CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Isu Janda - Rahana Mohd Dahari Mohon Maaf Kepada Misha, Bakal Suami (pg.8)

[Copy link]
Post time 10-2-2014 06:10 PM | Show all posts
x abis lg rupenyer kisah samiha nie pnh kawin
bertabahlah moga perkahwinan berjln dgn lancar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2014 07:57 PM | Show all posts
cikperiukkera posted on 10-2-2014 03:43 PM
Dah senyap pn tp tgk bila msuk thn baru cete yg sme kluar.. Makcik2 tu pn sakan bergusip jahhhh. I ...

Senang cita saman jer kalau betul xpernah kahwin. Kalau dorg xleh bagi bukti yg kukuh kt mahkamah, silap aribulan dpt berjota2 RM lagi. bolehla cover cost buat helbum yg xtau bila nk kluar tuh ha.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 07:59 PM | Show all posts
Published: Isnin Februari 10, 2014 MYT 6:30:00 PM
Updated: Isnin Februari 10, 2014 MYT 6:59:26 PM

Misha Hantar Surat Terbuka Tepis Fitnah Pernah Jadi Janda Jutawan



Misha memberitahu dia tidak penah menjadi isteri ketiga
kepada seorang jutawan seperti mana dakwaan seorang
bekas wartawan yang disiarkan dalam Facebook
pada Ahad lalu.


PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar menepis tuduhan dia seorang janda termasuk fitnah kononnya dia pernah bernikah dengan seorang jutawan berasal dari Kota Baharu, Kelantan.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, dalam surat terbukanya kepada media pada Isnin berkata, dia juga tidak penah menjadi isteri ketiga jutawan berkenaan seperti mana dakwaan seorang wanita yang disiarkan dalam Facebook pada Ahad.

“Apakah dosa saya apabila saya hendak mendirikan rumah tangga pada Mei ini, saya dihukum dengan fitnah sebegini?” Soalnya dalam surat terbuka itu.

Terdahulu, seorang wanita telah memuat naik status Facebook miliknya pada Ahad dengan mendakwa Misha pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan di Kota Bharu, Kelantan berdasarkan sumber daripada keluarga jutawan berkenaan.

Wanita tersebut turut mendakwa mengetahui berita tersebut ketika bertugas di negeri itu tidak lama dahulu.



Misha Omar dan tunangnya Firos Ezzwan Rossly akan bernikah pada Mei depan.

Bagaimanapun berdasarkan beberapa komen yang dimuat naik dalam status Facebook itu, wanita tersebut turut meminta maaf seandainya Misha Omar terasa hati dengan komen-komen yang dicatatkan selain menganggap ‘Misha Omar’ yang dimaksudkan oleh sumbernya itu bukan seorang penyanyi.

Dalam pada itu Misha dalam kenyataannya menyindir wanita tersebut yang mungkin tersenyum bangga kerana status yang dimuat naik itu menjadi bualan hangat di laman sosial.

“Saya berharap tercapailah keinginan puan untuk menjatuhkan maruah diri saya dan keluarga,” katanya.

Tambah Msiha, dia juga tidak akan menghalalkan apa juga tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya oleh pihak berkenaan.


Pada 4 Februari lalu Misha telah membuat sidang media mengumumkan majlis pernikahannya dengan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, yang bakal diadakan pada Mei depan.

Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini tetapi terpaksa menangguhkannya bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November lalu.



Credits: mstar.com.my

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis kalau mula keluar statement ada perkataan fitnah, maruah..selalunya gosip tu betul
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 08:39 PM | Show all posts
lepas dia hantar surat

esok2 ada plak yang hantar gambo dia penah bernikah

dan juga deretan siri suami nyer

(kalau benar dah kawen banyak kali)
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 08:44 PM | Show all posts
Syd posted on 10-2-2014 12:39 PM
lepas dia hantar surat

esok2 ada plak yang hantar gambo dia penah bernikah

sesuatu sgt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2014 01:17 AM | Show all posts
achik2009 posted on 10-2-2014 07:59 PM
Published: Isnin Februari 10, 2014 MYT 6:30:00 PM
Updated: Isnin Februari 10, 2014 MYT 6:59:26 PM
...

oooo
itu tunang dia
selalu jumpa kat opis ni


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 01:21 AM | Show all posts
kalau xde kebenaran apa yg makcik2 tu ckp, see u in court je la samihah, kalau MO di pihak benar mesti dia ada bukti dia anak dara n bkn janda jutawanzzzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2014 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kosmo story tarikh 10 jan....misha cakap "pernah bertemankan lelaki kaya yang suka mengawal gerak gerinya" ... sesuatu sgt


Skeptikal tentang dunia hiburan, hidup seseorang anak seni itu mewah. Mengaku pernah terjebak dan cuba untuk hidup mewah, akhirnya kata penyanyi bersuara lunak merdu itu, dia kembali kepada realiti.

