|
[MISTERI SETEMPAT]Kisah Seram di ITM Johor (Segamat)
[Copy link]
|
|
mmg petua org tua2 nampak remeh tapi ada sebabnya, nasib baik xde apa2 yg jadi kt baby
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry tt jauh penyimpang dari segamat. I dulu dari uitm jengka batch 2009-2012. I dah search tapi tak jumpa pulak thread pasal uitm jengka.
Masa kena pergi kem apa tah untuk kesatria masuk dalam hutan i ada dengar bunyi orang mengilai. Kuat sangat. Bunyi ni masa aktiviti burung hantu. Mata semua orang kena tutup dengan kain. Persoalan i. Bunyi tu real ke budak budak komander kesatria yang buat?
Mula mula i ingat bunyi burung hantu. Haha. Tapi lain sangat. Di harap ada sesiapa yang sudi menjawab soalan i. Sebenarnya banyak sangat pengalaman misteri masa join kem tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun nak kongsi cerita gak lah ngan TT dan semua pengalaman aku sewaktu jadi student dekat UiTM Segamat. Takda lah banyak sangat 2 3 cerita ja.
Waktu tuh tahun 2012. Aku start masuk UiTM Segamat 10/10/2012. Disebabkan course yang aku nak ambik sewaktu tu takda dekat UiTM kampus Sabah (aku asal Sabah), aku dapat kat Segamat ngan kawan-kawan aku yang lain. Waktu tuh memang terkejut sangat, sebab Segamat banyak gila kuburan cina, besar2, dalam hutan pulak tu. Siap Google Maps lagi tengok location kampus Segamat ni, boleh pulak antara kuburan cina yang besar2 tu. Fuhhh serammmm.
Nak di jadikan cerita, waktu tuh student Diploma takda dekat kampus, yang ada cuma kitaorang student Degree. Student yang dari jauh macam aku dan kawan2 aku diberikan kelonggaran stay asrama. So tinggallah kami dekat Kolej Intan. Kolej Intan ni yang betul betul depan dengan Food Court tu. Ehhh banyak pulak mukaddimah ni.
So, waktu tu, asrama memang sunyi. Semua blok bahagian bawah ja yang berpenghuni. Bahagian atas memang takda. Kosong. Gelap ja tiap malam waktu tu. Satu malam tu, boleh pulak aku terbangun. Waktu tuh macam dah 3 minggu gitu lah aku dah dekat Segamat. Keadaan katil2 dekat dorm tu semua kepala katil bersambung dengan dinding. (kepala katil dekat tingkap, hujung katil dekat bahagian dorm *tempat orang selalu lepak2 duduk makan, borak2)
Aku terbangun nak tahu sebab kenapa? Sebab badan aku terasa berat sangat. Aku kena TINDIH! mak aiii, aku dah cuak waktu. Dah la keadaan bilik gelap. Kena tindih lagi? Aku baca apa yang patut. Aku selawat, aku azan dalam hati, nak fight la konon benda tu. Waktu aku tengah baca-baca tu, (aku kan tutup mata, aku tak nak buka mata. Tak sanggup aku tertengok benda tu. ) tetiba ada orang gelak-gelak tepi telinga aku (bunyi gelak ramai-ramai), sambil keliling bantal aku. Yang tak boleh blah tu, boleh pulak sambil dia ketawa2 tu dia tekan2 bantal kepala aku guna jari-jari dia? Kan kita kalau baring kat bantal, kalau ada benda yg tekan bantal/katil kita, kita memang boleh rasa. Gitu lah keadaan aku waktu tu. Then aku baca apa yang patut. Lama2 benda tu hilang. Aku? Aku kaku kat katil. Tak bergerak langsung. LOL
Aku diam ja tutup mata sampai lah aku yakin dah takda apa2, aku ambik handphone bawah tilam. Tengok jam, ada lagi dalam 15minit masuk jam 5. Aku call mama aku terus, sebab aku rasa seram so aku nak cari orang yang dah confirm bangun . Kat Sabah sebelum jam 5 lagi dah masuk Subuh, sebab tu aku yakin mama aku dah bangun, kat Segamat time tuh memang lama lagi lah orang nak bangun Subuh, semua masih diulit mimpi. So tenang lah hati aku sikit Kat Segamat jam 5 pagi macam jam 4 kat Sabah. Tak lama lepas tu terdengar bunyi bacaan Al-Quran dari Masjid Assyakirin tu . Aku pun tak takut dah..hihihi. Esok2 aku belum cerita lagi dekat ahli dorm aku. Aku diam ja, aku cerita dekat geng aku dulu. Then sampailah ada satu kejadian lagi berlaku yang dialami oleh orang sebelah katil aku, baruulah kitaorang ramai-ramai baca Yasin kat dorm tu. huhu
Cerita ni takda lah seram sangat, cuma nak kongsi pengalaman seram dekat UiTM Segamat tu. Ada lagi cerita lain dalam dorm tu jugak, kalau korang nak nanti saya ceritakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
.. kalau kamu perasan . dari segamat ke simpang masuk ke UITM kira kira 200 m drp simpang ke Bukit perupuk ada satu jalan lama disebelah kiri yg menjadi laluan utama sebelum jalan baru yg lebih lurus bersambung dgn Jambatan sungai Jijah .
