|
Memang Sah Ally Iskandar Putus Tunang
Ally Iskandar pengacara hebat di TV3 dikhabarkan sudah putus tali pertunangannya dengan naib juara program realiti, Gadis Melayu, Nur Aishah Zainal. Tali ikatan pertunangan yang telah dimetrai pada februari lalu telah berkecai gara-gara kesibukan kerja. Setakat ini, baik Ally ataupun tunangnya, kedua-dua mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengsahihkan khabar berita ini.
dari blog ohvideotv |
|
|
|
|
|
|
|
Memang Sah Ally Iskandar Putus Tunang
Ally Iskandar pengacara hebat di TV3 dikhabarkan sudah putu ...
luve Post at 4-8-2011 10:50
kdua2nya blum keluar kenyataan..tang mana sah nya putus tunang nya... |
|
|
|
|
|
|
|
atas persetujuan bersama kot...tak timbul soal sapa salah, sapa mintak putus...elok la selesaikan masalah, sebelum bernikah... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai await putus plok... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 162# iza.moha
aku pun pikir mcmtu jgk mula2 tadi..hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Musim Putus Tunangkah sekarang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
hopefully thats not true ( |
|
|
|
|
|
|
|
sedangkn tudung boleh tanggal, ini kan pulak bertunang............ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by achik2009 at 5-8-2011 00:58
Jumaat Ogos 5, 2011
Pihak Ketiga Bukan Punca Ally Iskandar Putus Tunang
Ally Iskandar
SHAH ALAM: Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu.
Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.
“Kamu telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.
Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.
Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.
Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.
“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.
Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.
Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu.
Credits: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
cian nyer dgar org putus2 tunang nihhh (( da takda jodoh..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau x serasi elok lah putus sbelum nikah.. |
|
|
|
|
|
|
|
xde jodoh.... ada la hikmahNya..be strong both of u |
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa Ally ni mencari wanita yg independent, matang, pandai, cantik, kelakar., good character..c ...
ALDRIN Post at 4-8-2011 09:30
i setuju. mamat mcm tu mana nak layan yang manje meleleh ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa Ally ni mencari wanita yg independent, matang, pandai, cantik, kelakar., good character..c ...
ALDRIN Post at 4-8-2011 09:30
contoh ppuan mcm ni. farah fauzana kah atau fasha sandha kah
aku takut kes dia tunang dulu sbb nk tutup mulut org duk kata dia frust tu. aku speku la |
|
|
|
|
|
|
|
lps ni ally x yah le tunang2 dah...
nikah je terus... |
|
|
|
|
|
|
|
lps ni ally x yah le tunang2 dah...
nikah je terus...
si bulat Post at 5-8-2011 09:09
same lah pesanan mak i kat si Elly ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang tekini.. tatau dah ader ker blom
Desas-desus mengenai pertunangan Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang berada di ambang peretakan sekitar minggu lepas akhirnya terjawab jua. Selepas 5 bulan, pertunangan antara Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang diikat pada 11 Februari 2011 telah sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak telah memutuskan ikatan tersebut pada 30 Julai 2011, Sabtu lepas.
Ally Iskandar yang ditemui ketika rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Sentral Shah Alam berkata keputusan untuk memutuskan pertunangan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama Aisyah, sekitar 2 minggu lepas.
“Keluarga saya bertemu dengan keluarga Aisyah untuk memutuskan tali pertunangan kami pada hari Sabtu lepas, bersamaan 30 Julai 2011 di Ampang, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, saya & Aisyah sudah berbincang mengenai perkara tersebut seminggu sebelum tarikh putusnya pertunangan kami.
“Kami berdua dengan rela hati memutuskan pertunangan ini dengan cara baik serta mengikut adat Melayu. Mungkin, kami berdua mempunyai kelemahan masing-masing. Jujur kata, putusnya pertunangan ini bukan disebabkan perkara-perkara sensasi seperti kehadiran orang ketiga. Cuma, kami tidak mempunyai keserasian & kesefahaman, tiada jodoh,” kata Ally Iskandar menjawab pertanyaan media mengenai sebab-sebab putus tunang.
Walau bagaimanapun, Ally Iskandar menyatakan dia sebenarnya berat hati untuk memutuskan pertunangan tersebut.
“Perkara ini amat berat kerana saya sudah bayangkan Aisyah sebagai bakal isteri. Saya agak kecewa & sedih kerana hubungan yang dirancang tidak menjadi. Lagipun, saya sudah berumur 35 tahun & lama membujang, sekarang sudah bersedia nak kahwin. Kami berdua cuba memberikan tempoh untuk memperbaiki hubungan, namun tidak boleh juga.
“Kami tidak pernah bergaduh besar. Malah, semasa rakaman Mentor dulu pun Aisyah selalu menemani saya. Cuma, sudah ditakdirkan kami tidak dijodohkan bersama.Setakat ini, hubungan kami berdua okay,” jelas Ally Iskandar mengenai status hubungannya dengan Aisyah selepas putusnya pertunangan mereka.
Ally Iskandar juga meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan pertunangannya dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang terjadi baru-baru ini.
“Saya meminta orang ramai supaya jangan menganggap situasi ini sebagai sesuatu yang buruk. Apa yang berlaku kepada saya adalah kebetulan semata-mata. Krisis pertunangan saya memang tiada kaitan dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang berlaku tempoh hari.
“Alhamdullilah, keluarga kedua-dua pihak faham & terima keputusan kami. Buat masa ini, saya ingin memberikan fokus terhadap kareer. Walaupun keputusan yang dibuat itu berat, tapi saya akur jodoh itu ketentuan tuhan,” kata Ally Iskandar mengakhiri temubualnya bersama pihak media. |
|
|
|
|
|
|
|
belum sampai jodoh lagi..sabar le..dan jangan terlalu memilih! |
|
|
|
|
|
|
|
ally....aku pun ada ally.....meh la |
|
|
|
|
|
|
| |
|