"Saya kira, selepas insiden saya ditipu dengan pelaburan duit yang menghanguskan ratusan ribu duit saya dan pernah berteman dengan lelaki kaya yang setiap gerak geri diperhati dan kemahuan menjadi wanita biasa dinafikan, saya muhasabah diri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz2swWT51SK
Hakcipta terpelihara
Last edited by sepitsiput on 11-2-2014 02:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
aku suka misha omar nyanyi. sedap suara dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:25 AM | Show all posts
setankuning posted on 10-2-2014 05:02 PM
kan.. aku pong dgr bende yg sama
adik-bradik dia gak yg bukak citer

itulah sebabnya... saudara mara dan adik beradik dari isteri pertama ayah dia sendiri yg mengaku..takkan nak bohong pulak....mcm hinalah sgt title janda ni ... dulu penyanyi mas idayu pun mati2 tak mengaku dah menikah...mcm ni lah juga..siap nk saman tok kadhi dgn saksi lagi...tuduh fitnah juga...last2 bila dah bercerai mengaku ada anak pulak dgn org yg dia nafikan menikah itu...masa menikah tak mengaku nikah..tapi masa bercerai mengaku pulak ada anak lepas bercerai..habis tu kalau tak menikah mcmana boleh bercerai...Bukan berdosa pun jadi janda..yg berdosanya kalau menipu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:28 AM | Show all posts
ape susah, buat jekla carian dekat mahkamah kelantan sane tu. words of mouth sapa sapa boleh cakap. kalau da cerai mesti kena daftar. kalau da kawen pn kena daftar. so makcik kelantan ni, sila bagi black and white. alau takde tutup mulut, kalau ada samihah sila defend diri anda
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:35 AM | Show all posts
klu betul mek samehah dah pernah kawen pun lantak la dia.. doakan yg baik2 jela.. sian samihah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:45 AM | Show all posts
kot kawen kat Siam pastu tak daftar kat sini mmg la takde rekod, org takleh detect... ontah lah Samihah oii
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:51 AM | Show all posts
nk dkt2 kawin plak...gigih nafi...
ms dedulu tu...senyap je...
lgsg xde statement drp dia kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:53 AM | Show all posts
nape x htr surat saman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2014 11:59 AM | Show all posts
Selasa Februari 11, 2014

Wanita Tuduh Misha Omar Janda Minta Maaf

Oleh FERIDE HIKMET ATAK ([email protected])

PETALING JAYA: Wanita yang mendakwa Misha Omar seorang janda dan pernah bernikah dengan jutawan, memohon maaf jika status berhubung perkara berkenaan dalam Facebook miliknya melukai hati penyanyi itu.

Wanita yang dikenali sebagai Rahana Mohd Dahari itu berkata, dia tidak berniat untuk menjatuhkan maruah Misha sebaliknya hanya berkongsi status perkahwinan Misha di Facebook miliknya apabila mendapat khabar kononnya penyanyi berkenaan pernah berkahwin berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai.

"Saya berasa kesal dan memohon maaf kepada Misha, bakal suami dan keluarganya jika status itu telah mengguris hati dan perasaan mereka."Saya sebenarnya bukan menghina status 'janda' itu tetapi sekadar mempersoalkan berita tersebut adakah benar wanita yang dikatakan sudah berkahwin sebelum ini adalah Misha Omar, penyanyi yang kita kenali atau sekadar pelanduk dua serupa?

"Jika sumber yang memberitahu saya itu berbohong, maka bohonglah saya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Isnin.

Misha dalam surat terbukanya kepada media pada Isnin menepis tuduhan dia seorang janda termasuk fitnah kononnya dia pernah bernikah dengan seorang jutawan berasal dari Kota Baharu, Kelantan.

Penyanyi itu juga bertegas tidak pernah menjadi isteri ketiga jutawan berkenaan seperti mana dakwaan seorang wanita yang disiarkan dalam Facebook pada Ahad.

Pada 4 Februari lalu Misha membuat sidang media mengumumkan majlis pernikahannya dengan seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu Firos Ezzwan Rossly, 32, bakal diadakan pada Mei depan.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini tetapi terpaksa menangguhkannya bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November lalu.

Sementara itu, Rahana berkata, Misha telah membuat kesilapan besar apabila merakam paparan skrin (screen shoot) status itu untuk dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya sehingga menyebabkan isu berkenaan menjadi bertambah besar.

"Seperti yang saya katakan tadi, status saya itu sekadar persoalan dan ia hanya dibaca tidak sampai 20 orang pun kerana saya tidak mempunyai ramai pengikut di Facebook.

"Tetapi apabila Misha mengambil status saya itu dan memuat naik ke Instagram miliknya dengan menafikan apa yang saya tulis, ia terus menjadi isu besar kerana Misha mempunyai lebih daripada 10,000 pengikut. Maka perkara itu terus menjadi isu besar," ujarnya.

Sehubungan itu Rahana meminta isu berkenaan tidak terus diperkatakan selain meminta orang ramai tidak terpengaruh mengenai statusnya itu.

Malah dia juga berulang kali memohon maaf kepada Misha berkaitan isu tersebut.
Rahana pada Ahad lalu memuat naik status mendakwa Misha Omar pernah berkahwin dengan seorang jutawan di Kelantan dan menjadi isteri ketiga.

Dalam status tersebut Rahana turut mendakwa berita berkenaan disampaikan kepadanya oleh keluarga terdekat lelaki yang dikatakan pernah menjadi suami Misha itu.



  
Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
novlin posted on 4-2-2014 11:32 PM
Siti selfie...kenal?

Siti selfieza kan??
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 12:17 PM | Show all posts
hai la makcik...kerana mulut badan binasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 12:32 PM | Show all posts
makcik Rahana weiii... itulah jadinya kalau nak mengekalkan konsep umpat bertandang kat facebook...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.080728 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list