CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Kes Liwat Anwar Sepol - Identiti ‘lelaki Y’ akan didedah.

   Close [Copy link]
Post time 1-3-2011 04:55 PM | Show all posts
penatnya tunggu, sampai ke petang tak dak info terkini, nak meratib pasal apa pun tak tau, hampeh betoi la DTECCONAN Post at 1-3-2011 16:49


Tu yg hader balachi pi usung citer kapal tldm, citer Kamal Attartuk, citer bod hiboran kat sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2011 04:56 PM | Show all posts
semua orang tahu DNA lelaki Y itu adalah anwar bukan?

tiada kejutan di sini.
anyway berani ya di ...
Changa Post at 1-3-2011 16:49


Fuh...baik punya komen..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 04:56 PM | Show all posts
Reply 157# slippergombak


Lokap polis ada cctv.. takkan x dpt snap2 Anwar meliwat dlm tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 04:56 PM | Show all posts
siapa lelaki Y tu.. dah dipastikan ka
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 04:57 PM | Show all posts
Ngaku pun masuk bod retis....
xy_daen Post at 1-3-2011 15:03

amik tahu jugak tu....ingatkan sucilah sangat......hahahahha.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 04:58 PM | Show all posts
nak kutuk Anwart punya pasal, tunggu sampai pukoi 5 pun boleh
refresh Utusan tu banyak2 kali, hampeh tak dak lagi cerita pasal DNA Y
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2011 04:58 PM | Show all posts
sebabnya tahun 98 dulu DNA dah diambil.. jadi buat apa nak amik sekali lagik.. apa? DNA ada ...
slippergombak Post at 1-3-2011 05:09



    sebenarnya polis itew segan nak mintak air mani anwarttakkan nak suh anwart cheng guna tgn.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:00 PM | Show all posts
Reply  slippergombak


Lokap polis ada cctv.. takkan x dpt snap2 Anwar meliwat dlm tu kot
Manami Post at 1-3-2011 16:56



   polis cakap cctv ada, tapi semua tak blhe guna.. hanya untuk hiasan semata2 atau sajer nak bagi kontrak kat kawan baru nak start meniaga... jadi bagi laa tender walaupun tak tahu nak pasang cctv tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 05:01 PM | Show all posts
bang boroi buat lawak ka apa?
yg tuduh org fitnah tu la anak_utara
DTECCONAN Post at 1-3-2011 16:23


Laaaa... sungguh kaa?
Patot gigih membontoti den ke hulu ke hilir provoke sana-sini...
Ropernya ......... (x koser nak sambong ayat)
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:04 PM | Show all posts
Reply 168# slippergombak


harap-harap kat tasek tader cctv....  
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:05 PM | Show all posts
Laaaa... sungguh kaa?  
Patot gigih membontoti den ke hulu ke hilir provoke sana-sini...
Manami Post at 1-3-2011 05:01 PM


pakar MENIPU NO 1 dia la
pakar FITNAH NO 1 pembuka thread

dah petangdah woiiiii, x dak update lagi ka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:04 PM | Show all posts
Reply 165# myseba2u


Dlm bod gosip tu lah haku tahu siapa peminat tegar Shah Rukh Khan dlm Mesia neh... Menteri mana yg ada hanak jd penyanyi... Menteri mana yg hanak dia pelok betina sana-sini... menteri mana yg gatal nak menikah retis x cukop kain... Sungguhpon Bod Gossip...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:06 PM | Show all posts
Reply  slippergombak


harap-harap kat tasek tader cctv....
Maideeen Post at 1-3-2011 17:04



   abis laa cipan takleh niaga dah lepas nih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:06 PM | Show all posts
amik tahu jugak tu....ingatkan sucilah sangat......hahahahha.....
myseba2u Post at 1-3-2011 16:57



    Dah seantero CI nih tercanang kata dia masuk bod retis, pastu dia nak nafi2 ckp org pitenah dia. Last2 dia sundiri yg ngaku....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:08 PM | Show all posts
Reply 172# DTECCONAN


    Alkesaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh!