disitu dulu ada kampung dengan beberapa rumah tradisional yg masih aktif ditahun tahun 70/80an. Terbaru ketika aku melaluinya beberapa bulan lepas . simpang menuju ke Kg tersebut kelihatan sunyi dan suram.
Tidak pasti - masih adakah waris atau penghuni yg tinggal di situ..kelihatannya seperti sebuah kg yg telah lama ditinggalkan.
semasa aku masih budak budak . aku kerap mengikuti keluarga berkunjung ke sebuah rumah tradisional lama yg dihuni oleh sepasang warga emas sekitar usia 80 an .
Hubungan keluarga kami dengan dengan pasangan ini lebih kepada memanjangkan siratulrahim kerana "atok" tersebut adalah rakan baik kepada arwah atok aku yang turut sama berjuang menentang Komunis .
satu hari - ketika mereka berbual bual . aku yg ketika itu berumur sekitar 8-9 tahun mendengar satu topik mengenai satu gangguan yg Viral di Kampung itu.
Emak segera menjeling kearah aku…memberi isyarat agar menjauhkan diri dan tidak “melopong” memasang telinga bila orang tua berbual ….sebagai anak yg taat aku berinsut ke kaki tangga sambil menghalakan telinga Bionic bagi mengamati cerita mereka…
Kisahnya dizaman itu ..setiap rumah yg berlantai kayu akan membiarkan sekeping papan ( 4” x 8” +/-) di bilik utama dibiarkan tidak berpaku . Ini bagi memudahkan tuan rumah menunaikan hajat ditengah tengah malam jika terdesak untuk Buang Air Kecil.
Lumrah ketika itu Tandas dan bilik air berada diluar rumah dan tanpa bekalan elektrik adalah bahaya untuk keluar ditengah tengah malam….
Nak dijadikan cerita . satu malam jiran atok selang 3 buah rumah ( nota :jarak antara satu sama lain jauh) …si isteri terjaga untuk kebilik air , didalam kegelapan malam dia tersiku suami nya yg sedang lena diulit mimpi .
Siisteri memaklumkan dia nak menunaikan hajat …suami yg sudah terjaga hanya memerhatikan isterinya doing the business … tiba tiba dia pun turut terasa hendak buang air..selepas isteri beliau selesai . beliau mengambil giliran mencangkung bertepatan dengan lantai yg sengaja dibiarkan terdedah .
Tiba tiba dalam tengah asyik dia menunaikan hajat …dia merasakan ada sesuatu yg lembut membelai dan menggengam “anu” beliau dari bawah….dari sentuhan dan belaian yang lembut dan mengasyikkan kini bertukar kepada gengaman yg keras dan kemas…. ( Man ..Imagine yourself..!!)
Terasa Senak …Dia segera mengaduh …dan menepis ..namun gengaman yg kejap dan kemas itu gagal di uraikan . Si isteri segera mengambil “Torchlight” untuk memeriksa…
Demi tersuluh ..pasangan tersebut mendapati ada tangan hitam yang kurus dan berjejari runcing mengenggam kemas …. Menurut atok itu lagi ..Kg tersebut “pecah” dengan pekikan nyaring dari suami wanita tersebut …
Hanya setelah ibu mertua yg tidur di dapur..yg juga seorang bidan bersegera membaca dan menghembus sesuatu kepada Penyapu buruk dan melibasnya barulah …gengaman tersebut terlerai….
