|
[Tempatan]
Bahana Memfitnah Anak Yatim DiSuruh Cium Kaki Yang Kepam #178 Pindah Sekolah
[Copy link]
|
|
gua rasa anak yatim tu tak fitnah tapi dia mengutuk si debab tu gemok serupa org mengandung |
|
|
|
|
|
|
|
Oooo...iya ke?...aku ingatkan kau refer anak yatim tu yang tak sekolah....
apsal anak yatim tu ikut tanak sekolah pulak ek?....hish...rosak bebudak skrg ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
protonpersona replied at 18-9-2015 12:23 AM
umur 14 tahun dah x sekolah....bohsia kah ko dik
Tu la sis..hasil negara nak menuju negara pendapatan tinggi....5 tahun lagi pon lebih kurang gitu jugak...
British kata Melayu susah terima perubahan...tu kisah 60 tahun dulu la..tapi sama je ngan sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah, mak budak gemuk tu tepuk tangan. Kalau aku jadik mak budak gemuk tu, aku cilikan aje budak mulut longkang ni.
Fitnah mengandung ni jatuhkan maruah org, bahlol oi. |
|
|
|
|
|
|
|
ko ummah yang mana badigol? |
|
|
|
|
|
|
|
fariqx replied at 18-9-2015 03:12 AM
ko ummah yang mana badigol?
Terasa ke sis? Selayaknyalah |
|
|
|
|
|
|
|
memfitnah itu mmg salah dan berdosa besar
tp bila suruh si pemfitnah mencium kaki pembuli tu pun bukan betul
serupa cam dia pulak tuhan berhala yg minta disembah
klu gitu baiks ekeluarga berpindah aje dr dok ganu
buka kedai mkn kat tempat yg org dok sembah2 sampai ke kaki tu
br ler betul
dedua budak tu sesama salah
dgn si mak pembuli tu lg cam xde otak dok bertepuk tgn
patut jd mak tu nasihatkan dedua sekali
baik si pemfitnah waima si pembuli
bukannya dok tepuk amai2 camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Mia kelihatan sugul ketika ditemui Sinar Harian.
KUALA NERUS – Kerana berasa malu setelah video dia dipukul dan dipaksa mencium kaki tersebar di laman sosial minggu lalu, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga nekad berhenti sekolah.
Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Mia itu memberitahu, dua kejadian pada 8 dan 9 September lalu, di kawasan sekitar Seberang Takir telah menyebabkan dirinya dipandang serong memandangkan video itu memaparkan wajahnya secara jelas, sekali gus mencalarkan maruah dia dan keluarga.
"Memang selama ini hubungan saya dan pelajar perempuan itu (pelajar yang memaksa cium kaki) tidak baik dan saya akui ada buat kesilapan terhadap dia. Tetapi saya telah minta maaf.
"Pada kejadian pertama (8 September) dia minta saya bertemunya kerana ingin selesaikan perkara ini dan saya pergi jumpa dia agar perkara ini selesai. Namun saya tidak menyangka sama sekali dia kemudiannya bertindak memukul dan cuba tanggalkan pakaian saya," katanya.
Mia mengakui masih trauma dengan kejadian itu dan memaklumkan, sehari selepas kejadian pertama, pelajar perempuan tersebut sekali lagi datang untuk berjumpa dengannya tetapi Mia cuba mengelak.
Bagaimanapun katanya, dia didesak untuk bertemu pelajar perempuan terbabit di restoran milik keluarganya di Pantai Teluk Ketapang dengan alasan menyesal dengan tindakan pada 8 September.
"Tanpa berfikir panjang saya pergi berseorangan ke restoran milik keluarganya itu. Ketika itu, saya dapati beberapa rakannya berada di situ dan ibunya juga ada bersama.
"Awalnya pertemuan berlangsung dengan baik sehinggalah ibu kepada pelajar tersebut memaksa saya mencium kaki anaknya sekiranya ingin memohon maaf," katanya.
Menurutnya, dia betul-betul tidak menyangka mereka tergamak memaksanya melakukan perbuatan sedemikian dan ketika itu dia tidak mempunyai pilihan kerana telah dikepung oleh rakan-rakan pelajar perempuan tersebut.