Berlagak Tohan pon dia gak...
Magika

Revolutioner
16#
Posts:1804   Credits:1938   18-2-2011 23:04 | View this author's posts



parti yang berniat jahat yakni pakatan rakyat tidak diakan direstui Allah

pakatan rakyat parti penipu
Allah tak restuuuuuu
BOOOOOOOOOOOOoo





http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=528792&extra=page%3D1&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:08 PM | Show all posts
Reply 173# slippergombak


tadak pe..bleh jupe bijan mintak derma....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 05:11 PM | Show all posts

Bulu antara barang dirampas dari lokap D9


Seorang bekas pegawai polis memberitahu dia dan pasukannya telah merampas beberapa barang kes di lokap Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Supritendan Amidon Anan, 60, saksi ke-15 pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini antara yang dirampasnya adalah sehelai rambut, sehelai tuala 'good morning' dan sebatang berus gigi.

Amidon adalah bekas ketua bahagian siasatan tempat kejadian (CSI) Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur daripada tahun 2005. Beliau bersara pada Ogos 2008.

Katanya, pemeriksaan di lokap berkenaan dilakukan berikutan arahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah.

Katanya, di D9, terdapat satu lokap dan satu sel.

"Ia dikunci dan dikawal oleh dua polis. Apabila saya tiba konstabel Adnan Safril membuka lokap itu dan saya masuk ke dalam sel itu yang juga dikunci.”

Amidon berkata beliau memerhatikan keadaan sekitar dan menjumpai sehelai bulu, botol air minuman Cactus, berus gigi dan tuala 'Good Morning'.

Semua barangan itu ditanda dan Amidon berkata jurugambar dipanggil merakamkannya.

Apabila ditunjukkan gambar itu, hari ini Amidon: "Inilah bulu yang saya rampas.”

Peguam bela, Karpal Singh membantah apabila barangan tersebut ditandakan sebagai barangan bukti dan memohon perbicaraan dalam perbicaraan.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah bertanya asas permohonan Karpal dan memutuskan bulu itu akan ditanda sebagai ID57 (identifikasi).

Amidon kemudian mengenal-pasti berus gigi dan tuala 'Good Morning' dan ia ditanda sebagai eksibit ID58 (berus gigi) dan ID59 (tuala).

Sebelum itu, Amidon berkata dia dihubungi pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Perera yang meminta bantuannya untuk membuat siasatan forensik terhadap barang kes ke atas dua buah unit di kondo berkenaan.

Amidon berkata dia telah mengambil gambar sebelum merampas sehelai bulu, sebidang permaidani dan sehelai selimut untuk dibawa menjalani proses 'profiling' DNA.

Mahkamah kemudian ditunjukkan barang kes yang dirampas di unit 11-5-1 dan 11-5-2 kondo berkenaan pada hari yang sama.

'Lelaki Y'

Perbicaraan kes hari ini juga dijangka hangat dengan usaha pihak pendakwaan mengaitkan sampel DNA yang diperolehi daripada botol air minuman, berus gigi dan tuala dengan 'Lelaki Y' berdasarkan keterangan tiga saksi sebelum ini.

Setakat ini, pihak pendakwaan belum mendedahkan daripada mana mereka memperolehi barangan itu yang secara positif dikenalpasti oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon mengandungi DNA 'Lelaki Y'.

Persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada sampel berkenaan diperolehi secara sah ataupun tidak.

Setakat ini, juga pihak pendakwaan belum cuba mengaitkan perkara tersebut secara langsung dengan Anwar kecuali pada rakaman CCTV yang dipercayai menunjukkan ketua pembangkang itu keluar masuk di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Imej yang dipercayai adalah pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga dapat dilihat.

Bagi pihak pembelaan, mereka masih belum selesai menyoal-balas,ASP Fauziah Che Mat, yang menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau diminta mengenal-pasti dan mencetak imej tujuh orang yang tidak disebutkan nama mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:11 PM | Show all posts
Reply 174# xy_daen


    Bila masa haku kata tu pitenah?? Cukop2lah nak menampakkan diri tu suci murni dgn memburukkan org laennn... kalau dah xde modal nak meratib DNA 'Y' kat sini, pilah meratib bod gossip kat tmpt laeeennnnn... Ko ada ke tak info pasal DNA Y neh??? Ke otak dah kosong??
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:12 PM | Show all posts
Anwar ditahan di 'kandang haiwan'  dakwa Karpal

Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah TinggiKuala Lumpur bahawa pihak polis hanya membekalkan berus gigi, ubat gigi, tuala kecil dan sabun mandi kepada setiap tahanan polis di mana-mana lokap.