Aku tak pasti kalau ada mangsa lain yg diganggu. ….
|
|
|
|
|
|
|
|
Menarik citer di benang nih |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-10-2018 10:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sorry guys dah lama tak jengok thread ni. Thanks sbb share byk cerita korang. Byk rupanya kes2 mistik kt uitm segamat ni. Teruskan share citer korang ok seronok baca. Korang mmg ohsem |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih iols khatamkan benang ni. Fuhh |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok baca kisah2 macam ni dekat uni. Saya dari uitm Sri Iskandar. 3 tahun duk situ Alhamdulillah xde pape. Dengar2 cerita tu ada la. tapi dah lama sangat so saya lupa. Apapun, UiTM di hatiku. |
|
|
|
|
|
|
|
menyampuk kejap.
jalan nak masuk uitm segamat sekarang ni pun dah banyak berubah. jalan dah besar. dah buat hiway. dari satu lane dah jadi 2 lane..
simpang nak masuk nampak bz sikit berbanding dulu. dah upgrade lah. tapi tetap ada feeling scary /spooky kalau lalu malam-malam. kiri kanan nak masuk simpang tu pun masih ada belukar. last lalu bulan lepas.
entahlah, jalan jementah - segamat ni upgrade lah macam mane pun, tetap rasa scary. lebih2 time jalan tu lengang. actually aku ada jugak share pasal kisah angker uitm segamat ni, bukan exactly dalam kampus tu. tapi kat area simpang masuk tu lah. tapi kat thread sendiri. kalau rajin pegi lah beklog.. yg pasti dah jauh ke belakang. dah bersawang agak nya..
tak sure jirat cina tu masih pakai lagi ke tak. tapi tengok dari segi batu-batu kat jirat tu macam dah lama. means jirat cina lama. besar dan berekar-ekar luasnya.
sekian perkongsian. |
|
|
|
|
|
|
|
noreen replied at 24-12-2013 09:36 AM
sapa ada ms uitm segamat kena histeria ramai thn 2002 tu....
hahahaha
gara2 ada bdk main spirit co ...
aku ada lagi masa ni kt uitm ni. ada dengar jugak tapi tak jelas laa aturcara majlisnya. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Aku duk Uitm Segamat ni time buat Diploma tahun 2000-2003.
Duk Kolej SMK.
Teringat kisah aku terkena kat kolej SMK. Level 3 Wing C.
Tahun 2000. Pukul 11-12 mlm cenggitu. Zaman tu line telepon sangat la teruk. Kena keluar bilik cari line kalo nak bercakap telepon.
Aku dpt call dr BF la konon nye time tu. Line x clear, aku pun kuar bilik. Sambil2 aku duk helo-helo tu aku jalan ke hujung wing ( belah kanan - dari atas bole nampak bumbung dewan makan) ). Seronok aku borak time tu dgn BF. Kedudukan badan aku time tu mengadap view bumbung dewan makan.
Rasa mcm 5 minit bercakap tu aku pun pusing badan aku mengadap ke another wing ( belah kiri- view koridor & bilik2). Tgh2 seronok berborak tu aku nampak la seseorang keluar dr bilik yg paling ujung kat wing tu. Pakai baju putih top to toe. Oh lupa lak nak ckp..aku rabun jauh & time ni x pakai spek). Masa ni x suspek ape2 pon.
Aku tengok seseorang tu keluar dari bilik and menuju ke ruang ampaian ( which is berdepan dgn toilet). And berdiri kat situ sambil memandang ke arah aku. Since aku rabun jauh & x pakai spek aku x nampak muka dia langsung.
Aku sambung berborak kat telepon dgn keadaan aku bercakp telepon sambil pandang dia & dia berdiri tegak di another wing memandang aku dalam 10 minit.
Suddenly aku terpikir " eh..dh kenapa dia ni berdiri tegak kat situ pandang aku je dr tadi x buat ape2?". Terus bulu roma aku meremang and aku slowly jalan balik ke bilik aku. ( nasib baik bilik aku 10 langkah dr tmpat aku berdiri tu je). Jantung aku cam nak tercabot dh time tu.
Aku masuk bilik & terus cuba tido. Start dr mlm tu tido aku selalu rasa mcm ditindih & susah nak bernafas.
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhh ade yg sekolej..iolss batch 99-2002 smk wing 2c..
dulu dgr2 wing c tu laluan 'dia'
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak Bee, anak saya belajar kat UiTM Jengka tau...
cer share cita skit.
|
|
|
|
|
|
|
|
knp tak ada lampu?
mmg tak ada kawasan perumahan ke kat situ?
|
|
|
|
|
|
|
|
ada babi utan kan? ari tu anak saya nampak masuk kawasan kampus.
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik la dia tak ckp apa2 kat ko...
|
|
|
|
|
|
|
|
Uihh tak sangka uni aku masuk sini. Haiii sy budak kolej si manja kini |
|
|
|
|
|
|
|
choiiii
|
|
|
|
|
|
|
| |
|