CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: af_mania

RUMAH KAK MAH (RAMAH) - SPEKU USERNAME KAKMAH

[Copy link]
Post time 2-8-2009 12:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2009 12:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 03:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 4-8-2009 15:38

Hati seorang perempuan

Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]



Sarimah Ibrahim


Sarimah Ibrahim terus tabah hadapi kehidupan, harap bekas suami temui jodoh

DI sebalik sisi selamba dan gila-gila pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim, 31, sebenarnya terselit duka yang terpendam yang meninggalkan 1001 tanda tanya. Sedang dia berdepan dengan keretakan rumah tangga yang berakhir Disember tahun lalu, wanita berdarah Melayu-Irish itu masih mampu tersenyum di depan kamera seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Mahligai perkahwinan yang dibina sejak 13 Mei 2006 itu berakhir tanpa isyarat tertentu apatah lagi pengacara Diari Akademi Fantasia itu bijak melindungi getar yang mula mengusik hati kewanitaannya. Sudah tertulis bahawa tiada lagi jodohnya dengan bekas suami, Amir Andrew Abdullah, 38. Lalu, semuanya harus diterima dengan penuh keredaan.


Ketika ini, Sarimah yang juga pernah popular sebagai penyanyi sedang membiasakan diri untuk hidup bersendiri sekali gus memegang status janda. Bertemunya ketika Hip diundang ke sesi rakaman program Mega Raya Astro baru-baru ini, riak Wajah Eksklusif Astro itu berselang-seli dengan tawa senyuman. Namun, dia sendiri tertanya-tanya dari mana sumber kekuatan itu mula dikumpul.

“Mungkin juga ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Mahu atau tidak saya harus kembali hidup solo dan tabah. Sudah terlalu banyak air mata yang tertumpah mengenang kisah ini. Tapi sekarang saya sudah mula okey untuk terus berjuang berdepan dengan realiti. Saya tahu ada yang terkejut dengan berita perpisahan kami tapi inilah suratan yang harus ditelan.

“Namun, saya harus bersyukur di saat berdepan dengan kemelut itu, rezeki dan tawaran kerja datang tak putus-putus. Hampir setiap hari saya memenuhi rutin harian dengan bekerja. Saya juga masih berkawan dengan bekas suami dan tidak pernah wujud istilah bermusuh atau dendam dalam hubungan kami.


PERCERAIAN bukan alasan untuk Sarimah dan bekas suaminya, Amer bermusuh


bohonglah jika saya cakap tak janggal untuk menyesuaikan diri dan menjauhkan diri membezakan jarak hubungan kami kini bukan sebagai suami isteri. Jujurnya saya mengharapkan dia bertemu jodoh nanti. Saya juga berterima kasih kerana orang yang mengenali saya cukup menyokong situasi saya kini. Apa terjadi adalah lumrah,” katanya yang turut berlakon sebagai cameo dalam filem CE1 arahan Aziz M Osman.

Barangkali kelebihannya mendalami bidang psikologi sedikit sebanyak menjadi resipi untuknya terus tegar melayari kehidupan mendatang.

Menurut Sarimah yang sudah 13 tahun membabitkan diri dalam dunia seni, Diari Akademi Fantasia 7 (AF7) menjadi alasan untuknya melupakan masalah peribadi.

“Bayangkan saya bercerai hujung tahun lalu. Tapi sejak Februari lalu, saya sudah mula membuat persediaan untuk mengacarakan Diari AF7. Berdiri saja di depan kamera saya perlu terus fokus kepada kerja. Masa kerja bukan untuk memikirkan soal diri sendiri sebaliknya ia tanggungjawab yang harus dilunaskan sebaik mungkin.

“Perasaan sedih itu secara automatik menjadi perkara positif yang dihalakan ke penonton. Penonton seolah menjadi benteng untuk segala tenaga dan perasaan duka itu diserap. Dengan kudrat dua tangan yang ada inilah saya teruskan bekerja dan memastikan penonton terus terhibur,” katanya yang selesa bersendirian dulu buat masa sekarang dan mencintai dirinya terlebih dulu sebelum mencintai orang lain.

Kontraknya sebagai Wajah Eksklusif Astro hanya memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan, lalu ia sebenarnya tidak menghalang sisi bakat lain yang ada padanya untuk dikembangkan. Berterima kasih kepada stesen TV berbayar itu yang memberikan dorongan dan sokongan sejak tahun lalu, dia juga kini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang belakang tabir.

