Edited by Nfir at 3-11-2024 11:23 AM
But then, The Endlie or Endie Shazlie Akbar Ali and Dr Muhammad Khalid were the Secretariat of the "Council of Elders", if the recollection is not wrong.
Vivy was interviewed by the "Council of Elders" at the suggestion of then Minister of Education, Maszlee Malek, who was then with PPBM (now PKR), to be a member of the Board of Director of UiTM.
As written earlier, do not drag in politics. So do those with footprints and served certain politicians and statesmen should not be overzealous on Twitters.
Come to think of it, the nonsence may not be at Khazanah or PNB, but Endie trying to evade any embarassment to Daim should it trailed to Azmin ...?
+ + +
Ini ulasan tentang perkara di atas. Ada sesuatu yang tidak tepat dalam tulisan di atas.
Pertama, siapa Endie? Endie adalah Press Secretary kepada Dr Mahathir sewaktu Dr Mahathir memerintah Malaysia ketika Kerajaan PH 1.0 pada 2018.
Dr Muhammad Khalid, Maszlee, Daim, dan Azmin … semua individu ini juga mempunyai kaitan dengan Dr Mahathir pada 2018. Specifically, selepas kerajaan PH memenangi pilihanraya pada 2018.
+ + +
Ini adalah kronologi peristiwa yang berlaku pada 2018:
March 2018 – Digital media post article tentang investment Khazanah dalam Syarikat FashionValet
May 2018 – Malaysia melalui pilihanraya umum
June 2018 – Kerajaan baru dibentuk yang terdiri daripada parti PH
+ + +
Apabila announcement tentang investment Khazanah dalam Syarikat FashionValet dibuat pada March 2018, apa kaitan decision tentang investment tersebut dengan Azmin?
Apa kaitan decision tersebut dengan Daim? Atau, Maszlee. Atau, Dr Muhammad Khalid. Atau, Endie.
Nama-nama ini mula relevan dalam konteks Kerajaan Malaysia dan GLC hanya selepas May 2018.
Apabila announcement dibuat pada March 2018, most likely, bila proses membuat investment decision itu bermula? Tentulah proses membuat investment decision itu bermula sebelum March 2018.
Maksudnya, proses membuat investment decision ini berlaku sewaktu kerajaan dibawah pemerintahan Najib.
+ + +
Adakah ini bermaksud pemimpin di bawah kerajaan Najib terlibat dalam proses membuat investment decision untuk Syarikat FashionValet?
Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu faham tentang decision-making process berkaitan investment yang dilakukan oleh Khazanah dan PNB.
Selagi kita tidak tahu decision-making process yang sebenar, selagi itu kita tidak boleh putuskan … adakah pemimpin di bawah kerajaan Najib terlibat atau tidak dalam decision-making process untuk investment kepada Syarikat FashionValet.
+ + +
Adakah wujud keperluan untuk pemimpin di bawah kerajaan Mahathir 2018 review semula investment decision yang dibuat sewaktu pemerintahan Najib?
Kita perlu bersikap pragmatik. Jika kita nak review semula semua decision yang dibuat oleh pemerintahan terdahulu, terlalu banyak decision yang kita perlu review.
Kalau kita nak review decision terdahulu, kita bukan sekadar perlu review decision yang dibuat oleh Khazanah dan PNB. Kita juga perlu review decision yang dibuat oleh GLC lain. Kita juga perlu review decision yang dibuat oleh kementerian dan agensi.
Lazimnya, ini yang berlaku: Pemerintahan baru akan meneruskan keputusan yang sudah dibuat sewaktu pemerintahan terdahulu.
Ini untuk memastikan tidak wujud flip-flop policy. Atau, flip-flop decision.
Hanya dalam sesetengah keadaan sahaja keputusan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu diubah oleh kerajaan baru kerana wujud keperluan terdesak. Contohnya:
1) Keputusan berkaitan penyiasatan 1MDB
2) Policy berkaitan GST
3) Keputusan untuk review pembinaan / pembatalan projek HSR
4) Keputusan untuk review jajaran LRT / MRT
5) Pelaksanaan / pemansuhan PPSMI
6) Pemansuhan UPSR dan PT3
+ + +
Kesimpulan:
1) Endie, Dr Muhammad Khalid, Maszlee, Daim, Azmin TIDAK terlibat dalam decision-making process untuk investment Khazanah dan PNB kepada Syarikat FashionValet. We need to be fair to these people.
2) Decision-making process untuk investment Khazanah dan PNB kepada Syarikat FashionValet berlaku sewaktu pemerintahan Najib.
3) Tanpa memahami tentang decision-making process berkaitan investment Khazanah dan PNB, kita tidak boleh putuskan adakah pemimpin di bawah kerajaan Najib terlibat atau tidak dalam decision-making process untuk investment kepada Syarikat FashionValet. We also need to be fair to these people.
4) Kerajaan baru tidak simply ubah keputusan yang dibuat di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu melainkan wujud keperluan terdesak.
5) Pada 2018 dan 2019, Syarikat FashionValet sudah mempunyai masalah tetapi masalah itu bukan pada tahap kritikal. Masalah yang pada mulanya diambil ringan akhirnya menjadi out of control kerana kedatangan Covid.
Ini adalah kegagalan Founder dan Board Member Syarikat FashionValet yang pada mulanya mengambil mudah masalah seperti unsustainable expansion, pengurusan expenses yang tidak prudence, dan ketiadaan contingency fund. Masalah ini akhirnya membawa kepada masalah besar iaitu: Masalah cashflow. |