|
Reply #185 rajawali313's post
Lambang pada Panjinya ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Sambil kita mengharapkan PERINTIS Al Mahdi tu muncul di Malaysia...jangan lupa DOAkan kawan kita di TURKI....Sebab peranan TURKI di AKHIR ZAMAN juga penting sama seperti MALAYSIA...
GENTING.....mari pakat ramai-ramai berMUNAJAT, doakan kejayaan parti Islam AKP Turki pimpinan Rasyip Tayyib Erdorgan selamat dari ancaman puak SEKULAR.
YA ALLAH, TUHAN YANG MENCIPTA SEKALIAN ALAM, TUHAN YANG MENGUASAI SEGALA KERAJAAN DI LANGIT DAN KERAJAAN DI BUMI, TUHAN YANG MAHA BERKUASA MENAIKKAN MANA-MANA PEMIMPIN YANG DISUKAI DAN TUHAN YANG BERKUASA MENHANCURKAN MANA-MANA PEMIMPIN YANG DIKEHENDAKI.
YA ALLAH, SESUNGGUHNYA KERAJAAN TURKI DARI PARTI KEADILAN TURKI AKP YANG BERCITA-CITA ISLAM, PIMPINAN PERDANA MENTERI RASYIP TAYYIB ERDOGAN DAN PRESIDEN ABDULLAH GUL SEDANG MENGHADAPI SAAT-SAAT GENTING DI MANA PARTI INI MUNGKIN AKAN DIHARAMKAN DAN KERAJAAN PIMPINAN MEREKA JUGA MUNGKIN AKAN DIHANCURKAN OLEH PUAK-PUAK SEKULAR YANG AMAT BENCIKAN AGAMA MU DITEGAKKAAN DI BUMI ANATOLIA, BUMI PARA SYUHADA, BUMI PARA NABI-NABI MU YA ALLAH.
YA ALLAH, YA ZALJALALIWAL IKRAM...KETAHUILAH SESUNGGUHNYA PARTI AKP INI CUBA DIHARAMKAN OLEH PUAK-PUAK SEKULAR KERANA MEREKA INGIN MENEGAKKAN AGAMA MU DI BUMI ANATOLIA SESUDAH IANYA DIHARAMKAN SERATUS TAHUN YANG LAMPAU OLEH MUSTAFA KAMAL LAKNATULLAH.
YA ALLAH, TUHAN YANG MAHA BIJAK PERANCANGANNYA, ENGKAU GAGALKANLAH PERANCANGAN PUAK-PUAK SEKULAR TURKI INI. ENGKAU HANCURKANLAH MEREKA SEHANCUR-HANCURNYA SEBAGAIMANA ENGKAU HANCURKAN NAMRUD, FIRAUN DAN SHAH IRAN.
YA ALLAH, SESUNGGUHNYA HANYA KEPADA ENGKAULAH KAMI MEMOHON PELINDUNGAN. ENGKAU PERCEPATKANLAH KEBANGKITAN SEMULA ISLAM. ENGKAU BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG INGIN MENEGAKKAN AGAMA MU DI BUMI YANG TERCINTA INI...AMIN...AMIN...YA RABBAL ALAMIN. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aizverus at 11-2-2008 04:41 PM
pemuda bani tamim
pemuda bani tamim
banyak hadis menerangkan siapa pemuda bani tamim ini. kerana itulah dia menjadi sebuah nama yang
popular kepada mereka yang menkaji perihal kronologi kiamat.
antara tanda fizikalnya ialah-
-sederhana tubuhnya
-janggut nipis
-tak tinggi tak rendah
-sawo matang
-bergigi sulah
dan lain-lain
dia juga di gelar al-mansur dan yang paling famous ialah syuib bin salleh.
setelah kita kaji dua watak sebelum ini iaitu pemuda bani hasyim di malaysia, haris al-harasth di indonesia,
maka pemuda bani tamim di mana?
dalam versi hadis, negara belakang sungai dan timur jauh sudah di duduki, hanya tinggal khurasan.
dalam versi notradamus pula, great intermixed nation dan eastern latin sudah di duduki. tinggal kini, arabic intermixed via north africa.
baiklah kita kaji perihal lokasi dahulu.
versi hadis mengatakan khurasan adalah tempat munculnya pemuda ini. dimanakah khurasan.