“Untuk program ‘make over’ Tangkap Muat yang dijangka bersiaran pada Oktober ini, saya turut menjadi pembantu penerbit selain mengacara. Pengalaman selama 13 tahun menerjah persada seni menjadi peluang untuk saya menimba cabang baru. Pembabitan saya di belakang tabir lebih kepada perihal kreatif dan konsep.

“Tapi kerja belakang tabir ini belum sampai ke tahap menekan butang yang lebih praktikal. Saya rasa juga ini masanya untuk mengorak langkah pertama dalam bidang produksi. Malah selepas sekian lama tidak kembali ke layar perak, saya turut diundang berlakon filem robotik CE1 arahan Aziz M Osman.

“Saya sedar ada pengarah dan produksi yang takut untuk melamar saya berlakon kerana terikat dengan Astro. Tapi hakikatnya saya bebas berlakon dengan mana-mana produksi pun. Alhamdulillah peluang berlakon itu semakin ada kebelakangan ini selepas empat tahun menunggu,” katanya yang kali terakhir bekerja dengan Aziz menerusi filem Puteri Impian 2.

Dalam perkembangan lain, Sarimah juga sudah selesai menjalani penggambaran drama mini empat episod arahan Erma Fatima. Drama untuk musim raya itu turut dilakonkan Diana Danielle, Mamat Khalid dan Vanidah Imran. Selain rakaman Mega Raya Astro, Sarimah turut terbabit dengan rakaman Macam Macam Aznil Raya, konsert reunion AF7 dan drama raya AF7. Bulan depan juga dia akan mula menjalani penggambaran program Tangkap Muat sebanyak 13 episod.

INFO: Sarimah Ibrahim



Asal: Dublin, Ireland

Tarikh Lahir: 19 Februari 1978

Umur: 31

Keturunan: Melayu-Ireland


Pendidikan: The Cambridge High School, Abu Dhabi, UAE dan Diploma Psikologi Kolej Inti, Subang Jaya, Selangor dan Celta Certificate (Cambridge Certificate of English Language Teaching to Adults dari The British Council Kuala Lumpur)


Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik


Kerjaya: Pengacara, pelakon dan penyanyi


Filem: Seiras Hati, Maka Diciptanya Perempuan, Puteri Impian 2, Janji Diana, MX3 dan Gerak Khas 3


Rancangan TV: The Attic Show TV2, The Disney Channel, The RIM Chart Show NTV7, ntv7 Kids@7, The Oreo Zone, Malaysia 2020 RTM, Anugerah Juara Lagu 18, Anugerah Juara Lagu 19, Galaksi TV9, Fail Sulit AF, Ikon Malaysia, Ikon Asean, Diari AF6, Diari AF7, Tirai AF & Diari INT AF7


Pencapaian: Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik (2001), Artis Baru Terbaik Anugerah Media Hiburan (1998), Pengacara Televisyen Terbaik Anugerah Skrin (2005) dan Artis Baru Pilihan Anugerah Era (2001)
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 10:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 7-8-2009 10:58

myMetro » Rap


Hikmah hidup solo


Rumah tangga dibina bersama Amir Andrew Abdullah, 38, pada 13 Mei 2006 berakhir Disember tahun lalu. Siapa sangka dengan penampilan selamba dan sikap gila-gila gadis berdarah Melayu-Ireland, terpendam duka yang menimbulkan pelbagai persoalan akibat keretakan rumah tangganya.

Sarimah mengakui dirinya makin tabah dan waktu sama sibuk menjayakan program bersama Astro dan beberapa projek lain.

"Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Mahu atau tidak, saya harus meneruskan hidup solo dan tabah. Saya sedar ada di kalangan peminat dan kenalan yang terkejut apabila mendengar berita perpisahan kami tapi inilah suratan yang harus ditelan. Terlalu banyak air mata yang tumpah mengenangkan kisah ini.

"Saya masih berkawan dengan bekas suami dan tidak pernah wujud istilah bermusuh atau dendam dalam hubungan kami. Bohonglah jika saya cakap tak janggal untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru ini. Jujurnya saya mengharapkan dia bertemu jodoh nanti," katanya.

Pengacara program The Biggest Looser Asia yang juga salah seorang artis Wajah Eksklusif Astro, kini bergiat di belakang tabir untuk program Tangkap Muat yang dijangka disiarkan Oktober ini.

Sarimah menjadi pembantu penerbit selain mengacara program ini. Ternyata pengalaman selama 13 tahun bergelar anak seni membuka ruang untuk menimba pengalaman baru. Sebelum ini ketika menjadi pengacara, Sarimah turut memberi idea menghasilkan skrip.