Timbalan Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur DSP Yahya Abd Rahman (kiri) berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dibekalkan dengan barangan yang sama ketika beliau ditahan dilokap IPK Kuala Lumpur pada 16 Julai, 2008.

Bagaimanapun, beliau telah menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan Anwar membawa dua tuala dan sebotol air mineral ke dalam lokap di Tingkat 7 bangunan IPK berkenaan.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan dalam kes perbicaraan Anwar yang menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, adakah tahanan lain bersama Anwar di dalam sel lokap sama pada hari itu, Yahya berkata hanya Anwar seorang sahaja di sel berkenaan.

Beliau berkata Anwar telah dibawa keluar pada keesokkan hari (17 Julai 2008) dan beliau telah mengarahkan dua anggota polis untuk mengunci sel berkenaan.

Saksi pihak pendakwaan ke-17 itu juga memberitahu mahkamah bahawa ketika beliau membuat pemeriksaan dari luar sel selepas itu, mendapati ada sebotol air mineral, tuala dan berus gigi di dalam bilik itu.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh yang merujuk kepadagambar-gambar yang diambil di sel berkenaan seolah-olah seperti kandang haiwan, Yahya berkata keadaan itu adalah kerana bangunan sudah lama.

Bagaimanapun ketika pemeriksaan semula oleh Nordin, saksi itu berkata bilik sel memang dibersihkan dan ia nampak kotor disebabkan catnya sudah meluntur.

Untuk satu soalan lain oleh Karpal adakah kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi di tingkat 7 banguan itu, Yahya berkata kamera tersebut memang ada dipasang tetapi tidak berfungsi.

Karpal juga menanyakan secara bertalu-talu siapakah sebenarnya mengeluarkan arahan untuk menahan Anwar.

Karpal: Siapa arahkan DSAI dimasukkan ke dalam lokap?

Yahya: Tak pasti.

Karpal: Pegawai atasan ataupun arahan sendiri? Nyatakan dengan tepat arahan siapa?

Yahya: DSP Judy Blacious Pereira.

Karpal: Bila arahan itu dibuat?

Yahya: Sewaktu berbincang selepas penahanan Anwar, di bilik mesyuarat D9.

Karpal: Anwar tidak dibekalkan katil, bantal dan selimut, kenapa tidak, beliau adalah manusia bukan?

Yahya: Memang tidak dibekalkan, itu merupakan amalan standard untuk semua tahanan.

Karpal: Adakah semua balai di negara ini tidak membekalkan katil, selimut dan bantal?

Yahya: Saya tidak boleh menjawab.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sebelum itu, Ketua Bahagian CSI Makmal Polis Diraja Malaysia di Cheras Supt Hamidon Adnan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memeriksa dua unit di Kondominium Damansara pada 17 Julai 2008.

Katanya, beliau telah menemui sehelai bulu di unit 11-5-1 dan seterusnya telah merampas satu karpet dan satu selimut tebal.

Ketika disoal oleh Nordin kenapa beliau mengambil bahan-bahan bukti berkenaan, Hamidon berkata ia untuk tujuan penganalisaan DNA.

Saksi pihak pendakwaan ke-15 itu juga memberitahu mahkamah bahawa beliau juga telah diminta menyiasat sel lokap di mana Anwar ditahan dan telah menemui sehelai rambut, berus gigi, sehelai tuala kecil di atas lantai.

Hamidon berkata, sebotol air mineral berjenama cactus di atas tembok berhampiran dengan tandas lokap.

Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung petang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:11 PM | Show all posts
Reply  slippergombak


tadak pe..bleh jupe bijan mintak derma....
Maideeen Post at 1-3-2011 17:08



   nak derma berapa jota pun boleh asal bleh ngaku dan gi masjid sumpah kena liwat pun cukup laa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.176500 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list