifadah walaupun setelah itu dia melakukan Saie Haji.
* sumber dr Ibadat Haji , Umrah dan Ziarah terbitan Lembaga Tabung Haji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2008 07:51 AM | Show all posts
Originally posted by kitul at 31-3-2008 04:11 PM

kita tak selalu dapat pergi ke sana;
gunakanlah sepenuh masa untuk mendekatkan diri dengan Allah.
perbanyakkan solat2 sunat. pahalanya seratus ribu ganda.
dan; jangan lupa...
minum air zam- ...


memang betul, bukan selalu dpt ke sana dan menjadi tetamu ALLAH. Lebih2 lagi sekarang, kuota bagi jemaah haji Malaysia hanya 26 ribu saja setahun. Ada yang nama dh dapat pergi, last minute kena potong . Tentu sgt hampa dan kecewa . Itulah ketentuan ALLAH, ada yg dh menjejakkan kaki ke sana , tetapi tidak dapat beribadat kerana ditimpa sakit dan berbagai2 musibah. Itu semua ketentuan ALLAH kepada hambaNYA . Kesimpulannya , seperti kata KITUL , gunakanlah sepenuh masa untuk mendekatkan diri dengan Allah. perbanyakkan solat2 sunat. pahalanya seratus ribu ganda.Pelbagai solat sunat boleh dilakukan spt solat sunat israk dan dhuha selepas subuh , solat sunat awabbin selepas magrib menuju waktu isyak, solat sunat hajat , solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, dan solat sunat taubat menuju waktu subuh . Banyakkanlah bertadarus Al-Quran dan cuba khatam sekurang-kurangnya sekali di sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2008 07:57 AM | Show all posts
Originally posted by minidictionary at 31-3-2008 10:28 PM
Thanks to Hj Rezeki sbb sudi share ur story. Seronok bace sambil tenok gamba2.

Dulu mase Min wat tawaf asik batal je air semayang either sbb berlanggar ngan lelaki or melepas angin. Tah brapa ...


Megikut keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan pada 5 Mei 2006 di Kuala Terengganu, tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan (kulit) antara lelaki dgn perempuan ketika tawaf dan dalam keadaan "masyaqqah" (kepayahan / kesusahan) dgn syarat tanpa syahwat.
Tapi jika keluar sesuatu dari qubul atau dubur dan perkara2 lain yang membatalkan wuduk , maka wuduk tersebut tetap terbatal.
* sumber Ibadat Haji , Umrah dan Ziarah terbitan Lembaga Tabung Haji
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2008 07:59 AM | Show all posts
Haram Al-Syarif

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2008 08:01 AM | Show all posts
Masjidil Haram ketika lenggang di laman Kaabah

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 06:33 AM | Show all posts

Reply #164 rezeki's post

SubhanaAllah...Cantiknya.

Camner ambil gambar nie?

Tk banyak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2008 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by hazel23 at 31-3-2008 10:03 PM

Subhanallah

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 07:48 PM | Show all posts
Maybe this sounds stupid, tp boleh amik gambar ke kat masjid? Ke ambil secara rahsia? Teringinnya nak pegi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2008 10:35 AM | Show all posts
Peraturannya,
1. TIDAK dibenarkan membawa kamera dan bergambar dalam masjid.

Penguatkuasaannya adalah,
1. Pemeriksaan terhadap jemaah lelaki dan wanita diadakan di pintu-pintu masjid.
2. Pemeriksaan terhadap jemaah wanita adalah lebih ketat daripada pemeriksaaan terhadap jemaah lelaki (Sebab penjaga wanita lebih rajin )
3. Kawalan keatas kamera lebih ketat daripada keatas handphone berkamera.
4. Sekiranya didapati jemaah membawa kamera, jemaah tidak dibenarkan masuk masjid, tetapi kamera tidak akan diambil.

Keadaannya adalah;
1. Ramai yang membawa kamera dan handphone berkamera ke dalam masjid.
2. Ramai yang bergambar dalam masjid tetapi tidak dipedulikan oleh pihak penguatkuasa.