jika di amati, khurasan ada di iraq(kalau tidak silap), akan tetapi, nabi mengisyaratkan
khurasan yang lebih timur tetapi menunjukkan tongkatnya ke arah selatan (kalau tidak salah ada hadis ini tetapi tidak tahu shohihnya)
berbalik pada versi notradomus pula, kita sudah dapat mengagak apa yang ingin dinyatakan itu.
arabic via north africa. negara arab apakah yang paling hampir dengan afrika?
sudah tentu jika kita lihat didalam peta dunia, kita akan dapat lihat EGYPT/MESIR.
maka, disini kita boleh kaitkan bahawa pemuda bani tamim munculnya di timur.
tapi serasikah dengan hadis mengenai fizikal dan kemunculan pemuda bani tamim?
sabda nabi ada mengatakan bahawa pemuda ini adalah keturnan arab yang sudah bercampur dengan
bangsa lain. kulitnya sawo matang dan tubuhnya sederhana.
jika di lihat kembali, asal keturunan pemuda ini adalah orang arab yang datang berdakwah ke luar.
tetapi di manakah lokasi paling tepat untuk menyatakan bangsa yang berkulit sawo matang dan bertubuh kecil serta
menerima islam sehingga menjadi 'ajam'.
jawapannya hanya tanah melayu. masalahnya kini, malaysia atau indonesia. sehingga kini, aiz tidak mampu menjawab,
akan tetapi lahirnya pemuda ini bukan untuk menunjukkan negara mana lahirnya dia dan seterusnya menjadi daulah islamiyah kedua.
lahirnya pemuda ini adalah 'represent' melayu...bukannya negara. mungkin lebih tepat lagi, tanah melayu.
kerana itulah pemuda ini akan berjumpa dengan haris al-harasth dan 'united' di bawah satu panji iaitu...
panji hitam.
...
ada lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #189 tongkatali's post
[quote]Originally posted by aizverus at 11-2-2008 04:42 PM
sambungan pemuda bani tamim
sambungan pemuda bani tamim
sebelum saya menulis, saya sudah menkaji dan membawa buku dan artikel mengenai pemuda ini dan
kes pemuda ini lah yang menjadi pemangkin pencarian saya sehingga ke tahap ini.
baiklah berikut artikel mengenai pemuda bani tamim...untuk informasi tambahan.
1. Namanya ialah Syuaib bin Saleh
Sabda Nabi SAW,
揚embawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #190 tongkatali's post
Originally posted by aizverus at 11-2-2008 04:43 PM
sambungan pemuda bani tamim
sambungan pemuda bani tamim
sesungguhnya, setiap kajian, saya sedaya upaya menjauhi unsur fitnah, pembohongan dan tidak sah.
mungkin juga jauh dari syiah yang di haramkan dan versi al-arqam yang memuja. saya mengajak
semua untuk melihat kebangkitan watak-watak future phenomenon ini dengan lebih universal.
B. Ciri-ciri Khusus
1. Dia digelar al-Mansur,
Beliau senantiasa dibantu oleh Allah dengan bantuan-Nya, yang juga merupakan karamah beliau. Gelar al-Mansur itu bukan suatu yang lazim bagi semua umat Islam sejak dahulu hingga sekarang. Oleh karena itu, hanya beliau saja yang mendapat gelar yang sangat tinggi itu. Gelar ini akan diperolehnya ketika beliau membawa angkatan tentaranya menuju ke Khurasan, katika beliau menemui al-Haris Harras di negeri Ma Wara an-Nahar (hari ini disebut wilayah Khurasan). Ketika itulah beliau akan memakai gelar ini.
Gelar al-Mansur adalah gelar yang diberikan oleh Nabi SAW melalui beberapa buah hadisnya ketika menceritakan mengenai Putra Bani Tamim ini dan juga kemunculan Imam Mahdi. Karena gelar ini sangat mulia, Nabi SAW seterusnya menyebutkan ketika itu wajib bagi setiap umat Islam (yang masih belum berkesempatan membaiatnya sebagai khalifah mereka) untuk membaiatnya walaupun terpaksa merangkak di atas salju untuk mendatanginya (maksudnya terpaksa melalui/menempuh berbagai kesukaran untuk menjumpainya).
2. Ketika zahirnya, dia termasuk orang yang sukar berbicara.
Dikatakan pula oleh ulama dan ahli firasat, bahwa ketika awal zahirnya ke dunia ini sebagai pemerintah, beliau termasuk orang yang sukar berbicara. Sifat ini bukan suatu yang asal, yakni bukan sejak lahirnya tetapi setelah besarnya.
