|
Beshhh bc kisah seram pagi2 nie..meremang bulu roma aku..beshh...kipidap..youkenduit |
|
|
|
|
|
|
|
Kipidap @kagiru ..teruskan bercerita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pergghhh...
Seram crita mengkuang dam |
|
|
|
|
|
|
|
perghh khatam jugak baca kisah tt ari ni.. hehehe
kipidap @kagiru .. best2 citernye..
lebih2 lagi loghat utagha. best noh!
err @Jagendas ... lama tak jumpa hang. ekekeke...
kaka @Clover_Hill pon ada kat jugak? hikss! |
|
|
|
|
|
|
|
dah khatam
best cerita kagiru
excited baca sbb awai2 tu ada pasai kulim
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Mod, in shaa Allah nanti sambung lagi... tq juga untuk tacang tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
alya_aisya ...kalau yang mendengar dan membaca pun dah seram apakan lagi si ayah dan ibu yang mengharunginya...Khalif masih macam tu...dari luaran seperti kanak-kanak biasa sibuk bermain macam tiada apa-apa....mungkin sebab masih belum paham akan situasinya...
|
|
|
|
|
|
|
|
sama2
saya org kulim, tu yg lagi tertarik nak baca
tapi lani takdak kulim, dok kl
sila update lagi ye
cerita best, senang baca sebab takde singkatan
|
|
|
|
|
|
|
|
lavender_aqua....terima kasih sekali lagi sebab sudi baca cerita saya....baru ja lepas mengarang...so saya post cerita di Tasik Beris...
|
|
|
|
|
|
|
|
Memancing di Tasik Beris
Seronok betoi kami haritu sebab perancangan menjadi untuk ke Tasik Beris menjadi, semua peralatan memancing siap dimasukkan ke dalam bonet kereta. Saya, Mat , Madet dan Paly ketawa riang sepanjang perjalanan.Berangan dapat ikan yang besar sudah tentu menjadi topik perbualan diantara kami berempat. Semenjak masing-masing yang sudah berkahwin agak sukar untuk kami mendapat peluang memancing bersama-sama tambahan pula dengan 'Approval' dari isteri masing-masing.
Kisah-kisah lucu sepanjang memancing dari kecil kembali mencuit jiwa dan bila mengenangkan teletah masing -masing ketika memancing dahulu kami ketawa bagai dunia ini 'Ana yang punya'. Sejam perjalanan melalui jalan singkat amat menyeronokkan tapi kalau disuruh untuk menggunakan jalan itu pada malam hari, "MAAF" kami tak sanggup.Jalan tu keluar kampung hutan kiri kanan, jumpa kampung lepas tu hutan kiri kanan.Saya ingat lagi kami melalui satu kampung nama Kampung Cong, jalannya cukup menakutkan kepada orang luar yang baru pertama kali melaluinya.
Sesampainya kami di Tasik Beris hampir pukul 2 tghari, kami melalui jambatan Tasik beris dan membelok ke kanan. Paly sudah pernah ke lokasi yang dituju pada minggu sebelum itu.
Paly:'Tempat ni sempoi wey, minggu lepas aku dapat Toman dengan Seberau'
Madet:' Seberau tu sedap kalau goreng garing wey, kena pulak dengan nasi panas-panas...apa nak kata'
Perbualan mereka berdua diiringi gelak ketawa dari kami semua, 5 minit selepas membelok ke kanan kami bertemu dengan jalan mini tar.
Paly:' Hah, betoi dah ni ikut mini tar ni arah kanan teruih ja'
Paly memberi arahan.
Madet terus memandu pelahan menyusuri jalan tersebut, tiba-tiba Saya dan Mat terus menjerit:
Saya: "Brek-brek Madet ayaq tu wey!!!!!'
Streeeeeeettttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Madet membrek kereta degan pantas, rupa-rupanya jalan mini tar itu hanya separuh jalan sahaja selebihnya berada didalam tasik Beris. Untuk pengetahuan rakan forumers, Tasik Beris ini dahulunya adalah perkampungan. Menurut cerita orang sekitar, didalam Tasik ini terdapat sekolah dan rumah yang ditinggalkan.Wallahuallam...
MAt:' Huh, nasib baik kita tak terjun dalam tasik tadi, Paly awat hang tak habaq kata jalan ni habeh kat sini?