Selain itu menjayakan filem robotik CE1 arahan Aziz M Osman dan baru saja selesai menjalani penggambaran drama arahan Erma Fatima bersama Diana Danielle, Mamat Khalid dan Vanidah Imran.

Untuk raya tahun ini, Sarimah juga menjayakan Mega Raya Astro, Macam Macam Aznil Raya, konsert reunion AF7 dan drama raya AF7.


NAMA PENUH: SARIMAH IBRAHIM

TEMPAT LAHIR: Dublin, Ireland

TARIKH LAHIR: 19 Februari 1978

KETURUNAN: Melayu-Ireland

ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik

PENDIDIKAN: The Cambridge High School, Abu Dhabi, UAE dan Diploma Psikologi Kolej Inti, Subang Jaya, Selangor dan Celta Certificate (Cambridge Certificate of English Language Teaching to Adults dari The British Council Kuala Lumpur)

KERJAYA: Pengacara, pelakon dan penyanyi

FILEM: Seiras Hati, Maka Diciptanya Perempuan, Puteri Impian 2, Janji Diana, MX3 dan Gerak Khas 3

RANCANGAN TV: The Attic Show TV2, The Disney Channel, The RIM Chart Show NTV7, ntv7 Kids@7, The Oreo Zone, Malaysia 2020 RTM, Anugerah Juara, Lagu 18, Anugerah Juara Lagu 19, Galaksi TV9, Fail Sulit AF, Ikon Malaysia, Ikon Asean, Diari AF6, Diari AF7, Tirai AF dan Diari INT AF7

PENCAPAIAN: Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik (2001), Artis Baru Terbaik Anugerah Media Hiburan (1998), Pengacara Televisyen Terbaik Anugerah Skrin (2005) dan Artis Baru Pilihan Anugerah Era (2001)
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 11:52 AM | Show all posts
SEKITAR MEGA RAYA ASTRO

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 12:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2009 12:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 12:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2009 12:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 16-8-2009 19:06

Sarimah Dan Amir Pulak Bercerai, Takziah!!!



Sarimah Dan Amir Pulak Bercerai, Takziah!!!
Tuesday, June 9th, 2009


Lepas sorang-sorang artis Malaysia kita bercerai. Kali nie giliran Sarimah dengan suami Mat Salehnya, Amir. Nampaknya semakin jadi trend penceraian di kalangan artis Malaysia sekarang nie.

Patutlah dulu bila kami tengok gambar Sarimah nampak dia kurus sangat. Rupa-rupanya tengah makan hati sebab nak bercerai dengan suaminya, Amir.

Yang bagusnya Sarimah nie tak jaja kisah cerai dia. Tup-tup dah cerai. Dan lagi bagus Sarimah still contact suami dia untuk ingatkan tentang Islam.

Iyerlah, takut-takut lepas dah bercerai tak ingat dah pasal Islam nie. Masuk Islam pun sebab nak kawin ngan Sarimah hari tue.

Rasa-rasanya sebab apa ek artis kita nie ramai bercerai? Nak kata tak cun, memang cun diorang nie. Nak kata tak berharta, rasanya lagi kaya dari orang biasa. Nak kata tak beradab, rasanya itu ………….

Apa-apun takziah buat Sarimah. Sorang lagi J kini berada di pasaran.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 10:51 AM | Show all posts
KURUSNYA SARIMAH IBRAHIM, BUAT RAWATAN BUANG LEMAK KE?
Wednesday, February 18th, 2009




Tengok aje gambar terbaru Sarimah Ibrahim berposing di atas. Jelas menyerlah kekurusan badannya kalau nak dibandingkan dengan gambar-gambar Sarimah Ibrahim yang seksi dulu.

Mungkin Sarimah Ibrahim buat rawatan proses buang lemak seperti penyanyi Aizad pernah lakukan? Atau sememangnya Sarimah sanggup tak makan nasik untuk dapatkan badan yang macam ni?

Yang pentingnya, kami di BeautifulNara.com lebih sukakan Sarimah Ibrahim yang dulu. Lebih menggoda, seksi dan mantap. Kami mahu Sarimah Ibrahim yang dulu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 10:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 01:47 PM | Show all posts
kah mah dulu2 tak cantik pun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 09:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 23-8-2009 17:18

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 12:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 12:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2009 12:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 12:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 12:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 03:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.074068 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list