Namun, tidak pula dinyatakan dengan lebih lanjut berapa lama beliau sukar berbicara itu. Berdasarkan satu keterangan, beliau akan dapat berbicara seperti sediakala setelah bertemu pertama kali dan berbaiat dengan Imam Mahdi di Baitullahil Haram.
Hikmah perkara ini dilakukan adalah untuk menyukarkan siapa saja yang mencoba mengaku dirinya sebagai Putra Bani Tamim. Jika syarat itu tidak ada pada dirinya (yakni dapat berbicara seperti biasa), maka dia bukanlah Putra Bani Tamim yang dinanti-nantikan, sebaliknya adalah penipu yang tidak perlu dipedulikan.
3. Kemunculannya adalah di sebuah negara yang menjadi pertemuan antara tiga buah laut.
Tempat kemunculannya yang seperti dinyatakan ini pertama kali disebutkan oleh Nostradamus, peramal yang terkenal itu. Sekedar yang diketahui, tidak ada sebuahpun hadis Nabi SAW atau sahabat yang menyebutkan demikian. Juga tidak ditemui di dalam pendapat tabiin dan para ulama muktabar mengenainya.
Sungguhpun begitu, para orientalis Yahudi dan Nasrani kelihatan sangat percaya akan hal ini. Setelah menghubungkan keterangan Nabi SAW dengan ramalan Nostradamus itu, mereka mencari negeri yang memiliki sifat demikian di negeri-negeri berkaitan. Mereka menjalankan 'kerja-kerja kotor' yaitu mencoba memadamkan kalimah Ilahi dengan berbagai cara.
Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalangi kebangkitan Islam untuk yang kedua kali dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu menjadi sasaran utama mereka karena mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya Pembantu Kanan Imam Mahdi itu.
Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini yaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani sedangkan Singapura adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi. Dari kedua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutama Indonesia karena mereka percaya Putra Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia. Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Putra Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.
Namun, karena sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap gerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketentaraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat mereka sebenarnya ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat mereka sehingga tidak pernah diketahui oleh umat Islam manapun di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pembentangan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri saja. Begitu bijaksananya mereka beroperasi.
4. Dia dan toifahnya sangat mencintai Rasulullah SAW, para sahabat dan Ahlul Bait serta sangat membela mereka.
Beliau dan anggota-anggota toifahnya adalah orang yang sangat mencintai Allah taala, Rasulullah SAW, Ahlul Bait dan para sahabat Radhiyallahu anhum. Ketika para sahabat dimaki dan dinista oleh golongan Syiah dan pro-Syiah, mereka mempertahankannya habis-habisan.
Ketika Ahlul Bait menerima cobaan dengan cara dihalau dari tanah air mereka, diburu, dicaci, ditangkap lalu disiksa, bahkan banyak yang dibunuh oleh golongan Wahabi yang berkuasa di Hijaz. Golongan ini secara terbuka membantu dan mendoakan keselamatan untuk Ahlul Bait ini.
Mereka selalu mendoakan kesejahteraan ke atas golongan ini dan membela seperti mereka membela anggota keluarganya yang ditimpa kesusahan, bagaikan mereka adik-beradik yang seibu sebapak dengan Ahlul Bait dan sahabat Nabi SAW itu.
Selain itu mereka juga selalu menyebut-nyebut jasa dan peninggalan para sahabat dan Ahlul Bait itu di hadapan orang banyak. Mereka tidak segan-segan menyatakan terima kasih atas segala susah payah para sahabat dan Ahlul Bait dahulu menyebarkan Islam, hingga mereka pada hari ini turut menerima nikmat Islam. Jika tidak dengan jasa dan usaha gigih mereka itu, entah bagaimana keadaan umat di Timur pada hari ini.
.......................................................................................
...
one more... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #191 tongkatali's post
Originally posted by aizverus at 11-2-2008 04:43 PM
sambungan pemuda bani tamim
sambungan pemuda bani tamim
dimanakah khurasan? persoalan ini lah yang menjadi tanda tanya. berikut adalah artikel yang
saya dapat sebelum saya dapat revealkan denagn susunan puzzle hadis dan notradamus.
Pemuda Bani Tamim- Di manakah Khurasan?
Khurasan adalah satu kawasan/wilayah yang sudah tidak wujud lagi dalam peta
dunia. Wilayah Khurasan yang dimaksudkan di dalam hadis itu meliputi kawasan Kabul, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian kecil Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang sampai ke Yunnan.
i. Kabul, Afghanistan.