Nasihat saya adalah;
1. Jika berpasangan, Jemaah lelaki yang membawa kamera masuk masjid; pun demikian; hendaklah secara bersembunyi.
2. Ambil gambar secara tidak terlalu terbuka
3. Ambil gambar bukan waktu puncak/waktu solat
4. Ambillah gambar sebanyak mungkin... bukan selalu dapat pergi sana.

Wallahualam

[ Last edited by  kitul at 4-4-2008 10:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 10:35 AM | Show all posts
maaf.. double post

[ Last edited by  kitul at 4-4-2008 10:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 10:58 AM | Show all posts

Reply #170 kitul's post

kalau jemaah perempuan...agak2 tempat yg paling ideal nak sembunyi camera?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 02:50 PM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 4-4-2008 10:58 AM
kalau jemaah perempuan...agak2 tempat yg paling ideal nak sembunyi camera?


Hanya pompuan yang mengetahuinya
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 02:51 PM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 4-4-2008 10:58 AM
kalau jemaah perempuan...agak2 tempat yg paling ideal nak sembunyi camera?


Hanya pompuan yang mengetahuinya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 09:20 PM | Show all posts
Nak tumpang tanya...apa yg dikatakan niat Ihram bersyarat bagi orang perempuan.
Kalau boleh pergi umrah ni malas nak makan pill..ikut kiraan masa pi ni suci tapi tak boleh nak cakap.
Takut takut kalau dia terdatang cepat semasa di sana.Ada dengar kata org kita boleh buat NIAT IHRAM BERSYARAT.Tolong jelaskan siapa yg tahu.. or yg ada pengalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 09:37 PM | Show all posts
rin pun nk tnya gak pasal  niat ihram bersyarat ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 10:18 AM | Show all posts

Reply #152 kitul's post

Terima kasih sudi kongsi pengalaman tuan2 haji kat sini...
Semoga dipermudahkan tuk kami ke sana jugak...
Taun lepas kami rancang tuk merayu ke TH tuk percepatkan jadual
kami ke sana tp kami batalkan niat tu kerana anak baru mula masuk darjah satu
(kesian kerana fikirkan dia nak adapt transition dari tadika ke darjah satu)
Skrg ikut suami saja samada dia nak stick to tarikh asal (taun depan) or
dia nak merayu tuk hujung taun ni...yg spatutnya dia dah buat kalau nak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2008 10:03 AM | Show all posts

Reply #175 rinafarha1709's post

Kita dah dpt NIAT UMRAH BERSYARAT.Dapat melalui Ustaz yg mengendalikan Pengurusan Haji
UNTUK WANITA SAHAJA.

1. KETIKA SUCI.
"Aku berniat mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana ALLAH swt.
    Sekiranya datang keuzuran haid , aku halal seperti orang yg halal."
  
   i ) Apabila Jemaah Wanita berkenaan dtg haid sebelum tawaf umrah MAKA gugurlah ihram           
       umrahnya.
   ii)  Setelah suci jika hendak kerjakan umrah hendaklah ke miqat utk berniat umrah.

2. KETIKA HAID
"Aku berniat mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana ALLAH SWT.
    Sekiranya haid aku berterusan halalkan aku spt orang yg halal."

   i) Jemaah wanita kena jaga pantang larang dlm ihram.
   ii) Setelah suci haid bolehlah tawaf dan sai.
   iii) Sekiranya haid berterusan sampai tiba tarikh balik.Maka gugurlah ihram umrahnya.

Bagi wanita yang tidak niat UMRAH BERSYARAT jika haid berterusan sampai tarikh balik sembelih seekor kambing sebagai ihsar utk menanggalkan ihram umrahnya dan memotong rambut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 10:06 AM | Show all posts

Reply #175 rinafarha1709's post

Kita dah dpt pasal niat Umrah Bersyarat ..panjanglah kalau nak ditaip..Tunggu kita jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 12:20 PM | Show all posts
hempp syahdu saya.....
rindu... tapi masa umrah ari tuh last day d madinah saya sgt sedih dan tak dapat nak gambar ngan kata2 sayu meninggalkan madinah....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 12:23 PM | Show all posts

Reply #173 kitul's post

yer betul heheheh.. saya masa 1st day samapai madinah kena halau sbb bw hp camera.. huhuhu sedih pas tuh saya tukar taktik n lepas plak... kt madinah sgt ketat kawalannyer.. kt mekah ok jerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.127360 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list