H: Siapa gadis ni kenapa aku tak dapat melupakannya
Hingga terdengar degupan jantung tak pernah aku rasa sebegini dulu
Ianya pelik tapi aku teruja
A: Dia masih menjeling padaku
Kenapa aku terasa sungguh
Tak pernah aku rasa sebegini dulu
Ianya pelik tapi aku teruja
H&A: Pandangan pertama ku tahu kau insan istimewa
Bertemu di suatu dunia yang baru
Semuanya ku lihat jelas dan nyata
Walau jauh di pandangan mata
Hati tetap dekat padanya
Adakah ini bisa terjadi
Apakah dipanggil perasaan ini
H: Terdetik hatiku untuk mengenalimu
Kau yang kutemui
Idaman hati rela aku menunggu
Seribu tahun lagi wahai dewi puspita hati
A: Berdebar hatiku waktu berjumpa masih terasa disapa mesra
Tak sabar hati untuk berjumpa
Wahai teruna impian dara