Kabul merupakan pangkal Khurasan. Ketika ini perang saudara sedang berlaku
di antara puak-puak mujahidin yang saling bertentangan. Puak syiah yang disokong Iran dan wahabi sokongan Arab Saudi sedang berentap bermati-matian. Mereka telah berjuang lama untuk membebaskan Afghanistan dari penjajah Komunis Rusia, dan mereka berjaya mengusir komunis. Malangnya mereka terus berperang sesama sendiri. Kini Afghanistan dikuasai oleh Taleban. Di celah-celah berkecamuknya perang saudara itulah bakal munculnya golongan Asoib sepertimana yang dinyatakan oleh hadis. Golongan ini tidak terlibat dalam krisis tetapi memendam kekuatan. Untuk mereka ada tugas besar mengibarkan panji-panji hitam yang dijadualkan. Mereka inilah yang akan
mudah menerima orang Timur.
ii. Pakistan
Hanya sebahagian kecil sahaja yang termasuk di dalam peta Khurasan, iaitu
wilayah-wilayah yang dekat dengan Kota Islamabad.
iii. Yunnan
Yunnan adalah salah sebuah wilayah di China yang penduduknya banyak menganut
Islam selain Xinjiang, Gansu, Ningxia dan Qinghai. Di Yunan terdapat sekitar 4 juta umat Islam. Malangnya Islam di sini begitu lemah hingga kebanyakan umatnya telah lupa syahadat dan lupa nama Islam mereka. Ini akibat kelalaian ulama mereka yang kemudian disambung dengan kedatangan Komunis. Walaupun demikian, jika dibanding dengan agama-agama lain, Islam masih hidup dan terus membara di China. Akar tunjang aqidah umat Islam tetap tidak tercabut. Islam terus bangkit setelah negeri China mengamalkan dasar terbuka.. Kini masjid-masjid tumbuh mercup sedang kuil-kil tidak lagi dibina. Mereka masih inginkan Islam dan amat senang sekali menerima kedatangan orang Islam dari luar.
iv. Uzbekistan
Ia telah bebas dan merdeka dari Soveit Union. Wilayah-wilayah utamanya ialah
Samarkhand, Bukhara, Tirmez dan lain-lain. Ibukotanya Tashkent. Bumi Khurasan ini telah pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain.
Selain pernah menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam, ia berkembang sebagai pusat ilmu sains, matematik, optik, geografi, astronomi dan lain-lain lagi. Telah lahir tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, Al Farabi, Al Biruni, Ibnu Rusyd, Ali syir dan Umar Khayyam. Di segi keIslaman, ilmu dan pengamalan muslimnya lebih baik dari muslim di Yunnan. Uzbekistan lebih mampu melahirkan kader-kader perjuangan Islam yang berpotensi dan berkualiti. Lebih-lebih lagi ia berhampiran dengan kawasan-kawasan umat Islam yang lain seperti Tajikistan, Kazakhstan, Turkmenistan dan Khirghiza. Kembalinya negara-negara ini kepada Islam secara total sangat dibimbangi oleh Barat. Negara-negara ini punya kekuatan ekonomi, bahan mentah, tenaga manusia dan senjata. Tetapi kekuatan yang
lebih digeruni oleh Barat ialah Islam. Negara "Ma waraa unnahar"-negeri di sebalik sungai ini kini sedang marak pengamalan Islamnya. Keadaan yang tidak bergolak dengan peperangan memudahkan lagi Islam diamalkan setelah lama berada di bawah Komunis. Di
bumi inilah panji-panji hitam akan diterima, dan di sini juga terdapat figure yang dikenali sebagai Al Haris Harras yang tersebut di dalam hadis.
Berdasarkan hadis, kebangkitan Islam di akhir zaman umpama satu badan. Timur adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur. Kedua-duanya akan bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak. Ertinya, bila Islam di Timur dan Khurasan bersatu, Islam akan mendapat kekuatan baru seperti yang ditunggu-tunggu selama ini.
Penyatuan ini tepat seperti yang telah disabdakan Rasulullah SAW, sama ada
dari segi masa, tokoh yang terlibat, cara dan bentuknya. Ini berita baik untuk Timur, untuk Khurasan dan untuk seluruh dunia amnya.