Paly:'Aku mintak maaf wey, aku pun baru sekali mai tak berapa nak perasan tadi'
Saya:'Tak pa-tak pa yang penting kita semua selamat, Madet hang pi parking kereta ni kat tempat yang selamat kalau dak tak balik kita satgi'
Setelah meletakan kenderaan ditempat yang selamat , kami pun menurunkan segala kelengkapan memancing dan tanpa berlengah lagi kami pun terus memancing. Selepas seekor ....seekor demi seekor ikan kami daratkan walaupun saiznya tidaklah besar namun ianya cukup untuk mengubat hati kami yang masih terperanjat ekoran kejadian tadi. Sampailah pada waktu Asar, kedengaran azan berkumandang:
MAdet:' Wey Asaq masuk dah nih sembahyang wey, ikan-ikan jugak sembahyang jangan tinggai'
Kami pun bergilir-gilir menunaikan solat asar dengan menggunakan air tasik untuk berwudhuk. Selesai semuanya kami meneruskan memancing, Mat dan PAly pula menjamu selera dengan bekal yang dibawa tadi.Sedang enak menjamu selera tiba-tiba Paly bersuara:
Paly:' Wey hampa persan dak, mana ada masjid kat sini?? macamana boleh dengaq azan?
MAt:' Betoi jugak noh, azan tu pulak macam dekat ja dengan kita'
Saya dan madet terus terpaku dengan kata-kata itu.
Saya:' Mungkin ada masjid kot kat area sini? tapi kalau tak dak pun tak pa yang kita dengaq tu azan mesti hat elok semuanya'
Saya cuba mententeramkan keadaan, Madety mengiyakan dan mengganguk tanda setuju. Kami meneruskan aktiviti memancing tanpa kami sedari hari semakin gelap.
Paly:'Wey dah dekat pukoi 7 nih, jom balik wey nak gelap dah ni'
MAdet:' Cepat sungguh noh, seronok tak habis lagi nih'
Paly:' Dah-dah la tu madet, ada rezeki kita mai lain'
KAmi pun mengemaskan kelengkapan dan menyimpannya kedalam bonet, enjin kereta dihidupkan dan Madet perlahan-lahan memandu keluar. 15 minit memandu aku tidak jumpa jalan yang kami masuk tadi, hari sudah gelap sepenuhnya hanya lampu kereta yang menerangi jalan.
Paly: 'Aku rasa kita dah terlajak dah ni, kita kena pusing balik'
Madet:' Macamana nak pusing, jalan kecik sangat , kita pi depan sikit kot-kot ada kawasan lapang. Aku pun rasa dah jauh sangat ni, tadi dalam 5 minit ja kita masuk'
MAdet terus memandu sehinggalah kami menjumpai satu kawasan lapang.
Sedang mencari ruang yang sesuai untuk berpatah balik, tiba-tiba kami ternampak sebuah motorsikal berhampiran dengan kereta kami.
Mat: 'Wey ada motor wey mesti ada orang'
Saya:' Mat ni hutan mana nak ada orang, motor sapa yang dok parking kat tengah hutan ni?
Madet:' Takpa-takpa kita tak payah dok heran sangat, kita pusing sudah'
Sedang Madet berpatah balik, tiba-tiba muncul seorang pakcik dihadapan kereta kami.
Paly:'Allahuakkbarrr!!!'
PAly menjerit, kami yang lain terut sama terkejut dengan kehadiran Pakcik tersebut.
Paly:' Sapa pulak dah?????'
Madet:' Sabaq wey sabaq. aku rasa orang tu'
Madet memandu kearah pakcik terbabit dan membuka tingkap.
Madet:' Assalamualaikum pakcik'
Pakcik itu hanya tersenyum tanpa memjawap salam tersebut, tangannya memegang joran.
Pakcik:'Hampa mai mana nih?'
Madet :' Kami mai memancing pakcik kat tasik tadi, ni kami cari jalan keluaq tak jumpa...tu yang sampai sini ni nak patah balik'
Pakcik:' OOOoohh, hampa lajak dah ni, dah sampai kolam dah ni'
Paly:'Kolam?? ada kolam ka kat sini pakcik?
