Beberapa peserta yang dikenalpasti akan ditransformasikan oleh astro selain daripada abraham yang lembut kepada keras ialah diantaranya:
Isma: Seorang ibu yang sudah berkahwin dan mempunyai lima anak akan ditransformasikan menjadi anak dara yang ketiadaan anak.
Cabby: Seorang pelajar yang berwawasan tinggi tetapi mampukah AF7 mentransformasikan beliau menjadi seorang pemandu teksi (cabby dalam bahasa orang putih) yang berjaya selepas keluar dari AF kelak?
Faezah: Seorang lagi pelajar yang bercita-cita menjadi penyanyi yang bersih daripada kutukan. Namun begitu AF7 berhasrat mahu menukarkan beliau menjadi 'Faizal AF4' versi perempuan.
Obri: Jejaka berambut cacak ini sememangnya seorang pegawai kanan bank yang berdedikasi. Sudah tentu sukar untuk AF7 mentransformasikan beliau menjadi perompak bank yang ternama.
Sidi: Sejak kebelakangan ini, banyak kapal-kapal yang melalui somalia dirompak dan banyak juga kerugian yang dialami oleh syarikat2 besar. Diharap dengan transformasi yang cuba dilakukan AF7 kali ini, sidi yang sudah berpengalaman sebagai ejen perkapalan mampu menjadi seorang lanun yang dapat menginsafkan lanun-lanun seperjuangannya di somalia kelak.
Faezah: Seorang lagi pelajar yang bercita-cita menjadi penyanyi yang bersih daripada kutukan. Namun begitu AF7 berhasrat mahu menukarkan beliau menjadi 'Faizal AF4' versi perempuan.