Pemuda Bani Tamim- Mengapa TIMUR Nusantara menjadi pilihan?
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan masa (kejayaan/kekuasaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (sebagai iktibar/pengajaran)" (Ali Imran: 140)
Sabda Rasulullah SAW: "Akan terjadi di akhir zaman Islam muncul dari bumi sebelah Timur."
(tersebut di dalam Kitab Sababul Inhithat Al Muslimin oleh Sayid Hasan Ali An Nadwi)
Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa Allah menggilirkan kejayaan dan kejatuhan suatu bangsa dari dulu hingga kini. As Syahid Hasan Al Banna pernah mengatakan; "Kepemimpinan dunia dipegang secara bergilir oleh orang dari Timur dan orang Barat."
Sejarah telah membuktikan, kejayaan sesuatu bangsa dipergilirkan antara Timur dan Barat, bermula dari bangsa Qibti (Timur), bangsa Yunani (Barat), bangsa Farsi (Timur), Bangsa Romawi (Barat), kemudian bangsa Arab (Timur), dan kini Amerika (Barat) yang sedang menurun pengaruh kekuasaannya hari demi hari. Jika diikuti susunan timur-barat ini, giliran bangsa yang bakal menguasai dunia kini adalah bangsa dari Timur.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum atau selepas, semuanya dalam urusan (jadual ) ALLAH. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira dengan
pertolongan ALLAH itu. (Ar Rum: 2-4)
Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi Allah SWT mengkhabarkan kepada orang mukmin tentang jadual di mana keduanya akan kalah-mengalahkan, yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan Allah SWT jua. Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin bergembira kerana tepat Jadual Allah SWT itu. Mereka yakin dengan pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat Islam. Demikianlah Allah SWT mempergilirkan kuasa mengendalikan
dunia kepada bangsa-bangsa.
Di dunia ini secara umum orang mengenal ada dua Timur, iaitu Timur Tengah dan Timur jauh. Timur tengah sudah pernah mencapai kejayaannya yang dibawa oleh bangsa Arab dengan Islam. Sedangkan Timur jauh belum pernah sama sekali mendapat giliran memimpin dunia. Sehingga tidak keterlaluan jika saya meyakini bahawa Timur yang dimaksudkan oleh hadis tersebut adalah Timur jauh. Lebih tepatnya gugusan kepulauan Melayu (Nusantara) khususnya
Malaysia.
Pada realitinya, pengamalan Islam yang paling menonjol dan meriah terdapat di Malaysia, diikuti di Indonesia. Oleh kerana Indonesia menerima serangan kristian yang dahsyat, kini Malaysia mendahului kebangkitan Islam tersebut. Lihatlah di negara-negara lain di sebelah Timur ini jika kedapatan Islam seumpama di Malaysia.
...
habis dah |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa sekarang....
Originally posted by aizverus at 17-2-2008 04:28 PM
DUA TAHUN LAGI?!
SATU TAHUN LAGI?!
hadis nabi yg masyur:-
'setiap awal kurun hijrah, allah akan membangkitkan mujaddid(reformer/pembaharu) urusan agamaNYA'
aiz akan detialkan setiap maksud ayat ini, insyallah.
-setiap awal kurun....
> bermaksud, kurun boleh di bahagikan kepada 3 bahagian, iaitu awal, tengah dan akhir. begitu juga dgn tahun. awal tahun
tengah tahun dan akhir tahun. jika kita selidiki tahun, awal tahun akan bermula dengan januari, febuari dan march.
apa bila masuk april ia akan di katakan tengah tahun samapi lah ke bulan august dan bila ke bulan september dan di akhiri
dengan december, maka kita panggil akhir tahun. serupa juga dengan awal kurun. kurun bermaksud 100 tahun.
kebiasaannya tengah tahun adalah lagi pangjang tempoh masanya dari awal dan akhir. kita boleh bahagikan kepada 30 tahun
awal, 40 tahun tengah dan 30 tahun akhir.
bila di sebutkan awal kurun, maksudnya di sini ialah 30 tahun awal hijrah. jadi, mujaddid harus muncul di antara tempoh
ini. pada tahun 2008 ini, kita masih di tahun 1428 hijrah dan hanya tinggal 2 tahun saja lagi untuk menamatkan tempoh itu.