Anak bongsu daripada lima beradik yang baru kehilangan bapa pada Ogos lalu menceritakan, selepas berbuat demikian (mencium kaki secara paksa), dia terus pulang ke rumah dan keesokan harinya, dia mendapat tahu video kedua-dua kejadian itu tersebar di laman sosial.
Sehubungan itu, dia dan keluarga telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian itu.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/video-dipukul-dipaksa-cium-kaki-tersebar-1.432179
|
|
|
|
|
|
|
|
sis gosh apa kesalahan yang dia buat sampai keluarga tu marah sgt? mesti ada sebab yg sangat berat ni
|
|
|
|
|
|
|
|
fitnah tu sama mcm makan daging sedara sendiri..nasib baik ko kena denda cium kaki je dik |
|
|
|
|
|
|
|
title anak yatim tu bukan tiket tuk suh orang kesian kat ko ke hulu ke hilir...nama baik arwah mak ayah tu kena jaga elok2..ni tak, mulut cam poke fitnah mengata orang
pokoknya dua2 ku padankan muke je...nak nak orang negeri T kan..memang tidak mendapat simpati sowwi |
|
|
|
|
|
|
|
ini dari mulutnya sendiri katanya "bergurau" mengatakan anak tokey kedai tu mengandung sis vell
|
|
|
|
|
|
|
|
Bapak baru je meninggal bulan lepas....patutnya ko tengah sibuk baca yasin sedekah al fatihah... ni tak, ko sibuk wat skrip drama org ngandung lak... skrg tak nak gi skolah lak..... ko nak jadi retis ke dikkk... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau akak pun umo mcm ko, ada kawan akak fitnah akak ngandung x berlaki, jatuh maruah akak dik....tau je la mokcik kiah, mkcik siah yg duk bersidai petang2 menggosip tu, habis nnt dijaja kisah akak ngandung x berlaki....sapa yg malu akak ka ko dik....
denda cium kaki tu ok la dik dari ko kena belasah mcm budak2 lain tu
|
|
|
|
|
|
|
|
yelah kalau kecik kawasannya lagi la cepat berita merebak.hangin gamaknya.cuma cara tu la dah macam gangster2 hahahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
menyebabkan dirinya dipandang serong memandangkan video itu memaparkan wajahnya secara jelas, sekali gus mencalarkan maruah dia dan keluarga abeh ko pi fitnah budak tu mengandung, ko tak pikir lak maruah budak tu n keluarga dia?
suka beno guna tiket anak yatim untuk buat menda tak btol... pastu pay victim...
|
|
|
|
|
|
|
|
owhh.. dia fitnah (katanya bergurau) member dia mengandung.. dik, ko anak yatim tp buat pitenah? selayaknya jua kau dihina mcm tuh. cuma iols tetap x setuju smpai suh cium2 kaki.
lainkali tolong guna otak, baik budak yg kena cium kaki atau budak yg kena pitenah. apatah lagi mak yg bertepuk tgk itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
JPN diminta pindah mangsa buli
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu diminta memindahkan remaja perempuan mangsa buli, Salmiah Salim, 15, untuk meneruskan persekolahan di sekolah lain atau menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), bulan depan.
Selain itu, kerajaan negeri juga meminta JPN kemukakan laporan lengkap punca mangsa dibuli termasuk diarahkan mencium kaki seperti disebarkan melalui laman sosial, dua minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib berkata, kerajaan negeri memandang serius kes buli itu hingga boleh menimbulkan kebimbangan termasuk diejek dan dicemuh rakan lain apabila mangsa meneruskan persekolahan di sekolah lama.
Menurutnya, kerajaan negeri mahu meneliti secara keseluruhan punca utama menyebabkan kes itu berlaku.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 5:41 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79017#sthash.lij5Z4p5.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
bala tempah sendiri miah
ko.pindah skola baru pon muati kawan kawan baru xmau dekat
takut kene fitnah jugak |
|
|
|
|
|
|
|
cicakgemok replied at 17-9-2015 12:24 PM
Bila pulak tibang maksudnya macam tu..tibang maksudnya pukul...fans t-team guna slogan tibang t-te ...
mnurut sedara mara keturunan mak aku yg asal mmg area ni jgk tibang means balun..kedai ikan celup tepung ni not bad jgk sdpnye klo fmly aku blk melawat toknek gn tokki aku.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|