Pakcik:' Ada tu hah, kat situ la pakcik memancing..baung banyak sana...hampa bawak pelan-pelan ikut jalan ni satgi nampakla ada jalan keluaq kat depan tu...pi la balik cepat satgi susah nak keluaq'
Kami agak tersentak dengan kata-kata pakcik itu , sebab apa kalau lambat susah nak keluaq? Tanpa berlengah dan mengucapkan terima kasih kami pun terus memandu dan berjumpa dengan jalan keluar tadi. Dalam perjalanan pulang kami tidak banyak bercakap, mungkin kerana masih terkejut dengan kejadian tadi dan masih keletihan memancing.
10 minit perjalanan, tiba-tiba Madet bersuara:
Madet:'Wey, hampa nampak dak motor kat depan tu'
Paly:' Macam motor yang kita nampak kat hutan tadi'
Madet:' Yang bawak tu macam pakcik tadi wey'
Paly:' Tak pa hang bawa ja kereta macam biasa Madet biaq aku tengok'
Madet memandu seperti biasa selepas melepasi motor tersebut, Paly menyuruh madet memecut kereta:
Paly:' Laju Madet laju, Pakcik tadi wey!!!!!!!Allahhhuakkbarrrr!!!!!!
Saya dan Mat tidak nampak dengan jelas pakcik itu kerana keadaan yang gelap.
Kami akhirnya sampai di Pekan Sik, kami berhenti disebuah kedai makan. Kami semua masih lagi terperanjat dengan kemunculan pakcik tadi.
Paly:' Kita minum dulu, bagi tenangkan perasaan sat'
Madet:' HAng nampak apa Paly??'
Paly:' Tak pa , kita makan dulu pastu kita teruih balik...sampai rumah nanti aku bgtau'
Selesai makan kami pun meneruskan perjalanan pulang , kami melalui Sik-Jeniang-Gurun -Aloq staq. Sesampai saja dirumah Madet, Paly membuka cerita:
Paly:' Tadi masa aku tengok, pakcik tu muka dia ada darah wey, motor tu pun depan remuk tu yang aku menjerit tu'
Madet:' Hang biaq betoi Paly???? Aku rasa tuhan marah la kita tak sembahyang Magrib tadi, sebab tu kita cari jalan tak jumpa ...jumpa pulak benda tak elok....masa dapat ikan kita lupa tanggugjawap kita kat tuhan'
KAmi semua hanya tunduk malu bila memikirkan balik kelakuan kami tadi, sebelum beredar Madet sempat mengajak kami membaca ayat Kursi dan beberapa ayat suci al-quran yang lain agar kami sekeluarga terhindar dari pekara buruk dan dipelihara oleh Allah swt.
Tapi semua itu tidak mengahalang kami untuk terus memancing bersama lagi, aktiviti seterusnya hujung tahun ini kami berpakat untuk ke Langkawi bersama keluarga...memancing sambil melancong katanya...sementara Paly masih lagi ke Tasik Beris untuk memancing, katanya dia sempat bertanya kepada orang sekitar sama lokasi yang kami pergi itu mempunyai kolam dikawasan berdekatan. Kata penduduk kampung, ada kolam terbiar berdekatan dengan lokasi tersebut, tapi mereka menasihati agar tidak memancing disana kerana banyak cerita yang tidak enak berlaku kepada pemancing-pemancing luar yang kesana. Wallahuallam....
Sekian.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seram yang ni...
nama pun klasik gitu..Adika
|
|
|
|
|
|
|
|
kes macam ni selalu berlaku..
menyerupai orang yang dikenali..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo...sekarang ni Adika dah anak sorang dah....tapi kalau jumpa mesti teringatkan dia cerita tu...adika hanya tersenyum ja...takpa pengalaman katanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kagiru: macam ni laaa.....dialog Ada loghat utara....cerita pon seram ....baguih2... |
|
|
|
|
|
|
|
hello awanggg
selamak pagii
kabo baik je...
pah cerohs deme duk korek idong... hahaha!!
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la kan...akan ingat cerita2 gini..
anyway, semua cerita hang memang best
kipidap!
macam baca novel seram..
|
|
|
|
|
|
|
|
haha seram sapa korek idong
tadok cite baru2 ke lenim?
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... gitu seme pa hor..
seram sangat ke sapa larat korek idong??
ade... tapi malas nok hapdet.
adop masa.. heuheuheu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|