-allah akan membangkitkan mujaddid/reformer/pembaharu ke atas urusan agamaNYA
> mujaddid adalah sebagai seseorang individu yang bertanggungjawab ke atas urusann agama islam. perubahan atau evolusi
ini bertujuan untuk selari atau selaraskan islam dengan peredaran zaman.
imam syafie adalah salah seorang mujaddid pada kurun kedua atau ketiga hijrah. saudara saudari boleh rujuk pada
buku2 agama mengenai mujaddid ini. ia sangat berkaitan dengan pemuda bani tamim
-kaitan mujaddid dengan pemuda bani tamim?
> ya, ia amat berkaitan kerana ramai menyangkakan untuk kurun 14 hijrah ini, seorang mujaddid besar akan muncul kerana
islam telah berada di bawah dan sangat perlukan hero ini. sehingga kini, tiada seorang pun yang layak bergelar mujaddid
kerana mujaddid pada kurun ini perlu 'cuci' kekotoran dalam agama baik dari org kafir, dari kesan2 iblis dan syaitan
dan juga dari umat islam itu sendiri.
-kenapa mujaddid kurun ini masih belum keluar?
> saya hanya boleh katakan begini, umat islam tidak bersatu. benar, umat islam tidak bersatu kerana saling berselisihan
di antara satu sama lain untuk menegakkan benang yang basah. ketidakserasian dalam penghantaran 'frenkuensi' dalam
niat dan doa untuk melahirkan seorang mujaddid atau hero ini tidak mungkin akan di realisasikan.
mungkin juga, watak itu sudah ada di mana2 tetapi masih belum di 'play'kan kerana masih belum cukup pelakonnya. masakan
sesebuah teater akan di lakonkan jika hanya seorang watak di wujudkan.
-mujaddid ini seorang atau ramai?
> ia boleh berlaku ramai, boleh berlaku perseorangan. kebanyakkanya individu akan tetapi mesti ada watak pembantu di belakangnya.
maksudnya di sini, mujaddid akan muncul dan watak pembantu si mujaddid ini juga akan datang serentak dengan kemunculan
mujaddid demi mempermudahkan lagi urusan agama islam. hal ini pernah terjadi pada kurun ke-13 dimana syeikh muhammad abduh
di bantu oleh jamaluddin al-afgastani. ada yang kata jamalludin si mujaddid, ada yang berpendapat sebaliknya. jadi, disini,
pembaharuan agama bukanlah demi nama individu itu akan tetapi sebagai temamate. tujuan akhir adalah serasikan urusan agamnNYA.
-mujaddid kurun ke 14 akan muncul bila?
> sperti yang di beri tahu, ia akan muncul dalam tempoh awal kurun iaitu 30-35 tahun hirah. kini, di 2008, kita memasuki
1428 hijrah, bererti kita punyai masa dalam 2 hingga 7 tahun sahaja lagi untuk bangkitkan watak yang di namakah mujaddid ini.
-pemuda bani tamim itu mujaddid?
> seluruh nusantara mengenali pemuda bani tamim ini dan ada yang tidak. nama ini tidak semasyur mahdi atau nabi isa.
walaubagaimanapun, sedikit pengenalan mengenali pemuda bani tamim dan mengelaskan dia sebagai mujaddid sedikit sebanyak
akan mewujudkan watak ini. tetapi tahukah anda, sebelum watak ini muncul, satu watak lain harus muncul dahulu? dalam penyelidikan saya
watak ini di panggil the beast atau third anti-christ oleh notradamus manakala islam pula mengelarkannya AL-SUFYANI.
-AL-SUFYANI? siapa dia?
> saya masih tidak tahu siapa atau apa sufyani. pada mulanya saya sangkakan Al-sufyani sebagai A-S atau america syarikat,
akan tetapi bila di kaji secara mendalam mengenai kronologi pergerakan al-sufyani, bala tentera atau dia sendiri mampu memasuki
mekah dan madinah untuk mengejar/menangkap imam mahdi nanti. jelas di sini, the third antichrist mungkin dari kalangan
muslim itu sendrir.
-apa kaitan al-sufyani dan pemuda bani tamim sebagai mujaddid?
> saya telah menerangkan bahawa al-sufyani ini mungkin dari muslim dan jika dari hadis, pemuda bani tamimn dan sahabatnya
adalah musuh al-sufyani ini. jika anda selidiki hadis, maka anda akan jumpa pemuda bani tamim ini adalah ketua panji hitam.
bagaimana dia dapat panji itu dan apa itu panji hitam, masih saya tidak ketahui. mengikut kronologi, bila masa sahaja al-sufyani bangkit,
ia akan berbaiah dengan sekutunya iaitu rom dan turki (jika mengikut hadis). sebaik sahaja dia bersatu, di akan memasuki kufah dan
panji hitam dari timur akan bergegas kesana. jadi kaitannya di sini adalah, saat pemuda bani tamim bangkit, ia di gelar
mujaddid kerana membela syiar islam dan membawa islam ke tahap kebersihannya. ini dapat di lihat dari sifat2 thoifah atau
tentera2nya.
-panji hitam dari timur? berapa ramai bersama pemuda bani tamim?
> jawapannya adalah lagi 2 orang. kesemuanya dari timur. jika di amati dari hadis, ketiga2 mereka berasal dari negara yang berdekatan
dan ianya di kenali sebagai nusantara atau tanah melayu. siapa mereka? gelaran bagi mereka adalah haris alharath, pemuda bani hasyim
dan pemuda bani tamim atau syuib bin saleh.
-jika al-sufyani seorang muslim dan dia menyerang muslim, kenapa harus ini berlaku?
> saya masih tidak menjumpai secara lengkap perihal al-sufyani ini. jika di amati dalam ramalan notradumas, the beast
berperang bermotifkan balas dendam. timbul persoalan di fikiran saya. dia membalas dendam di atas apa?
-apa kesimpulannya dari petikan ini?
> sesungguhnya kita masih ada lagi 2-7 tahun untuk membangkitkan watak2 ini. kita sudah pun 'menghidupkan' watak2
seperti imam mahdi dan pemuda bani tamim. masakan kita menuju ke arah imam mahdi jika kita tidak menjumpai pintu menuju
kearahnya. di sini, saya katakan, untuk menemui pintu itu, kebangkitan watak2 seperti al-sufyani, haris harasth dan pemuda bani hasyim
adalah sesuatu kemestian.
-bagaimana untuk 'mewujudkan' watak ini?
> kita sudah mengetahui cerita mengenai pemuda bani tamim dan imam mahdi. sedikit sebanyak ia 'hidup' bersama diri kita.
bila ia hidup bersama diri kita, mungkin salah seorang yang mengetahui cerita watak2 ini akan 'melakonkan' watak itu
secara spontan malahan tidak di sedarinya. sebab itu saya kata, watak pemuda bani tamim atau imam mahdi hanya tunggu
giliran untuk melakonkan wataknya. mereka menunggu watak di hadapan mereka sahaja.
untuk hidupkan watak di hadapan watak bergelar imam mahdi dan pemuda bani tamim serta sebagainya ini, kita harus
mengetahui dan 'menghidupkan' dulu watak pemuda bani hasyim, haris al-harath dan al-sufyani.
bila watak mereka hidup di akal kita, pasti akan ada salah seorang dari manusia di muka bumi ini secara tak langsung
bersesuai dengan watak2 ini dan seterusnya melakonkan watak itu secara tidak di sedarinya.
maka inilah fungsinya 'penghidupan watak2' di dalam akal kita baik sedikit atau banyak yang kita ketahui.
-jika watak ini sudah berjumpa dengan 'pelakonnya', apa akan jadi?
> di sini saya tidak mahu menakut2kan anda akan tetapi inilah hakikatnya. bila pelakon2 sudah bersedia dengan watak2nya,
maka kita tunggu sahaja panggilan syahid iaitu perang dunia ketiga tiga!
-apakah gila untuk hidupakan watak2 ini semata2 perang dunia ketiga.
> saya nasihatkan jangan takut kerana ini adalah hakikat kejadian alam. sebelum berlakunya kiamat, kita harus memasuki proses
pembersihan dahulu. ianya seakan membasuh kotoran di muka bumi ini. kenapa saya kata jangan takut? ini kerena, sudah janji
tuhan, hampir setiap kronologi peperangan, pihak timur iaitu panji hitam akan menang. tambahan pula, kekuatan tentera
panji hitam mampu meratakan gunung. ini adalah kisah dari hadis. mereka mengunakan teknologi persenjataan canggih? entahlah.
-berapa lama perang ini berlangsung? apa yang akan terjadi selepas perang ini?
> mengikut notradamos, perang ini berlanjutan selama 7 tahun sahaja dan kemenang di pihak panji hitam. hadiannya adalah
sebuah keamanan di bawah pemerintahan imam mahdi yang juga di kenali sebagai avatar. jadi, demi menuju ke sebuah keamanan total,
kita harus menghadapi kekalutan yang hanya selama 7 tahun sahaja. tidak berbaloikah itu? wallahualam
... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #193 tongkatali's post
kenapa amik hasellusiby punya blog...tu aizverus punya blog kan?
ku tgk asyik nama dia jek naik, korg tak de idea ke sumbangkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi up ini thread sudah senyap sunyi laaa |
|
|
|
|
|
|
|
menunggu tanpa apa2 peranan...
sign after sign dah muncul..dan ada yang sudah 'merasai' kehadiran benda nih..tapi, kebanyakkannya alpa...termasuklah aku...
tapi, andai kiamat dunia, kita tetap 'wujud' seandainya kita di izinkan wujud olehNYA... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ophir at 9-7-2008 08:11 AM
menunggu tanpa apa2 peranan...
sign after sign dah muncul..dan ada yang sudah 'merasai' kehadiran benda nih..tapi, kebanyakkannya alpa...termasuklah aku...
tapi, andai kiamat dunia, kita te ...
tandanya sudah terlalu dekat, sementelah tanda paling jelas bermula pada Ramadhan. Cuma, tertanya-2, apakah pula tandanya di Malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #197 tarabas1976's post
bangkitnya p.b.t?
siapa yg leh terang lanjut pasal ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa 'perintis al-Mahdi' ni mempunyai 2 nama. Satu nama di alam nyata dan satu lagi nama di alam ghaib. Makhluk Tuhan dialam ghaib mengetahui namanya dialam ghaib manakala manusia dialam nyata tidak mengetahuinya akan nama dialam ghaib itu. Sesuatu perkhabaran Allah adalah suatu yang ghaib yang hanya diketahui seseorang dialam ghaib kerana Allah itu 'Maha Ghaib'. Wallaua'llam. |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya, datangnya satu pemimpin 'ideal" adalah didahului dengan kekacauan/kesusahan yang dideritai oleh rakyat. Hikmahnya, apabila muncul sahaja pemimpin tersebut, ia akan ditaati dan dituruti secara total.
Contoh.Adolf hitler...memag Hitler bukan pemimpin ideal...tetapi ideal dari segi pembaharuan ekonomi dan teknologi;sains dan kejuruteraan. Sebelum naiknya Hitler, Jerman mengalami inflasi dan pengangguran yang dahsyat dalam sejarahnya akibat ditekan Perjanjian Versailes dengan Great Britain. Hitler berjaya melonjakkan ekonomi dan sains teknologi di Jerman kurang dari 20 tahun sehingga mampu menyaingi kuasa besar pada waktu itu, britain.
Begitu juga dengan Gengis Khan, kenapa ia masih disanjung di Mongolia sebagai pemimpin agung, kerana Gengis Khan berjaya menyatukan semua puak-2 di Mongolia yang pada waktu itu berbunuh-bunuhan dan memajukan peradaban kaum di Mongolia sehingga mengancam China dan dunia. Kaum di Mongolia pada masa itu tidak mempunyai tulisan, hanya setelah mereka menakluki China makanya mereka berjaya mewujudkan sistem tulisan. |
|
|
|
|
|
|
|
wekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
???????????????????????????????????????????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ophir at 9-7-2008 09:12 AM
bangkitnya p.b.t?
siapa yg leh terang lanjut pasal ni?
Tu la kau...aku paste masuk penerangan Aiz tentang PBT kau kau kata tadak idea lain ke ? Baca la yang aku paste atas sana nu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ophir at 9-7-2008 09:12 AM
bangkitnya p.b.t?
siapa yg leh terang lanjut pasal ni?
Baca la tentang PBT yang aku ambik dari Aiz atas nun...tadi kau kata aku tadak idea lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ALLAH, Engkau selamatkanlah Malaysia. Engkau tunjukkanlah kepada kami pemimpin yang akan membawa kami supaya lebih dekat kepada Mu...Aminnn
[ Last edited by tongkatali at 30-7-2008 01:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tongkatali at 30-7-2008 10:06 AM
Ya ALLAH, Engkau selamatkanlah Malaysia. Engkau tunjukkanlah kepada kami pemimpin yang akan membawa kami supaya lebih dekat kepada Mu...Aminnn
Pemimpin disisi manusia ialah yang banyak majoriti 'pilihannya' (undinya) akan tetapi pemimpin di sisi Allah ialah pemimpin yang ditunjuk. Insyaallah akan ditujukkannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|